CT229. MAKAN SETALAM = SUNNAH RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

TalamFatima1MakanSetalam

Pernahkah anda menikmati sajian dalam satu talam yang dimakan bersama 5 atau 6 orang ? Jika belum pernah, cubalah. Suasana makan setalam @ makan berjemaah, tentu akan memberi pengalaman menarik kepada anda di mana tidak ramai yang mengalaminya.

Untuk menikmati makan setalam ini, anda tidak perlu jauh-jauh mencari tempat di manakah  restoran yang ada menyediakan makan secara talam beramai-ramai ini. Mungkin anda akan berjumpa tetapi peratusannya sedikit kerana jarang kita dapati restoran menyediakan makan secara jimat dan berhemat.

Atau tidak perlu anda menghadiri mana-mana aktiviti usrah, kursus atau bengkel bersifat rohani yang mungkin mengadakan aktiviti makan setalam bagi mengukuhkan ikatan ukhuwwah kerana jarang diadakan di tempat anda.

Lalu, di mana dapat menikmati sajian setalam ini tanpa perlu pergi jauh dari rumah anda ? Ikuti kisah keluarga Fatima….. anda akan dapat manfaatnya. 😀

*

USTAZ-MU-TUNGGU-AKU-DATANG

*

“USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG !”

….. sebuah filem arahan Pierre Andre bergenre komedi santai dengan uslub dakwah ringan lakonan kumpulan Shiro (Raja Lawak) dan jemputan khas, tokoh pendakwah terkenal di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus telah menarik perhatian anak-anakku.

Apakah yang menarik perhatian anak-anakku tentang filem ini ? Salah satu adegan filem tersebut ialah makan sedulang/setalam di dalam masjid antara Dadu dan Muiz bersama kumpulan tabligh.

Anak-anakku sangat teruja untuk makan setalam. Mereka mendesak aku untuk menyediakan hidangan dalam talam. Aku tersenyum mendengar suara riuh rendah anak-anakku ingin merasai pengalaman makan satu talam. Selama ini, aku tidak pernah terfikir pun tentang ini. Sesungguhnya, Allah membuka hati anak-anakku. Alhamdulillah.

Makan setalam tidak asing bagiku. Pengalaman pertama ketika belajar di Pra Akademi Islam, Universiti Malaya Cawangan Nilam Puri, Kelantan hampir 30 tahun yang lalu. Setiap kali diadakan kursus atau bengkel kepada mahasiswi, pihak pengajur menghidangkan sajian dalam talam untuk 6 orang sebagai langkah berjimat. Ini dapat mengeratkan ukhuwwah dan mengajar kita bertolerasi dalam adab makan.

*

SANGAT TERUJA

Dengan senang hati dan rasa bahagia aku berusaha untuk merealisasikan impian anak-anakku dengan memasak pelbagai menu, walaupun ringkas tetapi amat menyelerakan apabila dimakan secara berjemaah.

Anak-anakku sangat teruja setiap kali hidangan talam ini disajikan di hadapan mereka. Masing-masing sudah memilih kedudukan dan menunggu doa dibaca oleh SPH (Abah). Setelah berdoa, acara makan dimulakan. Anak-anak makan dengan berselera sekali.

Menggamati tingkah anak-anakku, di sana ada nilai murni yang digambarkan tanpa disedari. Apabila salah seorang ingin menambah nasi atau lauk, anak yang lain akan berebut-rebut memberi nasi atau lauk mereka tanpa berkira-kira (bakhil). Rasa kasih dan sayang secara tidak langsung dapat dipupuk dan mengeratkan lagi hubungan dalam keluarga.

*

Jawaban dari persoalan di atas tadi…..

Anda tidak perlu kemana-mana untuk makan satu talam. Nikmatilah bersama keluarga di rumah sendiri. Insya Allah, keberkatan akan melingkungi seisi keluarga dalam rahmat Allah SWT.

