CT264. IEESYAH BELAJAR PUASA (2014): PECAH PUASA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

IeesyahFatima2PecahPuasa

*

Alhamdulillah, Ieesyah masih ingat lagi puasa penuh yang pernah dilakukannya pada hari terakhir Ramadhan tahun 2013.

Sebelum Ramadhan tiba, Ieesyah sudah menunjukkan semangat untuk berpuasa penuh tahun 2014 ini. Saya meniupkan api semangat untuk Ieesyah meneruskan perjuangan belajar puasa pada Ramadhan ini.

*

NIAT PUASA

Pada malam Ramadhan pertama, saya menyuruh Ieesyah membaca niat puasa.

Mama: “Cuba ikut Mama baca niat puasa dan selespas itu Ieesyah niatkan dalam hati.”

Ieesyah: “Tidak apa, Mama. Ieesyah pandai baca sendiri. Ieesyah sudah hafal niat puasa dari kertas yang cikgu beri di sekolah.”

Mama: “Alhamdulillah, hebatnya anak solehah Mama ni. Ok, cuba baca. Mama nak dengar.”

(Ieesyah pun membaca niat puasa untuk esok dan niat puasa untuk sebulan dengan lancar. Kemudian saya menyuruh Ieesyah berniat dalam hati untuk puasanya.)

*

HARI PERTAMA PUASA

1 Ramadhan 1435H/2014 (Ahad) bermulanya sejarah ibadah puasa buat Ieeyah yang ingin belajar puasa lagi. Bersama azam yang ditanam sekian lama Ieesyah cuba bertahan sehingga waktu berbuka.

Hari pertama puasa menyaksikan dugaan PALING BESAR sedang melanda Ieesyah dalam merealisasikan impiannya. Ujian getir bagi Ieesyah mula melanda pada jam 12.40 petang di mana perut biasanya sudah mulai mendendangkan irama keroncong…. krrrrrr.

Ieesyah mulai meragam untuk berbuka puasa. Ke hulu ke hilir Ieesyah mengekori langkah saya di dalam rumah sambil meminta kebenaran untuk berbuka puasa. Aksi lemah gemalai dan langkah longlainya mula nampak jelas dengan bibir yang ditunjukkan sudah kelihatan kering. Kata pujukan kepada saya sudah kedengaran.

*

Ieesyah: “Mama, Ieesyah sudah tidak tahan lapar. Bolehkah Ieesyah buka puasa sekarang. Ieesyah rasa tidak larat lagi. Rasa lemah.”

Mama: “Ieesyah cuba bertahan ya. Mama pun puasa juga dan rasa lemah. Ieesyahkan berjanji hendak puasa penuh tahun ini.”

Ieesyah: “Tapi perut Ieesyah lapar. Macam mana hendak puasa kalau perut lapar.”

Mama: “Hmmm… macam itulah orang miskin berasa lapar. Sebab itulah Allah mahu umat Islam berpuasa supaya kita tahu bahawa ada orang lain yang tidak ada duit untuk beli makanan dan terpaksa berlapar. Ieesyah cuba tahan lapar dulu, ok.

Ieesyah: “Macam itukah hidup orang miskin, Ma. Tapi macam mana Ieesyah nak tahan lapar ni.”

Mama: “Ieesyah cubalah. Hmmm… ok, nanti Mama belikan Nasi Goreng KFC yang Ieesyah hendak makan kelmarin sebagai tanda kejayaan Ieesyah puasa hari pertama ini. Sekarang Ieesyah pergi tidur. Nanti Mama bangunkan waktu berbuka. Mama gerenti Ieesyah tidak rasa lapar kalau tidur.

Ieesyah: ” Ok Ma, Ieesyah tidur dulu. Nanti Mama bangunkan Ieesyah ya. Terima kasih Mama.”

*

Dengan langkah longlai, Ieesyah membaringkan dirinya di atas kusyen di ruang tamu. tanpa menunggu lama, mungkin keletihan menahan lapar akhirnya Ieesyah tidur nyenyak hingga hampir waktu berbuka.

Berjaya juga saya pujuk Ieesyah. Memang saya hendak membelikan nasi KFC yang diingini Ieesyah kelmarin sebagai “hadiah” kejayaannya berpuasa penuh pada hari pertama. Ingatkan mahu berahsia tetapi bimbang Ieesyah “pecah puasa” dan terpaksa dimaklumkan padanya.

*

IeesyahFatima4NasiKFC

Menu nasi goreng KFC yang mengandungi isi ayam yang dicarik, isi jagung dan daun saderi berharga RM5.00 satu.

*

“PECAH” PUASA

“PECAH” PUASA bermaksud BERBUKA PUASA bukan dalam waktu berbuka puasa.

