CT124. AFRIKA OH AFRIKA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sebaik masuk ke bilik 0909, Hotel Moltaqa al-Alam, saya dengan senyum manis memaklumkan kepada Kak Senah dan Kak Kasma tentang keputusan solat Jumaat yang baru sahaja saya dan SPH perolehi daripada petugas Tabung Haji Travels dalam perjalanan balik ke hotel. “Alhamdulillah,” ucap Kak Senah dan Kak Kasma serentak. Jawaban itu membunga mesra hati kami dan menyegerakan diri untuk ke Masjid Nabawi kerana jam sudah merekodkan angka 11.05 pagi.

“Masya Allah, dah lambat ni kak, cepatlah nanti kita tidak sempat masuk dalam masjid,” kata saya dengan perasaan cemas. Saya tidak mahu bersolat di luar kawasan masjid kerana cuaca tengah hari sangat panas, sekitar 42 darjah celsius. Dalam keadaan yang diusahakan secepat mungkin, berlari-lari anak untuk mengejar waktu, akhirnya jam 11.30 pagi, kami sudah tercegat di Dataran Masjid Nabawi.

Pemandangan sebelah kiri di pintu masuk Masjid Nabawi setelah selesai Solat Jumaat

****************

SUDAH TERLEWAT. Masjid tidak dapat dimasuki lagi. Dari arah sebelah kiri, kelihatan para askar wanita Arab Saudi yang menjaga pintu-pintu masjid sedang meneriak para hajjah sambil menghalau mereka yang cuba memasuki masjid.

Saya menarik nafas panjang menyaksikan kondisi yang tidak indah dipandang mata, tidak enak didengari telinga dan tidak nyaman dirasai hati. Masya Allah, begitukah cara melayani para tetamu Allah di bulan suci dan mulia ini.  Saya mengalih pandang ke kanan melihat kawasan solat wanita yang luas, dan masih banyak kosong untuk diduduki.

Kak Kasma kelihatan tercunggap-cunggap penat. Wajahnya merah padam disengat oleh mentari yang kian menyinar terik. Saya memegang erat tangan Kak Kasma sejak dari hotel untuk menyamakan kelajuan saya. Kasihan Kak Kasma yang tubuhnya agak sedikit gempal terpaksa menghayun langkah mengikut rentak saya yang 14 tahun lebih muda dari usianya. 

Saya dan Kak Senah masih segar dan bersemangat sekali. Sebagai ketua yang dilantik, saya berperanan mencari kawasan yang menyelesakan buat kami bertiga menapak diri. Mata kami menyelongkar segala sudut yang sesuai. Rata-rata tempat disuluhi cahaya matahari. Bahangnya sangat panas dan hawa semakin terasa menggigit tubuh. Tetapi tidak terasa peluh keluar. Hal ini mungkin disebabkan kelembapan udara dan angin yang sepoi-sepoi bahasa, malu untuk meniup bayunya.

“Kak, kita ke sebelah kanan sana. Masih banyak ruang kosong.” ajak saya setelah mata puas menyelinap segala tempat di sebelah kanan kami. “Marilah cepat supaya kita dapat tempat yang selesa dan teduh.” ujar Kak Senah. Kami bertiga berjalan hati-hati di hadapan para jemaah yang sudah memenuhi ruang saf sebelum sampai ke ruang luas yang masih kosong.

Pemandangan selesai solat Jumaat di bahagian sebelah kanan di mana saya, Kak Kasma dan Kak Senah mencari tempat untuk bersolat di awal kehadiran kami di halaman kawasan solat wanita, Masjid Nabawi.

 

****************

SALING KEJAR MENGEJAR

Di sana- sini kelihatan para hajjah yang sudah berada di dalam saf, sibuk dengan aktiviti tersendiri; antaranya solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bercakap-cakap dan ada yang masih mencari-cari saf untuk diduduki seperti kami bertiga. Dari jauh, kelihatan ratusan manusia berusaha melarikan diri dari terik mentari yang menghampiri 12 tengah hari sebelum azan Jumaat berkumandang.

