CT155. ZIARAH MADINAH (9): BUKIT UHUD

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

UhudBFatima1BukitUhud

Cuaca sangat panas. Haba hangat mulai menggigit seluruh jasad. Mata semakin silau dengan dahi yang berkerut seribu. Tanpa menghirau kegelisahan manusia yang berkunjung ke Bukit Uhud, matahari dengan taatnya menekuni amanah Yang Maha Esa. Dalam terik mentari, Abdul Salam, mutawif yang setia menemani rombongan kami mengambil tempat dan secepat mungkin memberi taklimat. Dia terdedah banyak di bawah matahari sedangkan kami cuba menyorok diri dibayangan bas.

Kelihatan beberapa ahli rombongan mulai bersungut dengan kepanasan yang tidak berkompromi. Terdapat beberapa batang pokok ditanam berjarak jauh dan tiada pokok-pokok bunga menghiasi kawasan Bukit Uhud bagi mengindahkannya sebagai tempat pelancungan. Semuanya gersang, kering kontang dan berdebu. Debu-debu halus berterbangan tetapi tidak terasa apabila sekali-sekala semilir lembut angin berlalu melepasi tubuh kami yang sedang berjalan menuju arah Masjid Sayyid Syuhada.

Jarak dari tempat bas berhenti untuk sampai ke Masjid Sayyid Asy-Syuhada, lebih kurang 100 meter. Bas-bas jemaah haji dari negara lain sudah berbaris panjang di hadapan. Kami mengikut mutawif menuju ke arah Bukit Ar-Rummah yang berada di sebelah kiri. Saya tertarik melihat ramainya manusia mendaki bukit tersebut. Awalnya saya fikir di atas bukit itu letaknya Makam Syuhada’. Rupanya bukit kecil itulah yang ditawan oleh tentera Musyrik sebelum mengalahkan tentera berpanah Muslim.

UhudFatima15Taklimat2

Mendengar taklimat dari mutawif berkaitan masa yang diperuntukkan di sekitar Bukit Uhud sebelum berpecah untuk tujuan masing-masing. Kami tidak lama di sini. Hanya diberi tempoh 30 – 45 minit sahaja.

UhudBFatima4MedanTempur

Kami berjalan melalui sebuah medan letak kereta yang berkedudukan melengkung separuh bulat di sebelah kanan. Manakala di sebelah kiri pula berdiri teguh Bukit ar-Rumah. Tidak diketahui rupa bentuk asal Bukit ar-Rumah ini. Peristiwa Perang Uhud telah berlaku hampir 1500 tahun hijrah yang lalu. Saya pasti kedudukan muka buminya turut berubah bersama waktu.  Di belakang medan letak  kereta, tersergam kukuh Masjid Asy-Syuhada berlatar belakang Bukit Uhud yang kemerah-merahan.

*

BUKIT AINAIN (AR-RUMAH)

UhudBFatima7arrumah

Nama bukit ini adalah Bukit Ainain. Kemudiannya di kenali dengan nama Ar-Rumah yang bererti tentera pemanah. Jarak Bukit Ar-Rumah dari Bukit Uhud adalah 1 km. Manakala panjangnya 175 m. Sedangkan lebarnya 55 m. Ketinggiannya hanya 20 m dengan lilitan sekeliling sebanyak 380 m. Jaraknya dari Makam Syuhada’ adalah 55 m.

UhudBFatima8arrumah2

Mendengar penerangan dari mutawif, Abdul Salam tentang Bukit ar-Rumah yang menjadi tempat pertahanan untuk pasukan pemanah Muslim.

*

MEDAN TEMPUR

Kemudian, kami meneruskan lawatan ke Masjid asy-Syuhada. Sebelum sampai ke kawasan masjid tersebut, saya dan SPH singgah dahulu di tempat jualan pelbagai barangan yang biasa di jual oleh penjual-penjual tanpa permit di sekitar Masjid Nabawi. Harga di sini murah sedikit dan masih boleh ditawar. Rupanya medan ekonomi yang sedang digunakan untuk urus niaga kecil-kecilan ini adalah medan pertempuran Peperangan Uhud.

