CT298. TETAMU BULANAN MAKKAH (2): MEMBACA BUKU

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

BacaFatima1BukuMakkah*

AMALAN MEMBACA

SEORANG PENULIS LEBIH BANYAK MEMBACA DARI MENULIS. Melalui banyak membaca, penulis akan mendapat idea-idea untuk ditulis. Setiap hasil penulisan bersangkut paut dengan apa yang dibaca dari pelbagai bahan buku atau pengalaman yang dilalui.

Amalan membaca buku sepatutnya dibudayakan dalam diri kita sebagai satu rutin harian yang tidak dapat dipisahkan. Tujuannya untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Malas membaca menyebabkan peningkatan daya fikir, daya kreatif dan inovatif yang menjadi bekal kepada akal akan menurun dan melemahkan segala potensi yang ada.

Saya sangat suka membaca. Saya sangat mencintai dunia bacaan. Saya termasuk insan yang boleh digelar sebagai ULAT BUKU, yang bermaksud buku menjadi santapan harian yang tidak pernah menjemukan. Ke mana saya pergi, buku akan dibawa bersama sebagai teman yang dapat dibawa berbicara dan tidak pernah membosankan.

Jika tidak membaca, fikiran rasa beku, hati ikut sendu, jiwa jadi kosong dan hidup hilang auranya. Kenapa ini berlaku ? Saya perlukan santapan berkhasiat buat mengenyangkan rohani yang dahaga dengan ilmu dan lapar dengan pengetahuan.

Apabila sudah membaca, saya rasa kenyang dan mendapat tenaga baru yang menyegarkan. Semangat bagai dipompa untuk terus menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Membaca dapat menghilang rasa jemu dan mengusir kesunyian yang bertandang. Dengan membaca kita dapat menguasai dunia. Dunia berada dalam genggaman pengetahuan kita.

*

TABIAT MEMBACA

Perjalanan jauh merentas lautan selama hampir 9 jam di dalam pesawat menuju ke Tanah Suci tidak menjadi halangan untuk saya meneruskan minat membaca. Saya sudah merancang untuk membawa beberapa buah buku terpilih dan sesuai dengan suasana baru yang bakal saya dan SPH tempuh selama 49 hari.

Bagi saya, buku-buku tersebut tidak berat untuk dibawa. Saya sanggup bersusah payah mengendongnya ke mana-mana. Saya yakin buku-buku tersebut dapat membantu saya memahami setiap persoalan yang muncul semasa di Tanah Suci sama ada berkaitan dengan bab haji dan umrah, bab fikah, sejarah bumi barakah dan fadhilatnya.

Buku-buku tersebut memudahkan saya untuk merujuk segera tanpa perlu mencari ustaz atau ustazah yang bertugas kerana mereka tidak selalunya bersama jemaah haji. Sekurang-kurang kita tidak terkulat-kulat sendirian dalam setiap persoalan yang muncul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selain itu, buku-buku ini juga menjadi teman apabila saya didatangi haid. Setelah melunasi bacaan al-Quran dan terjemahan mengikut jadual yang saya tetapkan seperti yang dijelaskan dalam posting CT297. TETAMU BULANAN MAKKAH (1): KHATAM TERJEMAHAN AL-QURAN, saya akan membaca beberapa buah buku sebagai bahan bacaan sampingan.

*

khatamterjemahanfatima1

Kitab al-Quran dan terjemahan ini menjadi bacaan utama ketika didatangi haid dan dapat dikhatamkan selama 8 hari tetamu bulanan itu berkunjung. Alhamdulillah.

*

AGEN PENYEBAR ILMU

Selain sebagai bacaan peribadi, saya juga dapat berkongsi maklumat dan menjadi agen penyebar ilmu secara tidak langsung kepada teman-teman sebilik atau para hajjah yang kebetulan bertanya sesuatu permasalahan.