Bahagian hadapan kawasan solat wanita yang hampir dengan bangunan Masjid Nabi, tidak disediakan payung untuk berteduh. Seluruh kawasan ini terbuka luas tanpa payung “Bunga Kembang Pagi” kecuali sedikit di bahagian kanan dan di belakang yang menyambung ke bahagian Dataran Masjid Nabawi. Walaupun dilitupi payung, cahaya matahari tetap menjunam ke arah jemaah wanita di sana. Keadaan ini membuat hati resah dan kurang selesa. Demikianlah Allah ingin menguji hamba-hamba-NYA. Subhanallah.

Ramai yang berpindah randah apabila cahaya matahari memancar arah yang mereka duduki. Suasana beralih tempat seperti acara kejar mengejar antara matahari dan manusia. “Masya Allah, kenapalah kita ni nak lari dari matahari. Cubalah bertahan di satu tempat sahaja. Matahari itu tetap akan beralih kedudukannya” kata saya kepada Kak Senah.

“Iyalah, mungkin panasnya terik sangat sebab itu mereka berlari mencari tempat teduh sedikit. Kita pun macam tu juga agaknya nanti.” sahut Kak Senah sambil kami berjalan menuju arah berkumpulnya jemaah haji dari Afrika. Itu sahaja tempat yang teduh sedikit dari sinar matahari.

Jemaah haji Afrika sedang memasuki Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf Umrah

***************

JEMAAH HAJI AFRIKA

Entah kenapa kami memilih untuk berada dalam kelompok jemaah haji Afrika ini. Jumlah mereka sangat ramai, sekitar 50 orang dari pelbagai negeri seperti Somalia, Ghana, Kenya, Mali, Namibia, Nigeria dan Kongo. Terdapat beberapa jemaah haji dari Indonesia, Afghanistan dan India juga berada dalam saf tersebut.

Kami terlihat kerdil berbanding orang Afrika yang tinggi dan gemuk-gemuk belaka. Sedikit sahaja yang berbadan orang Asia. Saya mengenali negara mereka ini melalui tanda yang ada di  belakang jilbab mereka.  Penanda negara masing-masing dibuat dengan begitu besar sekali seolah-olah jika mereka hilang di mana-mana pun, mereka akan mudah dikenali.

Jemaah pelbagai negara Afrika ini sangat ramah dan berkumpul dalam kelompok masing-masing. Pelbagai bahasa terdengar, namun satupun tidak saya fahami. Pakaian mereka berwarna warni, sangat menarik dan menyilaukan. Begitu juga warna jilbab mereka, terang dan berbagai dekorasi. Mereka suka ketawa, murah dengan senyuman dan suara mereka sungguh kuat kedengaran. Mungkin kerana keadaan di negara mereka yang bising dan luas memaksa mereka bertabiat sedemikian rupa. Saya meneliti seluruh jasad yang berada di depan saya dari kepala hingga ke kaki.

Yang paling menarik perhatian saya adalah mulut, jilbab dan tumit kaki. Mulut mereka besar dengan bibir yang tebal dan lebar. Kebanyakan gigi mereka kelihatan hitam kemerahan seperti memakan sirih. Hanya sedikit yang bergigi putih bak mutiara terutama di kalangan yang berusia muda. Kebanyakan mereka memakai jilbab yang panjang seakan telekung dan ada yang sampai ke kaki seperti baju labuh. Manakala kaki mereka bertelanjang bulat tanpa stokin yang secara umumnya mengetahui adalah sebahagian dari aurat wanita. Mereka solat tanpa menutup kaki. 

