CT250. BERSAMA PEMINAT (BLOG)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PeminatFatima1Blog

*

“BERSAMA PEMINAT”…. sering kita baca di media cetak atau media elektronik berkenaan pelbagai program anjuran pihak-pihak tertentu untuk selebriti terkenal bersama peminat mereka.

Terdapat juga beberapa selebriti yang menganjurkan sendiri pertemuan bersama peminat. Sebelum pertemuan tersebut, satu program khusus bagi memilih peminat yang bertuah dijalankan terlebih dahulu.

Setelah berjaya, peminat akan dipertemukan dengan selebriti kesayangan mereka untuk bersarapan pagi atau makan tengahari atau minum petang atau makan malam bersama-sama dengan aturcara yang telah dirancang rapi.

Bagi selebriti mempunyai dana yang banyak, akan membawa peminatnya untuk melancung bersama di destinasi yang telah ditetapkan.

Apapun jenis program yang dianjurkan BERSAMA PEMINAT, tujuannya hanya satu iaitu untuk menghargai jasa peminat yang telah memilih selebriti tersebut sebagai idola, pujaan atau teladan dengan cara mereka sendiri.

Tidak kira siapakah selebriti tersebut  sama ada penyanyi, pelakon, pelawak, penulis buku, ahli korporat, blogger dan sebagainya, yang penting mereka mempunyai peminat tersendiri.

Kita sedia maklum ada selebriti terkenal yang mempunyai jumlah peminat sehingga mencecah jutaan, ribuan dan ratusan orang. Bagi menyanjung selebriti tersebut, secara sukarela mereka menubuhkan Fan Club khusus buat selebriti yang menjadi “kegilaan” mereka.

*

PEMINAT BLOG

Seperti dunia nyata, peminat dunia maya juga wujud. Begitu banyak blog yang dibina secara percuma atau berbayar, mempunyai gaya penulisan dan persembahan tersendiri sehinga mempunyai peminat tersendiri.

Peminat dunia maya biasanya sering mengunjungi blog yang diminati baik disedari pemiliknya atau sekadar pembaca senyap yang sentiasa mengikuti perkembangan penulisan di blog mereka.

Cuma kita tidak pasti berapakah jumlah mereka dan apakah yang diminati mereka ? Mungkin tata bentuk blog yang menarik, atau tulisan yang menyentuh hati atau minat dengan pemilik blog itu sendiri  atau kesemuanya sekali? Jawaban hanya dapat diketahui apabila ada pengakuan secara terus terang oleh para peminat sama ada secara bertulis atau ucapan.

Blogger seperti anda dan saya juga tidak terlepas dari hal seperti ini. Malah, antara blogger sendiri saling minat meminati hasil karya yang dikongsikan. Kesannya membawa kepada anjuran pertemuan antara blogger dengan aktiviti yang dirancang.

Maksud pertemuan adalah untuk menyimpul silaturahmi di dunia nyata setelah mesra di dunia maya. Situasi ini menambah keakraban antara blogger apabila sudah saling mengenali.

PeminatFatima4JurulatihWanitaTahsin

*

DIALOG DENGAN PEMINAT

“Ini kak Siti Fatimah Ahmad, kan, penulis blog Menulis Gaya Sendiri” tanya Siti Fatihah Osman setelah beberapa minit masuk ke bilik hotel bernombor 911. “Iya benar, macam mana Fatihah kenal blog akak” tanya saya kembali dengan ramah.

“Hehehe…. alhamdulillah, saya ni peminat akak. Sudah lama saya ikuti blog akak sejak tahun 2012. Saya tahu blog akak apabila saya mencari maklumat tentang haji. Tahun 2012 itu pula saya akan menunaikan haji.” jawab Fatihah dengan ceria.

“Masya Allah ! Tak sangka pula akak ada peminat.  Alhamdulillah, jika tulisan pengalaman haji akak, dapat memberi manfaat kepada Fatihah. Memang tujuan akak menulis pengalaman itu untuk membantu sesiapa yang belum ada maklumat tentang Tanah Suci.” jelas saya dengan rasa terharu. “

“Tulisan akak bagus-bagus, bahasanya sangat menarik dan berbunga sastera. Saya suka membacanya kerana sangat menyentuh hati. Jika ada masa luang, saya akan membuka blog akak di waktu malam.” ujar Fatihah dengan ramah.

