Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Sahabat sekalian, setelah lama berkecimpung secara aktif di dunia maya ini, saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar di penghujung tahun bagi menghilangkan kelelahan di samping urusan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Insya Allah, ANDAINYA PERTEMUAN ITU MASIH MILIK KITA dan dipanjangkan umur, saya akan berusaha untuk kembali menyatu dalam kesegaran yang tentunya memberi kelainan apabila tahun baru menjelma.
Oleh itu, kemaafan zahir dan bathin dipohon kepada semua sahabat maya yang dikasihi atas silap dan salah yang pernah dilakukan dalam setiap catatan yang digores sama ada melalui komentar di blog saya atau blog anda di sana. Dengan hormat takzim saya juga memohon untuk didoakan keselamatan, kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat saya dan keluarga sepanjang kehidupan di dunia nyata yang sedang berlangsung.
Seandainya kemungkinan ini menjadi POSTING TERAKHIR dan saya tidak kembali lagi, mohon diredhai segala yang pernah terjalin dalam persahabatan ini kerana hidup, mati dan rezeki kita semua dalam ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui. Budi baik dan keakraban yang terjalin, sangat dihargai dan akan dikenang hingga akhir hayat.
Sebelum mengundur diri, agar hilang segala kerinduan sepanjang ketiadaan ini, saya bekali sahabat dan teman pembaca sekalian dengan lakaran-lakaran lukisan saya. Lakaran ini dilukis secara usahasama dengan AKRAM (9 tahun). Kebanyakan lukisan diwarnakan oleh IEESYAH (6 tahun). Sedikit sahaja diwarnakan oleh IFFAH dan IZZAH.
Saya menjadi pelengkap kepada lukisan tersebut apabila Akram merasa dirinya sudah hilang idea untuk melukis Mamanya ini. Lukisan di peringkat awal kelahiran saya (no.1 -4) adalah terhasil dari idea kreatif Akram, yang kemudiannya ditiru oleh saya yang sudah sedia pandai meniru. Manakala lukisan seterusnya (no.5 – 15) adalah lakaran saya sendiri. 😀
Semoga sahabat dan teman pembaca dapat menikmati apa yang terhidang dengan cerianya sebagai satu penghargaan dari seorang insan bernama SITI FATIMAH AHMAD.
****************
ALAM KANAK-KANAK
Mama: “Muhammad (panggilan saya kepada Akram), mama minta tolong boleh tak ? Mama nak melukis gambar mama masa kecil tapi mama tak ada idea nak lukis. Boleh tolong lukis untuk mama ? Lukisan pertama adalah kelahiran mama.”
Akram: “Boleh, no problem. Biar abang (panggilan Akram kepada dirinya) tolong mama.” (Akram pun mulai melukis dengan tekunnya).“Ok, ma. Dah siap.” (sambil ketawa mengikik-ngikik, lucu melihat hasil lukisannya).
Mama: “hehehehe…” (belum melihat sudah mengikik-ngikik sama kerana lucu melihat tingkah Akram). “Bawa sini mama nak lihat. Masya Allah, memang mama macam ini ya, semasa lahir ? Tidak tutup aurat…hehehehe… (ketawa kami berdua meletus lebih kuat lagi). Terima kasih, nak. Mama suka. Cantik. Lukisan kedua pula. Mama dalam kain kena bedung sambil tidur nyenyak.”
Akram: “Ok, biar abang fikirkan” (sambil mengerut-ngerut dahinya mencari idea)
*****
Ieesyah: (Ieesyah selesai mewarna) “Mama cantik tak Ieesyah warnakan”
Mama: “Subhanallah, cantiknya nak (sambil cium pipi Ieesyah dan tersengih-sengih melihat hasil warnanya). Cantiklah tilam mama ni, tapi kenapa mama masih tidak pakai baju. Mama malulah.”
Ieesyah: “Bukan tilam lah ma, itu kain selimut. Memanglah mama tak pakai baju masa lahir. Adakah orang keluar dari perut emaknya pakai baju ?”
Mama: Diam. (Tergamam dan terkedu )“Iyalah… betul tu. Tapi kasihanlah mama rasa sejuk.” (memberi alasan).
Ieesyah: “Mama, kalau Ieesyah tambah pusat di perut mama, boleh tak ? Tambah yang lain-lain juga, boleh ma, seperti….” (belum sempat jawab, saya sudah faham makna katanya itu).
