CT170. MANISAN DAN MADU

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

ManisFatima1ManisanMadu

Membaca buku berkaitan Rasulullah SAW adalah rutin kehidupan saya. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dan meraih cinta yang tinggi kepada baginda SAW sebagai KEKASIH ALLAH SWT.

Kerinduan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata untuk menemui baginda SAW semakin menyemarak setiap kali membaca sirah Baginda Rasul bersama keluarga dan para sahabat besar yang diredhai Allah SWT. Hati menjadi bertambah kuat untuk mencontohi kehidupan mereka yang sangat mencintai akhirat.

“SYAMAIL MUHAMMAD SAW: KEPERIBADIAN RASULULLAH”, merupakan kitab yang sangat berharga kerana secara khusus memuatkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi tentang peribadi yang unggul. Manakala “BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW” adalah tulisan terkumpul dari Rusydi Ramli yang menceritakan secara ringkas sirah Baginda SAW beserta dengan gambar-gambar berwarna yang menarik. ManisFatima2BukuSyamaildanBiografiRasulullahSAW

BUKU “SYAMAIL MUHAMMAD SAW: KEPERIBADIAN RASULULLAH” – (282 halaman) dan “BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW” – (370 halaman)

*

Saya sarankan agar anda semua memiliki salah satu dari buku tersebut atau buku-buku lain yang seumpama. Membaca tentang sirah Rasulullah SAW membuat saya merasa dekat dan seperti berada di sisi Baginda SAW serta melihat dengan jelas segala rutin harian kehidupan baginda SAW melalui hadis-hadis yang diriwayatkan.

Alhamdulillah. Tentu semua ini menimbulkan keinginan yang tinggi untuk bersua muka dan berbicara secara langsung dengan Rasulullah SAW di suatu hari yang ditentukan Allah SWT. Tempatnya adalah SYURGA FIRDAUS. Sebuah perkampungan abadi yang menjadi destinasi untuk bersama KEKASIH yang tercinta. Hanya rahmat Allah SWT sahaja yang membawa kita ke sana berbekalkan ketaatan dan keimanan semasa di dunia ini. Aamiin.

*

MAKANAN YANG DISUKAI RASULULLAH SAW

Saya tidak mahu melebarkan ulasan tentang kedua buku di atas. Saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik perhatian saya di dalamnya iaitu MAKANAN yang disukai Rasulullah SAW. Antara banyak makanan yang Rasulullah SAW suka seperti cuka, buah kurma, buah labu, daging bakar, kaki kambing, tembikai, buah timun muda, cuka, minyak zaitun dan banyak lagi, saya sangat tertarik dengan dua makanan ini iaitu;

MANISAN DAN MADU

Pada halaman 102 dalam SYAMAIL MUHAMMAD SAW dan halaman 196 dalam BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW, ditulis hadis dari Aisyah r.ha.

ManisFatima3HadisSyamailRasulullahSAW

ManisFatima4HadisBiografiRasulullahSAW

*

MANISAN FAVORIT SAYA

Manisan merupakan kesukaan Rasulullah SAW. Tentulah apa yang Rasulullah SAW suka, saya juga suka. Tidak pula dinyatakan apakah manisan-manisan tersebut. Yang penting tentulah yang manis, enak dan menggoda selera. Yang halal dimakan. Yang mengenyangkan dan mempunyai khasiat tersendiri menurut keperluan yang dimakan oleh kita. Jika bercerita tentang manisan, saya adalah pengemar COKLAT dan AIS KRIM nombor 1. πŸ˜€

ManisFatima6CoklatdanAiskrim

(1) COKLAT HITAM

Apa sahaja jenis makanan yang berisi coklat adalah pilihan saya sama ada kek, ais krim, biskut. Namun pilihan utama adalah coklat itu sendiri. Dalam banyak jenis coklat, saya menyukai COKLAT HITAM (dark chocolate) berperisa PUDINA (mint). Saat mengunyahnya terasa berangin di dalam mulut. Paling nikmat ketika makan coklat hitam berpudina ini adalah sambil memejam mata sehingga menjilat jari. πŸ˜€Β  Allahu Akbar !Β  … jadi lapar ketika menulis tentang coklat ini.

Tentu sekali saya tidak memakan coklat hitam secara sembarangan tanpa mengetahui khasiatnya. Mari kita lihat kenapa saya memilih COKLAT HITAM sebagai manisan nombor satu.

