CT309. ZIARAH MAKKAH (5): MASJID JI’RANAH DAN JABAL NUR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ZMakkah5Fatima1JiranahJabalNur

*

MENUJU MIQAT MAKANI

Walaupun perjalanan bas hanya melintasi CT308. ZIARAH MAKKAH (4): MINA, BANDAR KALIS API, dalam beberapa minit, cukup memberi kepuasan kepada saya dengan melihat dari jauh. Insya Allah, saya dan SPH akan menjadi penghuni khemah-khemah tersebut beberapa minggu lagi.

Saya memandang jauh bandar khemah dengan debaran yang cuba diredakan. Mungkinkah debaran itu menandakan ada sesuatu yang masih misteri yang akan dilalui di kemudian hari sehingga saya selalu memanjat doa kepada Allah agar dimudahkan urusan hidup dan ibadah selama berada di Mina.

Muzawwir (pemandu pelancung), Ustaz Sabri memaklumkan rombongan kami akan dibawa terus ke Masjid Ji’ranah sebuah miqat makani untuk berniat ihram Umrah.

Saya sangat sedih kerana tidak dapat melakukan ibadah Umrah (sunat) bersama SPH kerana masih dalam keadaan haid (uzur syar’ie). Insya Allah ada kesempatan di lain kali, saya memujuk hati.

Selepas itu, barulah kami meneruskan perjalanan kembali semula ke jantung Kota Makkah. Ini bermaksud kami hanya melalui perjalanan untuk melihat Jabal Nur secara  jarak jauh. Sekali lagi hati saya kecewa.

Terdengar seorang ahli rombongan memaklumkan, jika hendak ke Jabal Nur boleh menyewa van dengan bayaran tertentu dan menaiki sendiri hingga masuk ke Gua Hirak. Tetapi saya tidak berminat untuk melakukan aktiviti tersebut.

Saya maklum sukarnya untuk menaiki gunung pejal yang tinggi walaupun sudah disediakan tangga sebanyak 600 takikan untuk sampai ke gerbang Gua Hirak.

 *

miqat zamaniGambarajah Miqat Makani bagi Haji (garisan bulat hijau – di luar) dan Miqat Makani bagi Umrah (garisan bulat merah – di dalam). Biasanya untuk berniat umrah, jemaah haji dan umrah akan memilih Tan’im kerana jaraknya paling dekat dengan Makkah iaitu 5 km berbanding miqat-miqat yang lain.

*

 IHRAM UMRAH

Entah berapa lama perjalanan dari Mina ke Masjid Ji’ranah, tidak diketahui kerana saya sempat terlena oleh keletihan dan mengantuk. Saat membuka mata, saya mendapati bas menghampiri dan memasuki lapangan Masjid Ji’ranah yang luas. Bas-bas pelancung sudah banyak parkir di lapangan tersebut.

Masjid Ji’ranah hanya mempunyai satu menara dan satu kubah besar. Bangunannya dicat dengan warna putih dan krim. Saya hanya menikmati keindahan dari luar masjid. Kami dimaklumkan untuk singgah selama 30 minit.

SPH dan Pak Den turun untuk mengganti pakaian ihram, berniat ihram Umrah dan solat sunat Ihram. Saya dan Kak Kasma tidak betah di dalam bas. Boring juga, kan. Kami turun untuk ke WC dahulu dan kemudian melihat-lihat hasil jualan di tempat berhampiran bas kami parkir.

*

ZMakkah5Fatima2LapanganMasjidJiranah

Masjid Ji’ranah dari jauh. Bas-bas pelancungan sudah banyak parkir di lapangan Masjid Ji’ranah.

**

SEJARAH MASJID JI’RANAH

Merujuk buku Makkah al-Mukarramah : Kelebihan dan Sejarah, hal. 198-202 oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman menjelaskan bahawa, Masjid Ji’ranah atau Ji’irranah diambil sempena nama seorang wanita yang terkenal dungu di daerah tersebut.

Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya ayat 92 surah al-Nahl yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menjadi sebagaimana seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali.”

Ayat ini diturunkan kepada seorang wanita Quraisy dari kalangan Bani Taim yang bernama Rithah atau dikenali dengan nama Ji’ranah. Ibnu Kathir berkata, pendapat yang kuat ialah ayat ini merupakan perbandingan kepada golongan yang membuat perjanjian kemudian membatalkannya.

Sekarang Ji’ranah merupakan sebuah perkampungan di Wadi Sarif, lebih kurang 22 km dari Timur laut Masjidil Haram. Perkampungan ini terkenal dengan rasa air telaganya seperti pada masa dahulu.

Rugi tidak mengetahui maklumat ini dan tentunya boleh menjadi satu dari destinasi ziarah yang menarik untuk ke telaga dan merasai air yang dimaksudkan.

Selain itu, sebuah masjid telah didirikan yang dikenali sebagai Masjid Ji’ranah, yang digunakan oleh penduduk Makkah dan kaum muslimin yang berniat ihram bagi menunaikan umrah. Di Ji’ranah ini juga diturunkan ayat 196 dari surah al-Baqarah kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”

*

ZMakkah5Fatima3MasjidJiranah

Masjid Ji’ranah, sebaik-baik tempat miqat untuk berniat ihram umrah. KENAPA ?

*

 TEMPAT TERBAIK UNTUK BERNIAT IHRAM

Kita jarang membaca tentang Ji’ranah di dalam sejarah kerana kurang diberi perhatian. Jika tidak kerana Masjid Ji’ranah menjadi miqat dan tumpuan berniat ihram, pasti maklumat tentangnya tidak akan kita ketahui. Sebenarnya Ji’ranah mempunyai cerita penting tersendiri yang perlu kita ketahui.

Rasulullah SAW pernah berhenti di Ji’ranah untuk membahagikan tawanan dan harta rampasan peran hawazin ketika memenangi peperangan Hunain pada tahun ke 8 H, selepas Pembukaan Makkah. Baginda SAW berniat ihram Umrah di sini.

Apabila selesai semua urusan pembahagian tersebut, Baginda SAW meninggalkan Ji’ranah dalam keadaan berihram dan menuju Makkah untuk menunaikan Umrah (Ini merupakan Umrah kali ketiga yang dilakukan Rasulullah SAW).

Menurut Taqiyuddin al-Fasi, “Ji’ranah merupakan tempat niat ihram yang paling afdal (baik) bagi penduduk Makkah dan sekitarnya kerana Rasulullah SAW telah berihram di situ. Demikian juga menurut pendapat Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali.”

*

AKTIVITI

Sementara menanti SPH dan Pak Den berganti pakaian ihram, saya dan kak Kasma sempat meluang masa membeli sedikit tanda kenangan. saya membeli gelang manik kayu yang diukir cantik. Berkenan pulak untuk diberi kepada anak-anak dan dipakai sendiri. Harganya juga murah RS10, empat utas. masih disimpan dan dipakai sekali sekala. 😀

Setelah membeli saya dan Kak Kasma menuju ke kios Zain, sebuah organisasi telekomanikasi terkenal di tanah Hijaz. Di kios itu, seorang petugas membahagikan secara percuma (free) beg simpan kasut dan payung. Sayangnya, payung sudah habis. Ingin juga menyimpan payung itu sebagai tanda mata dari Masjid Ji’ranah. Tak apalah, bukan rezeki saya.

*

ZMakkah5Fatima4AktivitiJualanMJiranah

Tidak banyak pilihan untuk membeli di sini. harga jualan boleh tahan murah.

*

ZMakkah5Fatima5LapanganJiranah

Bas kami parkir berhampiran depan Masjid Ji’ranah dan kios Zain

*

ZMakkah5Fatima6KiosZainJiranah

Saya diberi dua beg simpan kasut sahaja. Payung sudah habis. Semua diberi secara percuma. Alhamdulilah.

