CT464. PAGODA CAULIFLOWER

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

PERTAMA KALI

 Antara bunga sayur yang tercantik dan baru pernah saya lihat dan pertama kali saya makan sepanjang 50 tahun hidup di muka bumi ini ialah PAGODA CAULIFLOWER  VEGETABLE atau SAYUR BUNGA PAGODA.

*

CANTIK, MENARIK DAN MENAWAN HATI. Itulah kata hati saya pertama kali melihat sayur Bunga Pagoda di atas rak sejuk ruangan menjual sayuran di Everwin Supermarket. Hasil tarikan tersebut membuat saya mengambil keputusan untuk membeli tanpa memikirkan harganya yang mahal.

*

Harga sekilo Bunga Pagoda – RM15.90

*

Bisikan hati mendesak untuk memiliki dan melihat lebih dekat sayur yang berbentuk binaan bangunan Pagoda serta ingin menikmati…. bagaimanakah rasanya sayur Bunga Pagoda yang menggoda nafsu saya….hehehe.

*

CANTIKKAN ! Sayang nak makan. 😀

*

*

BUNGA KOBIS

Sayur Bunga Pagoda ini termasuk dalam “adik beradik tiri” BUNGA KOBIS cuma ia berbeza bentuk dan warna. Lalu saya membeli juga BUNGA KOBIS agar adik beradik tiri ini bertemu di rumah saya. 😀

*

Harga sekilo Bunga Kobis – RM8.50

*

*

Pertemuan dua saudara tiri yang cantik dan indah

*

BUNGA BROKOLI

BUNGA BROKOLI juga antara sayur yang saya suka. Mungkin ia adik beradik angkat yang diterima dalam keluarga CAULIFLOWER di atas kerana bentuk yang hampir sama namun sedikit gundul dan bulat serata. Sayur Brokoli saya beli kerana ingin menyatukan ia dengan adik beradik angkatnya…. hahaha.

*

Harga sekilo Brokoli – RM14.90

*

*

Gembiranya dikumpulkan bersama saudara mara dirumah Ctfatima. 😀

*

BERKUMPULNYA SEBUAH KELUARGA

Dengan senang hati saya mengumpullan ketiga-tiga bunga sayur ini agar mereka dapat bertemu dan bergaul mesra. Jelasnya, masing-masing mempunyai ciri-ciri khas tersendiri dalam kandungan nutriennya. Pasti enak dan lazat jika tahu mengolah resepinya.

*

Dari sudut seni, anak-anak bunga sayur ini boleh menjadi dekorasi yang kreatif dalam membina kreativiti yang mengasyikkan.

* 

APAKAH ANDA PERNAH MAKAN SAYUR PAGODA ?

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima26 Januari 2018 (Jumaat)/ 9 Jamadilawal 1439H/ 11.35 malam/Sarikei, Sarawak

– SITI FATIMAH AHMAD –

 

 

*

 

16 thoughts on “CT464. PAGODA CAULIFLOWER

  1. Assalamualaikum bu Hajjah Fatimah. Semoga selalu sehat dan dalam lindungan Allah swt. Aamiin.

    Saya baru tahu dan lihat tentang bunga pagoda. Mungkin di supermarket tertentu ada juga, namun saya belum pernah lihat. Jadi penasaran ingin tahu.
    Salam hangat dari Jakarta Pusat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….
      Alhamdulillah, kami semua sihat dan didoakan mbak sekeluarga juga begitu sama.

      Sayur Bunga Pagoda ini baru pernah saya lihat dan selama ini tidak masuk dalam pasaran Sarikei, mungkin hanya di supermarket besar yang lain atau di bandar besar. Memang teruja ingin memakannya, malah sayang juga untuk merosakkan bentuknya.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam hangat kembali. 🙂

    • Rasanya rangup, bergantung lama atau sekejap kita memasak. Rasanya ada lain sedikit dari bunga kobis, mungkin rasanya dipengaruhi oleh warna hijaunya yang indah.

      Terima kasih Acik sudah berkujung perdana dan salam manis. 🙂

    • Sama-samalah kitaLea. Mungkin spesis sayur bunga Pagoda tok baruk ditemui hasil kajian pakar. Sebab selamak tok nang sik pernah nangar.

      Terima kasih Lea sebab muncul agik setelah sekian lam menyepi diri.
      Sayang kitak. 🙂

  2. Coba kuih tok, Mah. Sedap bah.

    Sape yg pernah mkn ni angkat tangan!! Favorite admin.. tp susah nk jumpa yg halal.. meh la kita buat sendiri meh.. x susah mana pong..

