CT179. MENYAMBUT HARI LAHIR DI BULAN RAMADHAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

IntanFatima1HariLahir15tahun

Tarikh 18 Julai 2013 (Khamis) kelmarin, mengisi keindahan Ramadhan kami sekeluarga dengan menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua ku, Izzah @Intan yang ke 15 tahun. Tarikh lahirΒ  dalam kalendar Islamnya adalah pada 23 Rabiul Awwal 1419H.

Suasana berbuka terasa amat meriah dengan sambutan yang sederhana. Sedihnya, anak sulungku tidak bersama kerana melanjut persekolahannya di Kuching. Majlis hari jadi ini sengaja aku buat untuk Izzah tanpa pengetahuannya. πŸ˜€

Aku mengajak SPH ke pasar untuk membeli beberapa keperluan dapur dan oleh-oleh buat anak-anak di rumah. Setelah itu, aku mengajak SPH ke Sugar Bun (sebuah restoran makanan segera yang popular di bandar Sarikei). Aku ingin membeli sesuatu buat Intan. Sebaik sahaja SPH mendengar nama Sugar Bun disebut olehku, SPH pun mulai memperdengarkan “kata-kata nasihat” yang sangat aku fahami…hehehe.

IntanFatima5KekBlackForest

“Hendak beli apa di sana ?’ tanya SPH. “Adalah bang. Boleh beli sedikit kuih untuk berbuka nanti”, jawabku ringkas sambil tersenyum tanpa mahu memberitahu apa yang ingin aku beli.

“Jangan beli banyak sangat, nanti membazir. Membazir itu saudara syaitan.” ujar SPH sambil mengingatkan aku yang tersengih-sengih mendengar nasihatnya.

“Oklah.” sambut saya dengan ketawa sebelum turun dari kereta menuju ke Honey Bakery yang beroperasi di dalam Restoran Sugar Bun itu. Dalam kepalaku sudah nampak sesuatu yang sangat istimewa untukku beli. πŸ˜€

“Wangnya cukupkah ?” tanya SPH sebelum kakiku sempat menapak keluar kereta. “Cukup”, balasku pendek. “Kalau tidak cukup, abang tambah.” jelas SPH. “Tidak apa sayang, insya Allah cukup.” jawabku sambil tersenyum manis dan keluar dari perut kereta dengan segera.

IntanFatima4KariPapIntan

Sebenarnya, apapun yang SPH ingatkan, aku tidak ambil hati sangat. Yang penting aku mesti membeli apa yang aku rancang untuk mengejutkan Intan. Aku tahu, SPH tidak akan berkata apa-apa kalau melihat apa yang bakal aku beli.

Aku pasti SPH tahu apa yang aku hendak beli. Cuma SPH tidak mahu memanjangkannya. Setiap kali tarikh hari lahir datang, begitulah keadaanku. Membeli kek adalah satu kemestian.

Setelah hampir 15 minit, aku keluar membawa sekotak kek Black Forest, sebungkus karipap ayam dan sebungkus kuih Japanese Moshi-Moshi kesukaan anak-anakku. Dengan senyuman menawan dan hati yang berdebar-debar, aku masuk ke dalam kereta dan menunjukkan apa yang telah dibeli.

Tanpa memberi komen, SPH hanya menggangguk kepala dan mengajak pulang kerana waktu berbuka hanya tinggal 20 minit lagi. Alhamdulillah. πŸ˜€ Terima kasih sayang.

IntanFatima3JapaneseMoshiMoshiIntan

Kuih Japenese Moshi-Moshi diperbuat dari tepung pulut dan berintikan kacang merah. Kuih ini direbus dan disalut dengan serbuk gula. Ia seperti membuat kuih Melaka. Tetapi kuih Melaka berintikan parutan kelapa manis yang digoreng dan disalut dengan kelapa parut mentah setelah direbus. Harga Moshi-Moshi sangat mahal iaitu 6 biji adalah RM3.80 berbanding kuih Melaka, 3 biji untuk RM1.00.

*

Walaupun aku menyambut hari lahir setiap anak-anakku, sebenarnya aku juga menyambut hari yang istimewa bagiku di mana pada setiap tarikh kelahiran anakku, adalah hari aku melahirkan mereka. Hari di mana aku bertarung nyawa untuk memberi kebahagiaan buat suamiku atas kelahiran zuriatnya.

