CT320. KEBUN FATIMA (3): BUNGA KEMBANG 10 PAGI @ ROS JEPUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kembang10Fatima1pagi

*

BUNGA KEMBANG PUKUL 10 PAGI atau dikenali sebagai ROS JEPUN, menjadi pilihan kedua saya setelah  BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI. Kedua-dua bunga ini sangat mudah ditanam dan dijaga. Rupa dan bentuknya yang cantik saat  berkembang menjadikan halaman rumah saya indah berseri.

Buat masa ini, kebanyakan bunga yang saya tanam adalah di dalam pasu. Kawasan rumah yang luas memerlukan masa yang lama untuk memulihnya semula setelah tidak dipedulikan. Mungkin cuti sekolah yang panjang amat sesuai untuk aktiviti tersebut.

Hanya beberapa jenis bunga sahaja yang ditanam di atas tanah seperti bunga Hydrangea, bunga Matahari, bunga Dwarf Pink dan Putih dan bunga Desert Petunia. Kesemua bunga ini masih dalam peringkat awal pertumbuhan. Mudahan beberapa bulan lagi akan nampak seri bunganya yang berwarna warni.

*

Kembang10Fatima22BungaBerandaRumah

Bunga Dalam Pasu di beranda rumah

*

Kembang10Fatima23HalamanRumah

Bunga dalam pasu di halaman rumah

*

Kembang10Fatima2AtasTanah

Anak-anak benih bunga yang di tanam di atas tanah. Musim panas dan hujan tidak menentu mungkin menjadi faktor anak bunga matahari saya kurang sihat seperti bunga-bunga yang lain.

*

LEBIH BANYAK DAUN DARI BUNGA

Setelah dua bulan berusaha menanam bunga Kembang Pukul 10 Pagi (baca: Ros Jepun) bersama dengan bunga Kembang Pukul 8 Pagi, ternyata pertumbuhan Ros Jepun tidak semudah yang disangka. Saya selalu berfikir kenapa Ros Jepun kurang meransang pertumbuhannya berbanding Kembang Pukul 8 Pagi.

Ketika membelinya di pasar, saya membawa balik keratan bunganya yang segar mekar dan mengasyikkan, seperti foto di bawah.

*

Kembang10Fatima3Keratan batang

Keratan batang bunga Kembang Pukul 10 Pagi @ Ros Jepun yang dibeli dengan harga RM2.50 seikat

*

Kembang10Fatima4BaruTanam

Keratan batang dicucuk atas tanah dengan beberapa jarak agar bunga mendapat makanan yang setimpal dengan jumlah tanah kediamannya.

*

Kembang10Fatima5barukembang

Berbunga dari keratan batang yang baru dibeli. Awalnya nampak cantik berseri dan mekar.

*

Kembang10Fatima6Kembang10besar

Bunga Kembang Pukul 10 Pagi bersaiz besar yang dibeli dengan harga RM5 untuk 10 batang sahaja. Ia sangat mahal tetapi sangat cantik dengan bunga yang berwarna warna. Bentuk bunga tidak seperti Ros Jepun. Hanya daun yang serupa. Entah apakah nama bunga ini tidak diketahui kerana penjualnya juga tidak tahu namanya.

*

Kembang10Fatima18RosJepun

Inilah bunga Kembang Pukul 10 Pagi @ Ros Jepun yang sudah subur dengan dedaun yang mengembang keluar dari pasu. Namun bunganya kurang dan mekarnya tidak sekata.

*

Kembang10Fatima7pukul8dan10pagi

Setelah diberi baja bunga dan daun, kesuburannya semakin bertambah dan meriah

*

Kembang10Fatima8RosJepun

Bunganya masih belum banyak berbanding daun. Pokok ini berbunga secara bergilir-gilir hari dan tidak berbunga banyak. Saya harap suatu hari nanti bunganya melimpah dalam pasunya seperti beberapa bunga yang saya lihat di beberapa blog di internet. Pasti cantik.

*

TIPS PENJAGAAN

Tips penjagaan bunga ini sama seperti penjagaan bunga Kembang Pukul 8 Pagi.  Jika anda ingin mengetahui CARA MENANAMA BUNGA dan CARA MEMBAJA bunga ini, sila merujuk di posting  CT314. KEBUN FATIMA (2): BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI.

