CT145. SELAMAT TAHUN BARU 2013: LEMBARAN BARU KEHIDUPAN DUNIA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

2013Fatima1TahunBaru

1434 HIJRAH

….. sudah menyusul awal dalam memulai kehidupan muslim bagi menempuh lembaran baru di dunia ini. Kehadiran 2013 hanya menyapa untuk menambah rencah peristiwa yang bakal dihadap dengan pelbagai perisa.

Perisa yang tidak diketahui masam manis, pahit getir, suka duka, bahagia derita dan tawa tangisnya. Allahu Akbar. DIA Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur rencana kehidupan hamba-hamba-NYA.

IngatanFatima2Padamu

Setiap kali mata ini membuka diri, apabila hari baru menjelma keesokannya, saya berdoa dan mengucapkan syukur yang tidak ternilai harganya ke hadrat Ilahi. Hari baru adalah nafas baru buat saya. Hari baru adalah peluang baru dari Allah SWT untuk saya memulai agenda baru dalam kehidupan ini.

Hari baru adalah hari untuk saya muhasabah diri dari segala yang telah berlaku semalamnya. Hari baru amat bermakna buat saya dan kita semua menjadi hamba yang tidak leka dengan dunia yang fana.

2013Fatima3TujuanDunia

ALHAMDULILLAH, tahun 2012 telah banyak memberi makna buat saya kerana banyak impian dan keinginan saya dapat direalisasikan. Insya Allah tahun 2013 dan tahun-tahun mendatang akan dipenuhi dengan segala impian yang belum terlaksana untuk dicapai dengan meriahnya.

ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN

Prinsip saya, selagi hidup dan nyawa masih dikandung badan, selagi itulah dunia ini akan ditawan sebelum RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI. Yang pasti, mozaik kehidupan saya belum sempurna. Maka saya harus mencari dan mencarinya.

2013Fatima2TujuanAkhirat

Kehidupan dunia ini merupakan tempat persinggahan yang tidak kekal untuk dihuni. Tempat sementara buat sang musafir berkelana untuk mencari bekalan menuju destinasi yang telah dicipta dan diduga iaitu AKHIRAT.

Dunia selalu membuat kita leka dan alpa dengan segala bentuk kecintaan; jika tidak ditangani dengan ilmu dan akal, pasti iman dan takwa tidak menjadi bekal. Hargailah dunia yang dicipta dengan mensyukuri segala yang dikurniakan Allah SWT untuk menjadi hamba-NYA yang qanaah dan redha dalam Qada dan Qadar-NYA.

2013Fatima4QadaQadar

LEMBARAN BARU KEHIDUPAN DUNIA hendaklah dilalui dengan percaya diri, keyakinan hati dan ketulusan budi. Menjadi manusia tentulah bukan mudah. Peranan dan tugas yang dipikul sebagai KHALIFAH  mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan bagi mencari keredhaan-NYA.

Setiap peristiwa yang telah dilalui pada tahun-tahun lalu, ambil dan jadikan iktibar untuk menjadi lebih baik dan lebih bersemangat. Jangan pernah putus asa dan SENYUMLAH SEINDAH SURIA.

Hati yang tenang dan nyaman tanpa benci, syak wasangka, hasad dengki dan gelora sengketa, tentu akan menjadikan kita MANUSIA YANG BAHAGIA dan DAMAI DI HATI.

Saya mendoakan kita semua dapat melalui LEMBARAN BARU KEHIDUPAN DUNIA yang sedang ditempuh ini dengan penuh dedikasi dan bersemangat waja. Jadilah manusia yang tahu dirinya adalah MANUSIA. Mudahan kejayaan selalu mengiringi setiap langkah menuju destinasi kita. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

kejayaan4

SEMOGA BERJAYA

****************

31 Disember 2012 (Isnin)/ 18 Safar 1434H/  1.38 petang- Sarikei, Sarawak

AKU…. dan aliran kehidupan ini sudah tersirat dalam suratan Ilahi. Tidak perlu merasa gundah gulana kepada apa yang telah dan akan terjadi kerana dengan iman dan taqwa, semuanya dapat dihadapi. Tidak perlu bermuram durja kepada kesengsaraan yang telah dan akan dihadapi kerana dengan sabar dan redha, semuanya dapat dilalui.  Aku percaya, semuanya menjadi mudah apabila Allah SWT kekal di hati. Terima kasih Ya Razzak, untuk semua nikmat yang telah ENGKAU berikan kepadaku selama ini. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