*

ZMakkah5Fatima7MiqatNiatIhramJiranah

Foto SPH bersama pak Den, Ustaz Sabri dan saya dengan pakaian ihram di Masjid Ji’ranah

*

MELINTASI JAUH JABAL NUR

Setelah mengambil beberapa foto di hadapan Masjid Ji’ranah bersama SPH yang sudah lengkap berpakaian ihram, kami menunggu di dalam bas untuk destinasi akhir iaitu melintasi Jabal Nur dari jauh.

Kami menuju perjalanan ke jantung kota Makkah dan dibawa melalui Perkuburan Ma’la sebelum kembali ke Hotel Sevilla Barakat bagi mengakhiri perjalanan ZIARAH MAKKAH selama hampir 5 jam yang penuh dengan cerita seribu rasa.

*

ZMakkah5Fatima9JabalNurMakkah1

Kami hanya melintasi pemandangan Jabal nur dari jauh. bukitnya kelihatan gondol kering kontang tanpa ada tumbuhan yang menghuni daratannya. Hati terpaut juga untuk melihat dari dekat sekurang-kurang kaki bukit. Cukuplah dapat membayangkan laluan sukar Rasulullah SAW ketika beruzlah di gua Hirak.

*

ZMakkah5Fatima10JabalNurMakkah2

Hanya dua foto yang sempat dirakam melalui bas yang berjalan laju menuju pusat jantung Kota Makkah. Rasa sebal menyelubungi jiwa kerana ziarah akhir ke jabal Nur tidak seperti yang diharapkan. Alasannya, masa kian menghampiri waktu Zohor dan harus segera kembali ke Kota Makkah.

*

gua hirak jabal nur1

Pemandangan jauh keseluruhan Jabal Nur

*

gua hirak

Laluan dan ruang sempit Gua Hirak tempat Rasulullah SAW beruzlah dan menerima wahyu pertama dari malaikat Jibrail dengan diturunkan surah al-Alaq, ayat 1 – 5. Dengan penurunan wahyu ini, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai Nabi yang dipilih Allah SWT.

*

BERSAMA HATI KU TINGGALKAN SEGALA KENANGAN, KU KAN KEMBALI

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Januari 2015 (Jumaat)/ 18 Rabi’ul Awwal 1436H/ 10.32 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mahu menjadi hamba yang mengenang budi dan tahu menghargai nikmat yang diberi. Betapa aku bersyukur dengan apa yang ada dan sedang dimiliki berbanding saudaraku yang jauh lebih payah dan sukar kehidupannya. Aku menginsafi perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangka. Walaupun aku berani bermimpi, tidak semestinya impianku akan menjadi kenyataan jika Sang Pembina Mimpi tidak mengizinkan ia terjadi. Aku redha dan sedar diri, ya Allah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Kegembiraan adalah penyeri kehidupan kita walau sering kali hati kita dilanda keresahan dan kesedihan. Allah selalu menguji hati kita untuk menjadi lebih cekal dan redha. Terima kasih telah memberi kegembiraan di hatiku selama ini.  Di mana pun engkau, aku selalu berdoa dan mengingatimu.  Aamiin. Wassalam. 🙂

*
RinduFatima5Untukmu
*

PERCAYALAH, KAU SELALU ADA DI SINI…. DI HATIKU

*

26 thoughts on “CT309. ZIARAH MAKKAH (5): MASJID JI’RANAH DAN JABAL NUR

  1. Assalammualaikum wr wb.

    Bunda masjidnya indah sekali, membuat hati tergerak membaca artikel yang indah dan bercahaya ilmu di dalamnya. Seakan mengetuk hati untuk snggah di tempat yang mulia ini. Amiiin…

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas indra Kusuma…

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk mengetuk hati. Insya Allah, mudahan mas Indra akan dapat singgah dan berniat ihram di Masjid Ji’ranah ini. Aamiin.

