CT445. KISAH MENYENTUH HATI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Marilah kita hayati kisah MENYENTUH HATI ini…

*

Seorang ayah telah membawa pulang sekilo daging dan setengah kilo hati lembu ke rumah. Bila sampai sahaja di rumah, si ayah terus memberikan daging dan hati tersebut kepada isterinya.

Kebetulan ketika itu ada anak mereka yang sedang belajar dalam Tahun 1 melihat apa yang ayahnya beri kepada ibu. Si isteri mencapai pisau yang paling tajam sambil si anak masih lagi memandang dengan penuh rasa ingin tahu.

Si anak nampak ibunya mengambil daging dan terus sahaja ibunya menyiang daging tersebut untuk dimasak gulai, sedangkan hati disimpan di dalam peti ais.

Si anak nampak hati itu disimpan. Perlahan-lahan si anak membuka peti ais, melihat hati dan menyentuhnya. Kemudian si anak keluar bermain di halaman rumah.

Beberapa minit kemudian, si anak datang kembali lantas terus membuka peti ais dan menyentuh hati. Begitulah berulang kali dilakukannya antara bermain dan membuka peti ais kerana belum puas menyentuh hati.

Perbuatan anak yang dilakukan secara berulang kali telah menimbulkan kemarahan ibunya yang tidak suka melihat peti ais dibuka kerap kali kerana akan menyebabkan pengudaraannya terganggu.

Selepas dimarahi ibunya, anak itu merasa sangat sedih kerana tidak dapat lagi menyentuh hati lembu tersebut.

Demikianlah…..

KISAH MENYENTUH HATI. 😀

*

*

BUATMU…. YANG MENYENTUH HATI

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima20 Julai 2017 (Khamis)/ 26 Syawal 1438H/ 9.00 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. menyimpul senyum di kedinginan malam kelam yang menyejuk jiwa. Alangkah tenang hati ini apabila kita redha dengan ketentuan Ilahi. Tidak ada luka yang merobek jiwa. Tidak ada parut yang tertinggal duka. Tidak ada benci menghuni jiwa. Hanya yang menetap di hati nan lara adalah sebuah doa untuk kebahagiaan buat yang tercinta dan menyentuh rasa.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Di setiap senyum yang ku simpul, semuanya untukmu yang selalu ada di hati. Izinkan aku menyimpannya sepanjang hayatku walau nanti sudah tidak lagi bertemu. Selalu ada doa buatmu. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT445. KISAH MENYENTUH HATI

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….
      Jika sampai ke hati, pasti tersentuh hati. Baik bacaannya serius, lucu dan sedih. Itu tandanya masih punya hati. 🙂

      Terima kasih mbak, sudah berkunjung ke mari.
      Salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…
      Alhamdulillah, senang mendapat kunjungan dari singgahan hati akak yang jauh di mata.
      Didoakan juga akak dan keluarga dalam keadaan sihat dalam rahmat Allah SWT.

      Terima kasih kak atas kunjungan dan salam rindu selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan…
      Begitulah hebatnya penangan hati yang uhur. Tahu mencakna sesuatu yang hanya dapat dirasai olehnya.

      Terima kasih mas sudah berkunjungan dan salam sihat sentiasa. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.