Mama: “Tak payah, nanti orang tahu pula, di mana pusat mama dan yang lain-lainnya. Biar rahsia.” hehehe… (menahan hati, geram kerana Ieesyah berusaha menorehkan pensil warna hitam ke badan mamanya yang tanpa baju itu. Saya pantas mengambil lukisan tersebut agar tidak tercemar. :D)
Akram: “Dah siap, ma.” (sambil senyum-senyum malu).
Mama: “Subhanallah, pandainya anak mama. Kenapa pandai sangat ni. Mama tak terfikir pun buat lukisan macam itu.”
Akram: “Hehehe…, Mama, kenapa baby mesti kena bedung kalau mahu tidur ?”
Mama: “Supaya baby rasa tenang dan tidak terkejut kalau ada bunyi yang mengganggunya.”
Akram: Oooo… (menggangguk kepala tanda faham).
*******
Ieesyah: (selesai mewarna) ” Mama, dah siap.”
Mama: “Wah, cantiknya kain selimut mama tu. Pandai anak mama pilih warna. Terima kasih nak.”
Ieesyah: “Mestilah, lihat orangnya (tersengih-sengih membangga diri)
Mama: “Tak boleh cakap macam itu, bila mama puji, sepatutnya Ieesyah cakap – alhamdulillah -, baru Allah tambah kepandaian Ieesyah dalam mewarna.”
Ieesyah: “ok, alhamdulillah.”
Mama: Muhammad, tolong lukis mama sedang meniarap pula.
Akram: Ini susah, ma. Abang tak tahu bagaimana nak melukis gambar baby meniarap.
Mama: Hmmm… Macam ni aja. Cuba Muhammad meniarap sambil itu, Muhammad bayangkan bagaimana baby meniarap. Boleh ? (sambil senyum memberi saranan yang difikirkan terbijak saat itu. :D)
Akram: Boleh, abang dah dapat idea. (membuat aksi meniarap sambil melukis gaya tiarapnya).
Mama: Anak mama ni, memang berbakat melukis. Pasti lebih cantik lagi dari lukisan yang lain.
Akram: hehehe… . Ok, dah siap, ma.
Mama: “Alhamdulillah. Bawa sini, mama nak lihat. (Diam dan senyap) Masya Allah, ini mama meniarap ke mama terbang, Muhammad. Macam ultraman sahaja mama ni. (sambil ketawa menahan perut kerana sangat lucu melihat hasil lukisan tersebut)
Akram: “hehehe… mama macam ultraman. Sorry ma, abang tak pandai lukis.”
Mama: “Tak apa, cantik tu. Mama sendiri tak pandai lukis macam ini. Lama-lama nanti, Muhamammad akan pandai lukis orang meniarap.” (menenang hati Muhammad yang kelihatan malu-malu melihat saya ketawa geli hati.)
Ieesyah: “Mana mama macam ultraman. Hahaha… mama macam ultraman, mama macam ultraman. Abang tak pandai lukis.”
(Deraian ketawa berkumandang di ruang tamu kerana lucu melihat hasil lukisan tersebut.)
*******
Mama: (baru balik dari pasar) ” Sudah siap warnakan lukisan mama meniarap Ieesyah ?
Ieesyah: Sudah ma, kepala mama Ieesyah warnakan dengan pensil warna merah.
Mama: (mengerut dahi tidak puas hati) “Kenapa warnakan kepala mama warna merah, macam raksasa pula mama tu.”
Ieesyah: Hehehe… kalau mama marah, muka mama jadi warna merah. Macam raksasa.
