CT441. ENAKNYA DAUN SELASIH ALIAS BASIL DALAM MASAKAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

PEMBERIAN

“Ini pokok apa Taukeh ? Boleh makankah ? tanya saya sambil memegang seikat pokok berdaun hijau lebat kepada taukeh dan isterinya yang sering saya kunjungi di Pasar Sentral Sarikei untuk membeli buah jambu batu dan jambu air milik mereka.

Harga seikat hanya RM1.00. Saya jadi tertarik kerana saya tidak pernah melihatnya.

“Saya juga tidak tahu namanya. Tapi sedap kalau dimakan dalam masakan. Orang Cina suka masukkan daunnya dalam masakan sup. Tidak perlu banyak, cukup beberapa helai. Ia sebagai penyedap makanan bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.” jelas isteri taukeh dengan senyuman yang tidak pernah lekang.

“Ambillah dan cuba tanam. Hanya cucuk atas tanah sahaja. Pokok ini mudah tumbuh.” Tiba-tiba taukeh menghulurkan kepada saya dua batang pokok tersebut. Saya menerima dengan gembira dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu.

SPH mengambil sehelai daun dan mencium baunya. Saya turut menciumnya. Aroma daunnya wangi “kepedasan” …. bagaimana tu ? hehehe. Maksudnya seperti rasa Mint. Saya dan SPH fikir mungkin ini daun Mint. Tapi kami masih ragu-ragu untuk mengesahkannya.

*

Saya rendam dahulu dua batang pokok Selasih ini untuk menumbuhkan akarnya. Setelah seminggu dan akarnya mulai muncul banyak, baru saya tanam di dalam plastik polybag.

*

KERANA BUNGA

Sukar juga untuk mengetahui nama pokok berdaun ini di peringkat awalnya. Alhamdulillah, pada awal bulan Jun pokok tersebut mulai berbunga. Saya jadi semakin teruja untuk mengetahui nama dan spesis pokok herba tersebut.

Akhirnya, saya berjaya mengenali pokok yang selama ini TIDAK BERNAMA melalui carian internet dengan merujuk gambar bunga. Allahu Akbar, rupanya itulah pokok SELASIH atau dikenali dengan nama BASIL di negara Barat.

Dari bunga Selasih inilah munculnya biji Selasih yang menjadi kegemaran saya dalam minuman sejuk terutama di bulan Ramadhan atau sebagai minuman buang panas.

Biji Selasih seakan telur katak apabila direndam cepat dengan air panas. Biji hitamnya telus diselubungi agar-agar pada luaran. Bila diminum terasa biji-biji itu apabila digigit. Rasanya tawar sahaja tetapi saya suka terutama apabila di minum dengan air Bandung atau air Buang panas.

*

Setelah pokok Selasih subur dan segar, saya pindahkan ke pasu lebih besar untuk pertumbuhan yang lebih mantap. Kini ia nampak lebih subur dan banyak daun.

*

BUNGA SELASIH

CANTIK …. Indahnya bunga Selasih, ku karang pantun untukmu. πŸ™‚

*

ENAKNYA DAUN SELASIH DALAM MASAKAN

Tentang khasiat DAUN SELASIH dan BIJI SELASIH, bolehlah dibaca sendiri agar lebih memahami kandungannya.

Sejak mengetahui kebaikan daun selasih dan menggunakannya dalam masakan, saya semakin suka dan suka makan daun selasih. ia juga boleh dimakan secara mentah.

Dua foto di bawah ini adalah masakan seminggu yang lalu. Benar, rasaya enak dan ada aroma jika kita memasukkan lebih banyak daunnya.

*

Hanya campakkan sahaja daun Selasih ke dalam sup apabila hampir masak. Rasa “mint” akan lebih muncul apabila banyak daun dimasukkan. Menambah selera.

*

Daun Selasih saya goreng rangup terlebih dahulu sebelum diletak atas inti Pizza Roti dan dilapis dengan Cheese Mozarella. Alhamdulillah, sangat lazat dan enak.