Saya juga dapat bertindak sebagai motivator untuk meningkatkan semangat teman sebilik yang memerlukan bantuan nasihat seorang kaunselor seperti yang saya lakukan kepada Nenek Dairah, 77 tahun. Beliau kelihatan tidak bermaya saat pertama kali pertemuan kami di dini hari beliau masuk ke dalam bilik 0927.

Beliau kelihatan hilang semangat dan bercelaru jiwanya kerana baru keluar dari hospital di Madinah. Saya mengambil kesempatan untuk memberi khidmat motivasi tanpa diminta untuk membangkitkan kesegaran pada jiwanya. Saya bacakan fadhilat-fadhilat tentang Rahsia Makkah.

*

BACAAN WAJIB

Sebenarnya buku-buku yang saya bawa sebagai bacaan wajib dan bacaan tambahan sudah tamat dibaca sejak di Tanah Air. Tetapi saya pilih untuk dibawa ke Tanah Suci dan dibaca ulang berkali-kali apabila timbul sesuatu permasalahan atau ingin meningkatkan semangat beribadah agar lebih segar dan menjadi hiburan hati.

BUKU BACAAN WAJIB merupakan rujukan utama selama di tanah Suci. WAJIB BACA. Buku-buku tersebut dibekal oleh pihak Tabung Haji kepada semua jemaah haji Malaysia iaitu:

*

(1) Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah
(2) Soal Jawab Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah
(3) Himpunan Doa-Doa Terpilih Di Tanah Suci
(4) Senarai Semak Ibadat Haji dan;
(5) Panduan Kesihatan Jemaah Haji

*

BacaFatima2BacaanWajib

Buku Rujukan pemberian Tabung Haji Malaysia kepada semua jemaah haji ketika menghadiri kursus haji untuk dijadikan sumber rujukan yang diharap dapat membantu mencernakan sebarang masalah semasa di Tanah Suci. WAJIB BAWA dan WAJIB BACA.

*

BACAAN DAN MAKLUMAT TAMBAHAN

Empat buku-buku tambahan berikut sengaja saya bawa dari Tanah Air sebagai maklumat tambahan yang memudahkan saya memahami situasi yang berlaku semasa mengerjakan haji dan mengetahui sejarah serta rahsia-rahsia yang tersimpan di bumi suci paling dicintai Allah SWT dan Rasulullah SAW ini. Buku-buku tersebut adalah;

*

(1) Travelog Haji: mengubah Sempadan Iman – Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim
(2) Jejak Rasul 1 : Rahsia Mekah – ‘Atiq bin Ghaits al-Biladi
(3) Jejak Rasul 2: Rahsia Madinah – Khalil Ibrahim Mulla Khotir
(4) Makkah Al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah – Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

*

BacaFatima3BacaanTambahan

*

Buku-buku di atas (foto) sangat besar manfaatnya dalam membantu saya memahami dan mencintai sejarah Makkah-Madinah serta pekerjaan haji. Saya tidak pernah bosan mengulang baca buku-buku ini selama di sana.

Fadhilatnya juga besar ketika membantu saya memberi penjelasan dan nasihat kepada teman-teman sebilik atau sesiapa yang bertanya kepada saya. Alhamdulillah, dengan sedikit maklumat yang diperolehi dari buku tersebut saya dapat membantu orang lain untuk menaikkan semangat haji di jiwa mereka.

*

BELI BUKU TAMBAHAN

Buku tambahan (1) Sejaran Masjid Nabawi dan (2) Sejarah Madinah, kedua-duanya karya Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani dibeli ketika sedang mencari Kitab Terjemahan Al-Quran di sebuah toko buku kecil di Madinah, sekitar Masjid Nabawi.

 

BacaFatima4BacaanTambahan2

Kedua-dua buku ini menambah maklumat dan pengetahuan saya tentang Sejarah Masjid Nabawi dan Madinah menurut sudut pandang penulis yang berbeza.