Mama: Hehehe… macam itu ya. Oklah.. tak apa, yang penting Ieesyah suka. Terima kasih nak, tolong ma. (lalu mencium pipi Ieesyah)
****************
ALAM PERSEKOLAHAN
****************
ALAM PERKAHWINAN
****************
ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN

BERDOALAH… BESOK PASTI ADA KHABAR DARI LANGIT UNTUK KEMENJADIAN SEGALA IMPIAN
****************
5 Oktober 2011 (Rabu)/8 Zulkaedah 1432H/ 10.35 malam – Sarikei, Sarawak
Aku… dan nostalgia itu, sering datang menusuk ingatan. Kita hanya bertemu lewat catatan di poskad kenangan. Hanya memandang kaburan wajah di potret khayalan. Hanya mengetik huruf-huruf di tinta minda. Maafkan aku…. pada tutur kata yang sesekali mencalar hatimu. Semoga Allah selalu memberkati persahabatan yang terjalin baik ini.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
Sebuah KENANGAN TERINDAH akan menyusul dalam diari kehidupan kita sebagai satu ikatan yang tidak bisa terlerai :
ANDAINYA PERTEMUAN ITU BUKAN LAGI MILIK KITA
KENANGAN TERINDAH – SAMSON, dedikasiku untukmu
Assalamu’alaikum, bunda…
lama tidak bersua…tapi kok malah mau pamitan. padahal saya mau mulai aktif menulis lagi. hiks..hiks…
assalamu alaikum wr. wb
tak tega rasanya ingin membaca salam perpisahan ini ummi,
rasanya ada sifat jahat dihati umi, sehingga meninggalkan ananda, tapi apa boleh kata semua harus dijalani, demi tugas ummi, demi kesehatan umi dan demi kesibukan ummi yang begitu penting, sehingga harus mengambil keputusan ini, sungguh sedih hati neni rasanya ditinggal 😦
doa’a ananda, insyaAllah akan senantiasa tercurah buat ummi, neni sayang ummi 🙂
ditengah kesibukan ummi, jangan melupakan neni yach, agar neni merasakan kasih sayang dari ummi, 🙂
ummi, semoga rehatnya ummi, dapat mempertemukan kita kelak, dimana ada perpisahan disitu ada pertemuan, entah kita masih akan bertemu diblog ini atau di akhirat kelak, semoa pertemuan kelak akan semakin meningkatkan rasa cinta dan rasa sayang antara aku dan ummi, dan antara ummi dan semua yang mengenal ummi 🙂
selamat mengerjakan tugas begitu bnyk yach ummi
goodluck buat ummi,
sukses selalu hidup ummi (dunia dan akhirat ) … amin ya Rabbul alamin…
salam sayang dan salam rindu selalu buatmu ummiku sayang 🙂
waahh….jadi yang kedua :(…..
HARI PERTAMA TANPA UMMI….
SUNYI, TAK ADA TEMAN CURHAT 😦
HARI KETIGA TAK BERSAMA UMMI…..
HARI KE-4, NENI DATANG TUK MENJENGUK UMMI 🙂
ummi, neni sudah tdk tahu sudah hari keberapa ini, sungguh kangen neni ummi…….. 😦
Subhanallah, dah hari keberapa, kak Neni?…
^mudahan Allah berikan barokah pada kita semuwa, tolong sampaikan ke ummi bila da waktu tuk sembang dengan Beliau, nanda minta do’a yang baik2…^
insyaAllah, kakak hanya mampu menghitung hari saja tuk menunggu kepulangan ummi…..
ummiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cepatlah balik, hadirlah lagi, neni dah kangen, neni kesepian, neni butuh ummi……………….. 😦
ummmiiiiiiiiiiiiiiiiii…………………
aku merajuk seperti anak kecil sj yang minta susu 🙂
neni hadir dengn alamat yng baru, semoga ummi tak salah dlm menjumpai neni kelak. 🙂
neni salah alamt laman, tetap yang dulu ko’ ummiku sayng
ummmiiiii….kapan menyapaku lagi… 😦 :(, sudah sebulan engkau tak bersamaku
ummmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…………….
belum nongol jg ummiku
subhanallah, ummi udah actif lagi kak….
^kef haalukum semuwa…Allahu ma’anaa…^
Iya, Alhamdulillah, anak-anakku. 😀
Assalamu’alaikum cikgu Ct… semoga sihat sejahtera..
Lama saya tak berkunjung ke laman ini… kali terakhir saya membaca tulisan cikgu `Hadiah Dari Langit’.. masa tu saya baca tajuk dan sedikit isi kandungannya melalui email… beberapa hari kemudian baru saya baca semula… ketika itu baru saya ketahui yang cikgu berada di kl… alangkah kecewanya saya tidak mengetahui terlebih awal… dan tidak ada cara lain untuk menghubungi cikgu… tak apalah mungkin belum masanya untuk kita bersua muka…
Membaca tulisan cikgu kali ini… membuat saya rasa sedih.. saya percaya bukan saya seorang malah semua sahabat cikgu di alam maya ini turut bersedih.. walaupun `perginya’ cikgu hanya sementara… dan paling mengesan di hati bila membaca kata2..’Seandainya kemungkinan ini menjadi POSTING TERAKHIR dan saya tidak kembali lagi’….. aduhai….
Didoakan semoga cikgu sekeluarga beroleh kebahagian, kesejahteraan, kesihatan dan selamat dunia dan akhirat… aminn..