Tumit kaki mereka kelihatan pecah-pecah dengan begitu tragis sekali. Mungkin mereka tidak memakai alas kaki yang sesuai untuk keselesaan kaki sehingga kelihatan tapak kaki yang keras. Pada pecahan tumit itu, mereka warnakan dengan inai yang  tebal sehingga menerbit warna hitam jingga di seluruh bahagian tepi kaki hingga ke tumit.  Nampak seperti sakit tapi mungkin sudah biasa maka hal itu tidak menjadi masalah kepada mereka. Walaupun begitu, mereka memakai “selipar Jepun” berbanding memakai kasut. Saya menarik nafas panjang  dan menginsafi diri melihat keadaan “serba dhaif” mereka.

Beberapa bentuk jilbab yang dipakai oleh hajjah Afrika

************

PERISTIWA LUCU

(1) DALAM KAIN

Terdapat dua peristiwa yang menjadi kenangan saya ketika bersama dengan hajjah Afrika ini. PERISTIWA PERTAMA; semasa sedang melaksanakan solat sunat Tahiyatul Masjid (hari Jumaat), dalam sujud terakhir ketika hendak bangun bagi tahayat akhir, tiba-tiba kepala saya tersangkut di dalam kain seorang hajjah Afrika.

Saya sungguh terkejut apabila mata saya tidak melihat apa-apa di hadapan saya. Saya hanya nampak sepasang kaki dengan seluar pendek paras lutut. Saya seperti sedang berada di dalam kain. Kain siapa ? Masya Allah, apabila saya menyedari kepala saya di dalam kain, cepat-cepat tangan saya mengangkat kain tersebut dan menahan hati dari ketawa sambil memejam mata untuk mengakhiri solat saya dengan salam.

Kedengaran di telinga saya yang sudah tidak khusyuk lagi, deraian ketawa yang kuat di sekeliling saya. Setelah saya memberi salam, hajjah Afrika yang berbadan gempal, besar dan tinggi itu memohon maaf kepada saya dalam bahasa yang tidak saya fahami sambil dia membetulkan kainnya yang hampir terlodeh disebabkan tarikan saya tadi. 😀

Saya juga tidak dapat menahan ketawa, sambil mengangguk dan berkata; “la baksa” (tidak apa). Badan Kak Senah dan Kak Kasma terhenjut-henjut menahan ketawa masing-masing. Walaupun lucu, saya merasa malu sekali dengan insiden yang tidak disengajakan. Rupanya hajjah Afrika itu sedang membetulkan kainnya sambil berdiri dan kebetulan saya pula bangun dari sujud. Kemudian hajjah Afrika itu menjadi bahan gurauan teman-temannya. Suasana jadi riuh sekali dengan gelak ketawa mereka.

Beberapa rombongan jemaah haji Afrika sedang menunggu giliran untuk memasuki Masjidil Haram bagi menunaikan Tawaf Umrah.

****************

(2) DI HEMPAP “GAJAH”

PERISTIWA KEDUA; di dalam Masjid Nabawi di saf kedua, saya duduk sebaris dengan lima orang hajjah Afrika. Sosok tubuh mereka bersaiz “King Kong”. Kuat dan tegap. Saya mengganggap mereka bersaiz “sangat gemuk”. Mereka tidak seperti hajjah Afrika di atas. Pakaian mereka lagi hebat, diperbuat dari pabrik bermutu, kemas dan menarik.

Kepala mereka dilitupi tudung yang besar dan disanggul tinggi. Mereka seperti orang yang berkedudukan tinggi dalam negaranya. Percakapan mereka tersusun dan tidak lepas. Sangat tertib. Saya tidak tahu mereka dari negara mana kerana tiada sebarang tanda pengenalan baik di baju atau di tudungnya.

Antara kami bertiga, saya berada paling hampir dengan seorang hajjah Afrika yang tubuhnya, masya Allah sangat besar dan tinggi.  Saya fikir berat badannya mungkin mencapai 150 kg dan ke atas. Tempat solatnya sahaja boleh dikongsi oleh dua orang berbadan sederhana seperti saya.

Saat yang paling “ngeri” bagi saya apabila bersolat di sebelah hajjah Afrika ini adalah ketika duduk tahiyat akhir. Tidak semena-mena kaki saya diduduki oleh punggungnya yang lebar, besar dan berat. Aduuh… saya menahan sakit kaki.