*

Jika anda ingin mengetahui rasa DAUN SELASIH. SILAKAN MENCUBANYA DALAM MASAKAN atau dimakan mentah. Pasti anda akan suka.

Yang lebih menyentuh hati, pokok selasih baik batang, daun atau bunganya sering dipantun dan dijadikan lirik lagu. Penuh estetika ya Pokok Selasih ini. Contoh lagu klasik di bawah ini. Anda pasti menyukainya. Dengarlah. πŸ™‚

*

*

DEDIKASI, UNTUKMU YANG MENYENTUH HATI

BATANG SELASIH permainan budak,
DAUN SELASIH dimakan kuda,
Bercerai kasih talak tiadak,
Seribu tahun kembali juga.

*

Dalam lirik lagu GURINDAM JIWA nyanyian Seniman Nordin Ahmad dan Seniwati Latifah Omar ini terdapat pantun menggunakan BATANG dan DAUN SELASIH.

*

*

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima19 Jun 2017 (Isnin)/ 24 Ramadhan 1438H/ 1.30 petang/ Bintangor, Sarikei, Sarawak

*

AKU…. dan rasa kasih padamu tidak pernah mati. Selagi nafas ini menempati hayatku, ingatan padamu tidak pernah hilang. Kau selalu ada di sini…. DI HATIKU. Percayalah.

*

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Ke mana pun kita melangkah, pasti setiap hitungannya menjadikan kita semakin dewasa untuk menerjah segala cabaran hidup ini. Jangan pernah berputus asa kerana hati yang penuh tekad tidak pernah mengalah dengan mudah. Ku berdoa, engkau selalu tabah dan tidak menyerah. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

16 thoughts on “CT441. ENAKNYA DAUN SELASIH ALIAS BASIL DALAM MASAKAN

  1. di Banjarnegara, kami menyebutnya daun kemangi : ) paling sedap untuk lalapan ayam goreng dengan sambel terasi atau tomat mmm sedapppp

  2. Iya, saya juga membaca bahawa di Indonesia, namanya adalah Kemangi. Namun ada yang membezakannya dari jenis dan pokoknya. Apa pun, ia tetap makanan ulaman herba yang enak dan menyihatkan. Sedap makanan Lalapan Ayam Goreng atau sejenisnya kerana kebanyakkan dimakan bersama sayuran dan ulaman. Menu sihat.

    Terima kasih Hendi atas perkongsiannya dan salam sejahtera.

  3. Salam kerinduan dari kakak buat CT:)
    Lama tak berblog – mohon maaf dari kakak
    Setelah sekian lama tetiba masuk rumah CT hari ini dihidang dgn daun selasih. Kalau tempat kakak joging ni CT ada kebun pokok selasih. Dulu kakak tak tahu biji dia tu adalah yg kita guna utk campur dalam air sirap. Bila dah tahu kakak selalu ambil. Suka sebab berjelly. Daun dia pula kakak suka campur dalam sayur terutama kalau buat gulai nangka muda – sedap tau dik hihi…

    Selamat memburu lailatulqadr…

    • Alhamdulillah, gembira sangat menerima kunjungan Kak Zakie. Rindu sudah terubat. πŸ™‚ Lama sekali tidak mendengar khabarnya. Saya doakan akak sekeluarga dalam kandungan yang sihat wal’afiat di bawah lindungan rahmat Allah SWT.

      Bagusnya, tempat joging akak ada kebun pokok Selasih. Jarang ada kebun special macam tu. Lagi best dapat selalu minum dengan campuran biji selasih. Biasanya kalau saya nak minum biji selasih ni kena beli di kedai ubat Cina. Tempat lain tak ada jual, kak.

      Saya pun baru bermula untuk menyukai daun selasih dalam makanan.memang enak dan lazat kerana ia daun herba. Terima kasih kak sudah berkongsi pengalaman.