Maaf dan salam mesra selalu…
p/s: cantik semua lukisan tu… 🙂
Andainya pertemuan itu bukan lagi milik kita… Maka biarkan semua kenangan yg berlalu menjadi pengingat persaudaraan kita… 😀
Astagfirullah.. saya bahkan belum sempat balas komen Mbak di blog saya.. Mbak mau mengundurkan diri dari dunia maya??? ada apa sebenarnya, Mbak?? sejujurnya saya tak rela ada putus silaturahim meski di dunia maya.. ;_((((((((((((((((((((
hii salam kenal iya dari vira .. 🙂
jangan lupa mapir keweb vira iya di http://www.rumahkiat.com/ vira mau berbagi pengalaman nih.:)
wah bagus juga iya blog ka2 … ^_^ good luck iya…..
SALAM BLOGER INDONESIA..:)
Assalamualakum bunda…
Hemm… Membaca tulisan bunda begini, mengingatkan saya pada masa lalu. Bahwa segala sesuatu yg kita miliki tak ada yang abadi. Semuanya cuma sementara. Pertemuan itu juga sementara. Dia bisa tiba-tiba datang dan bisa tiba-tiba pergi…
Dan akhirnya, semua tinggal kenangan..
Selamat berpisah bunda, jika itu memang yang terbaik. Saya cuma berharap blog ini tidak di hapus, biarkan dia tetap menjadi kenangan. suatu saat, saya mungkin bisa sering2 baca tulisan disini.. 😀
Salam hangat dari Medan…
assalamu alaikumu, bunda ct.. sini sini bunda… aku peluk-peluk. siniii…
bunda, terima kasih ya sudah menjadi teman baik dhila selama ini.
doakan dhila juga selalu ya bunda
agar selalu bahagia dan bermanfaat dunia akhirat
bunda, jikalau bunda berkenan, dan jika memang bunda kembali berbagi di blog lagi, jangan lupakan mampir ke lama aku ya bun
btw, aku suka bgt bun lukisan2 diatas, baik karya akram, leesyah ataupun bunda sendiri..
selalu sayang sama bunda karena Allah SWT
salam mesra dari Jakarta 😉
Assalamu’alaikum wr.wb.
Mbak Fatimah, duh… rasanya tak kuat menahan derai airmata di seruang jiwa ini kala membaca postingan Mbak Fatimah ini. Sungguh, saya belum pernah ke Serawak; kita pun belum pernah bertemu. Saya berkunjung ke blog Mbak Fatimah untuk membaca dan berkomentar pun tak bisa setiap saat. Namun, membaca postingan ini, rasanya melepas saudara untuk pergi jauh. Tapi, sungguh, saya tetap berharap, semoga di sela waktu Mbak Fatimah tetap bisa menyapa, meski di dunia maya; tetap bisa berbagi dan memberikan nasihat. Sungguh, saya juga berdoa semoga Mbak Fatimah bersama keluarga senantiasa mendapatkan rahmat dan ridha Allah Swt. Allaahumma aamiin… bisirril faatihah….
Assalamu’alaikum. Wr. Wb.
Waduh bun, kok pamitan? emang mau kemana?
Tapi saya yakin ini adalah jalan terbaik, semua kejadian pasti aada hikmahnya.
saya merasa sangat senang dapat menjalin silaturrahim walaupun didunia maya.
Do’a saya menyertai agar seluruh keluarga selalu diberi kesehatan lahir bathin. semoga kita dapat bertemu kembali di lain waktu.
Salam persahabatan selalu bunda.
Assalamu’alaikum bunda..
Wah.. ada apa ini bunda? Kayaknya beneran sibuk ya sampe harus rehat.
Ya, semoga semuanya berjalan dengan baik deh.
Semoga ridho dan berkah Allah selalu menyertai bunda sekeluarga. Amin Allahumma Amin.
Wassalamu’alaikum salam..
Assalamu ‘alaikum..
padahal saat lagi senang- senang punya teman seperti bunda. sebuah kehormatan buat saya bisa berteman orang sebaik bunda..
barakallahu fiik.. semoga Allah mudahan segala urusan bunda..maafkan saya lahir dan bathin juga bunda..
salam hangat dan sayang dari sini…
Assalamu’alaikum.. semoga dalam keadaan sehat selalu ya bu….. semoga Allah mempertemukan lagi setelah tugas walaupun hanya di dunia maya.. itu saja, tidak perlu sering-sering, sebulan sekali menulis di blog g apa-apa…..
terima kasih sudah bersahabat dengan saya… semoga sukses selalu
bunda…istirahat adalah pilihan bijak, karena kadang kita terlampau bersemangat untuk selalu memposting tulisan baru atau sekadar membalas sapaan sahabat yang telah berkunjung, namun tak kita sadari lama kelamaan hal itu menjadi beban disaat kesibukan lainnya menyita waktu. Itulah juga yang menjadi alasan saya ‘bersitirahat’ dan jadinya blog saya ‘mati suri’ hiks hiks hiks….sampai jumpa dilain waktu dan tempat, sahabatku.
sampai jumpa lagi, ibu, di lain waktu dan tempatan.
smg lekas hilang lelahnya, lekas berbagi lagi di sini.
salam hangat dari banjarmasin…
Wah, sayang juga ya bu harus mengakhiri semua ini. Tapi memang ada hal2 diluar kendali kita yang memaksa kita untuk menghentikan ini dikarenakan satu dan hal lain di kehidupan nyata yang menyita waktu. Tapi kalau memang ini adalah pilihan yang terbaik maka saya percaya kedepannya semuanya akan baik-baik saja.
