CT205. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (4): KIPAS ANGIN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Kembang4Fatima1KipasAnginNabawi

KOTA MADINAH AL-MUNAWWARAH sangat panas di siang hari dan sangat sejuk di tengah malam hingga ke Subuh. Maklumat cuaca di Tanah Suci pernah saya tulis dalam posting CT110. CABARAN HAJI (2): CUACA. Persiapan untuk menghadapi cuaca perlu diketahui oleh semua tetamu Allah agar memudahkan kehidupan selama berada di sana.

Umum mengetahui bahawa Masjid Nabawi telah dilengkapi dengan penghawa dingin (air-cond) untuk memberi keselesaan kepada para hujjaj dan umrah yang melaksanakan ibadah di dalamnya. Tetapi tidak semua tetamu Allah dapat memasuki masjid kerana terlalu ramai terutama pada bulan Ramadhan dan musim haji.Β 

Kembang4Fatima2IstirehatNabawi

Hendak tak hendak, sesiapa yang tidak mendapat tempat di dalam masjid terpaksa bersolat di ruang lapang Dataran Masjid Nabawi dalam suasana bingit dan tidak selesa terutama di waktu solat Zohor dan Asar. Dataran Masjid Nabawi terdedah kepada pancaran matahari.

Namun tidak perlu risau tentang kehangatan yang bakal menyengat kulit ketika melakukan ibadah di Dataran Masjid Nabawi kerana khidmat setia dari Payung Bunga Kembang Pagi yang mulai berkembang selepas Subuh dan berakhir sebelum Maghrib meneduhkan suasana sekitarnya.

Kembang4Fatima3KipasNisakNabawi

Di samping itu, lantai marmar putih yang memantul cahaya menyejukkan tempat duduk walaupun kita berada di bawah terik mentari tanpa teduhan payung.Β Hawa sejuk yang dihembuskan oleh kipas angin pula, mengeluarkan semburan wap segar membantu mengurangkan kepanasan haba yang berserakan.Β 

Kembang4Fatima4KipasNisakDekat

Kadang kala jika rasa kehangatan melampau sebaik keluar dari Masjid Nabawi, saya akan berdiri di bawah tiang ini untuk “mandi” dari semburan air wap yang jatuh menimpa kulit wajah dan tapak tangan. Rasa seperti berada di bawah luncuran air hujan. Sejuk dan segar. πŸ˜€

Kembang4Fatima5PagiNabawi

Kipas angin mulai beroperasi selepas waktu Subuh sehingga ke senja yang melabuh tirai untuk menyambut kehadiran malam.

Kembang4Fatima8KipasSubuh0611Madinah

Kipas sedang beroperasi, jam menunjukkan 6.11 pagi waktu Madinah. Semburan wap sejuknya jelas kelihatan. Saat ini, udara masih sejuk namun dek keramaian manusia, kedinginan kurang dirasai dan hembusan angin dari kipas ini sangat berperanan melegakan kehangatan.

*

Tidak terlintas di fikiran saya akan kewujudan kipas angin yang diletakkan di kiri kanan pada setiap 151 tiang lampu di bawah payung elektrik yang sejajar barisan mengelilingi halaman terbuka di sebelah utara, selatan dan barat Masjid Nabawi.

Hanya di kawasan terbuka arah ke Perkuburan Baqi’ belum disediakan kemudahan ini.

Kembang4Fatima7KipasDekatNabawi

Kipas angin tidak beroperasi setelah selesai waktu Asar. Mungkin udara sejuk mulai menyelimuti Kota Madinah apabila senja kian melabuh tirai di dinding malam.

Kembang4Fatima6KipasPetangNabawi

Jam 5.01 petang waktu Madinah. Suasana petang yang masih ada sinar mentari tetapi kipas angin sudah dihentikan operasinya.

*

PesanFatimaku

KEPADA PARA PENZIARAH UMRAH DAN HUJJAJ

Jika anda ingin menjalani ibadah dengan selesa di dalam Masjid Nabawi yang disediakan penghawa dingin, maka datang lebih awal ke Masjid. Mudahan postingan saya CT107. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (2): MENGATUR STRATEGI dapat membantu anda.

Untuk yang menginap di hotel berdekatan, jangan berlengah untuk mendapat saf di hadapan kerana peluang untuk memasuki Masjid dan bersolat di dalamnya terbentang luas kepada sesiapa sahaja. Kepada yang tinggal jauh dari Masjid, berusahalah datang lebih awal dan jangan jadikan jarak sebagai alasan untuk tidak dapat bersolat di dalam Masjid Nabawi.

Ramai yang memberi alasan jarak sebagai tidak mahu datang cepat ke Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Saya merasai kerugian jika ketinggalan untuk bersolat di dalam kedua masjid yang mulia dan penuh barakah ini.