Kerana itulah, aku bersungguh-sungguh meraikan hari “MELAHIRKAN” dan hari “KELAHIRAN” untuk aku dan anak-anak. Maka para suami dan bapa hendaklah faham terhadap persiapan dan kesibukan sang ibu pada hari tersebut.

Raikan mereka bersama-sama dengan hati yang gembira dan bahagia. Kalau keraian itu dibuat secara mengejut. Lagilah mengujakan. Dan aku….. adalah orang yang paling suka membuat kejutan. πŸ˜€ Aku suka melihat senyuman dan kebahagiaan terpancar di wajah orang-orang yang aku sayang.IntanFatima2SelamatHariLahirIntan15

Intanku memotong kek, setelah selesai menjamu juadah berbuka puasa. Semoga menjadi anak solehah. Aamiin

*

IntanFatima615tahun

SELAMAT HARI LAHIR KE 15 TAHUN BUAT INTANKU, IZZAH

*

**************

20 Julai 2013 (Sabtu)/ 11 Ramadhan 1434H/10.37 pagi Sarikei, Sarawak

AKU…. dapat melihat betapa indahnya alam, jika hatiku bahagia dan gembira. Untuk memperolehi bahagia, aku mesti mendidik diri untuk senyum dan berhati mulia. Akan ku redah setiap badai hidup dengan hati yang lapang dan tenang kerana ku tahu, Tuhanku Yang Maha Ihsan, tidak pernah berpaling perhatian-NYA dariku – Hamba yang sangat mencintai-NYA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

CintaFatimaku2a

DEDIKASIKU UNTUKMU….. jangan lupa, kita harus persiapkan diri untuk akhirat yang tidak diketahui jauh dan dekatnya perjalanan selepas ini. Jadikan malam sebagai masa istirehat untuk berbicara dengan-NYA. Jangan jadikan dunia sebagai tempat melata yang merugikan usia. Senyumlah seindah suria. Pasti dunia akan tersenyum sama. Walau tidak terlihat wajah, namun di hati ternampak sudah.Β  Wassalaam. πŸ˜€

SELAMAT BERPUASA

*

25 thoughts on “CT179. MENYAMBUT HARI LAHIR DI BULAN RAMADHAN

  1. Assalamu alaikum wr. wb.

    semoga usia dede’ izzah semakin barokah,
    menjadi anak yang sholehah,
    sayang pada ummi,
    jadi anak yang trus patuh kepada keduaorangtua

    salam sayang dari akak di makassar

    salam ummi πŸ˜‰

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni yang baik…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa Neni buat adikmu.
      Mudahan apa yang didoakan menjadi perkenan Allah SWT.

      Maaf, Umi belum dapat menyapa Neni kerana masalah koneksi yang kurang bersahabat. Harap Neni sabar dan ceria di sana.

      Salam sayang dan rindu dari Umi dan Intan buat Neni. πŸ˜€

  2. waalaikumsalam,
    selamat hari lahir buat ananda Izzah @Intan, semoga sehat bahagia selalu, senantiasa dalam lindungan ALLAH SWT….Aamiin Ya Rabbal Alamiin,
    salam hangat selalu dari Makassar Indonesia

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih mas Hariyanto, atas lampiran doa yang disertakan buat Intan saya.Mudahan Allah SWT memberi limpah kurnia-NYA buat mas Hariyanto dan keluarga di sana.

      Selamat berbuka puasa dan salam hangat kembali. πŸ˜€

  3. Assalamualaikum wrm, ramadhan kareem buat umi
    Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 15 buat adik intan, mudah-mudahan menjadi anak yang solehah dan menggembirakan hati orang tua…

    Gembira membaca coretan ini, namun lebih berselera melihat menu yang telah disediakan…

    Salam persaudaraan daripada abuikhwan

    • Wa’alaikum wr.wb wa ridhwaanuh, AbuIkhwan…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah dan terima kasih atas ucap selamat buat Intan dan doa yang dilampirkan. Didoakan Abuikhwan juga dirahmati Allah SWT dan berjaya dalam setiap ujian yang melanda.

      Makanan yang enak, memang selalu menceriakan dan tidak sabar-sabar untuk menyambarnya. πŸ˜€

      Terima kasih lagi untuk kunjungan siaturahmi yang sudah mencoret kata di laman ini.

