CT137. ZIARAH MADINAH (5): MENUJU MASJID QUBA

25 Nov

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Di hadapan Hotel Moltaqa al-Alam, bas nombor 2 yang bakal membawa rombongan kami sepanjang hampir 3 jam untuk Ziarah Luar menunggu dengan setia sehingga tempat duduk dipenuhi oleh 40 jemaah haji KT 33, Sarawak. Jam tangan menunjukkan pukul 7.15 pagi, ketika saya dan SPH mengambil tempat di baris ketiga akhir dalam bas. Bersama kami adalah pasangan Tuan Haji Sharkawi dan Kak Bedah serta Pak Bakar dan Kak Senah.

Manakala, Kak Kasma dan Pak Den berada dalam bas lain sedangkan saya, Kak Senah dan Kak Kasma sudah sepakat menaiki bas yang sama. Mungkin sifat kekalutan Pak Den yang tidak sabar-sabar menaiki bas menyebabkan rencana kami bertiga menjadi gagal. Saya hanya bertemu dengan Kak Kasma dan Pak Den ketika sedang membeli buah kurma di Ladang Kurma.

Pemandangan di hadapan Hotel Moltaqa al-‘Alam, Madinah

*

Aturcara Ziarah Luar diawali dengan melawat Masjid Quba, Ladang Kurma, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain. Walau bagaimanapun, lawatan ke Masjid Qiblatain dibatalkan pada saat-saat akhir kerana bimbang tidak sempat untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi.

Saya akui, terselit rasa kesal di hati namun redha dengan ketentuan Allah kerana tidak berpeluang melihat lokasi Masjid Qiblatain yang terletak di tengah-tengah Perkampungan Bani Salamah iaitu di bahagian Barat Daya Madinah. Mudahan di kemudian hari, kesempatan itu akan tiba juga. Aamiin.

Masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain apabila Rasulullah SAW menerima perintah daripada Allah SWT agar menukar kiblat solat daripada Baitul Maqdis di Palestin ke arah Kaabah, Baitullah di dalam Masjidil Haram di Makkah. Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 144  yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami melihat muka kamu sering mendongak ke langit.  Maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya (Masjidil Haram). Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” 

****************

JANGAN LUPA BERWUDUK

Beberapa minit setelah saya dan SPH menaiki bas, kami disapa oleh Pak Bakar yang duduk di kerusi sebelah. “Kamu berdua sudah ambil wuduk di hotel kah?” “Sudah”, balas SPH. “Belum” kata saya pula. “Elok ambil wuduk di tempat  tinggal kita sebelum sampai ke Masjid Quba.” saran Pak Bakar seperti tertuju kepada saya.

“Kenapa Pak Bakar” tanya saya semula. “Begini, saya ada membaca sebuah hadis berkenaan orang yang berwuduk di rumah kemudian dia solat di masjid Quba, pahalanya sama dengan orang yang pergi Umrah.” jelas Pak Bakar. “Oh begitu, terima kasih Pak Bakar.” ucap saya kembali.

“Bang, mah tidak ada wuduk ni, nak ambil di mana ? Takkan nak balik hotel semula.” tanya saya kepada SPH dalam kebingungan. “Allah, bukannya susah nak ambil wuduk. Dalam bas ni pun boleh.” Penjelasan SPH semakin memeningkan kepala saya. “Bagaimana ? tanya saya lagi. “Bukankah mah ada bawa “spray air” TH tu. Ambillah wuduk guna “spray” tersebut.” jelas SPH sambil menunjukkan botol “spray” di tepi poket beg sandang saya.

Botol “spray” itu mengandungi air zam-zam dan dibawa ke mana-mana sahaja saya pergi sebagai air minuman. Botol itu baharu sahaja saya isi sebaik pulang dari Masjid Nabawi selepas Subuh tadi. “Boleh ke guna air dalam botol “spray” ini untuk berwuduk, bang ?” soal saya memohon kepastian.

“Boleh, hal ini sudah dijelaskan semasa ceramah kursus haji dahulu. Jika betul cara penggunaannya, maka sahlah wuduk menggunakan “spray” air. ” jelas SPH. Saya menggangguk dan meminta SPH memantau cara berwuduk saya dengan “spray” air tersebut di samping berhati-hati untuk menjaga aurat dari penglihatan ajnabi.