IngatanFatima1Padamu

INGINKU JADIKAN SEMUA MIMPI SATU KENYATAAN

34 thoughts on “CT145. SELAMAT TAHUN BARU 2013: LEMBARAN BARU KEHIDUPAN DUNIA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Rahsia kejayaan adalah keinginan yang kuat, kemahuan yang teguh, minat yang mendalam dan mencintai apa yang ingin diraihnya. Rahsia kejayaan berasaskan kepada kecerdikan akal dan kerajinan usaha. Ia tidak lahir secara semula jadi. Allah tidak akan memberi kita secara percuma tetapi perlukan kesungguhan sebagai hadiah dari-NYA.

    OPEN YOUR EYES BY MAHER ZAIN

    DEDIKASIKU UNTUKMU… Langkah pertama bagi menghadapi kesukarann adalah memberi fokus kepada setiap kenyataan. Berfikir dengan bijak dalam merencana segala perancangan akan memudahkan setiap jalan menuju kejayaan. Jangan pernah berputus asa jika kegagalan menjelma di depan mata. Kegagalan hanyalah jalan untuk perancangan yang lebih cemerlang. Bukalah mata, hati dan mindamu, Lihatlah nafas yang kini masih ada. Itulah kasih sayang Allah untukmu bagi mengejar kejayaan-kejayaan lain dalam hidup.

    Semoga berjaya. Selalu ada doa untukmu.

    Wassalaam. 😀

      • tak ada umi, hanya tak ingin jadi yang ketiga, jadinya, neni teriak biar umi cepat dengar 🙂

        semoga hari esok, selalu lebih baik dari hari kemarin, amin ya Allah

        duuhh, malam tadi tuh, neni susah tidurnya, ramai sangat makhluk sini bermain petasan, mengganggu masa rehat, ponakan neni jadi kaget-kagetan dengr suara petasan tuh, neni jadi garang dibuatnya, panas kepala ini, dduuuhhhh sungguh sangt mengusik indahnya malam ….. mmhhhh…

        Alhamdulillah pagi ini hujan, jd tak ada yang ramai dijalan tuk tiup terompt dan main petasan lagi, moga malam nanti hujan lg, amin

        kangen dan rindu ummi selalu… miss ummi.. muaaaccccchhhhh

        • Aamiin… Ya Rahmaan Ya Rahiim.
          Semoga segala doa-doa kita diperhatikan Allah dan diperkenankan.

          Menjadi hamba-NYA merupakan satu nikmat yang wajib kita syukuri setelah banyak kurnia yang dihadiahkan sepanjang nafas kita berlangsung di dunia ini.

          Kasihan ya, anak Umi di sana. Harus menghadapi semua aktivitas countdown yang mengalpakan kita kepada Allah SWT.

          Bersabar ajalah Neni. Tidak ada yang dapat kita buat. Hanya mampu untuk tidak meredhai semua yang berlaku. Dan berdoalah semoga beberapa hari ini, hujan di sana. 😀

          Terima kasih kerana betah kemari menyampai pesan rindu sama Umi. Umi juga sama dengan Neni. Sungguh beruntung dapat anak seperti Neni. Mudahan apa yang telah Allah jalinkan antara kita akan kekal hingga ke akhirat sana. Aamiin.

          Salam sayang dan rindu selalu dari Umi yang jauh.
          Mmmm…. h. (malu nih… pink pipi Umi…hehehe) :”>

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Alhamdulillah saya menjadi orang kedua setelah Mbak Neni yang datang bersilaturahmi di awal tahun ini.