Hari ini, Rabu (2 Julai 2014) HARI KEEMPAT PUASA. Sedang saya asyik mengemaskini fail di meja. Deringan tone MashaAllah nyanyian Maher Zain di Blackberry Torch berkumandang memenuhi ruang pejabat (ofis).

Panggilan dari telefon bimbit Izzah tetapi yang bercakap adalah Ieesyah. Setelah menjawab salam, berlaku dialog yang tidak disangka ini dan mebuat saya ketawa bercampur kasihan.

*

Ieesyah: Mama, Ieesyah minta kebenaran Mama untuk buka puasa. Ieesyah lapa dan tak tahan lagi. (sambil menangis teresak-esak)

Mama: Kenapa nak pecah puasa. Sekarang sudah jam 3.51 petang. hanya beberapa jam lagi waktu berbuka. Ieesyah tahanlah. Rugi kalau berbuka sekarang.

Ieesyah: Tidak mahu, Ieesyah lapar sangat. Tadi di sekolah, Ieesyah nangis hendak pecah puasa tapi tunggu tanya Mama dulu baru Ieesyah buka puasa. Bolehkah Ieesyah buka puasa sekarang, ma ? (tangisan Ieesyah sudah semakin tinggi)

Mama:  Iyakah, kasihannya anak solehah Mama. Ieesyahkan janji hendak puasa penuh Ramadhan tahun ini.Kalau pecah sudah tidak penuhlah puasanya.

Ieesyah: Ieesyahkan pecah satu hari ini sahaja, Ma. nanti hari-hari lain Ieesyah akan berpuasa penuh. Bolehkah Ieesyah pecah puasa sekarang. (tangisan semakin keras sambil memujuk saya)

Mama: Oklah, sayang. Ieesyah boleh pecah puasa sekarang. Tapi dengar dan ikut cakap Mama ni. Mula-mula Ieesyah baca doa buka puasa dan minum air putih. baru minum air lain. Selepas berbuka puasa, Ieesyah telefon Mama semula, ya.

Ieesyah: Baik Mama, terima kasih kerana benarkan Ieesyah pecah puasa. Sayang Mama. bye Mama. (suaranya masih sayu dalam lagu tangisannya)

Mama: Ok, sama-sama sayang. Selamat Berbuka Puasa. Bye. Assalaamu’alaikum sayang.

*

IeesyahFatima3jadualPuasa

Jadual Berpuasa yang direka sendiri oleh Ieesyah bagi memastikan keadaan puasanya. Di sebelah kanan adalah “icon-icon” yang mewakili emosi Ieesyah pada hari berpuasa. Sangat kreatif. Apabila ditanya tentang icon tersebut, Ieesyah dengan petahnya menjelaskan maksud yang terkandung di dalamnya.

 *

BANTAHAN DARI IZZAH

Tidak sampai 1 minit menutup bicara dengan Ieesyah, saya menerima masuk SMS dari Izzah yang membantah keputusan saya menyuruh Ieesyah berbuka puasa. 

*

IeesyahFatima5SMSBantahanIzzah

*

CERIA

Selang 5 minit, Ieesyah menelefon saya kembali untuk memaklumkan bahawa dia sudah berbuka puasa. Suaranya kedengaran sangat ceria di hujung talian.

Saya ketawa mendengar laporannya tentang sikap yang ditunjukkan oleh Kak Izzahnya. Saya memujuk Ieesyah bahawa Kak Izzah sudah dijelaskan tentang sebab pecah puasa dalam SMS sebentar tadi.

Allahu Akbar walhamdulillah. Kini, Ieesyah kembali menyambung misinya untuk berpuasa penuh sehingga ke hujung Ramadhan.

“Ya Allah, semoga Engkau tingkatkan semangat anakku, Ieesyah. aamiin.”

*

Puasa-Ramadhan-dan-Hikmahnya-Menurut-Al-Quran

*

***************

SalamFatima3SalamFatima4 Julai 2014 (Jumaat)/ 6 Ramadhan 1435H/3.46 petang Sarikei, Sarawak

AKU…. melihat betapa indahnya hidup apabila Cinta Allah dan Cinta Rasul menjadi tunjang dalam menghadapi cabaran yang dilalui. Jika hati terluka dek perbuatan manusia akan cepat reda apabila Cinta Allah menyelimuti hati sehingga kita redha dengan apa yang terjadi. Jika hati dirundung resah dek musibah yang menimpa akan menjadi tenang apabila Cinta Rasul memperlihatkan perjuangannya lebih dahsyat dari kita. Jangan mudah rebah dan mengalah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu… Marilah kita mensyukuri segala nikmat Yang dikurniakan Allah dalam hidup kita. Hargailah apa yang kita miliki kerana setiap yang diberikan kepada kita mempunyai hikmah yang besar di sisi Allah. Wassalam. 🙂