“Allahu Akbar walhamdulillah. Mudahan Fatihah selalu mendapat manfat. Terima kasihlah kerana sudi menjadi peminat kakak. Lucu pula kerana ada peminat” balas saya sambil tersenyum.

“Akak tahu, sejak tahun 2012, saya selalu berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan kakak. Alhamdulillah, hari ini doa saya dimakbulkan Allah SWT.” jelas Fatihah. Saya rasa terharu mendengar penjelasan Fatihah. Saat itu saya benar-benar BERSAMA PEMINAT saya.

 *

SAYA PUN ADA PEMINAT 😀

IMBAS KEMBALI.. saya tersenyum, kemudian ketawa seperti tidak percaya bahawa saya juga mempunyai peminat tersendiri. Pengakuan ini dijelaskan sendiri oleh Siti Fatihah Osman, pensyarah dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor pada hari pertama pertemuan kami pada 5 mei 2014 (Isnin) yang lalu.

Fatihah menceritakan tentang minatnya kepada tulisan saya terutama Travelog Hajjah iaitu pengalaman haji yang dikongsikan untuk membantu memberi informasi dari sudut pandangan dan pengalaman saya selama di Tanah Suci kepada sesiapa sahaja. Saya yakin ramai yang membaca Travelog Hajjah hingga kini. Maklumat ini saya perolehi berdasarkan statistik di LMGS G2 setiap hari.

Nikmat Tuhan mana lagi yang hendak saya dustakan apabila manfaat tulisan perjalanan iman itu pernah saya doakan di hadapan Kaabah untuk menjadi panduan dan pedoman bagi mereka yang akan berangkat ke Tanah Suci. Allahu Akbar.

PeminatFatima3JurulatihwanitaTahsin

Bersama Ustaz Ahmad Kamaruddin (fasilitator kursus) dalam sesi Talaqqi Ta’awwuz, Basmalah dan Surah Lazim

*

ANJURAN ALLAH  SWT

Allah mempunyai rancangan buat hamba-NYA. Perancangan Allah itu indah. Apabila Allah sudah merencanakan sesuatu tidak ada apapun yang mampu melawan takdir-NYA. Pertemuan saya “bersama peminat -Fatihah” semuanya dimudahkan oleh Allah tanpa sebarang halangan dan diatur dalam suasana yang menyenangkan.

Pertemuan kami diatur dan dianjurkan oleh Allah SWT. Semuanya percuma tanpa menggeluarkan sebarang belanja satu sen pun. Saya dan Fatihah ditemukan dalam kursus anjuran pihak IPGM.

Kami tinggal sebilik. Kami bersarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam bersama sepanjang 4 hari. Kami berjalan ke Bandaraya Kuala Lumpur (sehabis kursus) dengan menaiki monorel dan sesat arah tujuan ke destinasi bersama-sama.  

Alhamdulillah, begitulah rutin kehidupan saya “bersama peminat – Fatihah” seperti yang direncanakan Alla SWT. Silaturahim yang dipupuk dalam masa singkat itu membungakan kemesraan yang baik dan diharap akan berpanjangan hingga ke akhirat.

Sebelum tamat kursus, Fatihah pulang ke Johor lebih awal . Kami berpelukan beberapa kali dan sangat gembira dengan pertemuan yang diaturkan Allah SWT ini.

“Kak, saya gembira dapat bertemu dengan akak. Saya tetap menjadi peminat akak sampai bila-bila. Saya akan selalu membaca blog akak, biasanya di waktu malam setelah lapang. Terima kasih kak.” ujar Fatihah, saat perpisahan semakin hampir.