Menanam bunga perlu banyak sabar. Saya akui ada ketikanya semangat menjadi lemah apabila melihat bunga yang tidak sihat dan mekar seperti bunga di taman orang lain. Di mana salah dan silapnya menanam bunga sehingga ia tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Begitu juga dengan cuaca yang tidak menentu sehingga ada yang terlebih air menjadikannya lemas dalam kehujanan yang panjang. Namun semua itu berusaha saya hadapi dengan sabar dan berazam untuk tidak berputus asa sehingga melihat bunga-bunga berkembang mekar di halaman rumah saya.

*

KOLEKSI KUNTUMAN

Beberapa kuntuman bunga yang di”crop” sebagai koleksi untuk kenangan saat sedang mekar dengan cantik. Selamat menikmatinya dengan senang hati.

 

Kembang10Fatima7RosJepun1

*

Kembang10Fatima8RosJepun

*

Bagaimana dengan anda, apakah sudah mula menanam bunga di rumah ? Mari kita lestarikan alam sekitar dan menjadikan rumah kita bercahaya dengan bunga yang mekar segar.

*

CINTA PADA BUNGA… BUNGA AKAN LAYU. TETAPI MENCINTAI PENCIPTA BUNGA… ENGKAU ABADI DALAM CINTA-NYA.

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima20 Mac 2015 (Jumaat)/ 29 Jamadil Awwal 1436H/ 11.15 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengingati diri agar tidak pernah lelah dengan cabaran hidup yang silih berganti dalam kehidupan ini. Tanpa susah dan duka, kita tidak tahu bagaimana akhirnya kesudahan dari kesukaran itu. Maka, jangan pernah berburuk sangka dengan dugaan Allah. Pasti ada senyuman yang menanti di penamat garisan. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Hari ini, kegembiraan dapat dinikmati setelah diizinkan Allah mendatangi kehidupan kita. Maka, salurkan rasa bahagia itu kepada sesiapa yang ada di sekeliling kita untuk menerima aura yang sama sebagai satu sedekah yang tidak berupa. Semoga sejahtera dalam keredhaan Allah SWT.  Aamiin. Wassalam. 🙂

*

TulisFatima1

*

ENGKAU ADALAH BUNGA HATI YANG MENYEGARKAN NURANI

23 thoughts on “CT320. KEBUN FATIMA (3): BUNGA KEMBANG 10 PAGI @ ROS JEPUN

  1. Masya Allah, Mbaaak, indah sekali ya. Saya juga suka menanam bunga dan merawatnya. Hehe… meski lebih banyak yang berdaun daripada bunganya. Dengan demikian jadi segar sekitar rumah. Jadi semakin besar bersyukur kepada Allah Yang Maha Indah.

    • Alhamdulillah, tanaman hijau yang ditanak di sekitar rumah mempunyai kepentingan tersendiri dengan membekalkan oksigen kepada kita. Oleh itu, eloklah melestarikan alam ini dengan aktiviti menanam bunga. Itulah antara nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia di bumi.

      Salam takzim dan terima kasih, mas Amazzet.

    • Baru ada semangat bertanam semula, Kak Paridah.
      Maka, bunga Ris Jepun dan Pukul 8 Pagi menjadi pilihan kerana mudah ditanam dan indah dipandang.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Selfiedermen…
      Alhamdulillah, sekadar mengisi masa lapang dengan berbagi sesama kita.
      Mudahan bermanfaat ya.

      Terima kasih sudah mampir kemari.
      Salam manis selalu. 🙂

  2. Salam….boleh saya nak beli bunga jepun ddari fatimah…saya tertarik dgn pelbagai jenis bunga….tq…

    • Salam sejahtera Che Salina… hendak tahu, Che Salina ni tinggal di mana. Alaaah, tak payah beli-beli. Saya beri percuma aje.

      Kalau dekat rumah saya, boleh terus datang ke rumah. Kalau jauh, hendak kirim macam mana ya. Tak ke layu bunganya nanti. Bunga ini tidak tahan lama. Mudah layu dan reput kalau terlalu lama dalam simpanan.

