CT14. MUNSYI DEWAN YANG MENDEBARKAN (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


“Pihak urusetia telah mencalonkan pegawai tuan iaitu SITI FATIMAH BINTI AHMAD sebagai MUNSYI DEWAN (JAWI). Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama tuan memberikan pelepasan kepada pegawai tuan untuk menghadiri KURSUS INDUKSI MUNSYI DEWAN (JAWI) pada 1-3 Oktober 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.”

(Demikianlah bunyi surat yang ditujukan kepada Pengarah IPG Kampus Rajang dan ditandatangani oleh Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Apa lagi yang mahu ku ucapkan ke hadrat Ilahi Rabul Jalil selain ucapan “ALHAMDULILLAH”. Kalimat hebat penuh keajaiban yang berbentuk mengangkat segala puji dan puja hanya untuk Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bakal dilakukan-Nya kepada masa depan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Dengan hati yang bergetar penuh ketakjuban, jiwa yang berdebar sarat kegembiraan saat menatapi baris-baris kalimah yang mengkagumkan di atas. Sedangkan kedua tanganku seperti gementar bak tali gitar yang dilirik temalinya dengan jemari yang gemalai sambil memegang erat sekeping surat putih dengan mataku terkuak tanpa kerdipan. Kubaca berkali-kali dengan rasa tidak percaya. Lalu meluncur dari bibirku kalimah mulia yang kedua – “SUBHANALLAH” -.

“MAHA SUCI ALLAH”… Kalimah agung  yang menyucikan Allah dari segala kekotoran dan kelemahan,  kulafazkan antara dengar dan tidak sambil memejam mata. Surat itu bagai ingin kurenyuk kerana menahan kebahagiaan yang tiba-tiba menjelma, entah dari mana munculnya. Dua kalimah yang asing bagiku – MUNSYI DEWAN -, baru sahaja aku dengar dan baca.

Kenapa aku rasa senang dan seronok sedangkan aku tidak tahu dan tidak faham akan fungsi dan peranan MUNSYI DEWAN tersebut. Secara jujurnya, kebahagiaan itu muncul bukan kerana aku bakal diwatikah atau dilantik menjadi Munsyi oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Tetapi kerana aku mencintai bahasa dan menghargai setiap sendi kalimahnya. Selama ini, aku mengiktirafkan diriku sendiri sebagai seorang pejuang bahasa yang unggul dan berusaha mempertahankan kesempurnaan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dalam percakapan dan penulisan.

Jika ada penggunaan bahasa yang diistilahkan sebagai bahasa rojak atau bahasa slanga,; dan penulisan yang tidak sempurna; tidak jelas penulisan bahasanya seperti SMS. Walau dalam apa bentuk pengaruh dan alasan yang diberikan oleh mereka yang menggunakanya, hatiku bagai dihiris sembilu. Tajam dan menyayat. Aku amat kecewa. Sungguh kecewa. Bagiku, bahasa adalah tonggak ketinggian bangsa seseorang itu seperti agama yang menjadi kekuatan kepada pegangan dan keyakinan penganutnya.

BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA. BAHASA ADALAH JIWA BANGSA.

(Inilah Watikah Musnyi Dewan (Jawi) yang mengiktiraf dan melayakkan diriku sebagai seorang Munsyi bagi membantu DBP dalam menyebar luas dan memperkembangkan bahasa terutama dalam bidang tulisan Jawi di Malaysia mengikut wilayah yang telah ditentukan) DOAKAN AKU SAHABAT UNTUK DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS BERAT INI.


Tahukah sahabat, apakah makna MUNSYI  itu ? Untuk mengelak ketidakfahaman, aku membuka Kamus Bahasa Melayu digital melalui laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, carian PRPM atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu. MUNSYI bermaksud  GURU BAHASA ATAU AHLI BAHASA. yang bersinonim dengan guru, pengajar, pembimbing, pemudahcara, fasilitator dan penceramah.

Aku telah mendengar nama munsyi  sejak berada di sekolah menengah ketika belajar mata pelajaran Sejarah tanpa mengetahui makna dan fungsinya melalui nama MUNSYI ABDULLAH. Siapakah MUNSYI ABDULLAH, juga sangat misteri dan asing bagiku ketika bergelar pelajar dahulu. Yang aku tahu Munsyi Abdullah adalah nama tersohor dalam sejarah bahasa di Malaysia.

