CT256. WANGIAN MANDI PILIHAN ANDA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

WangiFatima1PilihanAnda

*

APAKAH ANDA SUDAH MANDI ?

…. :D, soalan yang sensitif bagi sesiapa yang tidak mahu ditanya tentang ini. Katanya itu hal peribadi ? Tapi jika orang mencium bau busuk badan kita sepanjang berurusan dengan kita, apakah ia masih menjadi hal peribadi lagi ? 

Tolonglah jangan malas mandi. Jangan memalukan diri sendiri. Sanggupkah kita mendengar orang mengutuk kita dengan pelbagai kata. Atau menunjukkan isyarat dengan menutup hidung dan memek wajah yang menyakitkan hati.

*

MULAI HARI ANDA DENGAN KESEGARAN

Memulai kehidupan dengan wangian di awal pagi akan menghadirkan kesegaran sepanjang hari. Begitu juga mengakhiri kehidupan untuk menghadapi malam istirehat hendaklah disegarkan dengan wangian yang mengasyikkan.

Jika tidak faham maksud saya di atas, begini sahajalah dengan bahasa mudah tanpa berselindung. 🙂 Hidup ini mestilah diwangikan dengan diri kita yang memakai wangi-wangian agar kita sentiasa berasa segar dan cergas. 

Cuba ingat, apakah yang kita lakukan sebaik mata ini terbuka dari tidur yang panjang ? Tentulah yang pertama yang difikirkan oleh kita adalah untuk mewangikan mulut dengan menggosok gigi dan mewangikan badan dengan mandi dan bersabun.

Dua perkara ini juga berlaku di sebelah petang atau malamnya, cuma kita akan mendahului mandi dahulu barulah gosok gigi sebelum terlantar lena di atas tilam. Dua aktiviti rutin ini tidak lepas dari kehidupan kita sepanjang hari.

*

APAKAH WANGIAN MANDI PILIHAN ANDA ?

Tentu kita mempunyai wangian mandi kegemaran yang membuat kita selalu tersenyum mengingatinya sama ada bentuk sabun berbuku atau skrub atau cecair.

Jenama produk juga tentu menarik perhatian kita untuk dijadikan pilihan. Namun yang lebih utama adalah pilihan wangiannya sehingga kita “tergoda” dan asyik saat mencium aromanya yang melekat ditubuh kita.

Contohnya seperti dua foto di bawah adalah wangian mandi pilihan saya yang berbentuk skrub dan cecair. Saya tidak suka menggunakan satu jenis pilihan wangian mandi sahaja. Sangat membosankan apabila mencium bauan yang sama sepanjang masa.

*

WangiFatima2BodyScrub

GUARDIAN’s BODY SCRUB  : Accerola Chhery Thyme,  Acai Berry and Olive dan Geroji Berry and Geranium. WATSONS BODY SCRUB : Almond Oil and Vitamin E, Sakura Belly dan Oatmeal and Lemon Extracts.

*

WangiFatima3BodyWash

WATSON BODY WASH: Tamarind Extract, Kiwi Extract, Floral Blossom Extract dan Summer Berries Extracts

*

HARGAILAH  WANGIAN MANDI KESUKAAN KITA

Apabila saya mempunyai pelbagai aroma wangian mandi untuk pagi atau petang ia memberi suasana yang berlainan dan tidak menjemukan. Bauan wanginya yang asli melekat di badan sepanjang hari dan melahirkan rasa keyakinan yang tinggi untuk berurusan dengan sesiapa sahaja tanpa perlu memakai minyak wangi.

Terserah kepada sesiapa untuk membeli sebanyak mana wangian mandi yang disukai, dalam bentuk apa pun. Yang utama dan menjadi tujuan kita adalah sentiasa merasa segar dan cergas sambil menikmati rutin tugas harian.

Mungkin anda juga bersetuju dengan saya. Cuma yang membezakan kita adalah bentuk pilihan wangian mandi yang menjadi kegemaran kita.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Jun 2014 (Isnin)/  11 Syaaban 1435H/ 2.15 petang, Sarikei, Sarawak

AKU….  terkasima saat kau menitipkan pesan pada desir angin yang berlalu sayu, dengan irama sendu beralun lesu. Hujan kan turun sebentar lagi menerjah segala duka dari rindu kelmarin yang belum ada penawar. Untuk ke sekian kali, engkau tahu rinduku masih berada di ladang waktu, menunggu masa untuk rebah di kuburan rasa. Dalam jejak itu, hanya lambaian yang mampu dilampirkan sebagai selamat jalan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Hargailah setiap helaan nafasmu, detak jantungmu dan aliran darahmu untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa sedar diri betapa Allah sangat mencintaimu. Semoga bahagia dalam redha-NYA. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatimaku1YangMenyentuHati

*

SETIAP HARI KU ZIKIR NAMAMU DI HATI

*

13 thoughts on “CT256. WANGIAN MANDI PILIHAN ANDA ?

  1. Waahhh – tadi waktu saya mandi sore hari tidak WangiFatima2BodyScrub pilihan Bu Siti dikamar mandi saya … kenapa begitu? Entahlah, mungkin si-emak rumah-ku beda pilihan 😉

  2. Assalamu’alaikum wr.wb. Mbak Fatimah…

    Betul sekali Mbak, wangi itu selain bikin nyaman orang-orang disekitar kita juga membawa kesegaran, kenyamanan dan kepercayaan diri bagi orang itu sendiri.

    Salam tebar wangi dari Sukabumi, Mbak…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Apabila semua orang menjaga kesegaran dan kecergasan diri, maka akan terbentuk lingkungan yang sihat dan gembira sehingga berdampak kepada kesejahteraan negara Islam mengajar umatnya agar menjaga kebersihan diri dan berwangi-wangian.

      Terima kasih mas Titik atas kunjungan dan salam hormat takzim. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.