CT121. ZIARAH MADINAH (1): KOTA MADINAH YANG DICINTAI RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

SALAM GLOBAL dan SALAM GLOKAL merupakan 2 tag baru di blog LMGS G2 yang dikhususkan untuk siri-siri perjalanan saya menjelajah muka bumi Allah di luar negeri (global) dan di dalam negeri (glokal).

Insya Allah, andai umur ini masih diizinkan untuk menapak jejaknya, saya akan berusaha merealisasikan apa yang menjadi impian dan cita-cita sejak kecil. Mudahan ada wajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dan ibrah yang menjadikan saya hamba yang lebih bersyukur dengan segala kurnia Allah swt. Aamiin.

Siri SALAM GLOBAL perdana ini, akan meninggalkan kenangan yang pernah ditempuhi selama 49 hari di negara minyak, Arab Saudi untuk menunaikan fardhu haji, tahun 2011 sebagai negara luar pertama yang saya jejaki melalui Ziarah Madinah, Ziarah Makkah dan Ziarah Jeddah. Mudahan menyusul pula pengembaraan di negara yang lain dan saya sangat teruja untuk melakukannya. Semoga Allah merestui hasrat ini.

ZIARAH MADINAH

Siri Ziarah Madinah dibahagikan kepada dua iaitu pertama; ZIARAH DALAMAN (hari kedua) yang melibatkan ziarah di persekitaran Masjid Nabawi, Perkuburan Baqi’ dan Raudhah. Perkuburan Baqi’ hanya dapat dimasuki kaum lelaki sahaja dan kaum perempuan dilarang sama sekali. Namun begitu, untuk perbahasan tentang HUKUM ZIARAH KUBUR  BAGI WANITA, dapat dibaca di SINI.

Kedua; ZIARAH LUAR (hari ketiga) pula meliputi siri perjalanan saya dan SPH bersama jemaah haji KT33 Sarawak dengan menaiki bas dalam rangka lawatan ke beberapa tempat sejarah di Kota Madinah seperti Masjid Quba, Ladang Kurma, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain.

Walau bagaimanapun, lawatan ke Masjid Qiblatain tidak sempat dilakukan kerana menghampiri waktu Zohor dan bimbang tidak sempat untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi. Semua para hujjaj bersetuju membatalkan lawatan tersebut.

Kedua-dua aktiviti ziarah merupakan aktiviti wajib yang diSUNATkan ke atas semua jemaah haji Malaysia pada hari kedua dan hari ketiga berada di Madinah. Aktiviti ziarah ini diuruskan oleh pihak Tabung Haji dengan melantik beberapa mutawif dari Tabung Haji sendiri untuk Ziarah Dalaman. Manakala, Ziarah Luar dilantik mutawif di kalangan pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Madinah untuk setiap bas yang dinaiki.

Selepas kedua-dua hari tersebut, jemaah haji Malaysia dibenar merencanakan aktiviti sendiri sehingga hari berangkat ke Makkah. Selain ziarah Madinah, pihak Tabung Haji Malaysia juga mengadakan ceramah bersiri untuk semua KT Malaysia yang berada di Madinah dalam usaha memberi penerangan tentang proses perjalanan ke Makkah bagi mereka yang memilih Haji Tamattuk.

****************

JEJAKI KOTA ISLAM PERTAMA DI DUNIA

Jemputan Allah melalui bumi Madinah pada 9 Oktober 2011 (Ahad), dengan menaiki pesawat MAS Boeing 747-400, telah mendarat tenang di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah pada jam 7.15 petang. Jejak bertapak itu didahului dengan kesyukuran yang besar kerana selamat sampai setelah melalui perjalanan yang panjang selama hampir 9 jam meredah udara.