*

MAJALAH/MAKALAH BERGAMBAR

Selain menambah maklumat melalui buku-buku, saya juga membeli dua majalah bergambar yang khusus menjelaskan panorama Makkah dan Madinah. Majalah ini berharga RS 15 di satu toko buku kecil yang terletak pada laluan saya dan SPH pergi ke Masjid Nabawi berhampiran Pintu No. 16, Umar al-Khattab.

*

BacaFatima5MaklumatTambahan

Dua majalah bergambar yang penuh warna warni dengan paparan lokasi sejarah, pemandangan indah Makkah dan Madinah yang lama dan baru. Sungguh asyik melihat panorama kedua bumi Haramain dengan dekat melalui foto-foto tersebut

*

BacaFatima9UmarGate16

Toko tempat saya membeli kedua-dua majalah bergambar ini terletak di sebelah kiri. Laluan memasuki Masjid Nabawi dari Pintu N0.16, Umar al-Khattab yang menjadi laluan utama saya dan SPH dari Hotel Moltaqa al-‘Alam ke Masjid Nabawi

*

BacaFatima6PanoramaMakkahMadinah

*

BacaFatima7PanoramaMadinah

*

Ketika melakukan Ziarah Makkah dan kami singgah di stesen pertama dengan hanya memandang jauh sayup-sayup Jabal Thur,  tempat  persembunyian Nabi Muhammad SAW bersama Abu Bakar As-Siddiq ketika berhijrah ke Madinah.

Di sini, rupanya ada beberapa anak muda di bawah 20 tahun sedang berjualan majalah yang sama dengan harga yang lebih murah, hanya RS10 sahaja. Ketika itu, baru saya perasan bahawa harga di Madinah sangat mahal berbanding membelinya di Makkah.

*

BacaFatima10JualMajalahMakkah

Stesen pertama Ziarah Makkah dengan hanya memandang Jabal Thur yang sayup nun jauh di sana.

*

HADIAH DARI HAJJAH HALIMAH

Alhamdulillah, saya menerima hadiah buku bertajuk “WANITA YANG PALING BAHAGIA DI DUNIA”, karya penulis  favorit saya, Dr. Aidh Abdullah al-Qarni dari Hajjah Halimah Haji Shafiee.

Beliau merupakan teman sebilik yang saya sayangi, bersifat keibuan dan lemah lembut ketika berbicara.Hajjah Halimah berasal dari Bintulu Sarawak, berusia 55 tahun.

Terharunya, buku yang menjadi bacaan tambahan saya di Makkah ini dihadiahkan pada pukul 3.21 pagi (waktu Makkah) ketika tiga teman sebilik yang lain sedang tidur. Hanya kami berdua yang bangun awal untuk bersedia ke Masjidil Haram di awal pagi.

Beliau memberi secara sembunyi sambil berbisik kepada saya, “jangan sampai orang lain tahu, akak hadiah untuk Siti seorang sahaja.”. Beliau berbuat demikian kerana tidak mahu teman lain terasa hati. Saya hanya menggangguk dan tersenyum mendengarnya. Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT buat saya. 🙂

TERIMA KASIH KAKAK HAJJAH HALIMAH. SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SELALU. AAMIIN.

*

BacaFatima8HadiahBuku

Buku ini tamat saya baca dalam tempoh 3 hari sahaja. Alhamdulillah.

*

PesanFatimaku

KEPADA SESIAPA SAHAJA

….. yang berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji agar membawa buku-buku tambahan yang bermanfaat untuk rujukan selama berada di Tanah Suci. Buku-buku bacaan wajib yang dibekalkan oleh pihak Tabung Haji tidak mencukupi kerana perbahasan di dalamnya lebih kepada permasalahan haji dan umrah.

MEMBACA BUKU tidak semata-mata sebagai bacaan ketika saya didatangi haid. Saya membaca sepanjang waktu ketika bersih dan datang haid. Seperti yang saya jelaskan di atas, membaca adalah makanan untuk bekalan rohani untuk menghadapi pasang surut kehidupan selama berada di negeri pertama tumbuhnya iman.