Subhanallah, saya dapati ada cabaran besar ketika mengambil wuduk dengan “spray” ini. Jika tidak bersabar, saya yakin pengambilan wuduk dengan “spray” air , tidak sah di sisi syariat. Insya Allah, CABARAN HAJI : WUDUK akan saya tulis dalam posting tersendiri di kemudian hari.

Setelah selesai berwuduk, saya merasa lega dan senang hati melalui perjalanan menuju ke Masjid Quba. Pemandangan hutan batu kelihatan di sana sini saat menyelusuri kesibukan Kota Madinah yang semakin membangun dengan hotel-hotel di kiri kanan persekitaran Masjid Nabawi.

Papan kenyataan informasi tentang Masjid Quba

*

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berwuduk di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah.” – Ibn Majah dan At-Tirmizi

PERSOALAN: 

Kenapa disyaratkan berwuduk di rumah sebelum datang bersolat di Masjid Quba ?

Sheikh ‘Atiyyah menjelaskan bahawa disyaratkan mengambil wuduk di rumah kerana:
(1) menunjukkan ketinggian kedudukan Masjid Quba.
(2) bertujuan semata-mata untuk ke Masjid Quba
(3) seolah-olah melakukan niat ihram umrah di Tanah Halal kemudian masuk ke Tanah Haram untuk tawaf dan sa’i
Wallahu’alaam. (lihat Tatimmah Adwa’ al Bayan 8, hal. 556-557)
 

****************

PERJALANAN MENUJU MASJID QUBA

Apabila mutawif @ pembimbing ziarah sudah memastikan penghuni bas memenuhi perut bas, bas bertag no.2 pun mulai bergerak perlahan menyusuri jalan Kota Madinah yang bertata rapi bangunan dan jalanrayanya. Terlihat jelas bahawa pembangunan Kota Madinah di struktur dengan begitu sistematik berbanding Kota Makkah yang masih “bercelaru” kedudukan geografi dan penempatan penduduknya.

Hati saya merasa hiba dan genangan air mata tidak dapat ditahan di tubir mata apabila melihat Kota Madinah di siang hari setelah tiga hari hanya berada di kawasan Masjid Nabawi sahaja. Rasa bersyukur yang amat tinggi kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati keindahan sebahagian dari bumi  Madinah dan mengharap dipanjangkan umur untuk berjalan lebih jauh di muka bumi ini untuk menyaksikan kebesaran-NYA.

Bangunan-bangunan hotel dan tempat membeli belah di Bandar Madinah, sebaik keluar dari kawasan hotel sekitar Masjid Nabawi

Salah satu bangunan hotel dan restoran di Bandar Madinah, perjalanan menuju arah Masjid Quba

Jarak Masjid Quba  kira-kira 3 km dari Masjid Nabawi. Lokasinya terletak di Perkampungan Quba dari arah selatan Bandar Madinah. Nama Quba diambil dari nama sebuah telaga yang berada di tempat tersebut. Perjalanan yang hanya mengambil masa tidak sampai 7 minit itu benar-benar menginsafkan saya kerana jarak yang terlalu dekat berbanding perjalanan Rasulullah SAW menaiki unta atau berjalan kaki.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.hm bahawa Rasulullah SAW selalu ke Masjid Quba pada SETIAP HARI SABTU sama ada dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Adakalanya Rasulullah SAW pergi pada hari ISNIN dan KHAMIS.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba dan bersolat di sana. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Salim, hamba kepada Abu Huzaifah r.hm pernah menjadi imam bagi golongan awal Muhajirin sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Beliau adalah salah seorang yang banyak menghafaz al-Quran.

Zaid bin Aslam r.hm berkata:”Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba. Sekiranya ia (Masjid Quba) berada di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya.”

 

Sangat berbeza sekali binaan bangunan hotel yang berada di luar kawasan persekitaran Masjid Nabawi. Jarak yang tidak sampai 2 km memperlihatkan perubahan yang nyata bagi bangunan-bangunan hotel lama tetapi masih bertahan untuk didiami oleh jemaah haji pada musim haji atau umrah.