Saya jadi tidak khusyuk kerana menahan sakit dan berat muatan yang berlebihan. Saya terfikir, bagaimana kaki saya boleh didudukinya ? Bagaimana punggungnya boleh menjadi seleper jeli sehingga merebak ke atas kaki saya ? Fikiran saya jadi tidak fokus. Hati saya berdoa agar imam cepat-cepat memberi salam.  Tidak tahan menahan sakit.

Masya Allah, kaki saya serasa menjadi sekeping papan sebaik sahaja ditarik dari punggung hajjah Afrika tersebut. Tanpa senyum dan sapaan, malah lebih tepat tanpa menoleh ke arah saya, wajahnya selamba tidak berkutik kesal dengan “kecederaan” yang ditimpakan ke atas kaki saya.

Aahhh… mungkin dia tidak perasaan agaknya kerana lemak-lemak di punggungnya terlalu banyak sehingga apa sahaja yang didudukinya tidak terasa apa-apa. Setelah itu, saya ceritakan kepada Kak Kasma yang berada di sebelah kiri saya. Apa lagi, keluarlah ketawa besar Kak Kasma sambil memandang saya yang sedang berkerut dahi menahan sakit sambil mengurut kaki dengan perlahan.

Melihat ketawa Kak Kasma yang belum selesai,  saya jadi turut ketawa mengingatkan diri yang bagai dihempap “gajah Afrika”. Sejak itu, saya berhati-hati mencari saf agar tidak bersama dengan jemaah yang badannya bersaiz “King Kong”. 😀

Serombongan jemaah haji Afrika yang baru sampai ke Masjdil Haram bagi menunaikan Tawaf Umrah. Ketika ini menghampiri Hari Wukuf dan Masjidil Haram sangat sibuk dikerumuni oleh jemaah haji seluruh dunia. Di bahagian belakang adalah pembinaan tambahan Masjidil Haram sejauh 1 km  bagi menampung jumlah jemaah haji yang semakin bertambah setiap tahun.

****************

SIAPAPUN KITA DI SISI DUNIA, TIDAK SAMA DI SISI ALLAH AZZA WAJALLA.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

“Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya).  SESUNGGUHNYA SEMULIA-MULIA KAMU DI SISI ALLAH IALAH ORANG YANG LEBIH TAQWANYA DI ANTARA KAMU.  Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-NYA.” (Q.S.al-Hujurat : 13)

****************

3 September 2012 (Isnin)/ 16 Syawal 1433H/ 1250 petang – Bintangor, Sarawak

AKU….  tahu bahawa aku sedang menunggu sesuatu berlaku kepadaku. Sesuatu yang tidak pernah diduga akan dihadirkan dalam hidupku. Penuh ujian dan cabaran. Penuh misteri dan mendebarkan. Penuh ranjau dan duri. Tidak diketahui bentuk dan ragamnya.  Tidak diketahui waktu dan tempatnya. Hanya aku redha dan mesti menguatkan diri untuk menempuh semua yang bakal menanti. Ya Allah, aku mohon kekuatan dari-MU untuk melalui semua “sesuatu” yang KAU tampilkan sebagai sejarah yang bakal dilakar dalam perjalanan hidupku agar aku mampu menghadapinya dengan tabah dan tidak berkeluh kesah. Terima kasih ya Allah, memberikan aku akal untuk berfikir, ilmu untuk menjadi bijak, hati untuk berzikir dan iman untuk kekuatan diri. Lindungi aku dari segala sesuatu yang menjauhi aku dari sisi-MU. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

MENCINTAIMU…. SEPERTI MENGINTAI RINDU DI JENDELA WAKTU

****************

37 thoughts on “CT124. AFRIKA OH AFRIKA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Hargailah hidup ini dengan menghargai diri sendiri. Insafilah setiap apa yang menjadi pengajaran di sekeliling kita yang Allah “hantar” kepada orang lain untuk kita sedari bahawa sampai waktunya kita juga akan di “hantar” Allah dengan suatu ujian yang menjadi pengajaran kepada orang lain.

