CT236. PENGALAMAN ADALAH GURU PALING KEJAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PengalamanFatima1PalingKejam

*

Sebaik sahaja menghantar TIGA tugasan terakhir iaitu Laporan Projek Masjid, Proposal Penyelidikan dan Instrumentasi kepada Prof. Madya Dr. Ab. Halim jam 5.00 petang (21 November); dunia ini bagai saya yang punya.

Lapang rasa dada. Luas dan ringan rasa otak. Langkah kaki makin mudah dan laju geraknya. Senyuman tak usah cerita. Sentiasa terukir di bibir menandakan perjuangan 14 JAM TANPA TIDUR itu mencapai matlamat dan sasaran.

*

KERJA GILA

Bukan ambil mudah sahaja dalam membuat tugasan ini. Apabila memikirkan kejayaan diri menyelesaikan 8 TUGASAN dalam tempoh 26 HARI menjadikan saya seorang pemikir.

Memikirkan bagaimana keupayaan saya sebagai manusia mampu melakukan “KERJA GILA” ini. Selain itu ia merupakan pengalaman yang berharga. Tetapi pengalaman ini benar-benar dianggap sebagai…

GURU YANG PALING KEJAM.

 

kejayaan20

*

KRONOLOGI “GURU PALING KEJAM”

Lumrahnya belajar ini, tidak pernah berakhir dalam episod hidup manusia walau sampai ke liang lahad. Episod hidup yang menjadi kemuncak rasa payah dan tingginya nilai masa juga ilmu bagi saya, bermula dengan pengurusan Projek Masjid pada 27 Oktober (Isnin).

Berikut adalah kronologi PENGALAMAN ADALAH GURU PALING KEJAM dalam peristiwa perjuangan saya untuk mengejar masa dalam meraih beberapa KEJAYAAN bagi menyelesaikan tugas yang diamanahkan.

1. Menyedia “power point” hasil analisa kajian rintis, keperluan untuk Kursus Kaedah Penyelidikan 2 (Statistik) yang mesti dibentang pada 1 November (Sabtu) di hadapan 43 pelajar sarjana pelbagai bidang bersama Dr. Jamil Ahmad di Dewan Budiman, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Menyedia laporan lengkap kajian rintis yang mesti dihantar pada 16 November (Ahad)  bersamaan tarikh Peperiksaan Statistik. Alhamdulillah saya dapat menyiapkan laporan dan dihantar pada 7 November (Jumaat), 10 hari awal dari tarikh yang ditetapkan. Satu perjuangan yang sangat keras dalam melawan waktu.

3. Dalam kesibukan menyiapkan laporan kajian rintis, saya bersama Shima membuat urusan dengan Dr. Ab. Halim, pihak sekolah, pihak masjid, pihak pembekal dan lain-lain urusan berkaitan dengan program Menjentik Minda (Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM Berasaskan Masjid) yang berlangsung pada 10  – 12 November (Isnin-Rabu).

4. Program Masjid (10 – 12 November) dilaksanakan. Sepanjang program hati saya berbaur resah. Hanya ada 4 hari untuk mengulangkaji bagi menduduki PEPERIKSAAN STATISTIK yang berlangsung pada 16 November (Ahad). Alhamdulillah program berjalan lancar tanpa sebarang konflik.

Kini, tumpuan 100% kepada ulangkaji STATISTIK yang telah direncana SANGAT KETAT. Saya seperti PEMBURU WAKTU yang mengejar masa untuk memandaikan diri dalam ILMU STATISTIK. Saya sangat lemah dalam STATISTIK dan tidak suka bermain dengan angka. 😀

HarikuFatima

*

5. Selesai majlis penutup Program Masjid, jam 11.00 pagi pada 12 November (Rabu,) PERJUANGAN PUN BERMULA Saya sudah bersedia untuk menghadiri kelas tuisyen Statistik dari jam 2– 5 petang. Kelas berlangsung tiga hari berturut-turut  iaitu pada 12-14 November (Rabu-Jumaat). Bersamaan tarikh tersebut, saya belajar dengan pelajar sarjana Sains, bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari sebelum ke kelas tuisyen. Malamnya pula saya berkumpul dengan pelajar sarjana Matematik.

6. Tarikh keramat – UJIAN KERTAS STATISTIK, 16 November (Ahad). Semalam hanya tidur 3 jam sahaja. Tempoh 4 hari belajar secara pukal itu diharap membuahkan hasil. Tanpa pengalaman mempelajari ilmu Statistik menjadikan saya belajar dari ZERO. Ini satu cabaran PALING HEBAT untuk saya menguasainya. Peperiksaan bermula jam 9.00 hingga 12 tengahari (3 jam). Ujian hari ini menjadi penentu “gagal atau lulus” apa yang saya pelajari sepanjang 14 minggu menghadapi kuliah STATISTIK.