ManisFatima7KebaikanCoklatHitam

*

(2) AIS KRIM

Apa-apapun jenis ais krim adalah menjadi kegemaran saya baik dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan hidangan lain seperti ABC (Air Batu Campur), minuman float atau dihidangkan bersama roti. Ais krim yang paling saya suka adalah CHOCOTOP (McDonald).

ManisFatima8ChocotopMD

Masya Allah…. setiap kali saya pergi ke mana-mana destinasi beli belah di Kuching atau Sibu, berjalan santai atau berada di airport KLIA dan LCCT, pasti stall ais krim McDonald menjadi tujuan utama. Sudah tentu CHOCOTOP akan menerima senyuman paling manis dari saya sebagai melepas rindu dan geram kerana di Sarikei, tidak ada. πŸ˜€

Selain itu, saya juga gemar memakan ais krim bersama dengan kacang tumbuk. Kerangupan kacang tumbuk memberi kenikmatan ketika mengunyah kacang bersama ais krim. Untuk ais krim bercampur kacang tumbuk saya memilih ais krim berperisa PUDINA atau coklat. Enaknya tidak terhingga sehingga menjilat jari. Hmmm… πŸ˜€

PeanutIceCream

*

MADU

Kita memahami dan dimaklumkan bahawa madu mempunyai khasiat yang sangat besar kepada kesihatan manusia.Β  Khasiat madu dijelaskan di dalam al-Quran di dalam surah al-Nahl, ayat 68-69 yang bermaksud:

” Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, buatlah sarang di bukit-bukit, di pepohonan kayu dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir.”

*

Saya menyukai madu. Tetapi jarang minum madu secara terus kerana rasanya terlalu manis. Biasanya saya makan madu bercampur air suam atau air zam-zam bagi mengurangkan rasa manisnya. Kecuali jika dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke pejabat di awal pagi, saya akan makan madu begitu sahaja. Berkerut-kerut dahi saya menahan rasa manis yang amat sangat.

Cubalah usahakan untuk selalu minum madu kerana khasiat madu sangat banyak dan mujarab untuk kesihatan badan kita. Saya tidak membicarakan tentang khasiat madu di sini. Sila cari sendiri kajian tentang madu yang banyak di internet. Jangan tunggu sudah berpenyakit baru hendak mencari ubat dan penawarnya. Jagalah kesihatan diri selagi masih berdaya untuk cergas. Insya Allah, kita akan selalu sihat dan bahagia dalam menempuh kehidupan ini. Aamiin.

ManisFatima9MaduPilihanku

Inilah madu pilihan saya dan keluarga untuk diminum setiap hari atau dijadikan ubat jika anak-anak sakit gigi, kesan terbakar atau kembang gusi. Alhamdulillah, dapat mereda dan menghilangkan kesakitan.

*

BAGAIMANA ANDA, APAKAH MANISAN YANG ANDA SUKAI ?

aneka Ice Cream

*

**************

28Β  Mei 2013 (Selasa)/ 18 Rejab 1434H/6.05 petang – Bintangor, Sarawak

AKU… tidak pernah menyalahi takdir yang dihadirkan dalam hidupku. Ingatlah.. Jangan menyalahkan takdir jika hidup yang dilalui ada kesukarannya. Allah SWT memberi kita akal untuk berfikir agar kita menjadikan kesukaran itu satu proses untuk kita mencapai kesenangan. Jangan kita merungut setiap kali ditimpa kesedihan dan musibah. Allah SWT memberi kita matahari yang segar sepanjang hari agar kita kembali tersenyum mengenangkan hujan tidak jadi turun. Ada orang yang lebih buruk hidupnya daripada kita.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

HarikuFatima

DEDIKASIKU UNTUKMU….. aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu. Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku. Sukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamu. Terima kasih pada Maha Cinta menyatukan kita. Saat aku tak lagi di sisimu. Ku tunggu kau di keabadian. Semoga berbahagia dalam kasih sayang Allah SWT. Aamiin. Wasslaam. πŸ˜€

*

Advertisement

30 thoughts on “CT170. MANISAN DAN MADU

  1. Assalamu’alaikum
    saya mengkonsumsi 1 sendok kurma cair yang saya tambah 1 sendok madu terkadang ditambat habat, paling tidak 2 hari sekali dan Alhamdulillah badan terasa lebih fit dan bugar

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Pakies…

      Minuman yang sihat untuk tubuh badan yang sihat. Saya belum pernah merasai kurma cair. Biasanya saya makan buah kurma bersama buah gajus dan habbatus sauda diambil secara tablet setiap malam sebelum tidur.