Kaki ini akhirnya berpijak nyata di bumi yang pernah tertegaknya NEGARA ISLAM PERTAMA DI DUNIA. Satu azam telah terpahat di hati bahawa PENGEMBARAAN MENGELILINGI DUNIA, akan saya mulai di bumi Haramain, sama ada Madinah atau Makkah.  Permulaan travelog insan yang ingin menjelajah bumi sebelum rumah kata pergi, kubur kata mari bagi memuaskan diri dalam membenah impian, jika jasad dikandung tanah segala keinginan diraih sudah.

Selama ini, saya menahan diri dari memulai pengembaraan mengelilingi dunia ke negara-negara lain sehinggalah jasad ini menyelami dirinya di Tanah Suci terlebih dahulu. Alhamdulillah, azam itu sudah tercapai dengan izin Allah swt. Allah mendengar bisikan hati dan doa yang dipanjatkan saban hari, tanpa rasa lelah dan putus asa mengharapkan suatu hari nanti akan tertunai apa yang dihajat, dicita. Alhamdulillah

Tetapi, sejak balik dari menunaikan fardhu haji tahun 2011 yang lalu, keinginan untuk kembali menyelusuri diri ke lembah gersang itu semakin mengocak jiwa. Hasrat untuk ke negara lain yang telah direncanakan sebagai misi pengembaraan dalam kronologi hidup berbaki, semakin kurang dihayati walau tetap akan melawatinya. Begini rupanya rasa yang pernah diluahkan oleh sesiapa yang pernah melalui perjalanan iman ini.

Saya sedang menikmati lazatnya kerinduan kepada bumi Haramain (Makkah dan Madinah) dan ingin selalu untuk ke sana. Walau dulu pernah rindu itu bermukim sehingga terasa robek hati ini berpisah denganmu. Kini, kerinduan itu bertali-tali ingin mengikat diri untuk bersamamu dan menjadikan bumimu, rumah persemadianku. Apa lagi yang tinggal di hatiku selain menempatkan kecintaan yang tinggi kepada Cinta Allah dan Cinta Rasulku melebihi dari segala-galanya.

**************

SALING CINTA MENCINTAI

Bumi Madinah adalah bumi yang dicintai Rasulullah saw dan Madinah juga mencintai baginda. Allah swt  memilih Madinah sebagai tempat hijrah Rasul. Allah juga memilih Madinah sebagai tempat persemadian jasad Rasulullah saw. Allah memuliakan Madinah dengan menetapkan bahawa iman akan tersebar di sana dan akan kembali ke sana di akhir zaman sebelum kiamat berlaku.

Rasulullah berdoa agar Madinah dicintai oleh orang mukmin sebagaimana mereka mencintai Makkah atau lebih dari itu. Sesungguhnya Allah telah menerima doa Rasul-Nya. Hasil doa tersebut, hati orang yang beriman cenderung untuk ke Madinah terutama ke Masjid Nabawi. Sehingga kita dapati, mereka merasa berat untuk meninggal dan berpisah dengan Madinah.

Perasaan itu benar-benar wujud di hati saya. Saya yakin, perasaan itu juga wujud di hati semua jemaah Haji/Umrah seluruh dunia. Hasrat yang begitu besar dan rindu yang tak tertahan untuk ziarah Madinah, bercambah subur di nubari setiap umat Islam. Malah untuk berpisah dengan Madinah juga menimbulkan rasa keharuan yang sungguh dramatik terutama apabila ziarah wada’ ke maqam Rasulullah saw.

Keinginan untuk hadir lagi menziarahi Madinah di kemudian hari tidak pernah luntur di hati. Madinah seakan-akan melambai-lambai menjemput tetamu Allah menempati buminya yang barakah itu. Subhanallah.

Tangisan tidak dapat dibendung apabila saat perpisahan semakin dekat. Saya mengalami kondisi ini setiap kali mahu meninggalkan maqam Rasulullah, walaupun saya hanya berdiri di luar bangunan sahaja. Maqam Rasulullah ditandai dengan kubah hijau jika dilihat dari luar. Wanita tidak dapat memasuki daerah maqam Rasul dan sahabat kerana berada di ruangan ziarah lelaki.