Alhamdulillah, keputusan yang diterima beberapa bulan kemudian, saya mendapat GRED B dalam STATISTIK. 😀

 7. Alhamdulillah, tarikh 20 November (Khamis) Laporan Masjid siap sepenuhnya pada jam 5.30 petang. Pada jam 7.45 malam pula, saya bergegas ke Perpustakaan Tun Sri Lanang untuk menyambung permurnian Bab 2 : tinjauan Literatur dan instrumentasi kajian saya sehingga jam 11 malam.

Balik ke rumah sewa, saya tidur sebentar untuk menghilangkan penat dan bangun jam 2.30 pagi (21 November – Jumaat). Bermula 2.30 pagi, saya bertekad untuk siapkan proposal dan intrumentasi serentak sebab petang (jam 5) dah nak hantar kepada Dr. Halim. Jam 7.30 pagi saya ke Pusat Sumber Fakulti untuk merujuk bahan tesis yang lalu sebagai maklumat tambahan.

Jam 1.00 balik ke rumah dan menyelesaikan tugasan akhir yang menjadikan kemuncak kepala saya rasa seperti “kepala gajah”. Saya ada 4 jam lagi untuk menyelesaikan proposal. Sambil hati sentiasa berdoa dengan Allah supaya saya mampu melaksanakan tugasan terakhir itu.

8. Tarikh 21 November (Jumaat). Tarikh kemuncak untuk tiga tugasan iaitu Laporan Masjid, Proposal Penyelidikan dan Instrumentasi mesti dihantar kepada Dr. Halim sebelum pulang kampung.  Alhamdulillah, jam 4.00 petang; Proposal dan Instrumestasi siap dengan jayanya. Saya memandu dengan gembira memasuki Kampus UKM dan bergegas menuju ofis Dr.Halim.

Jam 5.00 petang saya dengan hati yang lapang, gembira dan ceria…berjalan laju menuju ke pejabat Dr. Halim dan menyerahkan tiga tugasan tersebut walau mata sudah mula mengecil mahu didodoikan setelah 14 jam bersengkang mata. 

Maka …hadiah paling hebat untuk jasad saya adalah TIDUR. Zzzzzz….zzzzzzz.

kejayaan12

*

TIDUR

Setelah menunaikan segala hak-hak Allah. Saya dengan bahagianya beradu hingga ke pagi. Selamat Tidur dengan tenang dan bersyukurlah atas pengalaman payah sebagai seorang pelajar. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan sepanjang hayat dan menjadi istimewa buat bekal meniti kejayaan seterusnya.

*

PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK

Selain menjadi GURU PALING KEJAM kerana perlu melalui kesukaran dan keletihan yang “maksimum”, Pengalaman juga adalah GURU PALING BAIK yang mendidik saya erti sabar, tabah, berani dan yakin untuk mencapai kejayaan dengan usaha sungguh-sungguh untuk merealisasikan impian dan cita-cita.

ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN

Saya mengingati diri bahawa hidup ini penuh dugaan, ujian dan cabaran. Allah SWT selalu menguji kita mengikut kemampuan. Oleh itu, setiap inci cabaran mesti dihadapi, walaupun kita berusaha untuk menghindarinya.

Selagi kita tidak cuba mendepani cabaran, selagi itu kita tidak tahu kemampuan kita yang sebenarnya. 

CEMERLANGFATIMAKU

Posting ini ditulis kerana ingin berkongsi pengalaman tentang kepayahan mencari ilmu, susahnya belajar dan menyelesaikan cabaran (masalah). Semoga pengalaman ini memberi kebaikan buat PARA PELAJAR MAHASISWA DI MENARA GADING.

ALHAMDULILLAH WA SYURULILLAH

*

***************

SalamFatima3SalamFatima23 Mac 2014 (Ahad)/  21 Jamadil Awwal 1435H/ 9.46 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. merenung diri dalam bias kaca yang berbilang rasa. Tika hati mengadu tentang payahnya menanggung rindu pada masa ceria yang sudah ditinggal usia. Lalu, aku cuba menghilang kerinduan itu dengan zikrullah agar hati menjadi tenteram dan bahagia. Jika semua cerita hidupku dapat dibukukan dalam tugu ingatan, akan ku simpan buat kenangan sehingga musim daunku berguguran menatap bumi yang kelam. Hakikatnya, hidup ini mesti diteruskan dalam harapan yang masih berteka silang. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu….Jika redup mentari memancarkan sinar pelangi di musim hujan yang merenjis cahaya berkilauan indah, itulah senyumku padamu. Wassalaam. 😀

RinduFatima2RasadanJiwapadamu

*

MOZAIK KEHIDUPAN KITA MEREMBES SERIBU CERITA

*

22 thoughts on “CT236. PENGALAMAN ADALAH GURU PALING KEJAM

  1. Assalamualaikum bunda,
    syukurlah semua tugas itu selesai sudah,
    ada kelegaan menyelesaikan sesuatu yang kurang kita pahami,
    pengalaman sangat berhaga bagi yang lain.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….
      Alhamdulillah, semua pengalaman itu mematang dan mendewasakan kita dalam melakukan sebarang tindakan.