Foto SPH. Bentuk sebahagian dari kediaman perkampungan penduduk Madinah, masih di dalam Bandar Madinah. Terdapat jurang pendapatan yang ketara antara penduduk berpendapatan tinggi dan berpendapatan sederhana atau rendah.

Foto SPH. Beginilah kebanyakan pemadangan lanskap yang ada di sepanjang Kota Madinah dan luar kawasannya sehingga ke Makkah. Jarang kita dapat melihat tumbuhan berbunga redang seperti di negara Malaysia yang mekar dengan pokok-pokok bunga pelbagai warna. Tanaman lanskap di sini biasanya adalah pokok kurma yang kurang sihat dan pelbagai pokok berdaun hijau yang lebat.

****************

MUTAWIF ZIARAH

Menurut mutawif ziarah kami, untuk mudah ke Masjid Quba dari Bandar Madinah cukuplah menaiki teksi dengan hanya membayar RS 15 untuk sehala. Beliau menjamin bahawa pemandu teksi di Kota Madinah sangat berhemah dan baik jika dibandingkan dengan pemandu teksi di Kota Makkah.Wallahu’alaam.

Rombongan kami diamanahkan kepada mutawif atau pembimbing bernama Abdul Salam Embong dari Terengganu. Beliau adalah pelajar kuliah Syariah tahun 3 yang sedang belajar di Universiti Islam Madinah. Mutawif  Ziarah Luar adalah individu yang ditanggungjawabkan memegang kepercayaan jemaah untuk kelancaran setiap tempat ziarah.

Setelah berhadapan dengan tiga mutawif dalam Ziarah Madinah, Ziarah Makkah dan Ziarah Jeddah, saya berpendapat tugas mutawif ziarah ini tidak semudah yang disangka. Mereka seharusnya mempunyai kemahiran dalam komunikasi, kefasihan dalam berbicara dan menyampaikan informasi. Selain itu mesti menguasai ilmu sirah dan tempat sejarah yang bakal dilawati. Tanpa pengetahuan dan kemahiran tersebut mutawif tidak dianggap dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Hasil pemerhatian dan penilaian saya, ketiga-tiga pelajar Malaysia yang masih muda dalam lingkungan usia 19 hingga 25 tahun itu harus belajar dari pengalaman yang dilalui dan menguasai sejarah supaya tidaklah suasana dalam bas menjadi sepi dan sunyi tanpa pembimbing yang petah berbicara dengan ilmu dan pengalaman selama belajar di bumi Haramain ini.

Foto SPH. Mutawif, Abdul Salam sedang menyampaikan informasi tentang Madinah dan tempat ziarah yang bakal dilawati. Bas yang dinaiki sangat selesa. Semua jemaah berpuas hati. Kami membayar RS 1 setiap seorang sebagai “upah” kepada pemandu bas. Pembayaran ini tidak digalakkan tetapi dipaksa melakukannya jika tidak pemandu bas akan “mogok” atau marah.

***************

MASJID QUBA DARI KEJAUHAN

Setelah hampir 7 minit perjalanan bas, saya jadi teruja apabila dapat melihat sayup-sayup kejauhan bangunan Masjid Quba melalui penjelasan mutawif, Abdul Salam. Berbekalkan kamera kompak, Olympus FE-280, saya mula mencari sudut terbaik mengikut pergerakan bas yang masih laju ketika menghampiri kawasan belakang Masjid Quba. Saya berusaha menghadkan jumlah ketikan sebagai langkah berjimat untuk sesi foto yang seterusnya.

Foto SPH.  Pemandangan jauh saat bas melintasi bahagian belakang Masjid Nabawi

Masjid Quba dari arah belakang

Bas mula memasuki arah belakang Masjid Quba untuk mencari tempat parkir

Masjid bercat separuh putih dan separuh kelabu ini, benar-benar mempunyai aura tersendiri atas kemuliaan yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya apabila melihat banyaknya bas jemaah-jemaah haji dari negara lain sudah memenuhi ruang parkir.

Akhirnya saya dan SPH diizinkan Allah untuk melaksanakan solat sunat di Masjid Quba. Hati saya benar-benar tersentuh dapat melihat Masjid pertama dalam Islam yang diasaskan atas dasar takwa dan iman yang padu.