      Terima kasih kembali dan salam manis. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Siti Karmila…

      Mun di Kuching, mungkin ada dijual. Biasanya di Pasar minggu. Saya pun beli di pasar minggu di Sarikei. Mudahan kitak bertemu bunga ya kelak. Kitak di Kuching, diam di siney.

      Terima kasih atas kungan Siti dan salam manis. 🙂

    • Salam kembali Sis…. balasan tok dalam bahasa Malaysia bukan bahasa serawak sebab pernah ditanya orang dolok. Kamek kopi-pes ajak untuk pengetahua kitak di Mukah nun.

      ************************

      ok… Akak tahu itu. Serangga putih yang merosakkan pokok. Pokok bunga akak juga pernah diserangnya.

      Akak beri petua untuk menghapus ulat atau serangan serangga. Ia seakan racun serangga tetapi boleh dimakan dan langsung tidak merbahaya. Bahannya ada dalam rumah kita sendiri.

      Ambil sebiji (sebuku) bawang putih, 5 biji chili hidup (pilih yang dah busuk pun boleh) atau chili kering. 2 bawang besar, 2 sudu minyak masak dan satu liter air.

      Blendkan semua bahan tersebut atau sedikit-demi sedikit sehingga hancur dan cair. Kalau pekat boleh tambah air lagi.

      Setelah itu spraykan kepada pokok yang kita kehendaki. Insya Allah ulat atau serangga tidak akan datang menyerang. Malah pokok akan jadi segar dan bercahaya.

      Cubalah, akak sudah melakukannya dan tiada serangan lagi. Mungkin bau chili yang pedas dan bawang putih itu menghalau kehadiran mereka.

      Selamat mencuba dan maklumkan nanti hasilnya ya. 🙂

      ******************************

      Mudahan kita dapat mencubanya. Sik susah molahnya.
      Terima kasih bertanya dan harap dapat membantu masalah kitak.
      Salam sejahtera. 🙂

      • PENGALAMAN SAYA MENANAM 17 JENIS BUNGA KEMBANG PAGI NI, CARA NAK GEMUK KAN POKOK DAN BANYAK BUNGA DENGAN MENGAULKAN TANAH MERAH YANG DIBELI KAT NURSERY DENGAN TAHI LEMBU KERING KEMUDIAN KITA AMBIL DUA GENGGAM TABURKAN ATAS POKOK TERSEBUT DAN SIRAM. DALAM MASA SEMINGGU BUNGA AKAN BANYAK DAN DAUN AKAN HIJAU. TENTU ORANG TENGOK AKAN GERAM!!! TAK PAYAH LETAK BAJA BIJI TU PANAS !KEMUDIAN KITA CUNGKIL TANAH BAHAGIAN TEPI PASU SEKADAR ANGKATKAN SHAJA KEMUDIAN TABUR TANAH TADI

  3. Assalaamu’alaikum wr.wb, Mariati Mazlan…

    Wahhhhh…… banyaknya bunga kembang pagi yang Mariati sudah tanam, pasti berseri-seri halaman rumah dengan bunga yang pelbagai warna dan menceriakan.

    Terima kasih kerana sudah berkongsi pengalaman yang sangat bermanfaat di atas. Cuma di Sarikei ini hendak mencari baja tahi lembu kering sangat susah. Baja tahi ayam yang sudah dijadikan tepung itu ada dijual. Apakah sesuai juga ya ?

    Untuk setakat ini, saya menabur semua jenis bunga dengan aji no moto dan ternyata iya sangat berkesan juga. Mariati boleh membaca tentang ini di posting saya yang berikut:

    https://webctfatimah.wordpress.com/2016/05/30/ct389-kebun-fatima-10-aji-no-moto-msg-meningkatkan-tumbesaran-pokok-bunga-kembang-8-pagi/

    Mudahan Mariati mendapat kebaikan dari perkongsian ini agar kita sama-sama dapat menambah seri lagi keindahan rumah kita.

    Terima kasih sudah berkunjung dan salam kenal. 🙂

  4. Pingback: CT450. KEBUN FATIMA (16): BUNGA PETUNIA MEKAR SEPANJANG TAHUN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.