ABDULLAH BIN ABDUL KADIR  MUNSYI yang lebih sinonim dengan gelaran ABDULLAH MUNSYI dianggap sebagai BAPA PENULISAN MELAYU MODEN. Beliau dilahirkan di Melaka (1796 dan meninggal dunia di Makkah (1854). Gelaran MUNSYI diperolehi beliau dari Sir Stamford Raffles yang bermaksud GURU BAHASA (bertaraf pakar).

Sejarah Munsyi Abdullah akan kutulis dalam pelbagai variasi sesuai dengan masukan idea-idea yang bakal terbentang dalam penulisanku akan datang di bawah penjenisan AKU DAN BICARA MUNSYI. Hal ini melengkapi sebahagian dari mozaik-mozaik kehidupanku yang berbaki sebagai,

GURU SEBENAR GURU: KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU

TITIK. bermaksud berhenti untuk membicarakan tentang MUNSYI ABLULLAH. Kembali kepada debaranku yang bakal bergelar MUNSYI. ( 😀 😀 ketika menulis posting ini, aku baharu sahaja 10 jam yang lalu telah diwatikahkan sebagai MUNSYI DEWAN (JAWI). Alhamdulillah wa Syukrulillah.

Semoga dengan kehadiran seorang lagi pejuang bahasa (Tulisan Jawi) iaitu AKU, bakal memartabatkan kembali kedudukan tulisan Jawi yang pernah menduduki mahkota keunggulan bahasa di kepulauan Nusantara, malah ke serata dunia.

DOAKAN aku sahabat, agar mampu menjalankan amanah besar sebagai seorang bergelar MUNSYI yang diwatikahkan secara rasminya oleh DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, sebuah organisasi yang bertaraf Badan Berkanun, diberi kuasa otonomi bagi mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia.

Ahh… rasa kantuk tidak dapat lagi ku bendung saat ketikan-ketikan  terakhir ini kuhabisi. Sahabat, bicara Munsyi Dewan ini kutulis sebagai episod pertama yang bererti akan muncul episod seterusnya berhubung dunia Munsyi  Dewan (Jawi) yang baru digelarkan kepadaku.

Insya Allah, akan kukongsikan setiap detik dan langkah perjalanan yang bakal aku lalui dalam meneroka pengalaman bagi memperkasakan TULISAN JAWI yang kian hilang “taring” keilmuan dan keperkasaannya di bumi merdekaku MALAYSIA.

*

SalamFatima3SalamFatima 4 Oktober 2010 (Isnin)/ 0307 pagi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor.


AKU….. yang amat mensyukuri segala milik Allah yang dipinjamkan sebentar kepadaku melalui bakat dan ilmu yang dianugerahkan. Kesayuan terus kurasai ketika lagu MANA MILIK KITA, dendangan kumpulan nasyid tersohor Malaysia, RABBANI berkumandang di pagi hening, bening udaranya dan sunyi sepi dari dendangan cengkerik jua bisikan cicak jantan.. 😀 .

Dengarlah sahabat, lagu ini cukup sayu dan mengharukan. Setiap kali aku dengar, AKU MENANGIS kerana hebatnya lirik, bahasa dan indahnya PUJIAN YANG DITUJUKAN KEPADA TUHAN KITA: ALLAH YANG MAHA AGUNG.

MANA MILIK KITA ?

49 thoughts on “CT14. MUNSYI DEWAN YANG MENDEBARKAN (1)

  1. Ass….

    Selamat untuk bunda atas prestasinya. Semoga dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada ibu.

    Dengan tekad yang kuat, jiwa yang pasrah dan do’a yang ikhlas akan mendatangkan keadilan Allah SWT;
    Iman dan tawakal mendatangkan suksesan untuk bunda
    Karena hanya Allah Tuhan Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

    Dengan Mengatasi Permasalah Yang Kecil, Maka Kita Dapat
    Menyelesaikan Permasalahan Yang Besar.