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH

****************

25 November 2012 (Ahad)/ 11 Muharram 1433H/ 3.10 petang – Sarikei,  Sarawak

AKU….. melihat dari percikan rindu yang menerpa, ada hati yang tertinggal suaranya. Inginku luah segala resah yang melara tapi gunung manakah yang sudi membuka kancah kawahnya ? Aku…. melihat dari semburan kasih yang menyirami, ada hati yang ingin digenangi sayang. Mahu ku wangikan seluruh alam dengan bunga cinta yang semerbak baunya. Apakah masih ada rindu yang tertinggal untukku simpan buat bekal perjalanan yang hanya berbaki senafas cuma ?

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

NAMAMU…. KU KARANG DENGAN LIRIK TAK BERAKHIR

32 Responses to “CT137. ZIARAH MADINAH (5): MENUJU MASJID QUBA”

  1. SITI FATIMAH AHMAD November 25, 2012 at 4:16 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Semoga kita selalu bersyukur atas segala kurnia yang dihadirkan Allah dalam hidup kita. Bertakwalah kepada-NYA selagi kesempatan itu masih dibuka buat kita. Aamiin.

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. Inginku bicarakan tentang sesuatu yang tidak pernah kita hargai sebelum ini. kadang-kadang Allah hilangkan matahari dengan mendatangkan kilat dan petir. Puas kita menangis, kemanakah hilangnya matahari ? Rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan kita sebuah pelangi yang indah berseri. Lalu kitapun tersenyum memandangnya bersama. Mengenalimu adalah anugerah terindah dari Tuhanku.

    Wassalaam.😀

  2. Aziz Purwanto November 25, 2012 at 9:05 pm #

    Assalamu alaikum Warohmatullohi Wabarokatuh.

    Alhamdulillah atas izin Alloh SWT, bunda dan SPH bisa menginjakkan kaki di Masjid yang pertama dalam Agama yang haq yaitu Islam, semoga perjalanan bunda bisa membuat inspirasi kami untuk segera punya azam, diberi kemudahan dan kesehatan pergi ke tanah Islam mulai didirikan. Oh ya betul Bunda saat kami melakukan ibadah Umrah kemarin juga diingatkan oleh Ustadz Amir Faisol Al Fath, sebelum kita berangkat ke ziarah ke Masjid Quba kita di usahakan niat dengan mandi Wajib dan berwudlu semasa masih di daerah Madinah, Alhamdulillah Bunda telah mengingatkan kembali sehingga kelak kami jadi teringat kembali, jika hendak berziarah di Masjid Quba.

    Wassalamu alaikum Warohmatullohi Wabarokatuh.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 27, 2012 at 8:26 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb. wa ridhwaanuh, mas Aziz…

      Alhamdulillah, memang setiap penulisan yang telah dan bakal ditulis di blog ini berhubung travelog hajjah 1 dan 2 bertujuan untuk memberi informasi dan mengambil pengajaran yang dilalui sepanjang perjalanan suci yang lalu.

      Mudahan mas Aziz dan isteri mendapat manfaat untuk penambahan ilmu bagi bekalan menunaikan haji tahun 2013 nanti. Diharap semuanya akan berjalan lancar dan diredhai Allah SWT.

      Oh ya, saya ingin membuat pembetulan bahawa mandi sunat itu tidak diperlukan untuk ke Masjid Quba, cukuplah sekedar berwuduk sahaja sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun, jika mahu mandi sunat juga, tidak apa-apa. Setiap perbuatan yang baik, pasti mendapat ganjaran dari Allah swt.

      Terima kasih mas Aziz kerana sudi berkunjung dan berkongsi informasi di blog sederrhana ini. Semoga Allah swt memberi berkah kepada mas Aziz dan isteri untuk dimudahakan dalam urusan ibadah haji kelak. Aamiin.

      Salam sejahtera.😀

  3. MUXLIMO November 26, 2012 at 11:50 am #

    Salam alaikum, Mbak Fatimah yang menjadi suluh bagi kami menerawangi tanah suci,
    Entah mengapa, saya selalu senang bila ada topik berkenaan dengan kota Madinah. Mungkin karena di sanalah dahulu pernah berdiri masyarakat Madani (barat: civil society) yang sekarang diutopiakan setiap negeri di seluruh permukaan Bumi.

