CT192. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (5): MAKKAH 2020 & 2050

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Haramain5Fatima1Makkah2020.2050

MAKKAH 2020 dan MAKKAH 2050 merupakan posting  akhir dalam siri-siri WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (WMHAZ) yang telah dibincangkan pada sebelumnya, iaitu:

CT187.  WMHAZ (1): SEJARAH MAKKAH

CT188. WMHAZ  (2): MAKKAH 1885 & 1953

CT189. WMHAZ  (3): MAKKAH 2011 (1)

CT190. WMHAZ  (3): MAKKAH 2011 (2) – KEMUDAHAN HAJI 2011

CT191. WMHAZ  (4): MAKKAH 2013

Haramain5Fatima2Kronologi Makkah

I*

ISTIMEWA UNTUKMU

Semua tulisan di atas, sangat istimewa dan sengaja ditulis untuk menyemangati dirimu agar menimbulkan kerinduan dan cinta yang mendalam terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. Juga menyuburkan dirimu untuk selalu bersedia berkunjung ke Baitullah al-Musyorafah yang dinaungi dengan 120 rahmat dari Allah Azza wa Jalla. Alhamdulillah.

BUATMU YANG MENYENTUH HATI…. walau jauh dari pandangan mata, namun di hatiku sentiasa bertahta. Ku sebut namamu…. namun ada rindu yang lebih dari itu. Hanya A llah yang tahu, betapa rasa ini sangat mendalam tumbuhnya untuk selalu mengingatimu walau di mana diriku berada.

Semoga kongsian di atas dapat menambah ilmu dan pengetahuan kita tentang perkembangan yang berlaku kepada Kota Makkah dan Masjidil Haram yang menjadi sebahagian dari sejarah hidup kita yang mengaku sebagai MUSLIM.

Kita patut merasa malu dengan diri sendiri, jika tidak tahu tentang sejarah kampung halaman asal iman kita ini. Bagaimana di atasnya, menunas benih ketakwaan dengan cinta yang melaut tinggi kepada Allah SWT oleh insan agung terpilih di kalangan manusia. Inilah bumi yang sangat dicintai Allah SWT dan baginda Rasul SAW.

Abdullah bin Adi bin Alhamra’ meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika di Makkah, baginda SAW sedang berada di atas untanya di Hazwarah (nama pasar di Makkah, di halaman rumah Ummu Hani’ yang kemudian masuk dalam kawasan Masjidil Haram) :

“Demi Allah, sesungguhnya engkau (Makkah) adalah bumi Allah yang paling baik dan tanah yang paling dicintai Allah, andaikan aku tidak diusir darimu, niscaya aku tidak akan meninggalkanmu.”(H.R. Ahmad).

Haramain5Fatima3Makkah2020

*

MAKKAH MODEN

Untuk kongsian kali ini, reka bentuk Kota Makkah dan Masjidil Haram semakin canggih, semakin indah dan memukau mata. Saya berharap akan dapat mengerjakan haji lagi di masa akan datang. Insya Allah, keinginan untuk menunaikan umrah dalam waktu terdekat semakin menggamit hati. Mudahan kesempatan diberi untuk menjadi tetamu Allah SWT dan dapat menunaikan ibadah dengan lebih istiqamah.

MAKKAH MODEN merupakan nikmat yang Allah SWT sediakan buat hamba-NYA yang hidup di akhir zaman. Kini, kita sedang hidup dalam zaman akhir ini. Tentu perubahan yang berlaku kepada Kota Makkah memberi impak yang besar bagi memudahkan tetamu Allah SWT untuk mengerjakan segala ibadah di Tanah Suci baik ibadah haji mahupun ibadah umrah.

Mari kita saksikan video klip MAKKAH 2020 dan MAKKAH 2050 untuk meninjau sejauhmana kemodenan ini menambah cinta kita untuk beribadah bagi mendapat keredhaan Allah SWT berbanding melihat MAKKAH MODEN sebagai SYURGA DUNIA yang menjadi kebimbangan segelintir besar umat Islam tentang pemodenan Kota Makkah dan Masjidil Haram yang sedang berlaku saat ini.

SELAMAT MENONTON

MAKKAH 2020

*

MAKKAH 2050

*

NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH HENDAK ENGKAU DUSTAI ?