      Salam Ramadhan dan manis selalu. πŸ™‚

      • Mmg sedap daun selasih ni.saya ada tanam bbrp pasu. Kemangi pon sy tanam. Kemangi dan selasih satu spesies. Tp ada sdkit beza. Selasih baunya lebih manis dan wangi. Kemangi ada bau serai atau lemon.

        • Benar, rasa daun selasih amat wangi. Awalnya susah juga nak selesakan diri lama-lama sedap pula terutama jika dimasukkan dalam sup atau dikeringkan untuk taburan atas makanan.

          Saya belum pernah melihat pokok kemangi lagi. Harap nanti ada berjumpa pokok ni. Sekarang saya menanam pokok peppermint. Sedap untuk dimasukkan ke dalam minuman yang didalamnya ada campuran daun serai, lemon dan daun-daun herba yang lain.

          Terima kasih Lina atas maklumat yang bermanfaat tersebut.
          Salam kenal dan jumpa lagi. πŸ™‚

  4. Assalamualaikum bu Hajjah Fatimah. Semoga berkah Ramadhan menyertai bu hajjah & keluarga.

    Mirip dengan daun kemangi, wangi dan enak untuk lalapan bersama timun, tomat, kacang panjang, dan kol. Biji selasih juga saya suka, untuk campuran es buah. Sedap.

    Salam Ramadhan dari Jakarta Pusat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany…..
      Alhamdulillah saya dan keluarga semuanya sihat. Didoakan Frany juga demikian sama dalam keberkatan Ilahi. Aamiin.

      Benar dan pastinya pokok Kemangi termasuk dalam spesis keluarga pokok Selasih. Saya baru berjinak-jinak makan ulam-ulaman. Lalapan saya belum pernah makan walaupun di Sarikei ada kedai makan menjual menu ini. Biasanya saya lebih suka makan Ayam Penyet, mbak.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam mesra. πŸ™‚

  5. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Saya juga suka mencampur minuman dr potongan buah2an dengan biji selasih, khususnya di bulan Ramadhan ini.
    Tapi mencoba daun selasih dalam masakan, belum pernah coba. Biasanya di daerah saya, daun yg dimasukkan ke dalam gule ikan adalah daun ruku2, masih satu rumpun dgn selasih, juga wangi.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma……

      Banyak juga keluarga pokok Selasih ya, saya yakin rasanya hampir sama cuma berbeza pada bentuk daunnya. Keenakan minuman yang dicampur biji selasih memang tidak dapat digambarkan ya. Selain mencantikkan rupa air ia juga mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan kita.

      Terima kasih sudah berbagi cerita dan kunjungannya, mbak.
      Salam manis. πŸ™‚

  6. Assalamualaikum wr wb Kak Siti,

    Di Indonesia ada daun seperti daun selasih yang dibuat untuk ulam makan ikan lele goreng, namanya daun Kemangi. Daun kemangi sangat digemari karena menyehatkan.
    Bahkan ada sambal yang dibuat dari daun kemangi.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Melihat foto yang dipaparkan, pasti sangat pedas ya. Warna merah pada sambal tersebut amat menyelerakan. Ini tentu menjadi salah satu dari menu berbuka puasa.

      Daun Kemangi tentu menjadi kegemaran masyarakat di sana sehingga banyak digunakan dalam masakan. Tidak seperti di tempat saya, mungkin ramai yang tidak mengenali pokok Selasih termasuki saya ini. πŸ˜€

      Terima kasih mas Alris sudah berkongsi cerita dan salam Ramadhan.

  7. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah

    pernah dengar daun selasih … ternyata bunganya indah sekali ya
    saya tidak ingat apakah saya pernah makan makanan yang ada daun selasihnya … hehe jadi penasaran

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….

      Saya juga baru pertama kali mencuba makan daun selasih yang dicampur dalam makanan. Rasanya boleh tahan. Silakan mencarinya di market sayur, pasti jumpa.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.