      Semoga selalu sihat dan jangan lupa berselawat atas Nabi SAW juga diniatkan sebelum makan. Mudahan diberkahi Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih Pakies atas kunjungan dan kongsiannya.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

    • Hai mbak Ely….

      Tidak pula saya tahu mbak.Saya sudah cuba cari, tetapi masih belum menemui faktanya. Cuma dimaklumkan bahawa coklat dengan kandungan koko (biji coklat) lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, karena coklat kaya akan kandungan antioksidan yaitu fenol dan flavonoid (seperti yang saya jelaskan tentang KEBAIKANNYA).

      Jika mbak menemui fakta buat COKLAT HITAM, sila kongsikan ya, mbak. Terima kasih.

      Salam manis buat mbak Ely. πŸ˜€

    • Iya benar. Sangat enak berbuka puasa dengan coklat terutama yang dijadikan malt coklat.
      Saya suka minuman coklat terutama jenama Cadbury. Baunya sungguh menyelerakan.

      Terima kasih Heru Piss.
      Salam kenal. πŸ˜€

  2. Pilihan saya pastinya madu…
    Umumnya madu rasanya manis, tapi di tempat kami ada loh madu yang rasanya pahit. Madu yang dihasilkan dari hutan pelawan disalah satu desa yang ada ditempat kami. πŸ™‚

    Umm… kebanyakan makan coklat dan ice cream… apa ngga bikin berat tubuh naik lebih cepat ibunda?

    • Madu memang pilihan yang tepat, Rizal.
      Oh begitu, saya belum pernah merasai madu yang pahit. Bagaimana warnanya ? Tentu berlainan dengan warna biasa madu yang diketahui.

      Apa pernah minum madu berwarna putih ? madu putih itu dihasilkan buat makanan bayi lebah diraja dan permaisuri lebah. hebat sekali. πŸ˜€
      Rasanya sangat manis dan baunya wangi. Nilainya sangat mahal.

      Memakan coklat hitam tidak menaikkan berat badan kerana kandungannya kurang gula selain rasa pahit dan manis dari kokonya sendiri. Cuma, jangan lupa bersenam untuk membakar kalori dan meningkat metabolisme kalau makan berlebihan. Wah… sensitif sekali kalau ditanya berat badan. πŸ˜€

      Terima kasih, Rizal untuk pencerahan dan kongsiannya.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

  3. Asalamu’alaikum Mbak πŸ™‚
    Madu yang diminum Rasulullah pasti dari mutu terbaik. Alasannya, sampai sekarang madu Arab masih yang terbaik di dunia karena kandungan airnya sedikit. Terus jaman dulu orang belum ahli menambahkan berbagai macam zat ke dalam madu, jadi madu yang dipetik diminum sebagai mana adanya…

    Mengenai yang manis-manis, aku juga suka sekali makan coklat, Mbak Siti..Walau tahu itu kurang baik bagi kesehatan hehehe..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Iya, mutu terbaik ketika itu kerana madunya asli tanpa campuran apa-apa. Tidak seperti madu sekarang, yang banyak ditambah gula.

      Apa yang saya dimaklumi ketika di Tanah Haramain. Madu terbaik di Tanah Arab adalah madu dari Yaman. Namanya Madu Sidr. Harganya sekilo (dalam botol) lebih kurang RM300. Sungguh mahal mbak. Terkilan saya kerana menolak untuk membeli madu itu. nanti jika ke sana lagi, saya akan beli madu tersebut.

      Madu Sidr selain madu terbaik di dunia termasuk juga madu paling mahal di dunia. Mengingat madu ini hanya dikeluarkan dua kali dalam setahun dan berasal dari pergunungan Hadramaut di Yaman dan Arab Saudi. Masa keluarannya telah berlangsung selama lebih dari 7000 tahun. Madu ini berasal dari lebah pohon suci yang dinamakan Sidr.