*

PesanFatimaku

MAHUKAH KITA BERFIKIR SEJENAK ?

Semua nikmat (negatif atau positif) yang TELAH, SEDANG dan AKAN kita nikmati mempunyai ujian tersendiri di dalamnya. Bagaimana cara kita menangani setiap nikmat tersebut bergantung kepada cara kita berfikir dan memahami segala yang tersirat dari yang tersurat.

Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku di Kota Madinah dan Kota Makkah akhir zaman. AKHIR ZAMAN bermaksud kehidupan pada fasa yang menghampiri tanda-tanda kiamat besar. Sedarkah kita, bahawa kita sedang hidup di dalam fasa tersebut. Kerana itulah banyak kebimbangan yang disuarakan terhadap pembangunan yang sedang berlaku di Tanah Hijjaz.

Hadis-hadis yang membicarakan tentang tanda-tanda akhir kiamat atau peristiwa akhir zaman, sudah banyak yang kita ketahui. Tetapi masih ramai yang tidak mengendahkannya. Tidak ada riak gerun di hati. Tidak merasa nyeri di jiwa kepada setiap peringatan yang diperturunkan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW. 

TANDA-TANDA AKHIR KIAMAT

Cuba teliti dan fahami pesan Rasulullah SAW melalui 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN . Saya yakin kita akan terpinga-pinga setelah membacanya. KENAPA ? HAMPIR semua tanda-tanda akhir zaman (kiamat) yang disebut di dalam hadis tersebut TELAH dan SEDANG BERLAKU di sekeliling kita. Subhanallah.

Tetapi sejauhmanakah kita mengetahui hadis-hadis ini sehingga kita memahami bahawa pemodenan yang sedang berlaku di bumi Haramain (Hadis ke 20)  adalah SALAH SATU dari tanda-tanda tersebut.

Maka, banyaklah kebimbangan yang muncul di hati nurani umat Islam tentang MAKKAH MODEN sehingga menghilangkan wajah asli Kota Makkah pada zaman Rasulullah SAW. Lalu… di manakah wajah asli Kota Makkah di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ?

MANA SATU YANG PATUT DIBIMBANGKAN ?

FIKIRLAH DENGAN IMAN, hadis itu sudah lama dimaklumkan kepada kita. Tetapi tidak menjadi iktibarpun sehinggalah Kota Makkah diubah wajahnya. Sebenarnya apa yang perlu kita bimbangkan ? PEMODENAN KOTA MAKKAH dan MADINAH atau ASINGNYA ISLAM di dalam KEHIDUPAN MODEN UMAT ISLAM masa kini?

IBARAT IKAN YANG HIDUP DI AIR MASIN, muslim sejati tidak akan tergoda dan terpengaruh dengan arus kemodenan yang melingkari sehingga boleh melalaikan dirinya dari mengingati Allah SWT. Bentanglah segala pembangunan serba canggih, hatinya tetap kepada Allah SWT. Bahkan, segala pembangunan dan kemajuan yang dibina, dijadikan kemudahan untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

*

SUDAH BERSEDIAKAH KITA ?

Jika benar pemodenan ini tidak dapat dielakkan, maka BENARLAH KATA-KATA RASULULLAH SAW. Oleh itu, sejauhmana pula tindakan kita untuk meningkatkan amal ibadah, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat agar kita bersedia menghadapi tanda-tanda akhir kiamat.  

Ternyata kita banyak mencari cinta dunia berbanding mencari bekal untuk akhirat. MAHUKAH KITA BERFIKIR SEJENAK ? Cukupkah kekuatan yang ada pada kita untuk berhadapan dengan kekuatan Allah yang Maha Kuat di Padang Mahsyar nanti.