*IngatanFatima2Padamu

*

PERCAYALAH…. PELANGI YANG TERSENYUM ITU ADALAH AKU YANG SEDANG MENGINGATIMU

*

15 thoughts on “CT264. IEESYAH BELAJAR PUASA (2014): PECAH PUASA

  1. Assalamualaikum, lama tak bersua…baru ada kesempatan berkunjung di blog nan indah ini, selamat menjalankan ibadah puasa…mohon maaf lahir batin ..
    anak seusia Ieesyah ,,memang harus sudah mulai dibiasakan berpuasa…tak apalah puasanya batal, bila tak mampu menahan hingga sehari,..menurut saya pribadi..janganlah dipaksa untuk bertahan puasa..karena usianya yang sangat muda….boleh jadi paksaan yang diberikan akan mengakibatkan image tentang puasa tak baik baginya secara psikologis….jadi biarkanlah ia memahami bagaimana berpuasa itu..dengan bekajar ..belajar dan belajar setiap ramadhan tiba…tentunya dengan bimbingan ayah bundanya……
    salam dari Banjarbaru, Kalimantan selatan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Wieka….

      Senang menerima kunjungan dari mbak Wieka. Saya juga demikian sama mbak, sudah lama tidak berkunjung ke blog mbak. Pernah saya ke blog mbak untuk menyapa pada tulisan baru dan memaklumkan pemberian AWARD buat mbak tetapi tidak dapat ditulis pada kotak komentarnya.

      Iya, pendapat mbak sama dengan saya. Anak-anak harus dididik ikut kemampuan mereka agar mereka merasa tidak dipaksa untuk melakukannya. Tentu sahaja lama kelamaan nanti akan menjadi biasa apabila mereka sudah semakin membesar.

      Terima kasih mbak Wieka atas kunjungan dan komentar berbobotnya. Didoakan mbak sihat dan selalu dilindungi Allah SWT dalam rahmatnya. Aamiin.

      Salam Ramadhan yang mulia. 🙂

    • Alhamdulillah, anak-anak memang keras semangatnya dan selalu mahu mencuba lagi.

      Terima kasih Ardiansyah. Lama sudah tidak kemari. Semoga selalu sukses dalam kerjayanya dan selamat menunaikan ibadah puasa. 🙂

  2. Aslmkm, Mah … Apa khabar cnun? Lamak sik dengar khabar dari dirik. Rindu ngan dirik … Salam Ramadhan buat Mah sekeluarga. Semoga dianugerahkan Allah kerahmatan dan keberkatan di bulan mulia ini. Selamat Berpuasa. Salam teramat rindu dari kamek buat dirik … Semoga ada kesempatan utk bertemu …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Lea sayang…

      Alhamdulillah, kamek sihat ajak. Dirik di sinun, macam ney ? Harap sihat juak dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Dirik pun sama juak sik ada khabar berita ko. Rindu na kamek dengan dirik. Ada cerita menarik yang baru nak dikongsikan kah ?

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin atas doa kitak di atas. Selamat menunaikan ibadah puasa dan diberkati semua amalannya. Terimak kasih sudi berkunjung agik. Terkejut juak kamek nangar komentar dirik. Suk ati kamek dapat khabar dari dirik balit.

      Salam teramat rindu juak dan sayang selalu dari kamek untuk dirik di Perak (masih di sinunkah ?). 🙂

      • Assalamualaikum, sahabat tersayang …

        Aok, msh agik di Perak. Tapi kinek tok dlm proses urusan rumah di UUC K Kinabalu agik sigek. Insya Allah mun di panjangkan umor mok menetap d sia. Tgu anak habis U stahun duak tok.

        Kmk pun selalu maca tulisan2 dirik mun sunyi d ctok. Maklum tggal b2 jak. Mun bukak email nmpak jak coretan indah dari blog Mah yg cantik. Suk maca. Ada jak idea2 kreatif, Mah. Tahniah …

        Shingga coretan tok d tulis … Rindu sgt ngan dirik. Ni sik rindu nanggar gambar puteri comel Mah, seiras wajah Mah masa kitak bersama dolok … Entah bila kitak mok btemu … Ok, takat tok jak.

        Salam kerinduan buat sahabatku tersayang … Take care. Luv … Luv u. Missed u sooooo much …

        • Wa’alaikum salaam wr.ab, Lea sayang….

          Alhamdulillah, mun beli rumah di Sabah, dekatlah sikit dirik nak balit kampung di Lawas. Kelak dapatlah kamek ngabas dirik di sinun. Dah dekat ndak, sik kan sik maok bertemu. Rinduuuuuu na dengan dirik. Nang bena-bena rindu.

