CT394. HADIAH PUASA IEESYAH 2016 : MY BIRTHDAY CAKE PLAY DOUGH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

DohIeesyahFatima1HadiahPuasa2016

MINAT

Keinginan Ieesyah untuk memiliki permainan doh sudah lama. Hal ini bermula di awal usia 4 tahun apabila Ieesyah dibenarkan bermain dengan tanah liat.

Namun begitu, saya tetap bimbang kerana  tanah liat dilihat boleh merbahayakan anak sekecil Ieesyah yang mungkin mengganggap tanah liat sebagai makanan.

Maka saya mengambil inisiatif untuk lebih selamat pada nyawa, saya memberi Ieesyah bermain dengan tepung gandum (flour) untuk membuat doh. Ieesyah sangat seronok dan menghayati permainan tepung ini.

Tepung gandum mudah dibentuk dan boleh dimakan. Ia juga tidak mengandungi toksid (racun) dan selamat untuk anak-anak bermain dengannya berbanding dengan tanah liat yang masih diragui keselamatan bahannya.

*

HAJAT IEESYAH

Sebelum bulan Ramadhan menjelang, keinginan Ieesyah untuk memiliki permainan doh yang dinamakan Play Dough sudah semakin tinggi. Hampir setiap hari Ieesyah menunjukkan kepada saya demontrasi Play Dough di dalam You Tube. Sebenarnya, ada maksud tersirat.

Saya melayani keseronokan Ieesyah dengan bersama-sama menonton demontrasi Play Dough di dalam You Tube yang ditunjukkannya. Ieesyah meminta saya membelinya Play Dough sebagai hadiah tamat puasa tahun ini. Saya hanya menggangguk untuk memujuknya. Dalam hati, saya berjanji mengabulkan permintaanya. 😀

Hampir setiap hari juga saya disajikan dengan lagu Play Dough Dough oleh Ieesyah. Lagu ciptaannya sendiri. Dinyanyikan dengan penuh semangat. Lagu itu memenuhi seluruh ruang rumah. Bingit sekali telinga saya mendengarnya.

Jika setiap hari lagu itu dikumandangkan sebagai menggambar hajat hatinya, sudah tentu hati seorang ibu akan luruh dan tersentuh. Segenap jiwa saya menaruh kasihan dan simpati dengan keinginan Ieesyah untuk mememiliki permainan Play Dough tersebut.

*

HADIAH BERSYARAT

Lalu saya membuat MOU (memorandum persefahaman) dengan Ieesyah.  Jika saya membeli permainan Play Dough dalam masa terdekat dan Ieesyah dapat menamatkan penuh puasanya, maka permainan itu otomatik jadi miliknya. Tetapi jika tidak tamat, Ieesyah harus membayar harganya kembali.

SET ! Ieesyah setuju 100 peratus. Maka, saya dan SPH menjalankan operasi mencari kedai yang menjual permainan ini. Alhamdulillah, pada puasa HARI KETIGA, Ieesyah dengan gembiranya menerima permainan Play Dough yang dibeli dengan harga RM66.90.

Menurut saya harga itu sangat mahal jika dibandingkan dengan jumlah peralatan permainan yang disediakan. Entah apakah yang menyebabkan Play Dough ini bernilai tinggi ? Malas nak fikir. 🙂

*

MY BIRTHDAY CAKE PLAY DOUGH

Inilah hadiah PUASA PENUH yang diterima awal oleh Ieesyah pada HARI KETIGA. Ieesyah dengan hati gemilang, sangat suka cita dan riang ria menerimanya.

“Terima kasih, Mama. Sayang Mama.” ucap Ieesyah sambil memeluk saya dan ketawa senang. Rasa bahagia menyelinap di hati melihat kegembiraannya.

Tanpa membuang masa, Ieesyah terus mengoperasi kemahirannya dalam membentuk kreativiti dan inovasi menggunakan doh tersebut.

*

DohIeesyahFatima2KotakDoh

Bahagian hadapan menggambarkan contoh kek-kek doh yang boleh ditiru. 😀

*

DohIeesyahFatima3BahanDoh

Bahagian belakang kotak yang menggambarkan peralatan di dalam kotak dan contoh pembuatannya.

*

DohIeesyahFatima4PeralatanDoh

Beginilah set peralatan yang sudah dikeluarkan dari kotak

*

HASIL KREATIVITI IEESYAH

Foto-foto berikut merupakan sebahagian dari kreativiti Ieesyah di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, dengan adanya play dough ini, dapat juga Ieesyah mengurangkan perhatiannya dari mengingati rasa perut lapar.

Lebih mengharukan hati saya, semua kreativitinya diberi untuk Mama. “Mama nak pesan apa, nanti Ieesyah buat khas untuk Mama.”

Dengan penuh semangat Ieesyah membina kreativiti membuat pelbagai jenis makananan. Saya turut terhibur malah kagum dengan usaha Ieesyah. Lihatlah hasilnya, sangat kreatif, kan !