Haramain5Fatima4Makkah2020

 

 JARAK MUNGKIN MEMISAHKAN KITA,  TETAPI KAU SELALU DEKAT DI HATIKU. PERCAYALAH… selamat menunaikan haji DI TAHUN 2020

*

 **************

17 September 2013 (Isnin)/ 10 Zulkaedah 1434H/ 1.55 petang- Bintangor, Sarawak

AKU…. perlu belajar membiarkan hati dilukai agar aku dapat merasai nikmat sabar yang tinggi. Perlu belajar mendiamkan diri agar aku dapat meredakan kemarahan yang sedang membaluti. Perlu belajar menangisi diri agar aku dapat mengubat sakit yang menjalari hati. Aku perlu belajar banyak dari kehidupan ini kerana ia menjadikan aku semakin dekat dengan Ilahi Rabbi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

CintaFatimaku14Cintaku

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….. membina cinta melalui persahabatan adalah kebersamaan yang mengikat jiwa untuk lebih memahami erti kasih sayang sejati. Suburlah ia dengan kesenangan hati dalam menampilkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Tunaskan benih kemuliaan dalam persahabatan agar terkumpul buah keberkatan yang dinaungi rahmat Ilahi. Terima kasih untuk semua kasihmu dari hatiku yang terdalam. Semoga dirahmati Allah SWT. Wassalam. 😀

thank-you-78

27 thoughts on “CT192. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (5): MAKKAH 2020 & 2050

  1. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Alhamdulillah jadi yang pertama untuk menikmati seri “Wajah Masjidil Haram Akhir Zaman”. Selalu bertambah ilmu pengetahuan setiap kali saya bersilaturahmi ke LMGS G2 ini. Barangkali itulah salah satu hikmah dari silaturahmi.

    Setiap kali mencermati wajah Masjidil Haram dari tahun ke tahun, yang terlihat adalah kebesaran Allah Swt yang telah mengaruniakan segalanya, yang salah satunya ilmu pengetahuan dan teknologi. Dengan demikian, segala kemudahan dapat kita rasakan sepenuhnya. Namun dengan adanya kemudahan tersebut, mudah pulakah kita bersyukur pada-Nya? Yang bisa menjawab tentu saja diri kita sendiri.

    Terima kasih atas lanjutan sajian penuh makna ini, semoga berlanjut pula pahala kebaikan untuk Mbak Fatimah.

    Salam hormat sepenuh hati untuk Mbak sekeluarga…

    • Wa’alaikum slaam wr.wb, mas Raden…

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat untuk pencerahan minda dan jiwa.
      Setiap peristiwa yang dilalui oleh zaman ia berada, mempunyai sejarah tersendiri dan membawa akibat yang mengesankan kepada mereka yang hidup di dalamnya.

      Kita hidup di zaman serba maju dan canggih, dianggap sangat beruntung berbanding mereka yang hidup sebelum kita di masa lampau. Apabila meneliti sejarah “kehidupan” alam jagat ini, terbukti pertembungan antara tamadun-tamadun dunia telah membawa implikasi besar dalam perubahan sesuatu tempat.

      semoga segala kemudahan yang berlaku di dua kota suci umat Islam ini amat menguntungkan para tetamu Allah sebagai menyempurnakan keselesaan untuk beribadah. Insya Allah, jika hati sudah bertaut rapat dengan cinta Allah dan cinta Rasul, tidak ada dunia yang dapat mengabui mata dan hatinya untuk berpaling dari melaksanakan ibadah yang dituntut.

      Terima kasih mas Raden atas kongsian dan kunjungan. Aamiin Ya Rabbal’alamiin, atas doa yang dilampirkan. Mudahan mas Raden dan keluarga juga dikurniakan barakah dari Allah SWT.

      Salam hormat kembali. 😀

  2. walaupun wajah Mekkah dari tahun ke tahun selalu berubah, tetap tersimpan harap agar Allah menghantarku kesana. menginjak kan kaki di kota Rasulullah. ingi merasakan bagaimana lelahnya perjuangan mereka. walaupun tidaklah mungkin sama dengan lelahnya perjuangan mereka..

    terimakasih Kak? atas perkongsian ilmunya, sungguh membuat hati ini semakin rindu..

    • Benar mbak, perubahan wajah Kota Makkah dan Kota Madinah bukan menjadi tujuan utama kita untuk ke sana. Ziarah Madinah dilakukan kerana menziarahi Rasulullah SAW dan solat di Masjid Nabawi juga tempat sejarah Islam pertama menjadi tujuan utama kita.

      Manakala ke Makkah adalah untuk mengunjungi Baitullah al-Haram yang menjadi perintah Allah SWT untuk dilaksanakan sebagai kemuncak rukun Islam yang menjadi kewajiban hamba-NYA.