    FORGOTTEN PROMISES by Sami Yusuf sangat menginsafi saya untuk menjadi manusia yang suka membantu orang lain melalui nikmat yang Allah kurniakan.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… seperti selalu, semakin kalahkah aku dengan ketakjuban ? Apakah yang paling abadi untuk sebuah DOA, selain ungkapan sayang yang tidak dapat menghilangkan kenangan. Seperti selalu…. aku mengharapkan perhatian TUHANKU agar mengurniakan ketenangan buatku dan buatmu. Aamiin.

  2. Kisah yang membuat ana selalu tersenyum mulai pertengahan cerita hingga akhir,

    Cemas, sedih, tawa dan senyum mungkin senantiasa menghiasi perjalanan selama perjalanan haji, suatu gambaran realita kehidupan sehari-hari,

    Semoga segala kecemasan dan kesedihan yg dirasakan selama perjalanan haji menjadi simpanan pahala yang sangat bernilai kelak.

    • Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan dengan melalui segala suka duka di Tanah Haramain dapat menjadi pengajaran bagi menambah iman dan taqwa di sisi Allah swt.

      Banyak lagi ujian yang bakal kita tempuh di dunia ini, cuma kita tidak ketahui waktu dan tempat yang dilalui. Semoga dimudahkan Allah dalam segala urusan di dunia dan di akhirat.

      Terima kasih Nedi.
      Salam sejahtera. 😀

  3. assalaamu’alaykumuwarahmatullohi wa barakaatuh

    wah kebayang bangeut dah! kayak kemarin saya main ke pontianak dan ketemu Bang Adam… saya kurus dan bang adam gueeedeeeee bangeut 😀 haaaaaaaaaaaaaaa

    SUbhanAllah! ternyata tetehku teh Sity sedang di Arab Saudi ya! waduh saya mah beluim bisa kesana >.<

    namun Insya Allah bisa….. nice story 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa maghfiratuh…..

      Masya Allah, kenapa Kaze Kate gambarkan sosok mas Muxlimo di sini… nanti mas Muxlimo tidak senang dan pasti tidak selesa…hehehe.

      Sebenarnya, saya masih di Sarikei. Tulisan yang terbentang di dalam posting2 ini semuanya coretan perjalanan ke bumi Haramain tahun 2011 yang lalu. Semoga mendapat manfaatnya.

      Insya Allah, nanti Kaze juga akan ke sana.
      Terima kasih dan salam ceria. 😀

        • Ic, saya kira anda berdua adalah adik beradik kerana wajahnya serupa. Alhamdulillah, kalau demikian keadaannya, itulah persaudaraan yang baik dan saling penuh pengertian.

          Iya, terus sahaja ke TKP.
          Terima kasih Kaze.
          Salam sukses. 😀

          • wah? saya sama Kang Adam saudara? o_O dan juga sama??? hihihi… kalo dia saudara saya dia pasti damai bersama saya 😀 eh dia mah sering ngajak perang!!!

            by the way kok sering sekali banyak orang yang bilang saya mirip ya? 😀

            kalo dia tau!!! dia mah suka ngambeuk 😀 haaa

            makasih Teteh!!! jazakillah

            • Oh begitu ya, ok saya faham. Bukan menjadi satu hal yang pelik apabila ada orang yang menyerupai kita.

              Menurut pendapat orang tua (saya belum pasti dari mana asal pendapat ini) bahawa setiap manusia mempunyai 7 orang yang menyerupai wajahnya. Dan jika sudah jumpa ke tujuh-tujuhnya, maka hayat kita akan tamat… hehehe.

              Seperti menakut-nakutkan sahaja informasi ini. Malah saya juga pernah dikatakan ada yang menyerupai wajah saya. Tapi tidak pernah bertemu muka. 😀

              Terima kasih Kaze.
              Salam ceria.

