CT333. RINDU PADAMU… YA RAMADHAN – AHLAN WA SAHLAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RRamadhanFatima1RinduPadamuAhlan

*

YA RAMADHAN

RINDU PADAMU

*

Dalam cinta yang tiada banding

Dalam setia yang tiada tara

Diriku hanya seorang pecinta

Mewarna sejuta sayang padamu

Bersama rindu yang tidak pernah pudar

….. SELAMANYA

*

-siti fatimah ahmad –

1 Ramadhan 1436H /17 Jun 2015 – Rabu

10.48 malam, sarikei, sarawak

*

love6

*

ramadhan___let_s_make_a_change_

*

HIDANGAN ROHANI

Marilah bersama menikmati ceramah hebat tentang WELCOMING RAMADHAN INTO OUR HOMES 2015. Saya kongsikan semoga kita beroleh manfaat dari butir mutiara ulamak hebat ini, MUFTI ISMAIL MENK, ZIMBABWE.

*

*

SAMPAI DETIK INI…

Alhamdulillah SAHABATKU, sampai detik ini… Allah masih mengurniakan umur yang mampu untuk kita bertemu dengan Ramadhan 1436H/2015M setelah sepanjang tahun lalu, kita mengembarkan harapan yang tinggi untuk bersama lagi dengan ramadhan hari ini..

Oleh itu, tingkatkan amal ibadah yang dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT. Bersyukurlah dengan segala kurnia-NYA setelah selama ini kita memperolehi nikmat terbaik yang tidak pernah terfikir kita akan memperolehinya. Semua itu kerana doa-doa kita telah dimakbulkan-NYA.

SAHABATKU, Ramadhan tahun ini diharap menjadi detik yang kesekian kali untuk mengubah minda kita ke arah positif, menganjak tingkah kita ke posisi aktif dan menyuci hati kita menjernih segala yang pasif  untuk mencorak indah seluruh jiwa kita menuju redha Allah SWT.

Semuanya untuk meletakkan kita sentiasa di sisi-NYA di mana-mana sahaja kita berada di muka bumi ini. Marilah kita menjadi hamba Allah SWT yang tawadhuk dan berserah diri dalam menggapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Semoga dimudahkan Allah SWT segala urusan kita. Aamiin.

*

ucapanku… SALAM RAMADHAN YANG INDAH BUATMU..

*

RRamadhanFatima3Untukmu

*

YA ALLAH….

Terima kasih untuk Ramadhan ini, Engkau menghiasi jiwaku dengan tenang dan redha. Setiap kasih sayang-MU yang mencurah raga, ku sambut dengan lapang dada dan senyum bahagia.

Segala misteri hidup adalah dalam gengaman-MU. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan mengizinkannya berlaku.  Sebelum nafas ku berhenti helaannya. Aku redha ya Allah, aku redha. Aamiin Ya Rabb. Untukmu maafilah aku.

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATHIN

SALAM RAMADHAN YANG MULIA

*

RamadhanFatima5NiatPuasaRamadhan

Jangan LUPA baca NIAT PUASA

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 Jun 2015 (Rabu)/ 20 Syaaban 1436H/ 2.00 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU….  selalu mengharap redha Tuhanku dalam setiap langkah yang ku atur pada jejak yang ditinggal. Sejarah hidup ini… kita yang menyusunnya selain takdir yang sudah tersurat. Namun ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak mengubah nasib diri sendiri. Takdir menentu segalanya dalam pilihan yang diberi Tuhan untuk kita beranjak sekadar yang diizinkan-NYA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Salam Ramadhan yang mulia. Bersama rindu yang tidak pernah lelah ku hulur salam kasih untukmu dan mendoakan kebahagiaanmu pada sisi Tuhanku. Maafi aku andai silap dan salahku ada meracuni jiwamu. Hormat penuh sayang dariku. Wassalaam. 🙂

*

BUATMU YANG MENYENTUH HATI….

RinduPadamu1Fatimaku

*

RINDU RAMADHAN by AMAR

*

RinduFatima1DiHatiku

*

RINDU SELAMANYA

*

24 thoughts on “CT333. RINDU PADAMU… YA RAMADHAN – AHLAN WA SAHLAN

  1. Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabaraktuh, Kak Siti Fathimah..

    Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga bulan tahun ini mampu menempa kita menjadi jiwa yang bertaqwa..

    Salam manis dari sini, Banjarmasin.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabaraktuh, Ummu El Nurien….

      Aamiin Allahuma Aamiin. Mudahan ya apa yang kita harapakan sepanjang Ramadhan akan dimudahkan Allah SWT. Tingkatkan amal ibadah dan berusahalah menjadi hamba yang lebih baik dari semalamnya.