      Terima kasih dan salam takzim. 🙂

  2. Assalammualaikum wr wb.
    Subhanallah .. Memang betul saya tidak salah menilai blog ini dan memang setiap membaca artikel-artikelnya selalu menyejukkan hati …
    Terimakasih mba …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Sekadar untuk berkongsi apa yang baik dan memudahkan pengetahuan sebelum ke sana, jika ada yang memerlukan i formasi tambahan dari sekelumit pengalaman yang dilalui. Semoga bermanfaat dan terima kasih kembali atas apresiasinya.

      Salam sejahtera. 🙂

    • Insya Allah, jika hati sudah ada kerinduan dan terpanggil, itu merupakan hasrat yang bakal membawa perjalanan rohani dengan memungkinkan usaha untuk sampai ke sana. Saya doakan, Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Terima kasih saudara Ibrahim dan salam kenal. 🙂

  3. Asallamu Alaikum Warahmatullahi Wabaraqatuh ukhti Setiap orang pasti merindukan tanah suci, apalagi Ka’bah di tanah haram Makkah. Di tempat tersebut ada dua aktivitas ibadah yang mulia yaitu umrah dan haji. Semoga kerinduan kita kepada Rasulullah junjungan kita semakin meningkatkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul Nya sehingga mendekatkan kita ke surga Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah…

      Kerana rindu ke Tanah Suci selalu menggamit hati, apa pun tantangan (cabaran) pasti dapat dilalui dengan mudah bermula di Tanah Air hingga selesai mengerjakan Haji atau Umrah.

      Aamiin Ya Rabb, mudahan kebaikan selalu menyusul dalam kehidupan kita untuk berbuat amal yang diredhai Allah SWT.

      Terima kasih akhi Abdullah dan salam sejahtera. 🙂

  4. Kagum sekali melihat foto2 mesjid megah nan maha agung terutama mesjid jabal nur dalam postingan mbak Siti. Berharap suatu ketika bisa menginjakkan kaki bersama keluarga tercinta kesana. Slm hangat dari Kudus ya mbak 🙂

    • Aamiin Ya Rabb. Didoakan mbak Putri kan ke sana di masa depan. Itu bukan Masjid Jabal Nur, mbak. Itu Masjid Ji’ranah., satu tempat miqat untuk berniat ihram umrah.

      Terima kasih mbak dan salam hangat kembali. 🙂

  5. Assalamu’alaikum Wr.Wb Mbak Fatimah,
    ketika mendengar atau membaca tentang Gua Hira ini, saya pasti langsung ingat – “Iqra Bismi Rabbika Alladhi Khalaq”
    Maha Besar Allah dengan segala firmannya…
    salam dari yogyakarta…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Iya, mbak. Gua Hirak merupakan institusi pendidikan bagi Rasulullah SAW dalam menerima tauliah sebagai Nabi yang bertaraf pelajar kepada malaikat Jibrail dengan pelajaran pertama untuk mengenal bacaan melalui surah al-Alaq ayat 1 – 5. Tujuannya adalah untuk meraih ilmu dan pegetahuan tentang iman sebagai persediaan diangkat menjadi Rasul, utusan Allah SWT.

      Terima kasih mbak Yuni dan salam manis selalu. 🙂

  6. Assalamualaikum
    Bunda Fatimah

    Alhamdulillah sudah sampai ke season 5 artikel ini ya bun
    Banyak wawasan dan pengetahuan baru yg bisa di ambil dari artikel ini..
    terima kasih sudah berkongsi ke kita kita..
    Salam 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Iya, sudah sampai ke penghujung Ziarah, Hanya satu artikel lagi akan menamatkan Ziarah Makkah ini. Mudahan bermanfaat. Terima kasih kembali dan salam sejahtera. 🙂

  7. Assalamualaikum.sya mohon singgah jenggok2 blog awak tanpa izin,skrg saya mohon share lau ad yg berkenan terima kaseh
    Salam dari saya

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.