                  • hahahai 😀

                    insya Allah tidak. hehehe
                    haduh jadi curhat2 gini eum.,, btw seru juga ya curhat sama teteh sity! pertamanya sih saya suka grogy kalo sama senior senior itu 😀 saya mah bloging baru beberapa bulan, dan itu juga karanganya banyak karangan orang lain… *sebenarnya mah suka malu kalo mampir ke blog blog senior itu hehe…. orang lain buat karangan di blognya itu adalah karangan sendiri eh saya malah ambil dari punya orang 😀 hahai….. ada sih karangan karangan sendiri namun di http://www.kaze-kate.org namun error blog nya, makanya nanti mau bikin lagi bareung Kang adamux di http://www.unimuslim.com hehe… mohon do’a dan dukunganya ya…..

                    artikel2 teteh membuat saya mau dan semangat lagi untuk menulis 🙂

                    jazakillah

                    • Alhamdulillah, tidak mengapa bermuasal dengan mengambil artikel dari luar asal sahaja ada disiplin pengambilannya yang baik walaupun ada setengah artikel tidak semuanya asli dari penulisnya sendiri.

                      Menulis sangat mudah Kaze. Tulislah sesuatu yang kita tahu dan faham terutama pengalaman sendiri seperti yang telah saya baca di blog Kaze tentang perjalanan ke Pontianak. Itu sangat bagus dan teruskanlah.

                      Selamat menulis dan ceria selalu. 😀

    • Subhanallah, saya dan suami juga mengalami hal yang sama seperti apa yang emak mbak Akin lalui ketika sedang bertawaf. Mereka memang sangat besar badan dan tinggi, sama ada lelaki atau perempuan, malah yang perempuan lagi kuat menolak dan kasar sikapnya berbanding lelaki.

      Demikian juga, semasa melontar jamrah di Mina, pihak Arab Saudi sudah membahagikan tempat/tingkat untuk melontar agar para hujaj dari Asia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan lainnya, tidak bertembung dengan hujjaj yang berbadan besar seperti Afrika dan negara timur tengah atau barat.

      Alhamdulillah, jika kita berhati-hati dan berniat baik, semuanya selamat walau bertembung dengan sesiapa sahaja. Saya doakan emak mbak Akin dalam keadaan sihat sekarang. 😀

      Terima kasih mbak, berkongsi kisah yang menarik ini.
      Salam manis selalu. 😀

  4. Ibadah haji merupakan suatu ibadah ritual yang memerlukan fisik baik lahir dan batin. Namun, banyak orang dalam melakukan suatu ritual ibadah haji yang mengenyampingkan aspek pembelajaran agama yang sebenarnya.

    Kebanyakan orang yang pada saat melakukan ritual dia harus menyakiti hati perasaan orang tanpa mau memperdulikan orang-orang disekiarnya. Kita ambil contoh pada saat orang akan mencium hajar aswad. Banyak sekali orang berebut untuk memperoleh itu, dan tidak jarang perilaku menyakitkan orang disekitar kita banyak sekali yang terjadi disana.

    Yang menjadi pertanyaan pada diri kita. Apakah dalam menjalankan ibadah itu, diri kita harus menyakiti orang lain ?

    Pertanyaan yang sangat sederhana, dan dibutuhkan jawaban yang bijak dalam menyikapi secara realita yang ada.

    Semoga dengan membaca kisah dalam artikel ini, kita akan mendapatkan suatu nilai pembelajaran yang positif dalam menerapkannya.

    Sukses selalu untuk bunda sekeluarga.
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Salam hormat mas Indra…

      Suasana seperti apa yang dikisahkan oleh mas Indra di atas adalah perkara yang selalu berlaku di Tanah Haramain. Hampir semua para hujjaj melaluinya. Bukan sekadar di tempat Hajarul Aswad, malah berebut tandas (WC) juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang bermasam muka, bergaduh dan mencaci maki. Selain itu, menaiki bas sambil berebut-rebut dan mencari saf solat jua tidak terkecuali.