“Terima kasih juga Fatihah kerana sudi menjadi peminat akak. Nanti akak menulis tentang kita dengan tajuk BERSAMA PEMINAT.” janji saya kepada Fatihah. Fatihah berlalu dengan senyuman manis meninggalkan saya yang masih mengikuti majlis Penutupan Kursus Kejurulatihan Tahsin Al-Quran.

*

TERIMA KASIH FATIHAH

thank-you-78

 

***************

SalamFatima3SalamFatima13 Mei 2014 (Selasa)/  13 Rejab 1435H/ 10.16 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….  melihat kemahuan sebagai satu usaha besar untuk membuka jalan kejayaan. Kegagalan akan berlaku jika tidak mempunyai kecerdikan dalam berfikir untuk memecah jalan kebuntuan. Alasan hanya membunuh kemurnian segala tindakan. Mahu atau tidak mahu hanya kita yang membuat pilihan. Asal Berani Bermimpi Segalanya Mungkin. Jika tidak ada kemahuan untuk mencari, barang yang ada di depan mata pun tidak akan ditemui. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…..  Hidup kita seperti apa yang dicipta oleh fikiran kita. Oleh kerana itu, binalah fikiran kita untuk mencipta kehidupan yang mengkagumkan. Jangan sia-siakan hidup hanya kerana dunia semata. Binalah kehidupan akhirat dari jalan dunia yang mengentar rasa. Semoga bahagia dan sihat hendaknya. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima5

*

CINTA YANG DATANG DENGAN PERLAHAN, TERSIMPAN LEBIH LAMA DI LUBUK HATI

*

19 thoughts on “CT250. BERSAMA PEMINAT (BLOG)

  1. Assalamualaikum bunda,
    Peminat bertemu sama tokoh yang dikaguminya,
    sangat senang sekali,
    peminat blog ini puna merasakan hal yang sama,
    akan tersanjung setelah dibuatkan postingan khusus ini 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dimycorner….

      Alhamdulillah, dua-duanya rasa senang saat pertemuan tersebut. Dua-duanya pula ulat buku, maka diskusi buku sering berlaku antara kami. Iya, saya sangat menghargai sesuatu yang didatangkan Allah SWT ke sisi saya walau melaluinya dalam masa yang singkat. Diharap Fatihah akan menyukai posting ini.

      Terima kasih atas kunjungan. 🙂

  2. Assalamualikum bunda Fatimah,

    Senangnya bisa memberikan pengetahuan bermanfaat kepada orang lain,
    walaupun cuma lewat tulisan di blog,
    apalagi bisa berlanjut silaturrahim di dunia nyata, sungguh sebuah berkah 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Iya mbak, tujuan menulis di blog atau apa sahaja jenis media massa harus dimanfaatkan untuk dunia dan akhirat. Semoa semua yang kita kongsikan diberi ganjaran oleh Allah SWT untuk membawa manusia ke jalan yang benar di sisi-NYA.

      Hanya Allah yang mempertemukan kita di dunia maya atau di dunia nyata. Kita tidak mampu menghindari jika sesuatu itu akan terjadi di masa depan tanpa kita ketahui jalan ceritanya. Mudahan semuanya baik-baik dan diredhai Allah SWT.

      Terima kasih mbak atas kunjungannya.
      Salam manis di hari Khamis. 🙂

  3. Assalamu alaikum akak..
    Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan peminat ya kak.., senangnya dengan blog bisa berbagi manfaat kepada orang lain.., semoga akak Fatihah juga terdorong buat blog juga ya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Alhamdulillah, mudahan banyak manfaat yang kita perolehi melalui penulisan di blog ini sehingga memberi kesan kepada pembaca. Seperti mbak di sana juga, selalu mengadakan pertemuan antara blogger dan tentu lebih menyerlah lagi hubungan silaturahimnya.