      Salam hormat dan salam ukhuwwah. πŸ˜€

  4. wa’alaikum salam warohmatullohi wa barokatuh
    Barokallohu fi umurik untuk nanda Izzah, semoga tumbuh dan berkembang menjadi generasi shaliha yang membagakan agama, keluarga dan negara serta memberikan kemanfaatan untuk orang-orang sekitarnya.
    Mohon maaf lama nggak mampir ke sini karena hampir seminggu lebih blog saya bermasalah.
    Salam silaturahim dari Blitar

    • Salamu’alaika wr.wb, Pakies…

      Aamiin Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Mudahan doa yang disertakan buat Intan menjadikan dia anak yang solehah dan berjasa di kemudian hari di dunia dan akhirat.

      Didoakan Pakies dan keluarga diberkahi Allah SWT dalam kehidupan yang dilalui. Aamiin.

      Alhamdulillah kerana Pakies sudah kembali BW setelah mengalami masalah di blog. Terima kasih atas makluman dan kunjungan di bulan yang mulia ini.

      Salam Ramadhan dan salam silaturahmi. πŸ˜€

  5. Assalamualaikum Wr Wb…..

    Happy milad Intan, semoga selalu diberikan kelancaran dan kebarokahan dalam hidup. Dan menjadi anak yang sholeh serta dapat berbakti kepada kedua orang tua, agama, dan masyarakat. Amiiin…….

    Salam wisata

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Aamiin Ya Rabbal’lamiin.
      Terima kasih atas doa yang dihulurkan buat Intan. Semoga Allah SWT memperkenankannya. Didoakan mas Indra dan keluarga mendapat kebaikan yang sama. Aamiin.

      Salam takzim dan salam Ramadhan yang mulia. πŸ˜€

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin
      Terima kasih mbak Monda menghadirkan doa yang baik buat Intanku yang solehah. Semoga anak mbak juga pintar dan budiman. Aamiin.

      Salam manis selalu buat Monda. πŸ˜€

  6. Assalamu ‘alaikum Wr. Wb.

    Happy milad buat putrinda Bunda Fatimah, semoga dengan bimbingan dan arahan bunda beserta SPH, putrinda bunda menjadi anak yang sholehah, berguna buat agama, bangsa dan keluarga. Amiin.

    Maaf bunda ternyata putrinda bunda hari lahirnya bertepatan dengan hari lahir istri saya bunda…

    Wassalamu ‘alaikum Wr. Wb.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Aziz Purwanto…

      Aamiin Ya zaljalaali wal ikraam.

      Alhamdulillah dan terima kasih atas doa yang dikirim buat Intan saya. Mudahan doa tersebut mendapat restu Ilahi dan tumbuhlah Intan menjadi apa yang didoakan kita semua.

      Didoakan mas Aziz dan keluarga dirahmati Allah SWT serta dimudahkan Allah dalam menjalani ibadah puasa yang barakah ini. Aamiin.

      Subhanallah, Selamat Hari Lahir juga buat isteri mas Aziz. Semoga menjadi isteri mithali dan selalu diredhai Allah SWT umur dan kehidupannya. Aamiin Ya Rabal’alamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan sampaikan salam takzi saya buat isteri mas Aziz.

      Salam hormat selalu. πŸ˜€

    • Hai Roma. Salam kenal kembali.
      Terima kasih untuk kunjungan perdana dan ucap selamat buat Intan.

      Kalau ada sakti, itu mungkin boleh diterbangkan dengan segera ke sana. Jika tidak, silakan menikmati juadah itu di sini sahaja, kalau berkenan. πŸ˜€

      Terima kasih Roma dan salam Ramadhan. πŸ˜€

  7. selamat ulang tahun, buat putrinya mbak Siti, Izah..

    semoga seiring dengan bertambahnya usia semakin tambah dewasa dalam segal hal.

    dan semoga jadi anak yang bisa membahagiakan kedua orang tua dan keluarga… amiin.

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan apa yang didoakan menjadi kenyataan buat Intan dan diberikan kesejahteraan dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat.

      Terima kasih KangYan untuk ucapan selamat. Didoakan KangYan dan keluarga jga mendapat barakah dari Allah SWT.

      Salam Ramadhan yang mulia. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.