      Makan coklat memang enak saat sedang sibuk dan letih. Tidak apa, mbak. Coklat tidak menggemukkan terutama COKLAT HITAM. πŸ˜€

      Terima kasih atas kongsian dan pencerahannya.
      Salam manis selalu. πŸ˜€

  4. saya juga suka manismanis.da roti,pia dan snack.mengenai madu, selama ini saya tahunya madu itu kental jadi saya idak bisa meminumnya. seandainya dia bisa diencerkan dalam air baru saya bisa minum. baru saya suka. bu sitikalau beli madu harganya berapa ya?

    • Benar, tidak semua orang suka minum madu kerana rasanya walaupun manis dan diketahui khasiatnya yang dijelaskan di dalam al-Quran.

      Saya juga demikian sama di awal meminum madu. Hanya setelah mencampurkan dengan air suam, baru dapat dinikmati dengan berkesan.

      Tetpi jika dimakan bersama waffle yang masih panas, madu ternyata amat enak dimakan begitu sahaja.

      Terima kasih kang Iyan, jadikan madu minuman harian untuk kesihatan dan kecergasan. Salam ceria. πŸ˜€

  5. Highfive yuuk Mbak Fatima karena kita sama suka coklat, es krim dan banyak yang lain. Ah menyenangkan sekali menghabiskan waktu sore hari kita dengan menikmati coklat hangat. πŸ˜€

    • Menikmati sesuatu yang kita suka, memang menjadikan segala beban menjadi ringan terutama coklat dan ais krim.

      Mudahan suatu hari nanti, kita dapat bersama menikmati coklat dan ais krim bersama ya Araaminoe. πŸ˜€

      Terima kasih dan salam manis selalu.

  6. assalamualaikum wr.wb
    hai umi apa kabar?lama tak bersua dengan umi,anak durhaka kembali nih hehehehe
    aroma coklat sama ais krimnya umi membuat wiwing kembali *ngiler liat coklat sama es krim*

    salam sayang dan rindu selalu buat umi sayang πŸ˜‰

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Wiwing anak yang baik….

      Alhamdulillah, Umi sihat dan gembira menikmati minggu yang sibuk dengan tugas ini. Senang menerima kunjungan yang sudah lama Umi rindukan. Wing apa khabar di sana ?

      Mudahan kunjungan untuk Umi ini dirahmati Allah SWT dan diampunkan segala dosanya. Wiwing anak yang baik tentu selalu ingat dengan Umi walau di mana sahaja berada. πŸ˜€

      Wah… Wing juga suka makan coklat dan ais krim ya. Mudahan nanti kita dapat makan bersama dalam suasana indah di tepi pantai. Bila agaknya. πŸ˜‰

      Terima kasih hadir menyapa Umi. Mudahan kesibukan tidak menyita waktu Wiwing untuk menyapa Umi lagi.

      Salam sayang dan rindu juga dari Umi buat Wiwing. πŸ˜€

  7. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Saya setuju bahwa madu sangat baik bagi kesehatan. Begitu besar manfaat yang dihasilkan lebah bagi manusia. Bahkan kita pun mesti meniru kehidupan lebah yang mencari makan di tempat yang baik (pada bunga), dengan cara yang baik (tidak merusak kelopak bunga, daun, ranting, dan yang lainnya), maupun tidak serakah (yang dinikmati hanya yang menjadi haknya saja). Itulah sebabnya, yang dihasilkan lebah pun merupakan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Andai saja manusia mampu meniru cara-cara lebah dalam mencari nafkah, tentu kehidupan ini akan lebih terasa tenteram dan nyaman.

    Di tempat saya, di samping lebah ada pula penghasil madu yang lain, yang disebut “langseng”. Langseng ini sejenis lebah yang sangat kecil, biasanya berumah di dalam kayu di sekitar rumah. Madu yang dihasilkan ada 3 rasa: manis, asam, dan pahit. Adapun khasiat madu-madu tersebut baik pula bagi kesehatan Bila meminumnya satu sendok teh saja, badan akan terasa hangat.

    Terima kasih atas postingan yang sangat bermanfaat. Eh Mbak, bagi-bagi dong “ais krim”-nya. Saya sangat suka itu, he..he..he…

    Salam hormat selalu di Minggu pagi yang cerah ini…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Saya baru tahu adanya madu yang berasa masam. Ingin juga merasainya. Ternyata lebah ini banyak jenis dan dapat menghasilkan pelbagai rasa, warna dan kekentalannya. Dari sinilah, pengkaji madu lebah dapat mengkategorikan nilai madu yang terbaik dan berkualiti.