Saya memerhati kawasan persekitaran medan ekonomi yang sesak dengan kunjungan jemaah haji sambil mengimbaskan saat kemenangan pertama berada di pihak Islam sebelum berlakunya pertempuran sengit yang akhirnya membawa kekalahan kepada mereka. Betapa besarnya risiko yang ditempah apabila tidak mematuhi perintah pemimpin atau mengabaikan arahan ketua hanya semata-mata dikaburi harta dunia. Impak yang dibina untuk kita adalah sangat penting untuk taat kepada arahan pemimpin dalam apa keadaan sekalipun asal bukan menyalahi perintah dan larangan Allah SWT.

Bagi menggambarkan kedudukan dan keadaan peristiwa tersebut, saya menyaksikan drama bersiri OMAR SERIES 13 yang memaparkan keadaan pertempuran Perang Uhud. Usaha penerbit Khatim Ali mengeluarkan drama Omar  sebanyak 31 siri ini patut mendapat penghargaan kerana ia menggambarkan sebahagian dari situasi awal kedatangan Islam di bumi Makkah dan Madinah sehingga kemuncak kegemilangan zaman Omar yang berakhir dengan pembunuhan dan syahidnya Saidina Omar al-Khattab r.a

UhudbFatima5MasjidUhud

Rombongan kami menuju arah Masjid asy-Syuhada’. Didepan masjid itu aktiviti ekonomi penduduk tempatan sedang rancak diusahakan.

UhudBFatima10MedanTempurUhud

Keadaan tempat tersebut tidak ditata dengan rapi oleh pihak berwajib tempatan. Banyak sampah di sana sini. Gerai jualan pula rapat-rapat. Ada yang peramah, tetapi ramai yang kasar tingkah. Ternyata kehidupan di bumi Haramain ini, sangat kasar dan kurang adab. Kita harus banyak bersabar menghadapi karenah para peniaga atau mereka terpaksa bersikap demikian bagi menghadapi pelbagai karenah atau sikap para tetamu Allah yang berjuta sifatnya. Wallahu’alaam.

UhudBFatima11MedanTempurUhud

Tersentuh hati saya mengamati medan Perang Uhud ini. Ia sudah totali berubah dari padang pasir menjadi lapangan yang bersimen. Hanya kedudukan Bukit Uhud dan Bukit ar-Rumah sahaja masih berbekal bukit tanah pasir dan batu batan kemerahan yang menyisakan tinggalan sejarah buat tatapan dan pengajaran bagi generasi terkemudian untuk diambil ibrah kejadiannya.

UhudBFatima13PasardanMakam

Pasar niaga Bukit Uhud dan Makam Asy-Syuhada

UhudBFatima14Urusniaga

Singgah di gerai menjual pelbagai jenis kekacang. Jika diperhatikan, di mana-mana sahaja sama ada di Madinah, Makkah dan Jeddah selalu kita dapati ada gerai khas menjual kekacang, manisan dan buah-buahn seperti kurma, zaitun dan tin.

*

PERANG UHUD

Pasca kemenangan kaum muslimin dalam Perang Badar membawa kepada pakatan kaum musyrikin untuk mengadakan serangan balas. Mereka mengumpulkan jumlah tentera yang besar dan mengeluarkan belanja yang banyak bagi tujuan tersebut. Jumlah tentera musyrikin adalah 3000 orang,  200 daripadanya adalah pasukan berkuda dan 700 buah perisai pertahanan. Pasukan berkuda dipimpin oleh Khalid bin al-Walid dan Ikramah bin Abu Jahal. Komandan tentera musyrikin adalah dari Bani Abdud Dar yang diketuai oleh Abu Sufyan.  Mereka bergerak dari Makkah hingga sampai ke Zulhulaifah dan Lembah Qanat, di selatan Bukit Uhud dan Timur Bukit ar-Rumah (Bukit Ainain).