Mudahan dengan membaca kita dapat mengubah cara fikir dan merancang aktiviti yang lebih bermanfaat untuk mendapat keredhaan Allah bagi memperolehi HAJI MABRUR. Aamiin.

**

islam-itu-indah

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 November 2014 (Sabtu)/ 21 Muharram 1436H/ 11.0 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….  tidak pernah melunturkan rasa kasih yang bertaut di tangkai hati walau sebesar mana badai melanda ranting rapuhnya. Cinta tidak dapat dimusnah oleh seribu kata yang cuba memalingkan aku darimu yang menjadi zikir hati di mana jua. Jika takdir memeluk mimpi-mimpi yang ku sarang di puncak rasa, pasti sejauh mana kita terpisah, tetap kan kembali bertaut jua. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. hidup ini tidak pernah berkompromi untuk mengikut apa yang kita mahu. Kita yang menentukan keinginan itu dapat dicapai dengan jaya atau gagal sentiasa. Usah berpaling melihat kelmarin yang panjang. Di hadapan kita terbuka gerbang cinta yang luas untuk diterjah dengan rasa indah. Berbahagialah dalam rahmat Allah SWT. Aamiin. Wassalam. 🙂

*

RinduFatima1Padamu

*

27 thoughts on “CT298. TETAMU BULANAN MAKKAH (2): MEMBACA BUKU

  1. Assalamu ‘alakum Mbak Fatimah,
    Saya salut atas semangat membaca bukunya, dimana kebanyakan orang sudah mulai malas membaca dan asik dengan gadgetnya. Luar Biasa….dan patut dijadikan teladan….
    Sukses selalu buat mbak Fatimah…

    Salam dari Yogyakarta…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Kerana tidak minat dengan gadget, maka buku menjadi halwa kegemaran saya. Mudahan hobi ini kekal hingga ke hujung nyawa.

      Terima kasih mbak Yuni atas kunjungan.
      Salam mesra selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum sahabatku Fatimah, saya mohon maaf baru sempat berkunjung kemari, dikeranakan kesibukan dan halangan-halangan yang ada selama ini,
    membaca adalah salah satu pintu untuk mengetahui dunia, dengan membaca kita bisa menambah ilmu dan wawasan…dan bukankah dalam Al Quran yang diperintahkan pertama kali juga tentang membaca…..,
    salam takzim untuk keluarga besar sahabatku Fatimah..salam dari Banjarbaru, Kalimantan Selatan

    • Wa’alaikum salaam sahabatku mbak Wieka…

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan kembali dari mbak Wieka. Mudahan silaturahmi ini akan sentiasa terjalin baik. Saya setuju dengan pendapat mbak di atas. Membaca menambah wawasan dan kebijaksanaan. Allah SWT telah lama mengingatkan kita tentang perkara tersebut.

      Terima kasih atas komentar dari mbak Wieka.
      Salam bahagia di penghujung pekan dan sukses selalu di sana. 🙂

  3. Assalamualaikum Puan semoga Puan keluarga dalam lindungan Allah SWT sentiasa.. Saya selalu mengikuti catatan puan.. Penuh makna dan hikmah.. Mohon di halalkan jika saya menyalin semula BAIT kata puan utk tatapan rakan2 FB saya… Jazza kallah

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Datuk Dr. Norhisham…

      Alhamdulillah, Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Didoakan Datuk Dr. dan keluarga juga dalam rahmat Allah SWT.

      Silakan dikongsi jika ada yang boleh dimanfaat untuk ummah. Mudahan semua usaha ini akan diganjari allah SWT dengan kebaikan. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat. 🙂

  4. Assalamualaikum wr wb
    Bunda fatimah

    Sungguh besar sekali faedah dari membaca, dan Alhamdulillah saya beserta istri membiasakan membaca buku di hadapan anak2, bermaksud untuk menanamkan gemar membaca kepd mereka 🙂

    Salam dan mav telat singgah kesini 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.b, Purnomo Jr…