      Terima kasih mbak dan salam manis selalu. 😀

  2. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    semua tugas telah selesai membuat hidup tanpa beban lagi
    pengalaman adalah guru agar kita selalu siap menghadapi segala ujian dari Allah Sang Pencipta kita

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, FJ4U….
      Alhamdulillah, tugas berat ditempuh pada saat proses melakukannya. Menjadi ringan apabila penghujung jalan sudah ditemui destinasinya. Melalui proses itu, kita dapat membina upaya diri dalam menempuh cabaran yang lebih besar lagi. Demikianlah Allah SWT menguji hamba-NYA.

      Terima kasih dan salam kenal. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Ndesoedisi….

      iya, saya setuju. Pengalaman adalah guru paling mahal kerana secara ekslusifnya, Allah SWT memilih kita untuk melaluinya kerana DIA tahu kita mampu menempuhnya.

      Terima kasih atas soalan tersebut. Bagus dan mencerahkan.
      Salam sejahtera dan salam kenal. 😀

  3. Assalamu’alaikum wr.wb, Mbak Fatimah.

    Luar biasa kerja kerasnya sampai tidak tidur selama 14 jam. Salut Mbak…
    Dan akhirnya sukses juga mendapat grade B. Ini hasil yang memuaskan untuk kerja keras itu.

    Sekarang, selamat istirahat Mbak. Selamat tidur dengan nyenyak.

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Melanjutkan pelajaran dalam usia begini memberi kelebihan melalui kematangan diri untuk sanggup berkorban masa, tenaga dan kesihatan. Banyak perkara perlu diberi perhatian dengan serius agar apa yang diingini dapat dicapai dalam masa yang dikehendaki. Terasa letih dan lelah, memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

      Terima kasih mas Titik atas kunjungan
      Salam hormat. 😀

  4. Assalamualaikum
    Terkadang tugas satu bagi orang tertentu amatlah berat, namun bagi orang lain tugas banyak adalah tantangan dan termotivasi untuk menyelesaikan. Umi adalah bagian yang kedua, sosok yang bekerja keras, cerdas, tuntas dan ikhlas. Sosok yang berpengalaman yang patut dijadikan tauladan.
    Sukses selalu untuk umi.
    Salam hangat dari kota hujan, Bogor 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey…

      Membayangkan diri dalam kondisi di atas, serasa tidak percaya Umi pernah melaluinya. Jika hati tidak kuat memang akan menangis akibat kelelahan dan beratnya tugas yang diamanahkan. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan tinggal kenangan untuk pengajaran yang bakal menempuh situasi yang sama.

      Aamiin Allahumma Aamiin. Terima kasih atas doa dari nanda Achoey.
      Salam sukses dan hangat kembali. 😀

  5. Zar, aku mau mampir sebentar nih. mau curhat dikit ya?
    aku nggak boleh ngeblog di wordpress lagi sama wordpress. akunku kayaknya di banned. aku jadi gak bisa nerusin ngeblog.
    terus aku ngerasa aku gak bisa tnulis. aku merasa tulisanku jelek semua dan salah semua. padahal aku seneng nulis dan pingin nulis.
    menurutmu aku harus gimana?

    • Hmmmm…. ini pasti tersalah tempat curhat ya, Wahyu. 😀
      Saya simpati mengetahui masalah yang Wahyu hadapi di atas.

      Kerana sudah “tersasar” kemari curhatnya, saya fikir jangan disalahkan sesiapa atau diri sendiri. Pasti ada kesilapan teknikal yang tidak diketahui puncanya. Jangan pula putus asa dan lemah semangat. Ramai yang sudah melalui hal yang sana. Saya juga pernah melaluinya hingga semua hasil karya tidak dapat dikembalikan semula ke maya. “Berkubur di maya.”

      Buka kembali blog baru, isi dengan catatan baru yang lebih menarik perhatian Wahyu dan anggap sahaja karya yang lalu sebagai satu latihan kemahiran menulis yang masih di peringkat bertatih.

      Semoga sukses dan ceria, Wahyu.
      “Don’t worry, Be happy”
      Salam sejahtera. 😀

    • Alhamdulillah, kadang kala didikan yang kejam lebih mematang dan mendewasakan kita dalam menghadapi sesuatu masalah. Tentu sekali kemampuan kita sedang diuji Allah SWT sebagai memberi kita kejayaan yang lebih bermakna.

      Terima kasih Ummu atas kunjungan dan doanya.
      Salam manis selalu. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.