Setelah mendapat maklumat tentang kemaraan tentera kuffar, Rasulullah SAW mengumpul para sahabat untuk berbincang tentang tindakan yang harus dilakukan. Rasulullah SAW berpendapat agar kaum muslimin mempertahankan diri di bandar Madinah. Tetapi ramai sahabat memilih untuk keluar Madinah dan menyekat tentera musyrikin di sana. Baginda menerima pendapat majoriti sahabat walaupun pendapat baginda adalah lebih munasabah kerana mustahil tentera musyrikin dapat menawan Madinah dalam masa yang singkat. Sudah tentu tentera Islam dapat mengalahkan mereka dengan mudah kerana tentera Islam lebih tahu selok belok kota Madinah.

Jumlah tentera muslimin adalah 700 orang dan 50 daripadanya adalah pasukan berkuda dan 100 perisai pertahanan. Komandan tentera muslimin adalah Mus’ab bin Umair r.a , kemudiannya Ali bin Abi Thalib kwh.Tentera Islam berkhemah di celah antara dua bukit. Bukit Uhud di belakang, Bukit ar-Rumah (Ainain) di kiri dan bandar Madinah di hadapan.

Sebelum berlaku pertempuran, Rasulullah SAW mengarahkan 50 orang pemanah untuk membantu pertahanan dari puncak Bukit Ainain bagi melindungi bahagian belakang tentera Islam yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansari r.a. Rasulullah Saw telah mengeluarkan arahan kepada mereka;

“Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan, JANGAN SEKALI-KALI TURUN kepada kami dan jika kamu melihat kami dibunuh pun, JANGAN CUBA TURUN untuk menolong kami. JANGAN TINGGALKAN TEMPAT KAMU itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk (dimakan mayatnya) oleh burung-burung.” 

*

UhudBFatima16LokasiPerangUhud

PERTEMPURAN PERTAMA: KEMENANGAN

Pertempuran pertama berlaku di sebelah barat Bukit Uhud. Tentera muslimin telah menunjukkan keberanian yang hebat sehingga dapat mengalahkan tentera musyrikin yang jauh lebih ramai. Meraka dapat mengawal keadaan dan mengejar tentera musyrikin agar keluar dari medan perang dan kembali ke kawasan perkhemahan mereka.

PERTEMPURAN KEDUA: KEKALAHAN

Apabila pasukan pemanah melihat tentera musyrikin kalah dan lari meninggalkan medan perang, mereka berpusu-pusu turun dari tempat pertahanan mereka untuk mengumpul harta rampasan yang ditinggalkan musuh. Yang masih kekal hanyalah ketua mereka, Abdullah bin Jubair r.a dan 10 yang lain untuk tetap berada di tempat yang diarahkan oleh Rasulullah SAW.  Inilah KESILAPAN BESAR  yang membawa kepada kekalahan tentera muslimin. Terdapat satu lagi KESILAPAN yang dilakukan oleh tentera muslimin iaitu tidak mengejar tentera musyrikin untuk berundur lebih jauh dari medan perang.

Memerhati situasi tersebut, Khalid al-Walid dan Ikramah Abu Jahal mengambil kesempatan untuk menyerang tentera pemanah Islam dari arah belakang dan berjaya membunuh ke semua baki pemanah yang masih bertahan di Bukit Ainain tersebut. Tentera musyrikin yang telah berundur, maju semula apabila menyaksikan kemaraan tentera berkuda mereka yang dapat menawan Bukit Ainain. lalu mengepung tentera Islam dari segenap penjuru. Mereka menyebarkan khabar angin bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Tentera Islam mulai berpecah dan kelam kabut.

Rasulullah mengalami kecederaan di kepala dan muka. Gigi hadapan baginda patah dan bibirnya luka. Rasulullah berteriak memanggil tentera Islam agar datang kepadanya. Ini menyedarkan tentera Islam bahawa Rasulullah masih hidup dan mereka bergegas kepada Rasulullah untuk melindungi baginda. Rasulullah memberitahu, cara terbaik untuk keluar dari kepungan tentera musyrikin adalah mencari tempat perlindungan yang tinggi.

Lalu baginda mengarahkan mereka berundur hingga sampai ke tempat tinggi di atas Bukit Uhud.Tempat yang strategik itu memberi perlindungan dari tiga arah sehingga menyebabkan tentera musyrik hanya dapat menyerang dari arah selatan sahaja. Melihat keadaan itu, tentera musuh terpaksa berundur pulang ke Makkah.