    Selamat Tahun Baru 2013, Mbak Fatimah… Semoga di tahun ini kita mampu mengubah hidup kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan Allah Swt senantiasa memberikan berkah, rahmat, hidayah, dan inayah-Nya, sehingga kita bisa menambah tabungan amal dan terhindar dari segala dosa.

    Salam hormat penuh takzim senantiasa…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Alhamdulillah, mudahan silaturahmi yang dijalin selama ini akan menambah kebaikan dalam perkongsian ilmu yang bermanfaat.

      Sesungguhnya, Allah SWT selalu memberi peluang kepada manusia untuk mengubah kehidupan mereka untuk lebih baik dan maju dari sebelumnya.

      Setiap kronologi dalam sejarah kehidupan kita seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran untuk meningkatkan iman dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

      Semoga Allah SWT akan memberi kejayaan yang lebih gemilang dalam setiap langkah dari usaha yang kita ingin capai. Aamiin.

      Terima kasih, mas Raden untuk doa dan kunjungan yang mencerahkan. Selamat Tahun Baru 2013.

      Salam sejahtera dan hormat selalu. 😀

  3. guru adalah orang yang telaten dalam membimbing dan menumbukan potensi,kepercayaan diri, dan kebersyukuran dalam hidup. dan saya sangat bahagia karna Allah memberiku musibah /kegagalan adalah guru yang telaten.

    • iya, mbak Mintarsih…
      Pengalaman baik dan buruk adalah guru semulajadi yang mengajar kita arti kehidupan sebenar. Hanya manusia yang bijaksana akan dapat melaluinya tanpa putus asa dan kecewa.

      Hargailah hidup ini kerana ia kurnia Allah untuk kita di dunia, di samping kita mencari bekal untuk akhirat. Manusia adalah manusia hebat dan cemerlang yang pernah Allah cipta dengan diberi bekal dari segala sifat mulia-NYA.

      Terima kasih hadir berkunjung lagi, mbak.
      Salam manis selalu. 😀

  4. Assalamualaikum Mbak Siti. Selamat tahun haru 2013 M dalam 1434 H. Semoga hari2 yg kita tempuh di muka bermanfaat bagi akhirat kita . Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan banyak manfaat yang dapat kita perolehi sepanjang tahun lalu dan tahun-tahun seterusnya.

      Selamat Tahun Baru, mbak.

      Salam manis selalu. 😀

  5. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 untuk Bunda dan keluarga. Mudah-mudahan di tahun baru ini kita bisa memperbaiki kelemahan dan kesalahan kita di masa lalu untuk menjadi yang terbaik di masa depan, yang bermanfaat bagi diri sendiri, sesama makhluk, bagi bangsa dan negara, serta agama tentunya.

    Salam hormat dan kasih sayang untuk Bunda seorang…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, GaleriSiswa…

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga kita semua mendapat yang lebih baik dari sebelumnya.
      Kehidupan ini hendaklah diteruskan sehingga mencapi segala impian walaupun tahun berganti tanpa pernah ada penghalangnya.

      Salam mesra dan sukses selalu. 😀

  6. Assalaamu’alaikum , Bunda. 🙂

    Selamat Tahun BAru ya, semoga cita2 atau impian kita yagn belum terwujud di tahun 2012 akan segera terealisai di tahun 2013 ini. Aamin.

    jadi ingat kata mamahku:
    bercita2lah setinggi langit, bermimpilah, niscaya kau akan merasakan indahnya hidup. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Idah Ceris…

      Aamiin, Ya Allah. Mudahan apa yang dicita selama ini akan dimakbulkan.

      Kata-kata dari Mamah Idah adalah benar. tentunya Mamah Idah mahukan Idah merasai keindahan hidup ini dengan merealisasikan segala impian yang sudah direncana. Oleh itu, hargailah semangat beliau untuk Idah. Insya Allah, akan tercapai jua akhiranya.