      Semua itu diakibatkan oleh kurang sabar, kurang mengawal emosi dan kurang mengguna akal dan tidak menjadikan ilmu sebagai bekal untuk mengambil segala hikmah dari segala proses penyucian diri.

      Allah menyediakan semua ujian untuk meningkatkan iman dan ada yang dimudahkan Allah dan ada yang diuji hebat. Walaupun begitu, diharap kita tidak bertindak yang sama dengan mereka yang melakukan perkara keji ini. Sungguh, ibadah haji adalah ibadah yang profesional bukan main-main dan bukan sia- sia dengan hanya semata-mata berada di bumi Haramain ini.

      Saya juga mengalami banyak peristiwa yang dapat diambil segala ibrah darinya. Allah selalu memerhati setiap hamba-NYA untuk dinilai dengan pemberian Haji Mabrur. Aamiin, Ya Rabbal’alaiin.

      Terima kasih mas Indra untuk perkongsian yang bermanfaat ini.
      Semoga diredhai Allah selalu. 😀

    • Iya, kebanyakan mereka bertubuh besar baik lelaki dan perempuan. Malahan tinggi juga. Sedikit yang bertubuh kecil seperti kita, orang Asia.

      Saya dan SPH selalu hampir terdorong hendak jatuh kalau ditolak oleh orang Afrika ketika melakukan tawaf. Sangat kuat sekali terutama kaum wanitanya, yang kelihatan lebih agrerif berbanding kaum lelakinya.

      Pengalaman bersama mereka sangat bermanfaat bagi saya.

      Terima kasih, mas Muhammad.
      Salam mesra. 😀

  5. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    He…he…he…! Saya ikut tertawa geli Mbak, ternyata kepala masuk ke kain jamaah di depan kita dapat terjadi di mana-mana ya.

    Saya jadi ingat, saat masih kecil saya ikut sholat berjamaah di masjid. Nah pada waktu bangkit dari sujud, eh kepala saya malah nyangkut di kain sarung seorang bapak yang posisinya di depan saya. Di lain waktu, kepala teman saya yang nyangkut di kain sarung saya, hingga sempat melorot (kalau yang ini, teman saya agaknya sengaja melakukan itu. Namanya juga anak-anak, he..he..he…

    Terima kasih atas postingannya, saya jadi memperoleh pengetahuan sekaligus hiburan.
    Salam selalu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Banyak peristiwa yang sama berlaku kepada kita di bumi belahan mana pun ya. Dalam semua keadaan dan peringkat umur. Semuanya mempunyai kisah tersendiri yang nantinya asyik untuk dikenang.

      Kisah mas Raden juga melucukan. pasti saat mengingatinya semula akan memberi keceriaan tersendiri yang membuat kita ketawa sendirian.

      Terima kasih atas kongsian kisah zaman kecil dahulu. Sangat terhibur membacanya.

      Salam sejahtera 😀

  6. Assalamu’alaikum, Bunda. Maaf baru sempat berkunjung lagi. Sudah cukup lama saya vakum ngeblog, hehe… Insya Allah, hari ini saya ingin memulai lagi.

    Cerita di atas lucu sekali, saya tersenyum-senyum sendiri bacanya. Sangat menghibur. Anehnya, ada ras terharu juga menyelinap di hati saya. Terharu, betapa ada-ada saja kejadian yang menimpa Bunda di sana, hehe…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ayahnya RanggaSetya…

      Alhamdulillah, sudah kembali aktif semula untuk bersilaturahmi. Semoga beroleh manfaat dari hikmah yang dikongsikan di sana, juga di sini.

      Terima kasih sudi berkunjung kembali ke laman ini.
      Hidup ini tidak pernah meriah tanpa ada pengalaman yang dilalui. Pengalaman itulah yang mendewasakan kita. Allah memberi kita sesuatu yang sangat bermakna untuk dijadikan kenangan.

      Salam hormat selalu. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.