      Di Malaysia, madu yang dikatakan bernilai tinggi dan bagus khasiatnya adalah madu tualang yang diperolehi dari pokok tualang yang tingginya sampai 30 meter. Harganya juga mahal sehingga mencecah RM150 sebotol. Saya pernah merasai madu tualang ini. Rasanya pahit manis dan kuning kecoklatan.

      Benar mas Raden, kehidupan lebah sepatutnya dijadikan iktibar buat kita sebagai satu contoh teladan dalam disiplin hidup yang baik. Kerana itulah Allah SWT selalu membuat perbandingan di dalam al-Quran dengan mengaitkan haiwan dan unggas untuk petunjuk manusia. tetapi ramai yang tidak mengetahui dan sedikit yang berfikir.

      Terima kasih atas kongsian ilmu yang berbobot dan mencerahkan. Silakan menikmati coklat dan ais krim yang disajikan di sini sebagai halwa minda. Selebihnya beli sendiri. πŸ˜€

      Salam hormat takzim selalu.

      • Wah, wah, wah… coklat dan ais krimnya sudah saya nikmati sejak tadi, Mbak. Tentunya dengan sedikit imajinasi, he..he..he… menyegarkan.

        Terima kasih Mbak, telah menghidangkan sajian yang menyegarkan…

  8. waalaikumsalam,
    info bukunya sangat menarik, semoga saja buku ini juga beredar di Indonesia, sehingga saya bisa membelinya.
    Saya juga suka yang manis-manis, apalagi ice cream, coklat dan madu..namun saya tetap berusaha mengontrol bisa mengkonsumsinya, kuatir kadar gula dalam tubuh jadi tidak stabil, namun kalau madu saya berusaha mengkonsumsinya setiap hari..agar bisa meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh-ku…
    salam sehat selalu dari saya di Makassar -Indonesia buat seluruh keluarga fatimah

    • Kalau buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW itu, saya yakin ada di jual di sana. Kerana yang saya beli adalah versi Bahasa Indonesia yang dijual di sini. Semoga mas Hariyanto dapat membacanya nanti. Sangat bagus buat menambah koleksi hadith Rasulullah SAW agar kita selalu dekat dengan Baginda SAW. Aamiin.

      Sebaiknya, berusahalah mengurangkan gula dan lemak dalam badan agar selalu sihat. Makan manisan ini harus dalam kadar yang ditentukan supaya tidak didatangi penyakit. maka seimbangkan dengan mengambil madu secara rutin dan makan banyak serat.

      Alhamdulillah, mudahan mas Hariyanto dan keluarga juga sihat selalu. Aamiin.

      Terima kasih atas pencerahan yang baik dan salam hormat. πŸ˜€

  9. Asalammualaikm ustazah, alhamdulillah kali ini amat menarik tajuk yang ustazah coretkan di sini. Tajuk ini mengingatkan saya tentang makanan sunnah Rasulullah yang amat berkesan dan juga barokah untuk dijadikan makanan seharian dan juga penjagaan kesihatan. Banyak khasiat pemakanan yang diamalkan oleh baginda yang boleh kita amalkan dalam piramid makanan kita sebagai ubat ataupun makanan tambahan.

    Hasil pembacaan ini juga, ustazah kerap kali menyebut manisan ais krim dan juga coklat. Sebagai anak muda yang baru melepasi zaman kanak kanak, saya juga amat menggemari aiskrim dan juga coklat.
    Dari sini, kita hendaklah mensyukuri nikmat dan sentiasa bersederhana dalam pemakanan kerana jika pengambilan makanan yang berlebihan dan terlalu manis ia akan mengundang penyakit.
    Pepetah ada mengatakan β€œmakan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang”. Nabi Muhammad SAW juga tidak menggalakkan kita mengambil terlalu banyak makanan semasa lapar. Hal ini juga dapat dilihat dari sudut positif iaitu ia dapat mengelakkan pembaziran dan juga makan berlebihan.

    Terima kasih ustazah atas perkongsian yang amat menarik. Moga memberi manfaat kepada yang lain.

    Nursuhadah bt Mos
    PISMP PA2 SK 2020
    Semester 3 2021
    IPGK BATU LINTANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.