*

HIDANGAN TALAM FATIMA

Di bawah ini beberapa foto hidangan talam yang aku masak buat anak-anak sebagai merealisasikan impian mereka makan satu talam. Selamat menikmati keenakannya melalui tatapan mata. 😀 Alhamdulillah. Nikmat Tuhanku yang manakah hendak aku dustai lagi dengan segala nikmat makanan ini ? Aamiin.

*

TalamFatima2NasiGorengCinaAyamMasakMerah

TalamFatima6AyamPanggangMadu

TalamFatima3NasiPutihAyamGoreng

TalamFatima4TelurIkanGoreng

TalamFatima5NasiPutihAyamPanggangMadu

*

TAHUKAH ANDA BAHAWA MAKAN SETALAM ADALAH SUNNAH RASULULLAH SAW ?

Daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapa dan datuknya berkata;

 “Para sahabat r.hum bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”. Nabi SAW menjawab, “mungkin kamu makan sendiri-sendiri?”. Jawab sahabat, “benar”. Nabi SAW bersabda” “berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut”

*

Jujurnya, makan setalam ini tidak kerap aku lakukan kerana kesibukan waktu. Hmmmm… itu hanya alasan sahaja. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, kan.

Insya Allah, aku berusaha untuk menghidang makan setalam seminggu sekali atau sebulan sekali kepada keluargaku. Itupun di hujung minggu. Ini diusahakan untuk menghidup Sunnah Nabi.

Sebenarnya banyak lagi sunnah Rasulullah SAW dalam makan dan minum. Ceduklah ilmu tentangnya untuk diserapkan dalam kehidupan kita dan mudahan di akhirat nanti kita mendapat syafaat dari Baginda SAW.

*

MARILAH KITA HIDUPKAN SUNNAH NABI SAW

*

***************

SalamFatima3SalamFatima18 Febuari 2014 (Selasa)/ 18 Rabi’ul Akhir 1435H/ 10.18 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. tidak menjadikan dunia ini kecintaanku kerana Allah telah menjelaskan di dalam surah al-Hadid, ayat 20: “Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan.” Manakala, di dalam Surah al-An’am, ayat 32: “Dan tidaklah kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.” Semoga Allah SWT melindungiku dari godaan dunia yang merugikan akhiratku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu….  Luhurkan hatimu menuju sejadah cinta Ilahi. Kelak hidupmu akan diselimuti kasih-NYA. Biarkan dunia ini dikebumikan oleh redup kasihmu dalam tasbih cinta Ilahi. Kelak tempatmu di dalam Firdausi. Aamiin. Doa untukmu sentiasa terpatri di hati ini.  Wassalaam. 😀

TulisFatima1

*

TIDAK PERNAH DIPANDANGANKU,  TETAPI SELALU DEKAT DI HATIKU

*

*

13 thoughts on “CT229. MAKAN SETALAM = SUNNAH RASULULLAH SAW

    • Iya benar Wahyu… maksudnya maksud ramai bersama dalam satu talam. Bagus sekali kerana di sana ada majlis selamat yang menggunakan cara makan berjemaah. tentu akan lebih mengeratkan silaturahmi. Satu lagi, makan sebegini tidak perlu menggunakan pinggan mangkuk yang banyak. Tentu menjimatkan kos dan masa untuk membasuh.

      Terima kasih berkunjung lagi ke sini, Wahyu.
      Salam sejahtera. 😀

  1. Alhamdulillah, kami dah makan setalam setelah menikah sampai sekarang.. insya Allah, banyak hikmahnya akan kita dapatkan, jika kita istiqamahkan…insya Allah..

    Kak, minjam pic nya,, saya juga mau nulis tema ini..

    • Alhamdulillah, itulah nikmatnya dari pengalaman yang dilalui.
      Mahu bertanya mbak Puteri, kenapa link ini ke wordpress.com tidak ke blogspot.com, ya.

      Terima kasih kongsiannya. 😀
      Salam manis dari bunda.

  2. Pingback: Makan Senampan Bersama. | ummulnurien.com

  3. Pingback: Makan Senampan Bersama. | KARENA KAU BEGITU BERHARGA

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.