*

MAKAM SYUHADA’ UHUD

UhudBFatima17MakamSyuhada'Uhud

Tentera Islam kemudiannya menyemadikan jasad para  syuhada yang gugur di medan terjadinya pertempuran di mana dua atau tiga orang di kuburkan di dalam satu liang lahad. Kuburan ini terletak berdekatan dengan Bukit ar-Rumah dan sunat menziarahnya. Dalam pertempuran tersebut Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib telah berjaya dibunuh oleh hamba bernama Wahsyi dengan lontaran lembingnya sebagai syarat kemerdekaannya. Wahsyi adalah seorang pelontar lembing yang mahir.

Saidina Hamzah yang digelar Asaadullah (Singa Allah) juga dikenali sebagai Sayyid asy-Syuhada’ (penghulu kepada orang yang mati syahid). Rasulullah saw sangat sedih melihat keadaan jenazah bapa saudaranya. Mayat Saidina Hamzah dikebumikan di kaki bukit di pinggir Wadi Qanat iaitu di selatan Bukit Uhud dan di barat laut Bukit ar-Rumah iaitu di kawasan Masjid asy-Syuhada’. Pada tahun 46 H sewaktu pemerintahan Muawiyah, berlaku banjir di kawasan tersebut  yang menyebabkan jasad beliau timbul. Jasadnya dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.

Menurut pendapat ahli sejarah, terdapat 70 orang tentera muslimin yang gugur syahid. 64 orang dari golongan Ansar dan 6 orang dari golongan Muhajirin. Manakala tentera musyrikin hanya 22 orang sahaja. Tempat persemadian tentera yang syahid ini dinamakan Perkuburan Syuhada’ Uhud. mereka dikebumikan di Wadi Qanat yang dikenali sebagai Wadi Saidina Hamzah, Sayyid Syuhada’.

Ubadah bin Somit r.a berkata, Rasulullah saw selalu menziarahi perkuburan syuhada Uhud dan memberi salam kepada mereka dengan ucapan:

“Salam sejatera ke atas kamu di atas kesabaran kamu dan nikmatilah sebaik-baik tempat tinggal (syurga).”

*

SELAMAT JALAN UHUD

Tidak terasa masa berlalu pantas. Semua rombongan dikehendaki segera menaiki bas agar kami dapat mengerjakan solat Zohor berjemaah di Masjid Nabawi. Sebelum memasuki bas, saya sempat mengambil sekali lagi beberapa foto Bukit Uhud sebagai kenangan abadi.

UhudFatima16HujungKananUhud

Warna kemerah-merahan Bukit Uhud dengan pandangan suram keadaan sekitarnya yang gersang

UhudFatima17hujungUhud

Pemandangan Bukit Uhud secara dekat yang secara tidak sedar membawa hati ini sayu untuk mengakhiri perjalanan ziarah ini.

UhudBFatima2FizikalUhud

SEMOGA BERTEMU KEMBALI

****************

1 Mac 2013 (Jumaat)/ 18 Rabi’ul Akhir 1434H/ 1338 petang – Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. tidak semudah itu merasa kecewa dengan sengsara yang dihadapi. Bagiku, walau segunung langit kesedihan yang menyangkut, akan ku sambut dengan jiwa yang membukit utuh. Ujian paling kental dalam hidup adalah apabila menerima penderitaan dengan hati yang tenang. Kepada Tuhanku tempatku berteduh dan bergantung harap. Selagi DIA bersamaku, selagi itu aku bernafas dalam sendu kehambaan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

RinduFatima2a

KINI… RINDUKU TELAH MELABUH TIRAI DENGAN TENANG DI HUJUNG MIMPI

24 thoughts on “CT155. ZIARAH MADINAH (9): BUKIT UHUD

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Semoga kita dapat mengambil iktibar dari setiap yang telah menjadi sejarah untuk tidak diulangi perkara yang sama di kemudian hari. Sejarah mengajar kita untuk menghargai apa yang tidak kita ketahui sedang berlaku saat tersebut. Mudahan Islam akan terus ditinggikan syiarnya kerana hanya Islam yang paling tinggi dan teratas di muka bumi ini.