Saya hanya dapat melihat tanda nama Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a atas pintu maqam ketika memasuki Raudhah pada kali kedua. Saya mendongak ke atas dan melihat kubah hijau yang besar di atasnya.

Hati saya berlagu riang, senyuman terukir indah sambil mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berada dekat maqam Rasul dan sahabat walau terpaksa menjingkit kaki disebabkan ketinggian saya hanya 151 cm sahaja. 😀

Kawasan menuju ke Raudhah di sebelah wanita dikelilingi oleh kain kanvas tebal melepasi kepala saya.  Alhamdulillah. Cukuplah jika itu sahaja yang diizinkan Allah. Yang penting hati saya lebih hampir kepada Rasulullah saw dari maqam yang hanya sebuah tanda sahaja. Mudah-mudahan  saya dapat bertemu sendiri dengan Rasulullah di sana nanti. Aamiin. 

Ya Allah, dengan izin-MU jua, aku akan berusaha kembali lagi ke bumi yang barakah penuh sejarah iman ini untuk menziarahi Rasulullah saw dan Baitullah al-Musyariffah. Jika diizinkan lagi, ingin jasad ini membumi rata di persada bumi para mukminin terawal bersama teduhnya keunggulan peribadi agung yang tenang dan damai di sisi Kekasih tercinta, Allah Rabbul Jalil. Aamin Allhumma Aamiin.”

**************

9 Ogos 2012 (Khamis)/ 20 Ramadhan 1433H/ 1415  petang – Bintangor, Sarawak

AKU….  mengerti bahawa kekuatan akal yang dikurniakan Allah  akan dapat menyelamatkan aku dari kekalahan panahan emosi yang menancap darah sengsara. Kekuatan sabar yang dipelajari dari gempur peluru tak bermata yang menjunam ke sanubariku akan dapat melindungi aku dari deraian air mata yang membadai derita. Kekuatan iman yang digenggam dari pelukan cinta yang ku cari di bawah payung rahmat Yang Maha Pengasih menjadi perisai tika menghadapi segugus cabaran hidup yang cuba menyingkir kebahagiaan yang ku kutip untuk bekal dunia dan akhiratku. Ya Allah, aku menyerah diri pada-MU. Jangan berpaling dariku hanya semata-mata aku pernah menyesali apa yang Kau hadirkan dalam hidupku. Ampuni aku, Wahai Yang Memberi Kesejahteraan. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

DI KALA PENUH KETAKUTAN DENGAN BADAI KEHIDUPAN…. AKU BERSYUKUR ADANYA KAMU

****************

25 thoughts on “CT121. ZIARAH MADINAH (1): KOTA MADINAH YANG DICINTAI RASULULLAH SAW

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    THE MESSAGE… sebuah movie tentang PERJUANGAN RASULULLAH DALAM PENYEBARAN ISLAM. Segala rindu terpahat teguh di hatiku untukmu, Ya Rasulullah. Setiap kali menonton movie ini, hatiku tersentuh dengan perjuangan yang pernah disirahkan untuk dilakar bagi mengambil iktibar dari perjuangan umat terawal Islam. Semoga kita memahami pesan yang tersirat.

    Dedikasiku Untukmu… Sedari bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan kenyataan yang telah ditentukan oleh Tuhan. Jangan pernah lemah menghadapi suratan itu. Langit begitu biru. Hutan terlalu hijau. Hidup sebenarnya boleh sedamai ini indahnya. Dan kau adalah anugerah terindah dalam hidupku dari Tuhanmu.

    Wassalaam. 😀

  2. Ass…..
    Senyum menyapa Bunda di negeri seberang. Dalam setiap untaian karakter kata yang tidak terlepas dari cahaya rahmat yang selalu bersinar. Selamat memasuki 10 malam terakhir di bulan yang penuh dengan keistimewahan ini. Salam kami untuk keluarga di sana.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Alhamdulillah, kita masih dipanjang umur dengan izin-NYA untuk memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Mari bersama meningkatkan amal ibadah agar kita memperolehi keberkatan Lailatur Qadar dan menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai perubahan untuk menjadi muslim dan mukmin sejati. Aamiin.

      Terima kasih mas Indra atas kunjungan dan pesan yang menjernihkan jiwa.

      Selamat berpuasa dan salam sejahtera. 😀

      • Bunda ku tersayang
        blue datang dalam kapasitas yang tak terurai waktunya.heheh
        bagaimana kabar bunda serta ayah dan keluarga disana.semoga sihat2aza y
        kadang di bulan Ramadhan blue pengen banget ziarah kesana dengan suasana hati nan suci dan ikhlas tapi belum tercapai
        namun membaca postingan bunda blue sedikit terobati suasananya
        bunda memang snagat ramah pada kami smeua dalam membagi sesuatu yang bisa kita ketahui
        terima kasih banyak bundaku tersayang
        salam hangat dari blue
        selalu ad oda untuk kebaikan,kesihatan bunda sekeluarga disana
        Met nikmati dan menjalankan bulan Ramdahan y bunda

        • Selamat pagi Blue…

          Alhamdulillah, biarlah jarak waktu yang berjeda panjang, namun bunda senang kerana nanda Blue tetap masih ingatkan bunda dan tetap berkunjung menghantar khabar untuk diketahui bunda tentang Blue di sana.

          Bunda dan keluarga baik-baik semuanya dalam kesihatan yang masih diizinkan Allah untuk menghuni di muka bumi ini. Syukurlah atas segala nikmat yang diredah setakat ini, walau sedikit tetapi amat bermakna.

          Didoakan nanda Blue juga demikian sama di sana. Sentiasa sihat, sukses. Mudahan amal ibadah Blue di sepanjang Ramadhan menyelusuri dirinya sehingga kian surut dalam beberapa hari lagi, akan sentiasa meningkat dan diredhai Allah. Aamiin.

          Terima kasih nanda Blue.
          Selamat berpuasa dan bersedia untuk rayanya. 😀

          Salam hangat kembali dari bunda.

  3. Assalamu`alaikum kakakku,
    terima kasih kerana sentiasa mengingati saya di sini, gembira rasanya diri ini tatkala melihatkan pesanan yang ditinggalkan saat tidak bergelumang dalam dunia maya. Minta maaf kerana selama ini saya tidak berkesempatan bertegur sapa dengan akak. Terlalu banyak kerja yang perlu saya selesaikan.

    Oh ye rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan buat akak sekeluarga di sana. Especially buat anak buah dan muazzin saya yang cerdas tu. sayang sangat kat dia.

    Selamat berpuasa kak, semoga amal ibadah kita pada tahun ini lebih berlipat kali ganda ganjaranannya.

    Salam sayang selalu dari saya di Bumi Labuan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dik Mama…

      Alhamdulillah, hadir yang sangat dirindui setelah sekian lama Dik Mama tidak bersilaturahmi di blog akak atas kesibukan yang melanda.

      Sungguh mengejutkan salamnya dari WP Labuan. Apa sudah berpindah ke sana ke ? atau atas urusan bisnes sahaja ? Apa-apapun, akak doakan Mama dalam keadaan sihat dan sukses dalam setiap urusan yang dilakukan. Selamat maju jaya dari akak. 😀

      Mudahan apa yang akak kongsikan di setiap perjalanan menuju keredhaan Allah akan bermanfaat buat Mama dan pembaca yang lain. hanya itu sahaja ilmu yang diusahakan bagi membantu sesiapa sahaja yang mahu mengambil iktibar darinya.

      Terima kasih dik Mama, akak sangat terharu atas penghargaan yang diberikan. Akram, muazzin muda akak sudah membaca apa yang Mama ruliskan tentang dia dan dia mengucapkan terima kasih cuma dia tersenyum sipu malu bila baca ada yang menyayangi dia…hehehe.

      Selamat berpuasa juga buat dik Mama dan keluarga di sana. Semoga dilindungi Allah dan ibadah semakin ditingkatkan di akhir Ramadhan yang kian menjelang meninggalkan kita semula. Ahhh… sedih pula menulis tentang ini. 😦

      Salam sayang kembali dari akak. 😀

    • Insya Allah, Akhmad Fauzi, akan tiba juga jemputan dari Allah. Jika sudah berniat maka harus diusahakan dengan menabung sedikit demi sedikit dan harus mendaftar diri juga. 😀

      Terima kasih atas kunjungannya walalupun menggunakan akun sekolah. Kenapa dengan akun blog sekarang ? Jadi belum dapat di update lagi ya tulisannya. Mudahan segala kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.

      Salam Ramadhan dan salam mesra buat nak Dida dan bundanya. Didoakan Akhmad dan keluarga dalam kondisi yang sihat selalu. 😀

  4. membaca kata demi kata tentang madinah, hati dan pikiran kembali membuka kenangan yang penuh kerinduan akan kota ini…besar keinginan untuk bisa menjejakkan langkah kaki ke kota Madinah dan Mekkah…insya ALLAH…
    salam hangat dari makassar-indonesia 🙂

    • Aamiin… insya Allah jika sudah suratan dijemput Allah dan persediaannya sudah dilakukan pasti jejak kaki akan berpijak nyata di bumi penuh barakah dan kasih sayang ini. Hanya kepada Allah dipanjatkan segala doa dan permohonan.

      Sungguh kedua bumi Haramain ini mempunyai keberkatan tersendiri hasil dari doa Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad saw. Sangat beruntung kita menjadi Muslim. Namun lebih beruntung menjadi Muslim Mukmin.

      Salam hormat. 😀

      Terima kasih mas Hariyanto.

  5. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    salam kangen untuk Ilmu yan selalu menggugah dalam benak pandangan yang sangan menghangat , mohon di ijinkan selalu mendo;akan sang ibu yang baik semoga selalu dalam lindunganNya dan selalu dalam jalanNya dan mendapatka mahfiroh dariNya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Doelsoehono…

      Aamiin, aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah, saya baik dan sihat bersama keluarga di bulan Ramadhan yang mulia ini. Didoakan mas Doel juga keluarga di sana dirahmati dan dimurahkan rezeki dan umur yang bermanfaat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.

      Terima kasih atas doa yang dilampirkan. Mudahan segala ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk diteladani dan disempadani.

      Salam mesra di Ramadhan yang mulia. 😀

  6. sungguh karunia yang besar dapat ziarah ke maqam Nabi saw, ladang pahala bertebaran disana. Semoga saya juga termasuk bagian dari hamba yang diberangkatkan Allah menuju dua kota mulia (haromain) itu…..aaamiiin

    • Aamiin… Allahumma Aamiin. Saya mendoakan Nedi akan bisa sampai ke sana dengan izin Allah pada waktu yang ditentukan oleh-NYA bagi menghadirkan diri bersama jutaan umat Islam yang lain.

      Semoga niat yang baik akan berbuah kebaikan hendaknya.
      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam Ramadhan. 😀

  7. Assalamu’alaikumwr.wb.
    Belum lama ini saya diminta menyunting naskah seorang kawan ihwal kunjungannya ke Madinah dan Makkah dalam rangka melakukan ibadah umrah. Subhanallah…., dan sekarang dalam postingan Mbak Fatimah ini, jadi betapa rindu diri ini. Terima kasih banyak ya, Mbak, semoga diri ini bisa beribadah di Madinah dan Makkah.
    Salam Ramadhan 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, satu usaha yang baik dalam membantu teman untuk suntingan naskah yang tentunya memberi kesan kepada para pembacanya. Semoga diberkati Allah swt.

      Aamiin… didoakan apa yang menjadi harapan dan niat untuk beribadah di bumi Haramain akan dimakbulkan Allah swt.

      Terima kasih atas kunjungan di akhir Ramadhan. Mudahan memperolehi lailatur Qadarnya.

      Salam Ramadhan yang mulia. 😀

    • Iya benar, kerana kerinduan itu sudah didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah saw agar di hati para muslimin di kemudian harinya ingin untuk ke dua-dua tanah suci ini dan mencintainya juga.

      Aamiin, semoga Allah memberi peluang dan jemputannya buat kita semua.

      Terima kasih mas Muhammad kerana masih berkunjung di sini. Lama sekali bercuti dari dunia blognya. Harapan semoga aktif kembali. Selamat menjalani ibadah puasa.

      Salam Ramadhan. 😀

  8. Salam alaikum, Mbak Fatimah yang disayang Allah…
    Senang baca jurnal perjalanan Mbak ke tanah suci.. bisa dijadikan acuan bila suatu hari saya diundang Allah ke sana.. insyaAllah, Aamiin.

    Benar sekali, Mbak.. Madinah itu kota Islam pertama di dunia, bahkan lebih daripada itu, Madinah adalah perwujudan masyarakat madani (civil society) pertama di muka bumi (yang sudah lama punah dan masih menunggu kembalinya Imam Mahdi).

    Jika Barat berutopia menciptakan civil society, mestinya belajar dari sejarah Rasulullah. Pastinya mereka tidak akan menyembah-nyembah demokrasi, hehehe.

    Hakikat Madinah dimaknai dengan kata hijrah membangun Islam kaffah. Semoga Allah berkenan memadinahkan diri dan keluarga kita semua. Aamiin, Kebetulan ilmu tauhid yang kami timba di pontianak juga berasal dari sana: Pusaka Madinah. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Muxlimo yang dikasihi Allah…

      Alhamdulillah, mudahan apa yang dicoret untuk kongsian bersama dari pengalaman kecil yang dilalui bisa memberi impak besar kepada mas Muxlimo dan mereka yang mahu mengambil ibrah darinya. Hanya bercerita dari apa yang dilihat dan ditaakul untuk renungan bersama.

      Terima kasih mas, atas penjelasan yang sangat mencerahkan tentang Kota Madinah yang barakah dan dicintai Rasulullah juga umat Islam ini. Banyak pengajaran yang bisa diperolehi jika kita mahu merenungi sejarah Madinah dan sirah Rasul bersama sahabat selama Madinah menjadi sebuah kota pemeritahan Islam sebelum perluasannya.

      Saya yakin, Barat tahu tentang kewujudan Kota Madinah dan corak pemerintahan Islam baik pada era Rasulullah saw, era 4 sahabat Rasyidin dan pemerintah Islam di era keemasannya. Cuma kerana keangkuhan tidak mahu menjadikan corak pemerintahan Islam
      sebagai acuan yang dapat menyatupadukan manusia dan sistem keadilannya menyelamatkan manusia dari penindasan menjadikan mereka mengganggap sepi dan menolaknya.

      Hmmm.. kenapa pula “kebetulan” mas. Kan ilmu tauhid yang dipelajari memang benar-benar kita ambil dari sana dalam setiap pembelajaran dan pengajaran agama yang selama ini kita dalami. atau saya silap memahami makna “kebetulan” itu ya. 😀

      Senang mendapat kunjungan mas Muxlimo lagi. Mudahan ada kebaikan bisa kita cari dari setiap apa yang dibahaskan.

      Apa di sana (Pontianak atau Bandung) sudah beraya hari ini. ?
      Salam hormat dan selamat hari raya. 😀

  9. Pingback: CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.