 

DohIeesyahFatima5BurgerDaging

Burger Daging untuk Mama

*

DohIeesyahFatima6Donat

Donat bersalut coklat untuk Mama

*

DohIeesyahFatima7Aiskrim

Ais krim untuk Mama

*

DohIeesyahFatima12SetHidanganSiang

Hidangan set makan siang untuk Mama

*

DohIeesyahFatima13KekBirthdayIeesyah

Kek Birthday Ieesyah

*

DohIeesyahFatima14KekBirthdayMama

Kek Birthday Mama

*

KREATIVITI TERSERLAH

Ternyata pengalaman Ieesyah membuat kek menggunakan doh di atas, sangat berguna kepada saya apabila Ieesyah membantu saya membuat biskut raya tahun ini. 🙂

*

DohIeesyahFatima15BiskutOatCoklat

Inilah Biskut Oat Coklat cetakan Ieesyah untuk raya tahun 2016.

*

Alhamdulillah, begitulah jika kita dapat manfaatkan krativiti anak-anak. Sudah tentu anak-anak menyukainya. Beruntungnya, kerja membuat biskut semakin ringan kerana ada yang membantu dengan penuh semangat.

SELAMAT BERPUASA

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 Jun 2016 (Khamis)/ 25 Ramadhan 1437H/ 1.33 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. harus selalu belajar menerima kritikan dengan redha. Bukan mudah menadah hati kerana hati mudah tercalar. Bukan senang menerima kata kerana kata senang menyelar. Tetapi apabila hati disabar dengan iman, sudah pasti ada penawarnya. Yang penting, ingatan kepada Allah tidak pernah dilupa. Itulah kunci pengubat jiwa. Aamiin Allahuma Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Seiring masa berlalu, ingatan padamu tidak pernah luntur. Ku sebut namamu, namun ada rindu yang lebih dari itu. Ku pahat setiap aksaramu di semaian hati tanpa pernah jemu. Setulus hati doa dihulur untuk kesejahteraanmu. Aamiin.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

10 thoughts on “CT394. HADIAH PUASA IEESYAH 2016 : MY BIRTHDAY CAKE PLAY DOUGH

    • Iya kang, jika tidak diteliti betul betul memang seakan makanan asli. Anak-anak suka mencuba sesuatu yang menarik perhatian mereka sehingga makan tanah liat juga tidak menjadi masalah buat mereka. Tindakan membuang itu satu langkah yang bijak. Elok diberi tepung gandum sebagai gantinya. Lebih selamat.

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung kemari.

    • Betul mas Alris, jangan sampai sudah terjadi sesuatu yang buruk baru bertindak, itu sudah terlambat. Sebaiknya kita mengambil perhatian di peringkat awal dan memastikan keselamatan mereka agar tidak menyesal di kemudian hari.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam Ramadhan yang mulia.

  1. Assalamu’alaikum Kak…
    Tadi siang baru saja dapur saya dibuat berantakan dan lantai berminyak karena anak2 membuat play doh sendiri. Meskipun sedikit kesal karena harus membereskan bekasnya, tapi saya lebih suka demikian karena anak2 jadi kreatif memanfaatkan bahan yang ada dan tentu saja tidak berbahaya.

    Ieesyah kreatif sekali ya… pasti kalau sudah bisa membuat kue sendiri akan jadi chef yang mahir.

    Anak2 juga suka bagian mencetak kue kalau saya sedang membuat kue. Saya biarkan saja mencetak sesuai keinginan biar kreativitas tidak macet.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dyah….

      Hehehe…. anak-anak kecil memang begitu mbak. Kita harus sabar dengan kesibukan mereka dengan dunia yang baru diterokai. Tambah lagi kalau melihat kita membuat kue di dapur pasti mereka sangat teruja untuk membantu. Saya sangat memahami kondisi mbak Dyah itu kerana saya telah melaluinya.

      Mudahan kreativiti anak-anak tidak kita sekat agar mereka tumbuh dengan pemikiran yang positif dan aktif. Kita juga dapat berkongsi kegembiraan menyambut hari raya dengan mereka. pasti bila besar nanti mereka akan teringat dan terkenang.

      Selamat Ramadhan dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂

  2. hasil play dough nya bagus- bagusss.. jadi lapar juga ngeliat hasil nya hahahaha…
    Salut dehh kreatif banget ya Ieesya… semoga nanti bisa membuat kue benerann nyaa yaaa 😀

    salam..

    • Alhamdulillah, begitulah menurut saya juga. Ieesyah sangat kreatif dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan ideanya. Insya Allah, apabila sudah dibiasakan dengan pembuatan kek dan biskut seperti ini, mudahan naluri keinginan dalam bidang masakan akan menyerlah seperti mamanya ini. 🙂

      Terima kasih Fahrizinfa sudah berkunjung dan salam kenal.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Tidak apa-apa mbak. Memang kita mempunyai kesibukan masing-masing. Semoga mbak dan keluarga sejahtera selalu.

      Salam Ramadhan di hari terakhirnya dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.