      Alhamdulillah, ibu bapa itu suri teladan buat anak-anak. Anak-anak akan mengikut apa yang dilakukan oleh ibubapanya. Usaha yang dibuat oleh Purnomo dan isteri mudahan akan berdampak besar dalam perkembangan minda mereka.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Saya sangat setuju, Mbak Fatimah, sebagaimana ketika akan pergi berlibur ke kota tertentu, biasanya kita mencari sumber referensi atau bacaan tentang kota yang akan kita tuju. Apalagi ini perjalanan ibadah ke Makkah dan Madinah. Maka, sebelum berangkat buku-buku sebagaimana Mbak sebutkan tersebut tentu sangat penting sekali. Di samping untuk menambah wawasan, ilmu, juga semangat tentunya.

    Salam dari Jogjakarta, Indonesia.
    (akhmad muhaimin azzet)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Tanah Suci Haramain (Makkah dan Madinah) mempunyai sejarah hebat dan ada keutamaannya. Maka, setiap jemaah haji atau umrah perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai kedua-dua tempat ini agar memahami kenapa kunjungan ke sana buka sekadar kunjungan tetapi merupakan urusan ibadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

      Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan dan telah menambah maklumat yang berguna buat kita semua.

      Salam hormat. 🙂

  6. Memang banyak hikmah pembacaan bahan bermanfaat.

    Ilmu menyinari kehidupan dalam keadaan kegelapan teraba raba mencari panduan kehidupan.

    Betul betul sama dengan tuntuan islam.

    Iqra

    • Demikianlah Islam meninggikan darjat manusia dengan membaca. Membaca itu jembatan ilmu yang menyambung kita kepada semua kebijakan disiplin ilmu sehingga mampu menjadi manusia yang berpotensi memakmurkan muka bumi ini.

      Terima kasih Puan Mazni atas kunjungan. Semoga sukses.
      Salam mesra selalu. 🙂

  7. membaca buku adalah kewajiban danhak hakiki manusia yang inginmenjadi lebih baik lagi dalam setiap langkah menapaki kehidupan di dunia yang fana ini, dengan membaca buku..kita jadi lebih baik

    • Membaca akan meningkatkan akal waras dan lebijakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi dengan peranan untuk memakmurkan bumi ini dan memahami kenapa kita dihidupkan di dunia ini serta dapat mengenal Tuhan yang menciptakan.

      terima kasih kang dan salam sejahtera. 🙂

  8. Salam bunda siti lama tak berkunjung ke BLOG yang penuh dengan hikmah…
    bagaimana kabar bunda dan keluarga , semoga keselamatan selalu tercurah buat bunda dan keluarga

    ini fauzi yang punya kandang denmasfauzi3074.wordpress.com

    • Alhamdulillah bunda dan keluarga sihat. Didoakan Fauzi dan keluarga di sana juga demikian sama. Aamiin.

      Bunda senang menerima kunjungan Fauzi kembali ke LMGS G2 setelah lama tidak bersilaturahmi. Mudahan dengan laman baru yang dibina akan lebih bermanfaat untuk ummah.

      Salam sukses hendaknya. 🙂

  9. assalamualaikum.. salam kenal bunda.. salut atas kebiasaan’y yg slalu membaca buku dimanapun dan kapanpun,dulu saya pun “kutu buku”,sekarang.. waktunya lebih banyak tersita untuk merawat syafieq anak saya… ^-^

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mbak Aira….

      Alhamdulillah, membaca itu untuk makanan rohani kita agar sentiasa segar dan menjadi penawar kepada penyakit hati. Bunda doakan Syafieq sentiasa sihat dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

      Oh ya, membaca buku jangan dihentikan kerana kesibukan, sambil-sambil merawat Syafieq bacakan buku buatnya agar jiwanya sentiasa sihat dibajai ilmu terutama kisah-kisah nabi dan teladan. Nanti akan kuat ingatannya.

      Terima kasih mbak Aira untuk kunjungan perdana ke sini. Diharap silaturahmi ini akan berjalan baik nantinya. Aamiin.

      Salam manis dan mesra selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.