          Terima kasih kerana dirik masih sudi agik ngabas blog kamek. Hehehe…. orang nang kreatif, mestilah cantik blognya, macam diriknya pun bah. 😀

          Ada juak ke blog dirik tapi macam sik ada apa-apa ajak. Kenak dirik sik aktif agik. Tulislah, dirikpun apa kurangnya. Duak kali limak jak kita duak tok.

          Hmmmm…. rasa nak angkat bakul jak tok bila dirik madah Ieesyah iras macam kamek masa remaja belia. Senyum sorang-sorang ngenang kisah kita duak di SHOAW marek. Rindu dengan masa lalu ya. Dirik pun kiut miut masa ya, keciiiik jak orangnya dan maniiisss senyumnya.

          Salam rindu dan sayang selalu dari kamek buat dirik di sinun. Take care juak. makan ubat, mun sakit. jangan ditandah ajak, ok.

          Miss you and Love you much, Lea. 🙂

        • Salam, buat sahabat yang jauh di mata dekat di hati …

          Ha3 … Tetak ngan dirik ko … Muji bukan main agik … Yalah duak sahabat sehati sejiwa … Hi3. Kamek pun ada blog tapi sik sekacak blog dirik pun. Biasa2 jak … Toklahnya liachew.blogspot.com.
          Kinek tok lamak sik nulis. Banyak agik dalam draf. Sik sempat edit. Gago belajar menjahit. Insya Allah lepas raya tok kali baruk free.

          Masa berlalu, usia pun dah hampir separuh abad. Mudahan Allah berik kesempatan. Rindu mok nemu dirik. Mun jumpa kali mesti banyak mok di padah ngan dirik. Sejarah hidup yang menyimpan seribu kenangan …

          Ok, Mah sayang … Salam kerinduan di angin lalu …

          Aduhai, angin …

          Telah ku cuba
          melepaskan beban ini
          Dalam lakaran bebait lagu
          tentang kerinduan
          Nan terpendam dibatas
          jarak pemisah
          Jujur …
          ingin ku temuimu …

          Hai, angin …
          Ku lukis bebayangmu
          Selintas wajah yang kurindui
          Di awan kugoreskan imaginasi
          lalu kubisik suara hati
          di angin lalu …

          Ah, angin …
          Betapa bernilai
          Sesaat pertemuan kita
          walau sedetik cuma
          Penawar rindu
          yang kian lama
          bergantungan di tiang hari

          • Sayang Lea yang selalu di hati….

            Terharu kamek baca puisi dirik di atas. Kelak kamek molah sigey posting khas untuknya. Terasa angin ajak yang faham rindu kita lamak tok. Dah puluhan tahun kita sik bertemu.

            Dengar suara dirik dalam telefon sik sama dengan dirik pun. Mudahan kita akan bertemu juak di suatu hari nanti.

            Hehehe, dah sik ada orang muji, macam yalah. Hebat…. dirik belajar menjahit Lea. Kamek nang sik pandeilah nak menjahit, jadi model jahitan bolehlah.. 😀

            Terima kasih Lea sebab masih hubingi kamek walau hanya di maya pada. Sik sangka kita tok dah nak separuh abad, tapi rasa macam mudak ajak…hehe,

            Salam sayang dan rindu di angin lalu. Selamat berbuka puasa dan mudahan amalan diredhai Allah SWT. 🙂

  3. maaf,mbak Siti,lama tak berkunjung ke blog ini. terima kasih sudah memberi blogwalking award pada saya, tp maaf belum sempat saya sisipkan dipostingan.

    anak2 memang perlu dilatih berpuasa meski kadang berbuka seblm waktunya, tak apalah asal semangatnya ttp ada….

    • Alhamdulillah, terima kasih kembali mas Zainal kerana sudi singgah lagi kemari. Tidak apa-apa, yang penting kebaikan dari silaturahmi tersebut dapat dihargai bersama.

      Mudahan dengan mengajar anak-anak sejak kecil akan menjadikan mereka biasa melakukannya walau terpaksa berdikit-dikit caranya.

      Salam Ramadhan yang mulia. 🙂

  4. Assalamu’alaikum Wb.Wb

    Wah benar-benar perjuangan ya belajar puasa… Saya jadi ingat waktu saya kecil dulu, benar-benar tak kuat menahan lapar dan haus… Terutama haus yang bikin saya menyerah, hehehe… 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KF….

      Hehehe, memang belajar puasa di masa kecil mempunyai kenangan indah, sedih dan melucukan apabila diingat kala kita dewasa. Alhamdulillah, kita sudah berusaha dan diajar sejak kecil sehingga kini kita mampu melakukannya dengan baik.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam Ramadhan. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.