      Oleh itu, setiap perubahan yang berlaku di bumi mulia itu merupakan perubahan zaman yang telah termaktub di loh mahfuz untuk dinikmati oleh umat akhir zaman selain menunjukkan kekuasaan Allah SWT dalam membenarkan apa yang disampaikan Rasulullah SAW tentangnya.

      Didoakan mbak Ummu akan segera dijemput sebagai salah seorang duyuf ar-rahman dari sekian banyak hamba Allah di muka bumi ini. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan komentar mbak Ummu.
      Salam manis selalu. 😀

  3. Subhanallah, begitu indah bangunannya, tentunya dengan semakin luas para calon jemaah haji tidak perlu antri untuk menuju kepada-NYA, Yaa Allah berilah kesempatan kepada keluaga kami untuk melaksanakan ibadah haji ….. Aamiin!

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Saya doakan anda dan keluarga akan dijemput sebagai tetamu Allah SWT.
      Kita semua berharap begitu juga, bahawa kesempatan dengan pembesaran Masjidil Haram akan menambah kuota buat umat Islam sedunia untuk menunaikan rukun kemuncak dalam Rukun Islam ini.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam hormat dan sejahtera selalu. 😀

  4. Assalamualaikum Mbak Fatimah, Gambar 2 ilustrasinya selalu menarik. Kreatif sekali dirimu, Yah untuk belajar sabar kita harus membiarkan diri disakiti ya, Noted! Thank you

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Alhamdulillah… (sambil pipi jadi “pink”… ) atas pujian mbak Evi. ;).
      Hanya sekadar minta aja mbak, bagi menambah keasyikan menulis dan visualnya.

      Hadiah sabar itu sangat besar dan amat menarik sekali iaitu Allah akan bersama dengan mereka yang bersabar. Maka, sabarlah menghadapi segala apa yang Allah tampilkan dalam hidup kita.

      Terima kasih mbak Evi. Semoga ceria dan sukses selalu.
      Salam manis. 😀

  5. wa’alaikum salam warohmatullohi wabarokatuh
    sungguh sangat beruntung jika jiwa kita selalu terhiasi pengingat kehidupan dari sebenar-benarnya kehidupan setelah kematian yaitu kehidupan akhirat. Ia akan membawa kita selalu mawas diri dan berhati-hati dalam melangkah dan menjalani kehidupan. Apalagi tanda-tanda akhir jaman sudah banyak kita temukan disekitar kita

    • Salam sejahtera…

      Kita semakin banyak menikmati kurnia Allah dan semakin banyak juga mengkufuri nikmatnya dengan tidak mengikuti segala perintah dan larangan-NYA. Adakah kita telah banyak bersyukur atas segala milik-NYA yang dipinjamkan sementara buat mengembirakan kehidupan kita di dunia ini ?

      Alangkah ruginya, apabila kita telah tahu, tetapi menyembunyikan pengetahuan kita sehingga tidak mahu berbuat kebaikan. Mudahan Allah SWT selalu memelihara iman kita untuk selalu berada di jalan-NYA yang lurus.

      Terima kasih Pakies atas kunjungan dan pencerahannya.
      Salam hormat selalu. 😀

  6. Wow…wajah Masjidil Haram pada tahun 2050 begitu mengesankan dan penuh teknologi canggih. Tapi setelah dipikir-pikir, kemodernan ini sebenarnya hanya menguntungkan bagi penguasanya saja.

    Bagaimana tidak, bangunan2 baru yang canggih tersebut sebenarnya banyak menyisakan keprihatinan karena bangunan2 lama yang penuh sejarah akan peradaban jaman nabi telah banyak digusur sehingga wajah kota Masjidil Haram kedepan tidak ubahnya seperti sebuah kota yang dipenuhi mall dan hotel, sementara tempat bersejarahnya sudah tidak berbekas lagi.

    Itu yang patut kita waspadai dari agenda para penguasa yang telah banyak bersekutu dengan negara barat utk menghancurkan islam. Semoga Allah SWT selalu menjaga Kota Makkah dari tangan orang2 yang licik dan jahat.

    • Iya, saya setuju dengan pandagan Ifan. Cuma yang perlu kita fahami adalah apabila kekuasaan bukan di tangan kita atau di tangan umat Islam dariTanah Hijjaz sendiri, maka tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan.