    Atau mungkin karena di kota itulah puncak Islam sempurna sebagai diin umat manusia sehingga ada kalangan arif billah mengibaratkan ibadah salat dengan mengatakan,”Mekah adalah tempat berdiri, sedangkan Madinah itulah tempat jatuhnya sujud kita.”

    Salam takzim selalu dari penghuni blog sarang🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD November 27, 2012 at 8:42 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Muxlimo yang dihormati…

      Alhamdulillah. Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan kebaikan selalu bersama kita semua untuk mencapai kebaikan dalam hidup dan meningkatkan iman kita untuk menjadi muslim sejati. Aamiin.

      Jika Allah menghendaki kesenangan kepada sesuatu yang disukai-NYA, maka beruntunglah hati yang disirami cahaya rahmat-NYA.

      Mudahan kesenangan hati mas Muxlimo terhadap Kota Madinah yang dicintai Rasulullah SAW akan menambahkan iman dan takwa kepada Allah yang memilih Madinah sebagai kota hijrah Rasulullah SAW yang kemudiannya dijadikan Tanah Haram yang suci.

      Saya yakin, keinginan dan kerinduan mas Muxlimo dan sesiapa sahaja yang belum pernah ke sana atau sudah ke sana kepada Kota Madinah adalah berkat doa Rasulullah SAW agar Kota Madinah dicintai oleh orang mukmin sebagaimana doa Nabi Ibrahim agar Kota Makkah dicintai oleh orang mukmin.

      Rasulullah saw bersabda: “Wahai Allah, cintakanlah kami kepada Madinah sebagaimana kecintaan kami kepada Makkah atau lebih dari itu dan berilah kesihatan kepada kami dan berkatilah cupak dan mud kami dan pindahkanlah penyakitnya ke Juhpah.”
      – Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

      Insya Allah, mas Muxlimo akan menyusul sama perjalanan suci ini di kemudian hari. Sementara menunggu hari yang ditetapkan Allah, eloklah bermula dari sekarang mencari bekal ilmu dan kefahaman tentang manasik haji melalui informasi yang sedia ada.

      Terima kasih dan senang menerima kunjungan akhi Muxlimo berserta pencerahan ilmu yang dikongsikan. Mudahan dirahmati Allah swt dalam setiap urusan bagi membina jiwa dan iman melalui ilmu yang dikongsikan. Aamiin.

      Salam mesra dan takzim dari saya.😀

  4. ahmad fauzi November 26, 2012 at 7:49 pm #

    ngiri sama bunda….

    hiks…hiks..

    kapan ya bisa ke sana

    • SITI FATIMAH AHMAD November 27, 2012 at 8:44 am #

      Mudahan iri Ahmad itu diganjari Allah. Iri kepada perkara yang baik adalah dituntut dalam Islam.

      Oleh itu, jangan lupa simpan wang dan mendaftar haji agar tercapai niat untuk ke Tanah Suci.😀

      Salam ceria.😀

      • ahmad fauzi November 27, 2012 at 11:56 pm #

        amin……
        insya Alloh bunda..
        mengumpukan dulu untuk ibu mertua..

        • SITI FATIMAH AHMAD November 28, 2012 at 4:14 pm #

          Alhamdulillah, pasti ibu mertuanya merasa bahagia kerana anak dan menantu berusaha untuk menyampaikan hajatnya ke Makkah.

          Semoga Ahmad dan isteri dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Aamiin.

          Salam sejahtera.😀

  5. mawarkuningku November 28, 2012 at 5:59 pm #

    Assalamu’alaikum Wr. Wb.
    Subhanalloh..
    Kapan ya Bunda saya bisa kesana menyusul bunda kesana, ketempat yang begitu mulia. Cita-cita besar saya adalah mewujudkan impian terindah ibu saya, ke Mekah dan Madinah untuk melaksanakan Haji. Terimakasih Bunda, telah membangkitkan semangat saya untuk terus berusaha mewujudkan impian itu.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 28, 2012 at 9:10 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Amanah…

      Insya Allah, Amanah akan ke sana juga suatu hari nanti. Mudahan Amanah dapat menemani ibu yang tercinta.