    Berikut adalah PERANG UHUD dalam OMAR SERIES 13. Sila nikmati untuk santapan minda dan rohani.

    *****
    HAMZAH ASAADULLAH by InTeam

    DEDIKASIKU UNTUKMU….

    Jangan pernah merasa gagal dalam hidup jika benar-benar sedang menghadapinya. Kegagalan itu tidak lain hanyalah menunjukkan kemahuan kita untuk mencapai kejayaan itu belum cukup kuat. Semoga bahagia dan sentiasa dirahmati Allah SWT atas setiap kebaikan yang dilakukan. Tanpa kasih sayang, kita tidak akan pernah melihat kedamaian dan keharmonian wujud dalam diri kita. Semuanya indah dan tahukah dirimu, keindahan itu terdapat dalam kejujuran.

    Wassalaam. 😀

    • Mudah-mudahan Fety akan dapat ziarah juga ke sana nanti. Aamiin.

      Sarikei, mendung dan panas. Sekali sekala ada hujan.
      Kalau di Chiba itu dingin, maksudnya musim salju akan tiba ya atau masuk musim lain. Bunda teringin sekali mahu melihat salju berguguran dari langit. Sebuah impian yang bakal direalisasikan. Bila agaknya. 😀

      Salam manis Fety. 😀

  2. Assalamu alaikum wr. wb.
    ummi, ma’afkan ananda baru sempat menyapa,
    akhir2 nich malas aja OL, jaringan pula kurang baik kala di rumah,
    ni neni lagi kuliah ………. hehehe… jangan marah pak dosen 😀

    do’akan ananda ummi, nak rajin2 belajar…..
    miss ummi
    nei kangen dan rindu sangat…….. 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni…

      Alhamdulillah, akhirnya muncul juga anak Umi yang baik ke sisi Umi.
      Tidak apa, jika jaringannya baik, silakan sapa Umi. Umi selalu menerima kunjungan Neni. 😀

      Hmmm… jangan main-main semasa kuliah. Nanti kurang tumpuannya. Umi doakan Neni sukses dan maju cemerlang dalam pelajaran. Mahu cemerlang tidak susah, kalau kemahuan itu kuat dan ada usaha ke arahnya. Biar susah dahulu, senangnya kemudian.

      Umi juga rindu dengan Neni. Terima kasih sudah menghantar khabar buat Umi. Salam sayang selalu dari Umi. 😀

      • iya umi, neni muncul menyapa ummiiiiiiiiiiiiiiiiiii……….
        adduuuhhh dingin sangat ditempat neni saat ini, AC subhanallah, bagai mahu membeku saja aku… 😀
        dingin sangat ummi, kepala bagai membeku rasanya ..

        • Senang dikunjungi Neni lagi. Umi gembira sekali. 😀

          Hehehe…syukurlah, Neni belajar dalam tempat yang ada AC. Tidak apa kalau bekunya serasa seperti ayam dalam freezer. Bukankah lebih baik daripada belajar di panas mentari, semacam ayam panggang pulak. Sapa Umi kalau senang. : )

          Salam rindu dari Umi buat Neni. 😀

  3. Assalamualaikum Mbak Siti,
    Walau cuma 45 menit di Bukit Uhud namun ceritanya lengkap sekali.sejarah dan kegiatan ekonomi plus wisata rohani. mengenai para pedagang yg kasar2 itu apakah mereka bangsa arab atau etnis non-arab yg diijinkan berdagang disana?

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      iya mbak, keberadaan di satu-satu tempat ziarah seharusnya diambil pengajaran untuk dikongsikan bersama bukan sekadar bergambar ria sebagai kenangan.

      Kebanyakan pedagang jalanan adalah mereka yang datang dari luar. seperti Afrika, India, Pakistan. dan lain-lain. Ada yang punya permit dan sebaliknya. Mungkin hidup di sana keras, maka kebanyakan mereka bertingkah laku kasar.

      Dugaan selalu ada di sana, mbak. Kita harus banyak bersabar, berbaik sangka dan berharap kemudahan dari Allah. Insya Allah kita selamat.