      Salam sukses dan ceria selalu. 😀

  7. selamat tahun baru yak, semoga di tahun 2013 ini nggak ada gosip gosip mau kiamat lagi, ahihih..

    dan semoga mbak juga dikabulin tuh keinginan2nya.
    dan semoga aq juga dikabulin keinginan keingan q, ahihihi.
    salam kenal dan sukses selalu buat mbak 😀

    • Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.

      Tentang berita kiamat itu, umat Islam sepatutnya hanya yakin dan percaya kepada apa yang disampaikan melalui al-Quran dan lidah
      Rasul-NYA sahaja.

      Mudahan apa yang kita ingin raih di tahun ini akan dilaksanakan dengan sungguh-sungguh sehingga tercapai. Jangan hanya sekadar impian di hati, tetapi harus direalisasi.

      Salam kenal kembali Mohammad. 😀

        • Syukurilah kerana orang tua Mohamad memberi nama besar yang indah dan terpuji ini kerana mereka mahu anaknya mempunyai peribadi yang baik. Hargailah pemberian nama dari orang tua kita. Tentu mereka bahagia. 😀

          Saya senang memanggil seseorang mengikuti nama terbaik pada dirinya. Anak lelaki saya juga namanya Muhammad.

          Salam ceria. 😀

  8. assalamu’alaykum, ummy…^yangtinya nayra…^ semoga Allah sentiasa berikan kita kesempatan tuk silaturahmi selalu dan selalu…amein…

    afwan, semoga ummy mahu tuk memaafkan ananda yang tlah lama tak silaturahmi kat laman ummi ni…sebenarnya tiada halangan apa, hanya saja…beberapa hari terakhir ni, banyak masalah yang mendera diri uvi…*Allahu a’lam, semoga segera terpecahkan…^ HasbiyaLLoohu Laa Ilaaha illa anta Subhaanaka innii kuntu minadh Dhoolimien….

    salah satunya, masalah mengena pada Laptop milik nanda, beberapa hari ni error, dan Alhamdulillah….waktu ini termasuk awal sekali uvi adakan uji coba Laptop setelah diinstall ulang dan diServis sama administrator…, alhamdulillah, semoga lancar dan dapat menemani hari2 uvi di masa mendatang….amien…

    tapi, knapa harus buka lembaran barunya di Tahun baru?..knapa tak di setiap saat ktika kita tlah tersedar dari perbuatan buruk aja ya?..hihi…

    ummi..ummi…, mana suara kak neni?…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Uvi yang dikasihi….

      Alhamdulillah, hadir menyapa juga akhirnya setelah lama menyepi diri. Umi doakan sihat dan selalu ceria dalam menjalani setiap amanah yang dipikul buat menjadikan anak-anak didik, manusia yang berhemah tinggi seperti gurunya, Uvi.

      Umi sudah maafkan walaupun tiada kesalahan yang dibuat. Restu Umi selalu menemani kelancaran tugas dan kehidupan Uvi di mana sahaja. Jadilah manusia yang dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang berada di sekitar Uvi. Curah ilmu dengan ikhlas dan setulus hati.

      Apapun masalah yang menimpa, semua itu cabaran yang harus dilalui. Mudahan semuanya lancar dan bisa membantu untuk silaturahmi di maya pada. Umi selalu menanti sapaan Uvi, senang mengetahui khabar tentang kejayaan Uvi di sana. Silakan menyapa tika waktu luangnya ada. 😀

      Tahun baru hanya pada angkanya sahaja, tidak pada kehidupan kita. Setiap hari itu baru untuk kita memulai kehidupan baru. Jangan membataskan waktu dengan angka dan ini menjadikan kita keliru dan tidak mampu mengurus diri. (Sengaja ya, mahu menduga Umi…hehehe)

      Terima kasih sudah menulis lagi di sini. Umi senang menerima kunjungan Uvi.

      Semoga sukses selalu dalam tugas Uvi di sana. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.