    Selamat bertugas, salam untuk keluarga

    Jakarta, Indonesia

    • Wa’alaikum salaam R. Indra Kusuma Sejati…
      Amiin… Alhamdulillah, mudahan selamat semuanya dalam kasih sayang Allah SWT buat kita semua, mas Indra. Semoga kita selalu diberi kekuatan dan pelajaran oleh Allah untuk menguasai ilmu yang tidak kita ketahui segala kemungkinan yang bakal dilalui.

      Harapan kepada Allah sebagai penolong yang tidak pernah mengecewakan hamba-Nya, tentu sekali menjadi kekuatan bagi menyonsong segala tribulasi dan tantangan yang bakal menjelma di depan mata.

      Terima kasih mas, atas komentar yang berbobot dan mengesankan. Selamat bertugas kembali.
      Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

    • Wa’alaikum salaam nanda Achoey…
      Alhamdulillah, Ummi selamat dan sihat wal’afiat. Didoakan Achoey juga demikian.

      Bunda juga demikian. Mudahan silaturahminya terjalin baik dan penuh muhibbah.

      Rasa menuangkan aroma yang manis ketika berbahasa yang bertindak menyampaikan perasaan, kehendak dan sentuhan naluri manusia. Sungguh bahasa itu penyampai rasa. Bunda sangat setuju Achoey. 😀

      Salam ceria dari bunda selalu.

  2. Assalamualaikum wbt..

    Tahniah diatas perlantikan Bonda sebagai Munsyi Dewan.

    Saya doakan Bonda dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

    Semoga penglibatan Bonda kelak dapat mengembalikan kegemilangan bahasa melayu kita…

    Selamat menjalankan tugas.

    • Wa’alaikum salaam wr. wb.Abgreds..
      Alhamdulillah dan terima kasih atas ucap selamat juga doanya. Mudahan dimudahkan Allah SWT untuk menjalani amanah yang besar ini.

      Salam kenal dan salam mesra selalu dari saya di Sarawak. 😀

  3. Selamat!!Sekali lagi selamat!!
    Apapun itu penghargaan buat diri kita sendiri sudah tentunya kita harus bersyukur
    Dan satu hal tentunya kita harus biasa menjalankannya dan mempertahankannya.. 😀

    • Kang DaDang… Alhamdulilah, terima kasih kang.
      Doakan saya dapat melakukannya kerana sifat Munsyi ini harus mendalami ilmu bahasa terutama tata bahasa tulisan Jawi untuk membantu meningkatkan kefahaman masyarakat lingkungan tentang tulisan jawi yang semakin pupus rasa minat terhadapnya.

      Salam mesra dari saya. 😀

  4. Selamat sore bunda sahabat….semoga senantiasa sehat adanya. Terima kasih masih melirik pada blog ku. Mudah-mudahan hubungan silaturahmi ini senantiasa mengakar kuat di jagad dunia maya. Saya masih banyak belajar dan tentunya dengan berkunjung balik akan mendapatkan pencerahan. Terima Kasih….salam dari desa Tajur Tangerang.

    • Selamat siang mas….
      Alhamdulillah, saya sehat.

      Terima kasih kembali atas kunjungan. Insya Allah, selagi adanya jaringan menuju ke sana, pasti akan dikunjungi untuk bertanya khabar dan berkongsi ide untuk sama-sama mendapat pelajaran dan ilmu bermanfaat.

      Salam mesra dari saya di Sarawak. 😀

    • Betul Mas Zulfa… bahasa bukanlah hal yang statik. Ia sangat dinamik dan berkembang. Semakin berkembangnya sesuatu bahasa akan semakin menyemarakkan dunia bicara kerana banyaknya kata-kata serapan yang bakal mempengaruhi sesuatu bangsa sehingga bahasanya diupayakan menjadi bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

      Yang membimbangkan kita, apabila penggunaan bahasa itu dirojakkan sehingga hilang seri dan warna asalnya samada melalui kata bicara mahupun dalam penulisan. Maka jangan menyepelekan bahasa kita. Harus dipertahankan samada dengan membaiki penggunaan tata bahasanya jika ada timbul kekeliruan, mahupun penulisan jangan sampai bahasa itu tidak menggeluarkan bunyi yang akhirnya hilang sudah bahasa yang ada.Yang tingga adalah isyarat yang hanya difahami oleh segolongan manusia sahaja.