      Iya, mudahan Fatihah juga menyusul kita dalam berkongsi ilmunya.
      Terima kasih mbak atas kunjungan.
      Salam sejahtera selalu. 🙂

  4. Saya jadi curious… apakah saya juga memiliki peminat? hihi… pasti rasanya menyenangkan. Peminat, penggemar, fans adalah sebutan bagi seseorang yang menyenangi seseorang karena keahliannya, seorang artis-kah, atlit, penulis atau blogger. Hmm, seru pasti apabila bisa bertatap muka (bertemu) seperti itu…

    Salam 🙂

    • Iya, sangat senang apabila kita mengetahui ada yang meminati kita kerana talent yang ada pada kita. Itu bermaksud kita sudah memberi sumbangan yang mungkin tidak kita sedari impak yang diperolehi oleh seseorang yang mengikuti perkembangan karya kita.

      Mudahan setiap tulisan yang Ave Ry terbitkan membuah kesan yang baik kepada pembaca. Selamat dan sukses untuk karya yang dihasilkan.

      Salam sejahtera dan terima kasih atas kunjungan. 🙂

  5. salam ziarah’
    Mereka terasa gembira bila ada yang menyatakan minat membaca blog kita kan, saya pun begitu tak sangka bila ada yang tegur bila terjumpa. Seronok juga membaca blog puan.

    • Salam Kak Ina…

      Maaf baru membalas. Terima kasih sudah berkunjung kemari.
      Iya kak… rasa seronok dapat bertemu peminat yang tidak disangka-sangka kita rupanya ada yang meminati.

      Blog Kak Ina tentu lagi banyak yang meminatinya kerana bahan-bahan resepi akak yang sangat lazat dan mudah dilakukan. tentu akan lagi embira kerana ada yang menegur saat bertemu. itu maksudnya akak sudah dikenali ramai.

      Tahniah dan teruskan ya kak usahanya berkongsi kegembiraan dengan sesiapa sahaja.

      Salam kenal dan manis selalu. 🙂

  6. Assalamulaikum Wr Wb…..

    Sungguh apa yang kita ciptakan dalam berbagi menjadi sebuah karya, akan mebuahkan suatu hal yang akan membawa banyak manfaat bagi kehidupan seseorang ya bun, senang rasanya bisa ikut merasakan hasil dari semua ini.

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Alhamdulillah, memang sangat senang dan bersyukur apabila pengalaman yang dikongsikan dapat memanfaat orang lain. Mudahan semua itu mendapat kebaikan dan diganjari buat mengisi bekal ke akhirat kelak. Aamiin.

      Terima kasih mas Indra atas kunjungan dan salam hormat. 🙂

  7. Assalamu’alaikum wr.wb. Mbak Fatimah…

    Rasanya bahagia sekali bila apa yang kita tulis di blog memberikan manfaat buat pembacanya. Apalagi ada pembaca yang benar-benar suka dengan tulisan kita. Mbak Fatimah sudah mengalami hal ini. Betapa bahagianya ya Mbak?

    Salam,,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, memang rasa bahagia itu amat dirasai kerana tidak menyangka karya tulisan yang diniatkan untuk manfaat bersama mendapat perhatian dan dihayati. Dan ini tentunya menyemangati diri untuk terus berbakti dalam penulisan. Aamiin.

      Terima kasih mas Titik, atas kunjungan.
      Salam takzim. 🙂

  8. Alhamdulillah..dalam kesibukan masa fatihah mencuri sedikit masa untuk melihat blog akak.jutaan terima kasih untuk akak.memori yang terindah dalam hidu saya

    • Alhamdulillah, mudahan masa yang sedikit untuk membaca kongsian cerita dari akak akan memberi manfaat dan diganjari Allah SWT dengan rahmat.

      Terima kasih kembali Fatihah sebab mengunjungi akan di sini, malah terkejuuuut membaca komentar yan akhirnya muncul dari Fatihah,

      ** tengah senyum memanjang nih sambil membalas komentar Fatihah. 🙂

      Salam sayang dan rindu dari akak buat Fatihah. 🙂

  9. Tahniah akak…fatihah sangat menghargainya..minta maaf kian masa nan lalu kesibukan yang kunjung tidak serik memaksa..

    • Terima kasih dik. Mudahan ada waktu, hadirlah lagi untuk berkomentar dan membaca di sini. Kenangan bersama terutama sesat destinasi dalam Monorel itu, selalu akan ingat dan sentiasa indah di hati. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.