      Setiap yang baik dan diniatkan kerana Allah taala, pasti akan mendapat perhatian Allah. Yang pentingnya, Amanah harus berusaha mengumpul uang dan mendaftar juga.😀

      Salam manis selalu.😀

  6. awan putih November 29, 2012 at 7:45 am #

    Assalamu alaikum wr. wb.. umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    aku datang, aku rindu, aku kangen, ma’af ananda telat hadir dilaman umi, berapa hari sok sibuk jadi ngak konsen baca laman umi.😉

    pasti umi dah menanti kehadiran ananda, ma’af yach umi, ma’afkan anakmu yang cantik, imut dan manis ini, semakin gula yang manis😉

    neni goreskan ini dulu,biar hati umi senang menanti kehadiran neni,
    neni baca tulisan ummi dulu yach…..🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2012 at 8:45 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang disayangi…

      Alhamdulillah, Umi senang menerima kunjungan Neni. Tidak apa-apa. Mudahan di lain masa bisa hadir jadi yang pertama. Tidak akan lari gunung dikejar kecuali kalau dikejar motosikal Neni aja.😉

      iya, Umi selalu menunggu kehadiran Neni untuk menyapa Umi. Umi rindu dengan bicara Neni yang santai dan lucu. Hmmm… Umi lagi cantik lho dari anaknya. Masak anak lebih cantik dari ibunya.😀

      Terima kasih sudah menghiburkan Umi dengan coretan Neni. Belajar rajin-rajin agar kejayaan yang diimpikan akan berhasil diraih. Jangan memudahkan sesuatu perkara kerana akan melalaikan kita.

      Salam manis dan rindu dari Umi selalu buat Neni.😀

  7. HALAMAN PUTIH November 29, 2012 at 9:42 pm #

    Di sepanjang jalan itu memang ada pohon kurma ya, terlihat hijau dan sejuk.
    Pasti senang dan bahagia sekali rasanya bisa menginjakkan kaki di Masjid Quba, masjid pertama yang dibangun Rasulullah.

    Salam,
    HALAMAN PUTIH

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2012 at 8:53 am #

      Iya mas Muhammad, pohon kurmanya sangat banyak tetapi kurang sihat. Ia menjadi salah satu dari pohon lanskap yang menghiasi bandar Madinah dan Makkah. Malah ada yang berbuah. Keadaan ini, mungkin disebabkan musim panas melanda. Cuacanya panas sehingga 42 darjah celsius.

      Selain itu terdapat juga pokok renek yang lain, menghijau dan lebat daunnya. Pokok di sana memerlukan siraman air yang banyak untuk hidup di bumi yang tandus dan berpasir itu.

      Alhamdulillah, tidak terkata bahagianya, apabila melihat Masjid Quba dari jauh dan lebih bahagia saat kaki melangkah masuk ke Masjid Quba dan bersolat sunat di sana.

      Terima kasih mas Muhammad atas kunjungan ini. Didoakan sihat dan sejahtera selalu.

      Salam hormat.😀

  8. kakaakin November 30, 2012 at 3:41 am #

    Subhanallah…
    Yang saya tahu hanya bahwa tujuan jamaah haji ke Madinah adalah untuk berziarah. Tentu sangat menggembirakan bila bisa mengunjungi tempat-tempat yang dulunya digunakan Rasulullah SAW untuk sholat.🙂
    Oh? ternyata bisa berwudhu dengan menggunakan spray ya… saya menantikan ulasan Bunda tentang wudhu…🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2012 at 9:03 am #

      Hai mbak Akin…

      Ziarah Madinah adalah sunat dan digalakkan kepada semua jemaah haji dan umrah untuk mengunjunginya terutama Masjid Nabawi.

      Aktiviti ziarah luar juga menjadi satu dari aktiviti semua jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia untuk melawati tempat-tempat bersejarah di Madinah. Lawatan ini di bawah kelolaan pihak muassasah negara masing-masing.

      Cuma masa sahaja terbatas bagi mengunjungi banyak tempat yang lain. Jika rajin bisa membuat aturcara sendiri dengan menaiki teksi.

      Insya Allah, tentang cabaran wuduk akan saya nukilkan kerana banyak perkara yang menyebabkan batal wuduk berlaku akibat kurang ilmu atau sambil lewa sahaja. Selain rugi malahan berdosa apabila solat tanpa wuduk.