Dan, saya pribadi juga mohon maaf apabila selama saya berkomentar di blog ini ada kata2 yang kurang berkenan di hati ibu. Semoga persahatan di dunia maya ini akan terus berkekalan dan menjadi kenangan yang indah bagi kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin
Assalamu’alaikum wr.wb
Begitu baca kabar … langsung kemari … hanya satu kata “sedih” 😦 … hanya satu harap, moga “kembali” …. maaf bunda, kebaikanmu warnai persahabatan ini … salam buat keluarga smoga sehat slalu.
bunda 😦
Semoga kita diberi umur panjang sehingga dapat bersua lagi, amiin..
I will miss u bund..
semoga bersua kembali. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan….
Alhamdulillah, akhirnya Bunda datang menjenguk kembali, meski ada rasa tak percaya kalau Bunda harus mengundurkan diri dari keindahan persahabatan di alam maya ini. Keputusan Bunda tentu dengan pertimbangan yang terbaik untuk perjuangan Bunda yang lebih penting, saya hanya bisa berdoa, semoga kenangan indah selama persahabatan ini tidak terhapus begitu saja. Mohon maaf yang sebesar-besarnya apabila dalam menorehkan tulisan di halaman ini ada yang kurang berkenan. Sukses selalu Buat bunda, dan salam persahabatan dari kota Batik Pekalongan.
Kak, maafkan salah khilaf saya ya,
ingin menangis kenapa akak menulis sesedih ini, tapi biar begitu saya berdoa semoga kia masih bisa bertegur sapa lagi,
semoga akak sekeluarga diberi kesehatan dan kebahagiaan
lukisan anak2 yang menggambarkan kisah hidup sejak dilahirkan sungguh menimbulkan banyak tanya di hati
lukisan abang dan percakapan kalian anak beranak sangat mengesankan
Melihat gambar terakhir di atas, Bunda sedang berencana untuk keliling dunia ya? 80 hari kurang lebih sampai di penghujung tahun. Kemungkinan akan kembali tepat pada awal tahun 2012 nanti.
Begitukah bunda? hemm….
Apapun itu, semoga bunda sekeluarga selalu dalam keadaan selamat dan sejahtera dimana pun berada..
Amin..
Salam dari Medan… 😀
assalamu’alaikum..ummi…., salam hangat rindu, permohonan maaf, dan sayang teruntuk bunda tercinta….. Alhamdulillah, syukur ke hadirat Allah uvi ucapkan atas semuwa ni’mat yang tlah Allah rizqikan tuk kita semuwa, n semoga kekal hingga pada akhirnya…
Ummi…ummi…, alhamdulillah rasa suka cita ketika uvi dapatkan kabar dari kak Neni….^yang tak leh ane sebutkan di laman ummi ni..^…Allah mudahkan urusan ummi, nantinya..amien…
maafkan atas kesalahan uvi slama ini, cz lama tak menyapa ummi…., uvi harap, ummi tak lupakan do’a terbaik tuk uvi……
ada crita apa ummi slama ini?….afwan sebelum n sesudahnya…
Assalamualaikum Bunda,
Ini bukan berita bagus bagi khalayak blogger, saya berharap agar nantinya blog ini tetap terbuka walau setahun sekali mengisinya.
