CT293. HIJRAH 1436: MENCARI CAHAYA DALAM CAHAYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

CahayaFatima1DalamCahaya

*

Kita sangat beruntung kerana sudah mendapat nikmat Islam dalam kehidupan yang ditentukan Allah SWT sejak azali. Sedangkan terdapat manusia lain yang masih mencari cahaya kebenaran untuk dijadikan pegangan keimanan.

Islam yang kita anuti sekian lama dianggap sudah mencukupi untuk menjadi landasan menuju akhirat. Kita tertipu dengan andaian sendiri. Sedangkan sebaliknya tidak demikian. Kita hanyut oleh arus dunia.

*

Hidup sekadar mempunyai agama belum cukup, jika agama tidak menjadi pakaian dalam hidup.

*

Lalu hiduplah kita berbekalkan nama Islam yang dibawa ke mana-mana sedangkan masih banyak ajaran Islam belum melengkapi jasad yang bernama itu. Kita masih rasa kosong jiwa, sunyi dan hilang arah. Lalu, kita mencari jalan menghiburkan hati untuk membuang segala yang gundah.

Kenapa kegelapan menghuni jiwa yang sudah diterangi cahaya Islam ? Kita masih mencari cahaya dalam cahaya. Cahaya yang tidak perlu bersuluh dan sudah pasti jelas tanpa keraguan. Cahaya ini memandu arah yang terang untuk menuju jalan pulang.

Kenapa jiwa kita masih rasa kosong, tidak tenteram dan hati dipenuhi penyakit rohani. Apakah kita pernah terfikir akan kekurangan yang menyebabkan ruang kosong melanda seperti padang pasir yang kontang tanpa air, sungai yang gersang tanpa bah dan bumi yang kering tanpa hujan ?

Rupanya dalam cahaya Islam yang telah kita nikmati selama menghuni dunia fana ini, kita masih mencari satu lagi cahaya yang mampu menerangi lebih terang perjalanan hidup kita.

Cahaya itu berlingkar di sekeliling kita. Mendepangkan dadanya untuk memeluk cinta. Melebarkan sayapnya untuk menyelimuti sayang. Menyemburkan harumannya  untuk wangian kasih.

Bagaimana mahu menemui cahaya dalam cahaya ? Untuk berhasil menemuinya, kita terlebih dahulu harus mencarinya. Ibarat seorang kekasih mencari cinta hatinya. Pasti selalu sanggup menempuh segala ranjau duri dan denai belukar yang nyeri.

Begitu juga dalam pencarian cahaya, pasti kita akan melalui cabaran dan ujian yang menentukan proses ketahanan mental dan kecintaan yang kental. Tidak ada yang mampu menggugah kita sehingga mencapai cahaya yang diredhai Allah SWT.

Tahukah kamu apakah cahaya dalam cahaya tersebut ? Itulah CAHAYA IMAN. Cahaya yang menemuikan kita dengan kekasih sejati. Kekasih yang mencintai kita selamanya dalam susah senang dan derita bahagia.

*

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa kekasih-NYA. Tetapi Dia kadang kala hanya mahu mengujinya.”

*

Hanya mereka yang sabar di kalangan orang beriman iaitu mereka yang mengenal Allah sahaja, yang mampu melalui jalan ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut, ayat 2 yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?


 DALAM CINTA.. KU ALAMI SEGALA RASA

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima

25 Oktober 2014 (Sabtu)/  1  Muharram 1436H/ 10. 58 malam.  Sarikei, Sarawak

AKU….. dan dunia lukisan ini tidak pernah lekang dengan goresan segala warna. Garis-garis abstrak terlakar indah menurut pelukis yang membentang segala idea di fikirannya. Di situ juga, mengalir muzik kehidupan selalu mengubah kita menjadi apa yang kita fikirkan untuk menjadi seperti apa yang kita inginkan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…  Semoga dirahmati Allah, diperkayakan akhlak, disukseskan segala usaha, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan dan ditingkatkan umur dalam keberkatan. Maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah lalu dan dibaiki segala tingkah yang alpa dalam urusan dunia dan akhirat. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

DisiniFatima1PuisiTetapDisini

*

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1436

29 thoughts on “CT293. HIJRAH 1436: MENCARI CAHAYA DALAM CAHAYA

  1. assalamualaikum wr wb
    kak Fatimah

    terkadang hal yang kita anggap baik belum tentu baik menurut pandangan NYA ya kak, dan semoga kita termasuk dari golongan umatnya yang selalu pandai bersyukur dan selalu mendapat ridhonya. AMIN

    selamat tahun baru islam untuk keluarga besar di sana 🙂
    salam dari jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Benar mbak, yang terbaik menurut Allah SWT mungkin terlihat buruk dalam pandangan kita sedangkan ia sesuai buat kita menurut kemampuan kita. Ramai yang tidak mengetahui dan sedikit yang bersyukur. malahkan yang berburuk sangka itu banyak sehingga ada yang kufur nikmat.

      Marilah kita qanaah (cukup dengan apa yang ada) agar kita tidak jadi tamak dalam mengejar dunia ini.

      Terima kasih mbak Sussi atas kunjungan dan pencerahannya. 🙂

  2. Assalamuallaikum warrahmatullahi wabarrakatuh
    Kunjungan Perdana dan salam kenal Yah Kak @Siti Fatimah Ahmad, ijin baca perkongsianya, yang sangat memberi saya suatu pencerahan hati, semoga kita termasuk orang yang pandai Bersyukur, maafkan jika comments saya kurang Relevan. salam santun dan hormat selalu. dan salam silaturrahim. dari Subang Jawa Barat Indonesia

    oh ya Kak Siti, kita saling follow blog boleh tidak? maksudnya agar hikmat berbagi dan ukhuwah antar blogging lebih nyaman. terima kasih atas ruang media ini wssalamuallaikum Wr Wb…… 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Saud Karrysta…

      Salam kenal kembali. Semoga sajian ilmu sederhana di LMGS G2 bermanfaat untuk dikongsikan bagi menambah pengetahuan dan penjernihan hati.

      Insya Allah, silaturahmi ini akan sentiasa terjalin dalam kebaikan selagi kita mahu berbagi fikiran dan ide yang mematangkan pemikiran menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT.

      Terima kasih Saud. Salam sejahtera. 🙂

  3. Komentar saya yang pertama tidak muncul Kak Siti,? padahal pada komentar pertama saya menghaturkan Salam, dan salam kenal. yA Sudah pakai Profil ini saya mengucapan Salam, juga salam kenal. ijin folow blog nya Kak Siti makasih 🙂

    • Alhamdulillah, semuanya sudah dikeluargkan dari taman larangan (spam) yang kata “petugas”nya untuk berhati-hati demi keselamatan… hehe.

      Terima kasih sudah follow blog ini. Semoga bermanfaat buat Saud.
      Salam ceria. 🙂

  4. berarti cahaya dalam cahaya itu iman dalam islam ya? bukan hanya karena islam agama kita, tapi juga meyakini islam yang benar. lalu mengaji agar dapat keteguhan iman, kesabaran dan semangat juang yang tinggi dalam islam.

  5. Assalamualaikum
    Bunda Fatimah

    Serasa sejuk, setiap membaca artikel yang bunda tuliskan disini. Dan Insya Allah dengan izinnya kita mendapatkan cahaya cinta dan keimanan baik suka maupun susah. Amin
    Mari kuatkan langkah kita 🙂
    Salam bunda 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Setiap jalan menuju cinta pasti ada ujian dan ranjau untuk mencapai bahagia. Tidak mungkin semudah itu cinta diserahkan tanpa ada pembuktian yang menyakinkan sehingga penerimaannya benar-benar sejati dan teruji.

      Itulah iman yang tidak diberi kepada sebarangan manusia.Tiada siapa yang memaksa kita mencari cahaya iman, terserah jika ingin memilikinya hingga ke mati.

      Terima kasih Purnomo Jr untuk kunjungan dan apresiasinya.
      Salam sejahtera. 🙂

  6. Bu Siti, saya minta maaf, saya menghapus winterwing lagi. saya menghapusnya sebab saya merasa tulisan saya saya rasa masih jelek dan masih banyak salahnya. terima kasih atas dukungan Bu Siti selama ini yang senantiasa membesarkan hati saya di saat saya tidak yakin dan ragu-ragu.
    saya menghapus winterwing salah satunya karena saya ingin menghasilkan tulisan yang sempurna seperti Bu Siti. saya lihat selama ini tulisan Bu Siti selalu bagus. saya tahu yang maha sempurna itu hanya Alloh tapi tulisan-tulisan Bu Siti mendekati hal itu.
    saya selama ini menganggap Bu Siti seakan-akan guru blogger dan menulis saya di mana saya bisa memeriksakan tulisan seperti seorang anak yang menunjukkan tulisannya kepada guru/ ibunya untuk dinilai. yang saya rasakan selama ini begitu terhadap Bu Siti. terima kasih. bahkan Bu Siti memberi komentar dan like pada posting saya tanpa diminta.
    saat ini saya akan menulis lagi, berusaha membuat tulisan sebaik Bu Siti.
    salam dari Kota Patria, Winterwing AKA Wika Nurviana.

    • Saya faham apa yang difikirkan oleh Wahyu berkaitan dengan penulisan Wahyu. Walau bagaimana pun, saya nasihatkan agar Wahyu dapat menghargai buah fikiran sendiri dan jangan dibandingkan dengan tulisan orang lain.

      Cara fikir, gaya tulis, pengalaman dan pandangan seseorang itu berbeza antara satu sama lain. Menulis dengan tenang dan mudahkan segala fikiran saat menulis. Menulis hendaklah datang dari hati, pasti kesannya juga akan ke hati.

      Saya perhatikan setiap tulisan Wahyu mempunyai karisma tersendiri yang berbeza dengan orang lain. Jangan difikirkan apa orang lain kata tentang tulisan kita kerana kita sendiri lebih memahami apa yang kita tulis dan lalui dalam kehidupan ini. Besarkan hati dengan apa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

      Alhamdulillahn dan terima kasih Wahyu kerana menghargai karya saya di LMGS G2.Jadi terharu membaca penghargaan Wahyu. Tulisan saya itu biasa-biasa sahaja, malah masih belajar lagi untuk menulis dengan baik. Mudahan ada manfaat untuk diambil pengajaran darinya.

      Saya berharap Wahyu jangan berputus asa, berusaha lagi dengan banyak membaca dan menulis kerana akan banyak pengetahuan yang kita dapat daripada keduanya sehingga dapat menghasilkan ide yang banyak dan mencerahkan.

      Salam sukses dan teruskan menulis dengan tenang. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.