      Terima kasih mbak Akin. Selamat berlibur di penghujung pekan.
      Salam ceria selalu.😀

  9. @macil_lfc (@macil_lfc) November 30, 2012 at 10:43 am #

    Assalamu’alaikum wr. wb.

    Subhanalloh, aalangkah senangnya mengunjungi tempat yang penuh berkah. Selain tempat untuk beribadah kita bisa berziarah dan rekreasi.🙂
    Madinah juga tempat yang di agungkan oleh Allah. Pasti siapa saja ingin mrngunjunginya.

    Sebelumnya ini pertama saya mengunjungi blog ini, dan ternyata banyak bacaan yang dapat menambah ilmu untuk saya. Terima kasih untuk umu. Semoga dengan membagi ilmu ini Allah membalasnya dengan pahala berlipat ganda.

    Salam
    M. MAHFUZD

    wassalamu’alaikum wr. wb.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2012 at 9:10 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb wrdh, M. Mahfuzd…

      Subhanallah walhamdulillah. Mudahan banyak manfaat yang dapat diambil dari kongsian ilmu di blog ini. Aamiin.

      Madinah adalah Kota yang dincintai Rasulullah SAW dan telah didoakannya sehingga hati umat Islam juga terkumpul di dalamnya untuk merindui negara Islam pertama di dunia ini.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam kenal.😀

  10. galerisiswa November 30, 2012 at 12:49 pm #

    Assalamu’alaikum Wr. Wb, Bunda…

    Mohon maaf nih, lama tidak berkunjung. Meski begitu, kami tetap menyimak hasilan karya Bunda yang selalu penuh makna. Terima kasih ya Bunda, telah berbagi ilmu dan manfaat bagi kami yang masih terus belajar.

    Oh ya Bunda, sudah ada penulis Galeri Siswa (Teguh Amanah : mawarkuningku) yang ikut bersilaturahmi di LMGS G2. Hal ini membahagiakan kami karena dapat memanjangkan tali silaturahmi, meski hanya di dunia maya. Mudah-mudahan silaturahmi tersebut mampu menorehkan kesan mendalam di hati Bunda.

    Kesan mendalam terasa pula di hati kami, setiap menyimak karya-karya di LMGS G2 ini. Melihat foto-foto suasana di Madinah, kesan sejuk begitu terasa. Jauh dari kesan panas menyengat yang selama ini melekat pada kota-kota di Arab Saudi. Mudah-mudahan kesan sejuk itu karena perasaan kami yang senantiasa bergetar setiap teringat akan kota-kota mulia umat Muslim.

    Salam hormat selalu dari kami, anak-anak Galeri Siswa…

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2012 at 9:17 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, anak-anak Galeri Siswa…

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan dari anda untuk ke sekian kalinya. Rasa gembira jika blog bunda bisa dimanfaatkan untuk mengembang ilmu dan meluaskan pengetahuan dari pengalaman yang bunda lalui. Mudahan semua ini menjadi kebaikan untuk menambah iman dan takwa di sisi Allah SWT.

      Insya Allah, pasti suatu hari nanti, anak-anak Galeri Siswa akan menuruti jejak yang sama untuk melabuh diri di bumi suci Madinah dan Makkah ini. Berdoa dan berusaha adalah jalan untuk sampai ke sana walaupun tidak diketahui tarikh dan tahunnya.

      Terima kasih untuk kunjungan yang selalu ditunggu untuk berkongsi hikmah yang mencemerlangkan kita semua di dunia dan di akhirat agar menjadi hamba Allah SWT yang tahu memanfaatkan ilmu yang diperolehi.

      Salam sukses dan semoga dirahmati Allah semuanya.😀

  11. uni November 30, 2012 at 1:11 pm #

    assalamu’alaikum bunda siti, maaaf lama tak berkunjung uni, wah kapan ya uni bisa pergi ke madinah?🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2012 at 9:24 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Uni yang baik…

      Terima kasih atas kunjungan dari Uni. Mudahan akan betah kemari lagi di mas depan.😀

      Umi doakan Uni juga akan ke sana suatu hari nanti. Jika belum dapat kumpul wang untuk berhaji, maka berumrahlah dahulu. Nanti kerjaan hajinya akan mudah dilaksanakan setelah ada pengalaman berumrah walaupun situasinyan tidak sama dan sehebat mengerjakan haji.