Dari gambar, sepertinya Bunda hendak ibadah, atau traveling ya? Semoga diberi kekuatan dan keselamatan. Amiiin 🙂
bunda yang baik …..
kehidupan blog tidak harus memaksa kita menghabiskan waktu, blogger adalah sebagian kecil peran kita dalam dunia ini, ada sisi baik dan sisi buruknya. artinya tidak setiap saat kita harus posting.
namun pastinya bunda punya alasan yang sudah dipertimbangkan. jika dengan begini bunda bisa hidup lebih baik, bisa lebih banyak bersama anak-anak saya kira itu jalan yang mulia. semoga dengan jalan ini buda lebih tenang
😉 🙂 kita tetap sahabat, dan yang penting silaturahminya tetap kita jaga
salam dari kami b@kari, hikma@h, dan uqb@h D) 🙂 😉
Jangan lama2 perginya BUN, ayo cepat kembali. semoga pertemuan itu masih milik kita
Ada kalanya kita memang harus konsentrasi di dunia nyata dengan konsekuansi meninggalkan dunia blog untuk sementara waktu. Tetapi sangat mungkin bahwa kerinduan untuk tetap nge-blog selalu ada. Bagaimana pun jua, kita sudah melewatkan kebersamaan melalui blog meskipun tidak pernah bertemu secara langsung. Selama bergaul, saling berkunjung dan saling kasih komen itu menjadi sebuah jembatan bagi kita dalam mempererat jalinan persahabatan.
Semoga tetap diberikan kesehatan dan keselamatan bagi sahabat setiap saat serta diberikan kelancaran dalam menjalankan segala urusan. Kami tunggu kehadirannya di dunia blog, kami semua selalu merindukanmu.
Assalamu’alaikum Bunda…
Wah, rasanya gimana kalo bunda vacum di dunia maya…
Tapi tentunya itu demi sesuatu yg lebih penting, di antaranya keluarga.
Saya cuma bisa mendoakan semoga bisa berjumpa lagi di lain kesempatan, dan silaturrahmi tak akan pernah putus.
Mohon maaf jika selama ini saya pernah berkata-kata yg tidak berkenan di hati bunda…
Ditunggu kehadirannya kembali di dunia maya 😉
Assalamualaikum, hendak pergi kemana??
Assalamualaikum Bunda Siti…
Sedih membaca posting perpisahan ini. Walaupun keputusan itu semuanya tergantung dari Bunda. Saya tidak punya kapasitas untuk mempertanyakan alasan mengenai keputusan tersebut.Dengan perpisahan ini tentu saja saya merasa kehilangan sosok Bunda yang selalu banyak memberikan pencerahan dan inspirasi di dunia maya dengan gaya penulisan yang sangat unik diantara para blogger lainnya. Semoga Allah meridhoi persahabatan yang telah terjalin selama ini.
Semoga Bunda sekelurga selalu diberikan kemuliaan di dunia dan diakhirat…Amiin
Salam Persahabata dari Jogjakarta…….
syukur ada ramai cahaya mata.lukisna mengusik jiwa megundang rindu.moga kak dn sekelurag d limpahi kaish sayang yg sjti .amin
Assalamualaikum Bunda Siti…
rasane sedih baca postingan Bunda… 😦 karena ini postingan bunda yang terakhir dan sedih lagi karena kehilangan sosok Bunda Siti d dunia maya yang pandai menulis, merangkai kata2 yang indah dan ngasih inspirasi lewat tulisan di Blog 🙂
Semoga Allah senantiasa melindungi Bunda dan keluarga… Bunda selalu d beri kesehatan, kemudahan, kesabaran… Amin
Salam persahabatan dari Malang, Indonesia 🙂
Assalamu’alaikum,
Subhanallah…. sy liat lukisan dan hasi mewarnainya bagus banget…
Saya juga menginginkan keluarga yang bahagia, sakinah, mawadah, warahmah,
Masa-masa kecil memang sangat mengesankan.
Salam kenal
Wassalamu’alaikum Wr. Wb.
Keren buanget lukisannya,,,saya hadir sekalian kabarin blog baru maklum yang dadangsupriadi.wordpress.com sudah kena banned..
Assalamualaikum Bunda,
Pertemuan adalah awal akan terjadinya perpisahan, itulah putaran kehidupan ya Bunda,
semoga dalam perjalanannya bunda sekeluarga diberi kesehatan dan umur panjang,
sehingga ada masa kita berjumpa kembali :).
salam kenal ya bu..smg artikel2 mnginspirasi banyk orang…
@Bunda SFA
Assalamualaikum wr.wb.
Lama nian fanya tak bertandang ke laman Bunda, tahu-tahu mendapati Bunda pamitan ke semua orang? mengapa? (mohon maaf fanya masih juga bertanya meski fanya yakin pasti ada sebab, maksud dan tujuan, dan putusan yg diambil ini pasti adalah hal terbaik bagi bunda….. tapi sungguh tak mudah bagi fanya untuk begitu saja menerimanya …….).
Selamat jalan Bunda, fanya mohon maaf juga, semoga Allah swt sentiasa melindungi dan meridlai kita semua. Amin
Assalamualaikum wr wb,
selamat beristirehat, jangan lupakan saya dan insyAllah satu hari kita ketemu lagi.
