CT386. DARI LENSA MATAKU (11): BUNGA BERWARNA JINGGA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

JinggaFatima1BungaBerwarnaJingga

*

BUNGA LIAR ATAU…. ?

Pertama kali melihat pokok berbunga jingga ini apabila secara tidak sengaja terpandang kedudukannya yang asing dicelah-celah pokok renek berwarna kuning berbelang hijau dan mempunyai duri halus pada jalur daun tirusnya (Pandanus Pygmaeus).

Pokok bunga berwarna jingga ini tumbuh tidak sekata di bawah pokok Pinang Laka dengan hiasan pokok renek di sekelilingnya, berdekatan pintu masuk utama kampus IPGK Rajang, tempat saya bertugas. Inilah pertama kali saya melihat pokok bunga tersebut.

Saya jadi tertarik dengan bentuk kelopak bunga yang bersegi tiga dengan susunan bertingkat-tingkat. Pokok bunga ini seakan tumbuhan renek. pendek dan rendang. Daunnya tirus berbentuk segitiga bujur dan berwarna hijau muda tua seakan warna daun pisang. 

Persoalannya ? Adakah pokok bunga berwarna jingga ini merupakan pokok bunga liar ?

*

Puas sudah saya mencari maklumat berkaitan bunga ini di dalam internet, namun hampa. Hanya beberapa foto ditemui tetapi tidak ada maklumat nama disertakan.

Jika ada sesiapa dalam kalangan sahabat LMGS G2 yang mengetahuinya, sila maklumi agar kita mendapat pengetahuan bersama. Terima kasih didahulukan.

*

TANAMAN BUNGA HIASAN

Kerana tertarik dengan bentuk dan warna bunga ini, saya terus memotong beberapa batang pokok untuk cuba menanamnya di kebun bunga saya sebagai cubaan. “Kalau menjadi alhamdulillah, kalau tidak, tidak apa-apa. Tapi sangat berharap ia tumbuh subur, Aamiin Ya Allah..” begitu pujuk hati saya.

Lalu saya mula menanamnya dengan hati yang penuh suka cita. Selama mana ia bakal tumbuh dan hidup selama itulah setiap hari saya berdoa dan memantau perkembangannya.

Alhamdulillah, ternyata pokok berbunga jingga ini tidak sukar untuk ditanam. Cukup dengan mencucuk batangnya ke dalam tanah, mengetatkan tanah sekeliling dan siram dengan air sudah memadai untuk pokok itu tumbuh.

Saya lihat pokok ini sangat cepat tumbuhnya. Hanya dalam dua hari ditanam, ia sudah mula menampakkan kesegaran pertumbuhan. Cuma untuk menghasilkan putikan bunga memerlukan masa hampir 5 minggu untuk pertumbuhan pertama.

Kesabaran perlu ada untuk melihatnya subur dengan cantik. Pastikan disiram dua kali sehari, gemburkan tanah dan berikan baja kompos serta baja bunga di sekelilingnya sebulan sekali.

Setelah pokok ini mengeluarkan bunga jingganya, anda akan dapati pokok bunga ini tidak kering berbunga. Sentiasa berbunga mengikut urutan kelopak bunga yang berlapis-lapis.

*

NIKMATI KEINDAHANNYA

Setiap hari pergi dan pulang kerja, pasti mata saya menatapnya dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. hati jadi senang dan puas menikmati keindahannya.

Bersama ini, saya kongsikan foto-foto pokok berbunga jingga yang saya tanam di kebun mini saya. Ia sudah tumbuh dengan cantik dan segar setelah sebulan lebih dalam peliharaan saya.

*

JinggaFatima2TanamKaliKedua

*

JinggaFatima3HasilTanamanPertama

*

JinggaFatima4DalamBarisan

*

JinggaFatima5TamanMiniFatima

*

JinggaFatima6KuncupanKelopakPertama

*

JinggaFatima7KelopakPertamaMuncul

*

JinggaFatima8Bersendirian

*

JinggaFatima9SudahBerteman

*

JinggaFatima10BeraduKasih

*

JinggaFatima11WalauJauhDariMataku

*

JinggaFatima12HanyaEngkauDiHatiku

*

JinggaFatima13TanamJinggaDalamPasu*

Melihat keindahan bunga berwarna jingga di atas tanah, saya memutuskan untuk menanam empat batang bunga tersebut di dalam pasu pula. Mungkin lebih cantik kerana bunganya bertahan lama.

*

AKSI SELEPAS HUJAN

Semua foto di dalam posting ini diambil dengan kamera DSLR Canon EOS 650D. Saya menggunakan teknik Close Up. Teknik yang sangat saya sukai dalam jarak dekat pada objek bunga, haiwan dan benda.

Oleh kerana saya kurang mahir dalam Photoshop, saya  menggunakan MS PowerPoint pada format corrections and color dengan membuat sedikit sentuhan untuk menampakkan kelainan yang lebih menyerlah pada objek bunga tersebut.

*

Foto ini saya ambil dua hari lepas.

SILAKAN NIKMATI AKSI SI JINGGA SELEPAS HUJAN LEBAT DI TAMAN MINI FATIMA

*

JinggaFatima14SimbahanHujan

*

JinggaFatima15SesegarCintaku

*

JinggaFatima16TitisanRinduku

*

JinggaFatima17DontLeaveMeAlone

*

JinggaFatima18ForgetMeNot

*

JinggaFatima19ILoveYouSoMuch

*

DALAM SETIAP TITIS HUJAN… ADA RINDUKU PADAMU

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Mei 2016 (Isnin)/ 2 Syaaban 1437H/ 1017 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menulis bukan kerana nama tapi kerana aku mencintai tulisan dan bacaan. Tidak akan pernah wujud kerajinan jika aksara pertama tidak digoreskan. Lakarlah sejarah dalam hidupmu dengan menulis sesuatu yang dapat mengajak manusia mengenal Tuhan Yang Esa. Kelak engkau akan dimuliakan di sisi-NYA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. andai engkau mengerti, dunia ini tidak pernah merasa belas ihsan kepada kita. Dibiarkannya kita hanyut dengan gelora cinta dunia yang tidak ke mana. Lalu kita leka dan alpa dengan janji kita kepada Sang Pencipta. Bersedialah menuju pada-NYA, setiap saat panggilan dan seruan-NYA akan tiba jua untuk kita. Doa buatmu selalu indah di hatiku.  Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

10 thoughts on “CT386. DARI LENSA MATAKU (11): BUNGA BERWARNA JINGGA

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Bunganya cantik *mungkin yang ngerawat dan yang mengambil fotonya dengan penuh cinta 😀 *
    Sayangnya saya juga tidak punya pengetahuan tentang bunga ini 😦
    Ikut menikmati hasil potretannya aja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Senang menerima kunjungan pertama dari mbak yang sudah lama tidak bersilaturahmi kemari.

      Benar mbak, apabila ada cinta di hati kita dalam setiap apa yang kita lakukan dengan niat kerana Allah taala, pasti ada ganjaran kasih sayang juga dari Allah buat kita.

      Tidak apa-apa mbak, mudahan ada sahabat lain yang tahu tentangnya. Kita tunggu sahaja. 🙂

      Salam mesra selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak….

      Tak terfikir pula kemungkinan pokon berbunga jingga itu spesis pokok herba, kak. Nanti cuna nak cari lagi di google.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan salam manis di hujung minggu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr wb puan Fatimah
    bunganya indah sekali ya .. senang sekali melihatnya.
    foto bunga yang ada tetesan airnya … kerennn .. saya suka

    salam sehat dan bahagia dari Jakarta

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.