      Mudahan sahaja kita mengharapkan segala kemudahan yang diperolehi dari pembesaran Masjidil Haram akan memberi keselesaan dan keamanan kepada umat Islam walau terpaksa menerima hakikat bahawa segala sejarah lampau kian hilang ditelan zaman.

      Walaupun pembangunan yang berada di sekitarnya, jelas menampakkan adanya jurang pendapatan dan kedudukan tetamu Allah SWT, tidak akan menyebabkan kita lalai dan leka dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

      Insya Allah, Allah SWT selalu menjaga Rumah-NYA dari angkara manusia yang cuba memusnahkannya sebagaimana yang pernah berlaku dalam sejarah Tentera Bergajah (surah al-Fiil) Tidak perlu kita bimbang tentang hal tersebut kerana tidak ada siapa yang mampu mengatasi kuasa Allah SWT dalam mempertahankan Baitullah al-Haram.

      Terima kasih Ifan atas kunjungan juga komentar yang mencerahkan. Semoga sihat bersama keluarga di penghujung pekan.

      Salam sejahtera. 😀

  7. Betapa kita harus mensyukuri segala perubahan yang kita temui pada zaman kita tempuh. dengan syukurlah kita tak tergoyahkan akan perubahan zaman. kita tetap istiqomah hidup di jalan ilahi.

    • Benar mbak Mintarsih, kita berada jauh dari zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang di redhai Allah SWT. Tentu banyak perubahan yang berlaku sejak masa berjalan sehinggalah menemui kehidupan kita yang moden dan berbeza dari yang pernah kita baca dalam sejarah Tamadun Isalm.

      Oleh itu, hendaklah kita bersykur menikmati apa yang ada di zaman kita tanpa terpengaruh dengan kehidupan moden yang melalaikan. Kuatkan iltizam dan istiqamah kita pada agama Allah SWT.

      Terima kasih mbak atas pandangan yang mengesankan.
      Salam manis selalu. 😀

  8. Assalam Alaikum Warrahmatulahi Wabbarakatuh.
    Salam jumpa kembali.
    Senang bisa mengikuti tulisan2 Encik yang begitu elok nan bermanfaat.
    Ini perjalanan haji tahun lalu, bukan?
    Di Sulawesi – Indonesia sini, panggilan menunaikan haji mulai bertambah rentang jarak waktunya, atau daftar tunggu. Kuotanya kan dibatasi. Ada yang bilang sekarang sudah harus menunggu sampai tahun 2016 kalau mendaftarnya dari sekarang.
    Jadi, tinggal kesabaran saja yang perlu diikhtiarkan, kalau kemampuan lain sudah tersedia.
    Salam persaudaraan. 🙂
    .

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, DTF…

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasi kepada karya saya. Posting travelog hajjah ini adalah perjalanan haji tahun 2011 yang lalu.

      Wah… masih beruntung sekali rakyat Sulawesi jika waktu menunggunya hanya sekitar tahun 2016, beberapa tahun sahaja. Berbanding dengan di Malaysia yang perlu menunggu sehingga ada 60 tahun akan datang.

      Iya, yang penting harus sabar dan bersedia dengan perubahan diri untuk kemuncak rukun wajib bagi setiap muslim. Didoakan DTF juga akan ke sana atau sudah berhaji ya ?

      Terima kasih atas kongsian maklumatnya.
      Salam hormat. 😀

        • Semasa saya mendaftar dahulu jeda waktu hanya 5 tahun sahaja,

          Tidak seperti sekarang ini, jarak waktunya sangat panjang. Hal ini menunjukkan rakyat Malaysia sudah mulai berdaftar haji awal seusia anak bayi lagi agar nanti bila anak-anak sudah besar dan baligh mereka sudah berhaji muda dan masih sihat.

          Kerajaan Malaysia sangat menggalakkan rakyatnya agar berdaftar haji ketika usia masih muda untuk mengumpul wang sedikit demi sedikit sehingga sampai jumlah yang dikehendaki untuk berhaji.

          Terima kasih DTF. Salam takzim kembali. 😀

  9. Pingback: CT257. UMRAH WAJIB (2): LANGKAH PERTAMAKU DI MASJIDIL HARAM | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.