Saya juga ingin mengucapkan maaf lahir batin selama persahabatan kita ini ada silap atau salahnya.
Saya ada kirimkan kad untuk awak, sudilah kiranya awak terima kad yang tidak seberapa itu di email awak.
Nostalgia memang sukar padam dalam ingatan, walaupun pahit dan manis ia tetap bermain di sanubari.
Eh-eh awak ada tiga helai rambut ajeke masa baru lahir? hehe…
Semoga kita senantiasa dilindungiNYA.
Salam dari seberang, Singapura
bintangzohra
Assalamu’alaikum bunda…
sungguh indah bisa menyapa, berkenalan dan bersilaturahmi dengan bunda,,
namun jika Allah berkehendak, maka tiada yang mampu melawannya.
Hanya saja, saya selalu bermunajat, agar bunda selalu diberkahi Allah SWT, sehat selalu bersama keluarga.
Semoga suatu saat nanti masih bisa diberi kesempatan lagi untuk saling menyapa, Aamiin yaa Rabb..
Salam silaturahmi selalu dari Brebes, Indonesia
Saya sangat terharu saat membaca tulisan ini.
Terlebih lagi saat melihat lukisan-lukisan cantik yang dilengkapai dengan percakapan sayang antara bnda dan buah hati.
Andainya pertemuan itu masih milik kita, insya Allah kita akan dapat berjumpa lagi dalam sebuah ukhuwah yang indah 🙂
tertarik gambar2nya.. LUCU 🙂
Mudah-mudahan Alloh masih mempertemukan kita ya bund?
coretan membawa makna. Smoga tak putus sampai di sini, ni poskad kenangan.
salam superhangat dari Batavia.
Unduk jadi merasa tidak enak sama ibu siti, lama unduk tak menyapa ibu, sekarang malah ibu mau pamit 😦
lukisan yang dipajang bagus-bagus. Kelihatan ada bakat besar. Kalau ada kelebihan rejeki, tidak ada salahnya diberikan les menggambar kartun atau manga.
Unduk doakan semoga ibu siti selalu dikarunia umur panjang, sehat wal afiat, rizki yang barokah, dan kebahagiaan dunia akhirat. Amiiin 🙂
assalamualaikum…
ummi sitti, biarpun kabar rehat iniallah, jika Allah membuat saya sedih, tapi saya merasa yakin suatu hari ummi akan menulis dan aktif disini lagi… insyaallah jika Allah berkehendak ya…
semoga banyak hikmah bagi kita semua atas persahabatan selama ini
Assalamualaikum bunda…
sedih jika harus tak bertemu dalam kata lagi, lama tak berkunjung kesini tiba-tiba bunda pamit, semoga bisa dipertemukan lagi dalam rangkaian waktu bunda, maafkan jika pernah ada salah kata dalam setiap komentar mila
lukisannya polos, khas anak2 🙂
Assalamu’alaikum ….
Indahnya bersilaturahim. Terlebih dengan suku, bangsa, dan bahasa yang berbeda. Membuat perbedaan menjadi lebih mengenal. Sayang jika semua diakhiri saat kita masih bisa mengusahakan untuk bersilaturahim. Meski hanya lewat dunia maya ini. Tapi inilah takdir kita. Dan jika dipertemukan secara fisik, insyaAllah itu keberuntungan yang lebih.
blue datang bundaku tersayang
mensuportmu]
memberi semangat serta doa untuk segala yang bunda harapkan
salam hangat dari bluethunderheart
ada ode kecil buat bunda di blognya blue
bunda mau kemana???
hanya Allah lah yang mempertemukan kita dan semoga kita akan segera dipertemukan kembali meski hanya lewat blog ini…
selamat beristirahat bunda…semoga selalu diberikan kesehatan dan kebahagiaan dunia akhirat amin
Workshop Bisnis Online. Malang, 29-30 Oktober 2011. Peserta terbatas 30 orang. Tempat LAB Statistik FE UIN Malang.
Materi UTAMA : Membangun TOKO ONLINE, Riset PRODUK, Teknik JITU Promosi dan Marketing INTERNET.
Materi TAMBAHAN : Optimasi Blackberry+Facebook+Twitter Untuk BISNIS Online.
Garansi 1 BULAN Jualan.
Info Lengkap: http://www.GuruBisnisOnline.com | PIN BB 2310BF87 | 0856 4960 8915.
saya juga lama rehat dari update blog. lama nggak ketemu bu fatimah.
oleh karenanyalah.. kita harus terus bermimpi.. kalau perlu setinggi langit.. 🙂 sukses selalu 🙂
Wa’alaikum salam warhamtullahi wabarakatuh
Bunda, usup sedihlah baca nih posting, meski begitu usup pun tertorehkan senyum melihat dialog bunda dan putra putrinya. semoga bunda senantiasa dalam lindungan Alloh, salam hangat selalu…
maaf Ummi, lama tak berkunjung mohon dikirimkan alamat surat ummi ke narno2010@gmail.com dulu yang pernah saya rencanakan baru terlaksana di bulan ini, semoga Ummi berkenan
salam .,.,.,semoga rehat untuk kembali menyapa di dunia maya dan selalu mendapatkan yang terbaik dariNya dan selalu di berikan kesehatan olehNya .
sama – sama Rehat sejenak untuk selalu mengenang yang ada ,,.,.semoga semua ada maknaNya .,.,.,.,.
Sedih saya baca postingan di atas, padahala awal tahun nanti saya nak bertandang ke Brunai, pastilah sy ambil jalur serawak, semoga sukses bunda……….
kembali berkunjung gan cuma memberitahukan bahwa labkomputerku berubah menjadi
http://diketik.wordpress.com
Wah bagus artkelnya…. nice post
perasaan saya mbak siti fatimah berehat karena memenuhi panggilan ke tanah suci untuk berhaji…
oooo iya, subhanalloh…. semoga jadi haji mabrur ya bunda… semoga Alloh SWT senantiasa menjaga bunda dan keluarga di tanah suci sana.
doakan kami, suatu hari menyusul bunda menuju tanah suci, impian setiap umat muslim di dunia 🙂
amiiin
selamat rehat, bunda fatimah. blog merupakan dunia yang dinamis. kapan pun bisa kita tengok kembali. semoga pasca-rehat, kesempatan utk bersilaturahmi makin terbuka lebar. wah, gambar2nya khas anak2 dan sangat inspiratif.
semoga tetap semangat mengarungi kehidupan ini, biarlah Tuhan yang mengatur takdir..
Salam buat semua rakan blog kakak saya. Alhamdulillah, Kakak saya Siti Fatimah Ahmad dan suaminya antara jutaan umat Islam yang berpeluang menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam Kelima pada tahun ini. Mohon doakan agar beliau dianugerah kesihatan dan kekuatan dalam menyempurnakan ibadah haji dan memperoleh haji mabrur. Saya percaya beliau tidak akan lupa untuk mendoakan rahmat Allah buat rakan blognya di sini. Amin, terima kasih.
oleh karena itulah maka kita harus menggantungkan impian kita setinggi tingginya..
karena segala sesuatu yang bisa kita bayangkan, kita impikan.. merupakan suatu keniscayaan bahwa hal tersebut bisa kita wujudkan 🙂
haiii….salam kenal yaaa…menarik lho tulisan anda…
Wah, saya baru mau aktif lagi di blog tapi tuan putri sudah mau pamit. Bagaimana ini? bagaimana ini? heheheh
lukisan-lukisannya bagus. Saya tertawa melihat pertanyaan bagaimana melukis baby yang niarap….heheheh
Assalammualikum…
utk pengetahuan semua Cikgu Siti Fatimah sedang berada di TanahSuci Mekah menunaikan Haji bersama suami tercinta.
Maafkan kamik kerna bg tau sidik semua…sori Kak Timah.
Jadi terharu nih bukkk 🙂
Assalamu’alaikum Bunda
wah bunda….. baru saja aku mampir tadi udah mau rehat…..
postingan yang menarik bunda. 🙂
jujur terharu aku membacanya. 😀 loh loh loh…. 😀
semoga bunda selalu diberi kesehatan. 🙂
Loewyi
asalamualaikum sadayana..:D
Lama sudah nggak berkunjung, bagaimana kabar bunda………….
Assalamualaikum bunda gmana kbrnya,
i like it ..
Lukisannya bagus…
nice post..
salam kenal…
Assalamualaikum ww,
Saya datang berkunjung lagi setelah lama tak mampir kesini. Blog saya baru diupdate setelah berehat panjang selama satu tahun lagi. Salam.
Assalamualaikum ww,
Saya datang berkunjung lagi setelah lama tak mampir kesini. Blog saya baru diupdate setelah berehat panjang selama satu tahun lebih. Salam.
ass.
nice post lah like this hehe
sebait doaku.. Meski mungkin tak lagi jumpa di dunia maya, moga kita bisa berkumpul di surga-Nya.. 🙂
Lama sudah nggak berkunjung ke blog bunda, bagaimana kabar bunda ?
Nice Posting Bund 😀