      Terima kasih, mbak Evi.
      Salam manis. 😀

  4. waalaikumsalam,
    ternyata ada anggota rombongan yang tidak tahan panas ya,
    padahal semestinya bila hati dan jiwa tenang dan senang merasakan nikmatnya saat berada di Tanah Suci..maka cuaca sedingin apapun dan juga sepanas apapun takk an terasakan..karena yang terpikirkan hanyalah rasa bahagia bisa lebih mendekatkan diri kepada Sang Khaliq,..
    membaca postingan mengenai bukit uhud…saya membayangkan kisah historikal yang lalu di bukit uhud dengan kisah masa kini , hampir sama penyebab manusia menjadi korban nafsu…hanya karena memburu harta duniawi semata….harta memang bisa membuat mata silau jadinya dan membutakan hati akan kebenaran yang sejati,..,
    salam hangat selalu penuh persahbatan dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Cuaca memang menjadi ujian kepada semua tetamu Allah di Tanah Haramain (Makkah dan Madinah). Bahkan penduduk yang bermastautin atau bermukim. Tidak dinafikan juga ada ujian yang tersembunyi di dalamnya. Hanya Allah yang mengetahui.

      Di sana mempunyai 4 musim. Jika panas, panas sangat, jika sejuk, sejuk sangat. Jika musim hujan, keadaan bertambah rumit dan semua jemaah mengalaminya dengan pelbagai cara. Perasaan tenang dan bahagia tentu menyelimuti semua tubuh yang berjejak kaki di sana.

      Dunia menjadi ujian kepada manusia, begitu juga isteri, anak, ternakan dan harta benda. Tidak hairanlah ramai manusia yang “mengkhianati” Allah SWT semata-mata mencintai dunia.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kongsian ilmu yang mencerahkan.
      Salam hormat selalu. 😀

  5. wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh
    ulasannya sangat lengkap, mencerminkan bahwa sangat mengetahui sejarah perang uhud…

    kekalahan di peperangan uhud, pada hakikatnya memang kehendak Allah, hendak memberikan kepada kita banyak pelajaran.. beruntung orang yang dapat mengambil ibrah dan menambahkan ketaqwaan di setiap kejadian…
    salam hangat dari sini buat kakak sekeluarga..

    • ‘Alaiki salaam wr. wb wa ridhwaanuh, Ummu ElNurien…

      Semoga sejarah Perang Uhud terpahat kukuh di ingatan dan hati kita untuk diambil pengajarannya supaya berpada-pada mencintai dunia.

      Allah SWT memberi kita ingatan sebagai umat Islam terkemudian untuk tidak lalai dalam mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya. Juga arahan pimpinan yang taat kepada perintah Allah SWT.

      Terima kasih mbak atas pesanan dan ingatan yang berbobot.
      Salam hangat kembali dari saya buat mbak sekeluarga. 😀

  6. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Alhamdulillah bisa mencermati postingan yang penuh manfaat, yang mengajak kita untuk mau menghargai sejarah. Saya sepakat dengan Mbak bahwa “sejarah mengajar kita untuk menghargai apa yang tidak kita ketahui sedang berlaku saat tersebut.” Bukankah kepada sejarah kita mesti belajar, agar bisa mengambil teladan yang ada dan memperbaiki diri dari keburukan yang terjadi.

    Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dari setiap peristiwa yang telah terjadi, sehingga tidak akan mengulangi hal-hal yang kurang baik di kemudian hari.

    Salam hangat penuh hormat untuk Mbak Fatimah sekeluarga…

    • Insya Allah, berniat, berdoa dan berusaha adalah langkah awal untuk mendapat perhatian dari Tuan Rumah Yang Agung. Jangan pernah berputus asa mengharap panggilan dari-NYA.

      Terima kasih Saudana.
      Salam kenal. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Doelsoehono…

      Kita selalu merindui apa sahaja yang menjadi jejak Rasul.
      Lebih-lebih lagi kita dapat melihat dengan sendiri dan berada di dalam kawasan sejarah itu.

      Sama-sama kembali. Semoga beroleh manfaatnya.
      Salam hormat. 😀

  7. Pingback: CT221. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (2): MERAWAT SAKIT KEPALA (MIGRAIN) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.