    Chinese Yam Cake

    Bahan-bahan
    500g yam (dikupas)
    50g udang kering
    8 cendawan shitake kering
    Bawang merah 120g
    Minyak 100ml
    1 sudu teh lima rempah ratus
    1 sdt garam
    ½ tsp lada putih
    1 sudu kecil kicap cair
    Tepung beras 200g
    800 ml air / stok (dari rendaman cendawan)
    50g kacang goreng
    Bawang putih dicincang 30g
    Cili 15g cincang

    Arahan
    Rendam 50g udang kering dalam air panas selama 30 minit

    Rendam 8 cendawan cina kering di dalam air selama 30 minit

    Kupas 1-2 biji (500g) ubi keladi – Potong kiub kecil

    Tos kan udang kering & cendawan dan cincang (simpan stok air rendaman)

    120g bawang merah hiris nipis

    Panaskan minyak 100ml

    Masukkan bawang merah dan kacau sehingga masak, keluar dan tos kan

    Dengan baki minyak di dalam kuali, tambahkan ubi dan kacau goreng sehingga lembutkan

    Pindahkan ubi ke mangkuk yang besar, kemudian masuk kan 1 sudu teh lima rempah, 1 sdt garam dan Dan ½ sudu teh lada putih

    Baki minyak di dalam kuali, masukkan udang dan cendawan dadu.. goreng..

    Masukkan 1 sudu kecil kicap ringan dan kacau sehingga harum. Angkat dan campur kan dalam campuran ubi dan masukkan separuh bawang goreng td.. ketepikan

    Ayak 200g tepung beras

    Tambah air / stok 800ml (dari rendaman udang dan cendawan) ke kuali

    Kacau dan masak sehingga adunan menjadi likat

    Masukkan campuran yam dan kacau dengan baik

    Sadur minyak dulang dalam / timah dan tuangkan adunan itu

    Stim selama 45 minit

    Untuk hiasan dan perasa tambahan – tabur bawang goreng, kacang goreng, daun bawang dan cili cincang

    Biarkan kek kuih yam selama sekurang-kurangnya 1 jam sebelum di hidang kan..

    • Hehehhe…. boleh tahan juak resepi ya. Kamek nang suka Kek Yam tok. Selalu beli dipasar, hambar jak rasanya. Mungkin sidak (orang Melayu) molah makei resepi Melayunya. Mun nangar resepi di atas, belum rasa udah terliur. Mun ada masa boleh kamek cuba juak. Copy pakei simpan dolok.

      Tq Lea udah berkongsi resepi di sitok. Polahlah dalam blog diri, khas untuk resepi ajak. Kelak selalu ke sinun. 🙂

  3. assalam moga dik ct sht sjhtra keluarga…cantiknya sayur bunga pagoda tu..kalau dicampur ketiga tiga beradik bunga sayur dlm tomyam sedap tu…agaknya org china mndpt ilham bina pagoda drpd sayur ini kot

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak yang dikasihi….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah, kami semua sihat kak. Mudahan akak sekeluarga begitu juga.

      Idea yang berkesan, tak terfikir nak buat masak tom yam. Boleh dicuba lain kali jika saya membeli ketiga-tiga sayur ini lagi. Mungkin juga ya kak, tak kan sayur pulak nak ikut ciptaan manusia….hehehe. Sedangkan ia ciptaan Allah SWT.

      Terima kasih kak sudah berkunjung balas dan salam manis selalu. 🙂

  4. Assalamualaikum Ummi Siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Pertama kali tahu adanya sayur yang bergelar sayur bunga pagoda. Cantik amat bentuknya. Rasanya belum pernah ketemu di tempat saya, atau saya yang agak naif terlepas pandang. Insya Allah, nanti apabila saya ke pasaraya akan saya pandang-pandang mencarinya di ruang sayuran. Terima kasih ummi Siti Fatimah kerana mengenalkan saya dengan sayur ini…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….

      Alhamdulillah wa syukrulillah, kami semua sihat wal’afiat. Didoakan Abu Ikhwan sekeluarga juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Mudahan, Abu Ikhwan dapat menemui sayur ini dan nanti suruh Ummu Ikhwan buat masakan tom yam seperti saranan Kak Paridah di atas….hehehehe.

      Saya pun tak tahu, apakah selepas ini sayur bunga Pagoda itu masih dijual di pasaraya tersebut kerana inilah pertama kali melihatnya. Harap-harap ada lagi untuk jualan seterusnya.

      Terima kasih Abu Ikhwan sudah berkunjung dan salam takzim.

    • Silakan mencuba CtHajar….

      Sebaiknya dicelur dahulu dengan air panas mendidih, taruh sedikit garam dan sedikit minyak untuk mengekalkan warna dan zatnya. Kemudian masaklah ikut citarasa. Hanya gaul da campur sahaja, tidak perlu masak lagi. Silakan, pasti anda suka dengan kerangupannya.

      Terima kasih CtHajar sudah berkongsi di sini.
      Salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.