      Salam mesra dan semoga sukses selalu.😀

  12. Legy Masyhury December 1, 2012 at 3:07 pm #

    Assalamu’alaikum bunda..

    Kalau ditelusuri di arisp, sepertinya bunda sudah sangat banyak sekali menulis artikel suasana di Makkah, Madinah dan sekitarnya. Tak lupa selalu ada banyak pelajaran didalamnya. wah… Jadi sangat ingin bisa melihat dan merasakannya langsung ke kota suci itu…

    Kalau dilihat dari foto-fotonya, suasana disana sepertinya jauh berbeda dengan dinegara kita yang masih tropis dan banyak ditumbuhi pepohonan. Disana gimana rasanya ya? Panas sekali sepertinya…🙂

    Ohya, kemarin bunda salah mengunjungi blog saya. Padahal blog baru yang saya maksud yang ada di link ini, bukan blog catatan masyhury. Terima kasih sekali kalau nanti mau singgah…🙂

    Salam hangat bunda… ^__^

    • SITI FATIMAH AHMAD December 4, 2012 at 9:57 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Legianto Masyhury…

      Alhamdulillah, pengalaman yang dilalui dan membawa kebaikan kepada
      orang lain adalah elok dikongsikan sebagai motivasi. Selain itu, dapat juga diambil pengajaran darinya.😀 Semoga Masyhury memperolehi manfaat dari apa yang saya nukilkan sepanjang perjalanan rohani ini.

      Memang jauh bezanya geografi di sana dengan negara kita sebelah Asia yang rimbun dengan pokok menghijau. Di sana, tanahnya tandus dan panas. Tetapi di sanan mempunyai musim tersendiri yang mencapai suhu melampau kalau panas atau sejuk.

      Pokok-pokoknya jarang-jarang yang tumbuh lebat kecuali pohon kurma yang banyak dilihat di sana sini. Kadang kala sahaja saya dapat melihat pohon-pohon bunga tetapi amat sedikit.

      Oh begitu ya, nanti akan akan ke blog baru Masyhury. BW dulu kerana Masyhury memberi link ke sana. Terima kasih kerana makluman dan senang menerima kunjungan kembali dari Legi.

      Salam sukses dan ceria selalu.😀

  13. hipnoterapi surabaya June 5, 2013 at 11:09 am #

    salah satu impian nomer satu ku untuk bisa pergi kesana juga :”)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 5, 2013 at 3:42 pm #

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Didoakan untuk niat yang baik.

      Terima kasih.😀

  14. Jual sepatu online July 16, 2013 at 10:55 am #

    masjid qubah madinanya sangat terlihat cantik @_@

    • SITI FATIMAH AHMAD July 16, 2013 at 1:37 pm #

      Iya, memang sangat cantik di luar dan di dalamnya.
      Apa sudah ke sana ?

      Terima kasih.😀

  15. nasir September 18, 2013 at 12:49 pm #

    Assalaamu’alaikum, terimakasih kerana infomasi dari saudari.saya abg nasir dari kuala terengganu bakal haji 2013. pada 25.9 ni yang akan melawati tempat ziarah dimadinah telah mendapat sedikit ilmu dari pengalaman saudari t.kasih semuga allah memberkati usaha saudari selamanya.slm sejahtera.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 18, 2013 at 3:31 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Abang Nasir….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Senang menerima doa dari bakal tetamu Allah SWT. Saya doakan Abang Nasir sekeluarga sihat dan banyakkan bersabar dalam menjalani ibadah selama di sana. kehidupannya mencabar tetapi mempunyai barakah yang hebat di sisi Allah SWT.

      Terima kasih Abang Nasit kerana telah berkunjung dan memanfaatkan sedikit pengalaman saya selama di bumi barakah tersebut. Memang tujuan saya menulis pengalaman rohani ini untuk membantu memahamkan kepada bakal hujjaj yang belum mengalami suasana ini. Insya Allah, berdoalah dari sekarang agar semua urusan hajj dimudahkan Allah SWT.

      Alhamdulillah, selamat berangkat ke Tanah Suci dan semoga pulang dengan haji mabrur.

      Salam hormat takzim.😀

  16. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 12:11 pm #

    Full Pic Artikelnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: