CT166. WARNA KESIBUKANKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

WarnaSibuk1akuFatima

Mejaku di  pejabat (ofis)

*

Saya yakin, semua orang sibuk dan mempunyai kesibukan tersendiri dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Begitu juga saya. Musim sibuk yang teramat sibuk, biasanya berlaku pada awal enam bulan pertama setiap tahun berbanding enam bulan kedua. Ini disebabkan banyaknya kumpulan kuliah yang diajar dan penyeliaan praktikum, selain disibukkan oleh tugas-tugas di jabatan bagi memenuhi kehendak MQA dan MS ISO.

Empat minggu kebelakangan sehingga tulisan ini ditulis, memang sangat sibuk. Sibuk untuk menghabiskan baki kuliah Kursus Wajib  (WAJ3101) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) bagi pelajar Semester 1 PISMP Sejarah, Bahasa Iban dan TESL, yang harus diselesaikan mengikut  30 jam yang diperuntukkan. Alhamdulillah, semua kuliah sudah diselesaikan seminggu yang lalu.

Selain itu, tugasan tutorial, tugasan projek dan Ujian Akhir Kursus (UAK) TITAS untuk 80 pelajar perlu disemak sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penilaian dan Peperiksaan IPGKR bersidang pada 9 Mei 2013 (Khamis) ini. Tujuan mesyuarat adalah untuk memastikan lulus atau gagal seorang pelajar di dalam tugasan bagi kelayakan menduduki peperiksaan akhir semester.

Alhamdulillah, kelmarin (6 Mei – Isnin) sudah selesai UAK dijalankan. Kini sedang bergelut untuk menyemak kertas jawaban UAK sebelum tarikh mesyuarat tiba.  Ahhh… kepala ini kembali berdenyut pula. Malam kini, mula terisi dengan kesibukan menyemak kertas jawaban yang harus disegerakan.

WarnasibukFatima2UAKDewanSriRajang

Pelajarku seramai 80 orang (Pengajian Sejarah, Bahasa Iban dan TESL) sedang menduduki Ujian Akhir Kursus Kertas Wajib  TITAS pada 6 Mei 2013, Isnin dari jam 8.00 -9.30 pagi di Dewan Sri Rajang

*

LETIH

Sebelum itu, bermula bulan Febuari sehingga April saya disibukkan dengan urusan luar pejabat iaitu penyeliaan praktikum ke atas guru pelatih j-QAF Kohort 2 Ambilan Januari 2012 yang perlu diselesaikan dalam tempoh 12 minggu. Seramai 7 pelajar j-QAF yang menjadi tanggugjawab dengan 4 kali penyeliaan setiap seorang. Ini bermakna saya harus melakukan 28 kali penyeliaan.

WarnaSibukFatima3PenyeliaanPraktikum 2013

Guru pelatih di bawah seliaan saya di 4 buah sekolah di Sarikei dan Sibu pada penyeliaan Febuari-April 2013

*

Memandu kereta seorang diri dari Sibu ke Sarikei yang mengambil masa 4 jam berulang alik, amat meletihkan dalam tempoh praktikum tersebut. Letihnya sangat terasa apabila malam menjelma. Saat itu, teringin pula untuk membeli kerusi urut bagi melegakan kesakitan badan. Kalau diurut dengan tangan, tidak mampu menahan geli oleh jemari yang menari-nari di atasnya… 😀

Seluruh badan rasa lenguh, mata sangat mengantuk. Tidur sungguh nyenyak sehingga masa untuk bertahajjud malam selalu terlepas apabila tidur berlanjut sehingga masuk waktu Subuh. Allahu Akbar. Semoga Allah menerima segala amal ibadah dari kerja yang dilakukan ini. Aamiin.

WarnaSibukFatima4Temanperjalananku

Inilah kurnia Tuhan yang menjadi teman perjalanan yang jauh. Alhamdulillah.

*

ULAT BUKU

Walaupun sibuk, saya tetap memastikan bahawa LMGS G2 yang menjadi wadah pengembangan ilmu dan perluasan pengetahuan ini terisi dengan penulisan yang bermanfaat. Tentu sekali tidak akan saya sia-siakan ruang yang Allah SWT berikan dalam kesibukan berlalu begitu sahaja walau keletihan datang berkunjung.

Membaca buku dan menulis adalah rutin harian yang menjadi makanan rohani untuk saya sajikan kepada jiwa dan minda yang dikurniakan. Hidup rasa kosong jika tidak membaca apa-apa. TV sudah tidak menjadi tumpuan lagi kecuali untuk mendengar kuliah dan ceramah terpilih dan menyentuh hati.

Buku- buku seperti XPDC HAJI, BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW, ABU UBAIDAH Al-JARRAH, UMAR ABDUL AZIZ dan MOTIVASI PERANG SABIL DI NUSANTARA, masih belum sempat dihabiskan kerana masa yang terbatas. Bacaannya pula berpindah randah dari satu buku ke satu buku kerana saya sangat “tamak” untuk menghabiskan semua bacaan ini. Dalam hal ini, orang “tamak” ilmu tidak akan rugi. 😀

WarnaSibukFatima5Bukuku

Koleksi bacaanku

*

TETAMU ISTIMEWA

Alhamdulillah, kini kesibukan yang bagai ribut melanda rutin harian kehidupan saya di awal enam bulan pertama kian menyusut apabila semua tugas dan peranan keguruan yang diamanahkan selama ini telah diselesaikan. 

Hampir setiap hari, apabila Ieesyah balik dari sekolah pada jam 5.30 petang, saya akan meluang sedikit masa bermain dengan Ieesyah dan adik beradik angkatnya. Rumah kami jadi semakin ceria dengan kehadiran “4 tetamu istimewa” yang comel (kiut). Namanya adalah Pici, Apin, Upin dan Ipin. Dalam hal ini, Ieesyah lebih “keibuan” dari saya.  😀

*

Siapakah Pici, Apin,Upin dan Ipin ?

tanda-soal-baru

*

**************

6  Mei 2013 (Isnin)/ 25 Jamadil Akhir 1434H/ 10.38  malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu memikirkan bahawa impianku akan tercapai selagi aku tidak berputus asa dan mahu direalisasikan. Aku tidak akan memenuhi kehidupanku dengan memikirkan perkara yang menyedihkan kerana sebahagian besar darinya tidak pernah terjadi. Hidup ini adalah apa yang dicipta oleh fikiran kita. Oleh itu, binalah fikiran kita dengan mencipta kehidupan yang mengkagumkan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

RindukuFatima1padamu

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. bersikaplah seperti batu karang yang kukuh, yang tidak jemu dipukul ombak. Bukan sahaja tetap kukuh berdiri tidak berganjak, malah tidak beralih arah. Ia juga mampu  mententeramkan ombak amarah.  Buat sekeping hati, kesabaranmu menunduk keakuanku. Kau ku ingat dalam setiap doaku. Wassalaam. 😀

*

22 thoughts on “CT166. WARNA KESIBUKANKU

  1. Bismillah, Assalamu Alaikum wr. wb. umiku yang kusayang dan selalu kurindu karena Allah semata, semoga jalin cinta kasih ini akan bertaut hingga ke akhirat kelak , itu adalah harapan kita berdua (Amin ya Allah )

    sapa, salam, senyum buat ummi yang menanti kehadiran ananda sehari ini, anada tahu ummi nak rindukan selalu kehadiran ananda di rumah ummi, begitupun ananda yng sellau merindukan kehadiran ummi di laman ananda 😉

    masyaAllah, neni salut dan bangga memiliki ummi, seorang ibu yang multi talent, neni jadi malu jika harus berbanding dngn ummi. ummi yang begitu sibuk dan penuh semangt menjalani sesi kehidupan dan sesi kesibukan, padahal antara aku dan ummi memiliki jam yang sama dalam sehari yaitu 24 jam, entah apa yang ananda lakukan dlm sehari sehingga habis waktu itu, semoga Allah selalu memberi berkah dalam setiap langkah kita, amin ya Allah (duuhh seriusnya aku nich cakap 😀 )

    laptop ummi ada pic apa tuh ? manusia sedang ngintip didalam laptop yach 😀 , seperti naira yang ngintip dari balik gorden saat ini, ngintip aku yng sedang asyik menari di tas tuuts laptop, dia nak garang mahu ganggu tapi tak aku izinkan 😀 (kasian naira bermain sendiri )

    salam sayang dan rindu buat ummi
    semoga menjadi pelipur rindu 😀 ; ) muuaaaccchhh

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni anak yang solehah dan disayangi Umi…

      Alhamdulillah wa syukrulillah atas ingatan dari Neni buat Umi yang biasa-biasa sahaja ni. Umi senang dengan kunjungan Neni.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin, semoga doa kita bersama diperkenankan Allah SWT untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

      Insya Allah, selagi masih ada nafas dan diizinkan Allah SWT, silaturahmi antara Neni dan Umi akan sentiasa dijaga baik asal sahaja kerana Allah SWT. Mudahan mendapat barakah dan rahmat-NYA.

      Terima kasih sudah mengunjungi Umi walau sesibuk manapun. Semoga ilmu yang dikongsikan ada manfaatnya. Hmmm… Umi juga jadi serius. 😀

      Alhamdulillah, mencontohi kejayaan orang lain dengan hati yang tulus pasti akan menyerap dalam jiwa kita jika kita mengerti erti kepayahan dalam kehidupan. Usaha tangga kejayaan. Keikhlasan menjadikan semua tugas yang kita lakukan menjadi mudah dan menyenangkan.

      Hehehe… kasihan Naira yang makin cergas. Mudahan makciknya tidak selalu gemas dan marah-marah bila Naira menganggu. Anak kecil memang begitu sifatnya, suka tahu apa yang baru baginya. 😀

      Semoga sukses dalam pengajian dan jangan selalu mengantuk, 😉
      Salam rindu dan sayang juga dari Umi. 😀

  2. Ibu benar-benar sibuk. Bu Siti baca kitab-kitab tebal itu juga?
    btw, di tempat Ibu apa lagi terjadi pergolakan politik? soalnya mantan PM Anwar ibrahim sekarang jadi oposisi terus sedang melakukan sesuatu.

    • Sibuk yang terancang dan menyibuk diri di dalamnya. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan didatangi kesibukan yang baru pula. 😀

      Apapun buku tetap menjadi pilihan asal sahaja hati terpaut dengan kandungan dan manfaat dari ilmu yang disaji di dalamnya.

      PRU 13 telah selesai dan dunia politik di Malaysia sudah mulai tenang. Cuma saya tidak mengikuti perkembangan politik dengan baik kerana sibuk dengan dunia pendidikan.

      Terima kasih Wahyu.
      Salam sejahtera.

    • laku apa itu Datuk Anwar??? Ngomong yang jelas dong.. kalo ditulis melakukan sesuatu itu pastilah sudah..
      Sesuatu itu bisa macam kegiatan, makan, minum, tidur. Hahaha 😀
      Winterwing rupanya peduli pula sama Malaysia punya kondisi politik!

      • Salam sejahtera Rifai Prairie…

        Alhamdulillah, saya senang kalau ada sesiapa yang menanya hal keadaan negara saya dari sesiapapun. Itu tandanya perihatin sesama manusia, sejiran tetangga dan seagama.Semua itu dituntut oleh Islam untuk saling tahu menahu.

        Siapapun para politikus itu, mereka mempunyai pendirian masing-masing bagi memakmurkan negara. Cuma cara dan debat sahaja berbeda. Terpulang kepada kebijaksanaan rakyat untuk memberi nilai atas kesanggupan mereka untuk memimpin ummah kerana setiap tanggungjawab akan dipersoalkan Allah SWT.

        Sebaiknya sebagai muslim, kita berbaik sangka selagi tidak melanggar syariat agama. Apa yang kita fikir sama ada baik dan buruk, semuanya dalam catatan malaikat. Oleh itu, gunakan ilmu dan akal yang bijak untuk kemenjadian hidup yang punya tanggungjawab besar ini.

        Terima kasih atas kunjungan.
        Salam takzim Rifai. 😀

  3. waalaikumsalam,
    membaca ulasan postingan ini, nampak benar kesibukan yang sahabatku Fatimah alami, sungguh kesibukan yang luarbiasa,
    tapi tak apalah, karena dalam kehidupan yang singkat ini kita bisa mengisinya dengan aktifitas kehidupan yang bermanfaat…, baik buat diri sendiri maupun buat orang lain.
    semoga ALLAH senantiasa melimpahkan kesehatan dan kebahagiaan buat Fatimah sekeluarga ya….
    salam persahabatan dari Makassar – Indonesia

    • Pelbagai kesibukan melanda kehidupan harian kita. Pastinya kesibukan dengan amanah Allah SWT yang menjadi sumber pencarian kita harus diredhai dengan sebaiknya agar apa yang diperolehi menjadi halal di sisi Allah SWT.

      Begitulah hidup ini harus dilalui dengan tabah dan senang hati, mas Hariyanto agar rasa letih dan lelah tidak menghalang kita untuk menikmati kehidupan lain yang melingkari keliling kita.

      Alhamdulillah, mudahan kurnia Allah SWT dengan tugas-tugas yang menyibukkan kita dengan dunia tidak melupakan kita kepada kewajiban sebagai hamba Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih atas doa dan kunjungan mas Hariyanto. Didoakan sihat dan bahagia juga bersama keluarga di Makassar. aamiin.

      Salam hormat takzim selalu. 😀

    • Selamat pagi Rifai…

      Saya yakin bukan saya sahaja sibuk, anda pun sibuk juga. Tidak ada manusia di dunia ini yang rehat dalam hidupnya, malahkan setelah mati, kesibukannya lagi parah berbanding di dunia kerana harus bertemu dengan Yang Maha Esa untuk dipertanggungjawabkan segala kesibukan urusan dunianya.

      Bintangor itu tempatnya di Sarikei, Sarawak dalam Kepulauan Borneo.
      Aamiin, terima kasih atas doanya. Didoakan Rifai juga sukses.

      Terima kasih Rifai. Upin dan Ipin ada juga di rumah saya. 😀
      Salam ceria.

  4. Wah, kesibukan ibu benar2 membuat saya teruja. Banyak sekali pekerjaan yang harus ibu selesaikan berkenaan dengan tugas-tugas kependidikan. Saya pribadi berpendapat bahwa pekerjaan seorang guru itu tidak mudah. Menghadapi tingkah polah murid-murid yang beraneka ragam, kadang bisa membuat kestressan tersendiri. Kalau kelakuan muridnya menyenangkan dan sopan santun, pasti akan memudahkan guru untuk melakukan pengajaran. Tapi kalau malah sebaliknya, bisa-bisa membuat kesabaran sang guru harus benar-benar diuji,

    Yang paling menyenangkan tentunya adalah apabila murid-murid berhasil dalam pembelajaran dan lulus ujian pemeriksaan (Kalau di Indonesia dikenal dengan istilah Ujian Akhir Nasional). Berarti, guru telah mampu menerikan yang terbaik bagi murid-muridnya sehingga mereka berhasil.

    Oh ya, saya juga kagum karena ibu masih sempat meluangkan waktu membaca buku-buku tebal yang temanya juga lumayan berat. Kalau saya rasanya sdh tidak sanggup, alias malas dan lebih memilih membaca buku-buku yang bertema ringan-ringan saja dan tidak terlalu banyak mikir. Salut untuk ketekunan ibu. Semoga membawa manfaat bagi lingkungan sekitar.

    Dan, tentu menyeronokkan melihat suasana kelas di Malaysia yang penuh dengan warna-warni dan sukacita. Rasanya betah dengan kondisi itu.

    Terima kasih dan Wassalam

    • Begitulah keadaan guru, Ifan. Kadang saat kita jadi pelajar dahulu, kita tidak pernah mahu memahami kesibukan dan kesusahan mereka sehingga selalu ingin menyalahi guru atas emosi yang ditunjukkan.

      Menjadi guru tugasnya sangat mulia dan berperanan untuk membentuk manusia menjadi manusia. Tahu menghargai hidup dan ilmu yang dipelajari. Oleh itu, guru mesti tahu tujuan dan niat saat ingin bergelar guru. Jangan jadi guru asal jadi sahaja. Maka nanti, tidak menyumbang kepada bakti untuk membesarkan jiwa mereka agar terdidik jadi pemimpin besar yang berguna di dunia dan di akhirat.

      Saat murid kita berjaya dalam apa yang telah kita usahakan untuk membantu mereka, saat itu jiwa guru sangat berbangga dan bahagia. Oleh itu, hormatilah guru kita, berdoalah untuk mereka. Kenangi jasanya dan berdoalah untuk kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

      Saya fikir, suasana kelas di Indonesia dan Malaysia, lebih kurang sama sahaja. Memang kelas-kelas sekolah rendah di Malaysia sangat berwarna warni. Gurunya digalakkan menghias kelas agar suasan kondusif dan minat belajar pelajar bertambah. Senang sekali kalau saya sendiri dapat melihat cara guru di sana mengajar di dalam kelas. tentu banyak perkara yang boleh dikongsikan untuk manfaat pendidikan di dua negara ini.

      Membaca itu jambatan ilmu, Ifan. Apapun jenis buku jika dapat menarik perhatian hati untuk mengetahui isinya, pasti akan saya beli walaupun mahal harganya.

      Terima kasih Ifan kerana sudah berkongsi ide dan komentaryang berbobot di sini. Semoga sukses selalu.

      Salam sejahtera. 😀

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Dalam kesibukan yang demikian, semoga senantiasa mendapatkan rahmat dan berkah dari Allah Ta’ala ya, Mbak, sehingga sehat, bahagia, dan sukses tentunya. Allaahumma aamiin….

    Beberapa bukunya menarik tuk dibaca tuh… 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih atas doa baik yang dilampirkan. Didoakan mas Amazzet
      juga demikian sama dan sukses dengan idea-idea bermanfaat untuk bacaan semua.

      Buku-bukunya memang banyak yang menarik dan membuat rasa “rakus” untuk menghabiskan semua koleksi yang ada. Tetapi harus sabar untuk menamatkannya. 😀

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat.

  6. Bunda, Siti Fatimah Ahmad yang dahsyat… Saya percaya, setiap rasa letih yang menerpa, setiap keringat yang diteteskan, setiap kata yang diucapkan dalam mengerjakan amanah yang diberikan Allah Ta’ala kepada kita melalui pekerjaan beserta tanggung jawabnya dengan tulus ikhlas, niscaya akan dibalas dengan segunung kebaikan oleh Allah Ta’ala.

    Semoga ibunda tetap semangat, dalam seluruh waktu hidup bunda.

    • Semoga apa yang menjadi tanggungjawab kita walaupun berat, akan diusahakan sebaik mungkin. Apapun pekerjaan tentu akan menempuh kesulitan dan keletihan.

      Sabar dan syukurlah kerana Allah SWT telah memberi peluang kepada kita untuk bekerja dan mendapat kerja yang mungkin tidak semua orang berkesempatan memiliki kerja seperti kita. Alhamdulillah.

      Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin. Terima kasih atas doa yang baik dan didoakan Rizal juga demikian sama.

      Salam ceria. 😀

  7. Pingback: CT169. TETAMU ISTIMEWA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.