      Terima kasih dan Salam manis kembali, Ummu. 🙂

  2. Assalamu ‘alaikum warohmatullah umiku sayang, rindu saaannnnnnnngggggggaaaaatttttttttt, betul betul betul.. hehe

    afwan, baru tengok laman umi lagi nih, nanda asyik menjelajah dunia nyata yg penuh dengan hiruk pikuk kehidupan.. 🙂

    salam manis dari nanda yang jauh dinegeri seberang, namun dekat dihati :’)

    • Wa’alaikum salaam Wrahamatullahi wabarakaatuh, anakku Neni sayang yang dirindui selalu.

      Umi juga, betul, betul, betul. neni selalu ada di hati Umi, selamanya.

      Alhamdulillah, tidak apa-apa kalau sedang sibuk. jangansampai lupa sama Umi saja. Umi juga sedang sibuk dengan pelbagai urusan pejabat.

      Terima kasih sudah mengunjungi Umi yang jauh. Walau di mana kita berada ingatan Umi terhadap anak solehah Umi ini, tetap sama seperti dahulu. Tidak pernah melupakan. neni tetap ada di hati Umi, selamanya. Aamiin.

      Selamat menjalani ibadah puasa dan selalu istiqamah dalam pekerjaan seharian. Umi doakan Neni selalu sihat dalam rahmat Allah SWT.

      Salam sayang dan rindu dari Umi. 🙂

  3. Assalamualaijum kak fatimah
    Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan lagi ya kak
    Mohon maaf jika ada salah ucap dan perkataan yang tak mengenakan selama ini 🙂
    Selamat berpuasa 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…..

      Alhamdulillah, semua itu dengan izin Allah SWT yang masih mahu kita bertemu di Ramadhan tahun ini. Bersyukurlah kita diberi peluang untuk beramal bakti bagi kehidupan akhirat.

      Selamat berpuasa mbak dan terima kasih.
      Salam manis di Ranadhan yang indah. 🙂

  4. Assalamualaikum wr wb
    Rindu rasanya tlah lama tak berkunjung. Bagaimana kabarnya bund.. moga sekeluarga disana selalu sehat ya 🙂
    Kami keluarga besar di jakarta mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, mohon maav lahir dan bathin 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr..

      Alhamdulillah, kabar kami di sini semuanya sihat wal’afiat. Didoakan Purnomo sekeluarga di sana juga demikian sama. Aamiin.

      Terima kasih sudah kembali berkunjung kemari. Semoga ibadah puasa yang dijalani akan menambah kebaikan untuk jasadi dan rohani.

      Salam sejahtera. 🙂

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah, nikmat yang luar biasa kita dianugerahi oleh Allah Swt. bisa berjumpa dengan bulan Ramadhan ini. Semoga kita dapat beribadah dengan baik. Semoga doa-doa kita dikabulkan. Dan, semoga amalan kita diterima oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

    Salam dari Jogja,
    @muhaiminazzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Sungguh perteuan ramadhan tahun ini merupakan peluang yang luas dan besar dari Allah SWT untuk kita membaiki diri, menjadi hamba yang baik dan dapat meningkatkan ibadah berbanding Ramadhan tahun lalu.

      Oleh itu, hargailah setiap peluang dan ruang yang masih bersisa sebelum rumah kata pergi, kubur kata mari. allahu Akbar.

      Salam Ramadhan dan terima kasih, mas Amazzet. 🙂

  6. Assalamualaikum ummi,
    Alhamdulillah, pejam dan celik Ramadhan kembali lagi. Terasa baru lagi Ramadhan yang lalu meninggalkan kita semua. Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah di bulan barakah ini, serta Allah SWT taqdirkan kita dapat bersama Ramadhan hingga ke akhirnya..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…

      Alhamdulillah, demikianlah Allah menulisnya dalam Loh mahfuz bahawa kita masih lagi diizinkan menghuni bumi ini untuk ke sekian kalinya. bertemu semula dengan ramadhan merupakan rahmat yang tidak terhingga sebagai usaha menggumpul sebanyak mana pahala yang dikurniakan buat bekal akhirat dan pertemuan yang indah dengan -NYA.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas kunjungan di bulan mulia.
      Salam Ramadan yang diberkati padanya. 🙂

  7. Selamat datang ya Ramadhan.
    Assalamualaikum Mbak Fatimah. Selamat menjalan ibadah suci Ramadhan. Semoga banyak jua lah dosa2 kita terhapus ya..Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Aamiin Allahuma Aamiin. Mudahan ya mbak, dosa yang banyak terkumpul sepanjang tahun akan diampunkan Allah dengan rahmat-NYA. Di bulan barakah ini, mari kita banyak berbuat ibadah dan sedakah. Mudahan memberi kebaikan untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.

      Terima kasih sudah menyapa, mbak Evi.
      Salam semanis kurma di ramadhan yang indah. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Selamat menjalani ibadah puasa juga dan selalu berada dalam keadaan sihat sepanjang ramadhan yang penuh cabaran ini.

      kemaaf juga dipohon andai ada salah dan silap.
      Salam takzim dan terima kasih atas kunjungan. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.