Lagipun kedatangan kita di Tanah Suci adalah bertujuan untuk beribadah kepada Allah SWT. Segala urusan kehidupan di Tanah Air, sudah kita tinggalkan semata-mata hendak mencapai keredhaan-NYA.

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH

*

****************

3 November 2013 (Ahad)/ 29 Zulhijjah 1434H/ 9.15 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU… harus berusaha mengisi ruang hatiku dengan fikiran-fikiran mulia agar selalu optimis dan positif terhadap segala ujian kehidupan. Kehidupanku menjadi seperti apa yang aku fikirkan. Maka, akanku bina pemikiran untuk merealisasi setiap impian. Akanku cari jalan yang mengkagumkan agar setiap sejarah yang dilalui dapat menjadi pengajaran. Aku tidak akan membiar fikiran-fikiran jahat menghantui jiwaku, kerana ia akan membuat aku mati sebelum ajalku sebenar. Lindungilah aku, Ya Allah. Aamin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Semoga kejayaan selalu mengiringi kehidupanmu. πŸ˜€

RinduFatima6MissYouMuch

DI RELUNG HATIKU YANG TERDALAM, ADA KENANGAN YANG TIDAK PERNAH AKU PADAMKAN

*

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MAAL HIJRAH 1435*

15 thoughts on “CT205. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (4): KIPAS ANGIN

  1. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Dari relung hati yang terdalam, ada nyala api kenangan yang tak pernah padam sebab selalu ada yang tertinggal di setiap keberangkatan dan selalu ada yang terbawa saat ditinggalkan. (He..he.. sebagian kata saya ambil dari tulisan Mbak di atas lho…)

    Dari relung hati yang terdalam pula saya mengucapkan: “Selamat Tahun Baru Hijriyah 1 Muharram 1435 H.” Semoga segala hal yang kurang baik di masa lalu dapat terhapuskan oleh laku kenangan yang penuh manfaat di tahun baru ini…

    Salam hormat senantiasa…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah, semoga tahun baru akan memberi banyak kejayaan yang bakal ditempuh dan siap dengan keteguhan dan kesabaran andai ada cabaran yang mungkin menggugat hati dan fikiran. Itulah kehidupan yang tidak sunyi dari rencah ujiannya.

      Terima kasih sedikit bedah buat olesan kata di atas. Setiap kita mempunyai kenangan di tahun-tahun lalu yang tentunya tidak akan dilupakan dengan mudah. Semoga ada hikmah dalam semua sejarah yang telah dilalui.

      Terima kasih atas kunjungan di tahun baru hijriyyah 1435. Semoga sukses hendaknya. Aamiin.

      Salam hormat. πŸ˜€

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb
    Suasana yang memang sangat meneduhkan para jamaah di sana ya mbak πŸ™‚

    Selamat tahun baru Islam 1435 H…
    Semoga di tahun baru ini..ibadah kita lebih baik dari tahun tahun sebelumnya..Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo…

      Alhamdulillah, demikianlah usaha pihak Qadam Haramain untuk memudahkan jemaah hujjaj dan umrah. Selain menjaga kebajikan dan keselamatan mereka sepanjang berada di Tanah Suci.

      Aamiin Ya Raabl’alamiin, semoga semua yang direncanakan sepanjang tahun baru hijriyyah ini akan dikabulkan Allah SWT.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. πŸ˜€

  3. Assalamu’alaikum wr. wb. Apa kabar mba? Semoga sehat dan penuh berkah selalu.
    Indah sekali ternyata masjid Nabawi ini. Berbahagialah mba sudah sampai kesana. Saya belum juga diberi rezeki untuk mencapainya.

    Oh iya, tentang masjid, ada masjid indah di kawasan Puncak. Namanya Masjid Atta’awun. Lokasinya berada di puncak Gunung Mas. Sabtu kemarin saya sempat berkunjung kesana. Shalat Subuh disana dan menikmati keindahan alam yang saya tatap dari halaman masjidnya. Saya sudah post di blog saya disini http://sisihidupku.wordpress.com/2013/11/05/pagi-di-masjid-attaawun/

    Salam hormat dari saya,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan mas Titik juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Insya Allah, setiap manusia sudah diseru oleh Nabi Ibrahim untuk mengunjungi Makkah. Mudahan akan sampai seruan dan jemputan dari Allah SWT kepada mas Titik di suatu hari yang sudah ditentukan. Cuma, sekarang harus berdaftar dan mengumpul wang untuk meralisasikannya.

      Bagus benar ya kerana dibina masjid di puncak gunung. Jarang sekali kita mengetahui tentang hal sebegini. Terima kasih atas maklumannya.

      Salam hormat. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.