      Terima kasih atas doanya. Amiin.. Ya Rabb.
      Salam sore yang damai. 😀

  5. Assalamu’alaikum wr. WB.
    Lama tak berkunjung… apa kabarnya bunda?
    Selamat dengan anugerah yang telah diterimanya, saya ikut senang…
    Setuju bunda: ‘Bahasa melambangkan bangsa…, bahasa jiwa bangsa’
    Salam hangat dari Pangandaran Ciamis Inonesia
    Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb nanda Dedekusn.
      Tak mengapa nanda, sudah menyenangkan kalau kunjungannya sampai juga ke mari.

      Alhamdulillah, bunda sihat dan baik selalu. Harapan nanda juga begitu. Terima kasih atas ucap selamatnya. Doakan bunda dapat melaksanakan tugas berat ini. Maka harus belajar dan banyak membaca tentang tulisan Jawi ini.

      salam hangat kembali dari bunda di Sarawak. 😀

  6. Barakallah ya bunda dengan amanah yang baru, saya turut berbahagia…semoga tercapai apa-apa yang dicita-citakan. ditunggu cerita-cerita dari tempat yang baru…Sukses selalu ya bunda…

    • Amiin…. Alhamdulillah. Mudahan dibarakahi Allah SWT akan laluan yang bakal dilalui nanti.

      Terima kasih Ummu atas dokongan dan semangat yang dipancarkan. Mudahan sukses dengan izin Allah SWT.
      Salam manis selalu. 😀

  7. Assalaamu’alaikum…
    selamat yach buat anda, semoga anda menjadi orang yang amanah 🙂 hehehe….

    terus terang, saya terkadang suka merasa bingung dengan gaya bahasa malaysia yang tidak biasa dengan gaya saya.
    maka, saya memohon maap apabila ada kesalahan dalam memahami tulisan anda,

    salam mesra dari bandung,
    yang selalu merindukan kunjungan anda,
    terima kasih 🙂

    • Wa’alaikum salaam Mas Argun…
      Senang disapa kembali oleh Mas Argun yang penulisannya mengkagumkan saya.

      Hehehe… susah ya mas, mahu memahami Bahasa Malaysia. Sebenarnya, kalau Argun selalu membaca artikei dalam Bahasa Malaysia, pasti lambat laun akan faham juga sebagaimana saya bisa memahami Bahasa Indonesia kini walau tidak total 100%.

      Setakat ini, belum saya jumpai kesalahan mas Argun dalam memahami tulisan saya. Jelas, tepat dan betul kalau berkomentar. Terima kasih atas komentar dan betah kemari. Insya Allah, akan berusaha juga berkunjung ke sana untuk menambah ilmu dan hikmah.

      Salam mesra kembali dari saya. 😀

  8. malam bunda ku yang tersayang
    selamat y…………….selalu blue juga merasakan yang sangat berbahagia jika bunda mendapatkan sesuatu yg bikin bundaku bangga…………
    maaf y bunda blue terlalu lama tak bersandar disini……bahkan enyempatkan angin kerinduan saja blue sangat terlantar………….maafkan blue ya,bunda@
    oya bunda……….blue sedang menyibukan sesuatu yg meski blue kerjakan hingga lama tak mampir……………..doakan selalu biar blue mendapatkan hasil yg snagat bikin semua bangga…………………..
    salam hangat dari blue
    selalu ada doa untuk ke3sehatan bunda serta sekeluarga disana

    • Selamat Siang nanda Blue…
      Amiin… mudahan dirahmati Allah atas kita dengan saling doa mendoakan. Terima kasih nanda Blue. Bunda senang menerima kunjungan yang tidak diduga ini.

      Tidak mengapa jarang menya bunda. Bunda mengerti kalau nanda punya urusan lain. Yang penting, jika punya masa dan waktu terluang, silakan mampir ke teratak sederhana bunda ini.

      Bunda senantiasa mendoakan kejayaan agar selalu menyapa nanda Blue dalam apa juga bidang yang diceburi. Semoga sukses dan berhasil mendapat apa yang diingini.

      Salam hangat kembali dari Bunda di Sarawak.:D

  9. Assalamualaikum…
    selamat atas prestasi bunda..
    sebuah prestasi tak akan ada tanpa kerja keras dan kegigihan tekad juga doa yang tak putus2 kepada Allah SWT kan bun???

    saya turut berbangga bun..
    semoga dengan jabatan baru ini, bunda lebih memberi warna dan manfaat bagi perkembangan pendidikan di Malaysia bahkan dunia Internasional…

    salam sayang saya… 🙂

    • Wa’alaikum salaam Advertiyha..
      Senang mendapat kunjungan dari Ad setelah lama tidak bersapa.

      Amiin… Alhamdulillah.
      Terima kasih atas doa dan dokongan semangatnya, Ad. Mudahan bunda dapat melaksanakannya dengan baik. Doa dari bunda, Ad juga akan selalu sukses dalam tugas yang disandang kini.

      Salam sayang kembali dari bunda. 😀

  10. Assalamu`alaikum kakakku
    Alhamdulillah… tahniah diatas perlantikan itu wahai kakakku. Izinkan saya untuk turut sama mendoakan kejayaan kak. Semoga kakak dikurniakan oleh Allah SWT kekuatan minda dan akal yang cerdas dalam menggalas amanah yang diberi.

    • Wa’alaikum salaam adikku..
      Amiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah. Terima kasih Mama atas doa yang dikirimkan dan sokongan yang dihulur bagi menguatkan semangat juang bahasa. Mudahan akan dimudahkan Allah SWT untuk melakukan amanah berat ini. Didoakan adik akak ini juga berjaya dalam bidang yang diceburi.

      Salam manis selalu dari akak buat adik yang jauh di seberang lautan. 😀

    • Muhamaze…
      Senang menerima kunjungan walau sudah lama saling tidak bersapa. Mudahan silaturahminya akan kembali baik di masa mendatang.

      Terima kasih atas penghargaannya. Semoga kita akan diberi kejayaan oleh Allah SWT. Salam mesra dan ceria selalu. 😀

  11. Assalamualaikum Bunda Siti.

    TAHNIAH BUNDA, TAHNIAH.
    Semoga Allah SWT selalu membimbing dan memberikan kemudahan kepada Bunda Siti dalam menjalankan tugas sebagai ahli bahasa. Amin. Do’a nanda menyertai perjalanan Bunda.

    • Mas Saiful..
      Wah… ini guru matematika yang hebat. Dengan melihat kiprah sahaja sudah tahu. Pasti selalu menjadi hakim atau juri pertandingan nih. 😀

      Tulisan saya sederhana aja mas. Terima kasih ya atas penghargaannya. Mudahan saya dapat melakukan yang terbaik buat semua. Semoga sukses juga.

      Salam sejahtera dari saya.

    • Mas Julian…
      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.
      Saya selalu menghadapi masalah untuk sampai ke blog Julian di sana. koneksinya sangat lambat, malah ada ketika “hanging”. Apakah karena bahannya terlalu banyak atau besar sehingga lambat untuk membukanya atau line ditempat saya kurang bersahabat.

      maaf kalau sepertinya saya tidak menyapa mas Julian.
      Terima kasih lagi atas ucap selamat dan semangatnya.
      Salam mesra selalu. 😀

  12. Salam ziarah Kanda Siti Fatimah,
    Moga dipertemukan semula dalam bengkel “Munsyi Susulan”. Munsyi tidak jatuh pada watikah, tetapi jatuhnya di hati.

    • Terima kasih Ustaz untuk kunjungan perdana ke blog saya. Senang menerima tetamu baru dari DBP malah juga guru Jawi saya. Alhamdulillah, jika adanya Munsyi Susulan nanti

      Benar tu, watikah hanya sekeping kertas yang mengiktirafkan kita secara lateral sahaja. Namun, watikah pada kertas mempunyai nilai keilmuan yang tinggi sebagai pengiktirafan yang bukan mudah untuk dicapai.

      Takkan hilang kecintaan kepada bahasa, tulisan jawi dan seumpamanya selagi di hati menjadi tempat bersemayamnya perkara tersebut. mudah-mudahan ustaz.

      Salam mesra dari saya. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.