CT135. NASI AYAM MADU BUAT EMAK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Alhamdulillah. Emak datang hari Ahad yang lalu. Cuti semester akhir tahun bagi sekolah-sekolah di Malaysia bermula hari Sabtu kelmarin sehingga 1 Januari 2013.

Walaupun IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) turut bercuti pada tarikh yang sama, tetapi saya akan bertugas dalam sela-sela cuti tersebut untuk mengajar guru KDC (Kursus Dalam Cuti) yang mengambil Diploma Pendidikan. Syukurlah jadual kuliah yang disediakan oleh penyelaras kursus tidak terlalu padat dan banyak ruang untuk bercuti rehat.

Sudah lama emak tidak datang ke Sarikei. Hampir setahun. Setiap kali datang, saya pasti menghidangkan menu kegemaran emak iaitu NASI AYAM (goreng) MADU. Adik saya, Hanim memberitahu bahawa emak sangat suka makan Nasi Ayam (goreng) Madu masakan saya. Kata emak, “Nasi Ayam kakak kamu itu, tiada tandingannya. Sangat sedap dan tidak ditemui di mana-mana tempat pun”

Saya tersenyum bangga mendengarnya sedangkan menurut saya Nasi Ayam itu biasa sahaja. Tapi perasaan seorang ibu, tidak siapa yang dapat menyanggah. Saya sangat bersyukur, emak menyukainya. “Mestilah, akak kan Chef  Two di Malaysia.” puji saya sendiri.  Hanim selalu mencebik bibir bila saya menggelarkan diri begitu. 😀

Apabila Hanim menelefon bertanyakan menu masakan hari ini, saya memaklumkan menunya adalah Nasi Ayam (goreng) Madu dan Kerang Rebus Daun Kunyit. “Wah… bestnya, mesti emak suka. Rugilah saya tidak dapat makan. Akak pun dah lama tidak masak Nasi Ayam ni. Jelousnyaaaaa.” jerit Hanim di hujung telefon.  Saya hanya ketawa mendengar keluhan Hanim.

Bersama ini saya kongsikan resipi Nasi Ayam (goreng) Madu yang menjadi kegemaran emak kepada teman pembaca yang sudi mencubanya. Silakan. sangat mudah dan menyelerakan. 😀

Nasi Ayam yang disiapkan dari beras bercampur air rebusan ayam (sup) yang diberi rempah ratus. Enak kalau ditanak bersama daun pandan untuk menghasil aroma wangi nasinya. Jika suka masukkan kismis hitam apabila nasi sudah hampir masak. Kismis menjadikan nasi bertambah enak dengan kemanisannya.

Ayam (goreng) Madu: Ayam direbus bagi menghasilkan air rebusan ayam (sup). Ayam diangkat, ditos dan digaul dengan bahan marinade (2  sudu madu, 1 sudu gula pasir, 4 sudu kicap manis dan 4 sudu kicap masin) – sukatan sudu besar. Gaul sebati ayam rebus dan bahan marinade selama beberapa minit. Setelah itu goreng di dalam kuali dengan api sederhana supaya tidak hangus. Balik-balikkan ayam sehingga kuning kecoklatan. Tidak perlu lama.

AMARAN UNTUK KESELAMATAN: Hati-hati kerana akan berlaku percikan minyak saat menggoreng. Sebaiknya, tutup permukaan kuali bagi menggelakkan percikan minyak panas.

Buah tomato dan buah mentimun sebagai sayuran tambahan bersama Nasi Ayam

Sup ayam rebus dan sos pencecah. Bahan campuran untuk pencecah adalah sos cili Thai, sos Lada Hitam, sebiji air perahan buah limau kasturi, sedikit kicap manis dan kacang tanah ditumbuk halus. Gaul semua bahan dan campurkan sedikit air suam untuk mencairkan perencah tersebut (jika suka)

**************

Sebaik emak duduk di meja makan, saya hidangkan ayam goreng  madu yang masih panas dengan nasi ayam. Wajah emak sangat ceria sekali. “Alhamdulillah, sedapnya masakan hari ini. Lama tidak merasa Nasi Ayam awak ini. Kali terakhir awak menghidangkan Nasi Ayam Madu ialah sebelum berangkat ke Makkah, tahun lepas.” jelas emak sambil bersedia untuk makan.

Saya tersenyum girang mendengar pujian dan ingatan emak. “Alhamdulillah, terima kasih emak.” balas saya. “Wah… kerang rebus pun ada juga !” teruja sekali emak melihat kerang rebus kegemaran saya turut dihidangkan. Saya tahu emak juga menyukai kerang rebus.

Kerang Rebus: kerang dibasuh sehingga bersih. Rebus dengan air, 4 batang serai yang sudah dititik dan beberapa helai daun kunyit bagi menghilang bau kerang. Campurkan dengan sedikit garam mengikut rasa. Hidang hangat dan cecah dengan sos pencecah di atas.

Petang semalam adik saya Ros telefon dari Kuching bertanyakan khabar. Lalu saya maklumkan tentang emak dan Nasi Ayam (goreng) Madu. Wah… sungguh teruja sekali Ros hendak mengetahui resepi Nasi Ayam (goreng) Madu saya itu. “Nak tahu resepi akak, esok datang ke blog akak dan ambil resepi di sana. Tidak faham, telefon akak. ” arah saya bagi memudahkan segala urusan. 😀 “Oklah,” balas Ros dengan cerianya. 

TERIMA KASIH EMAK

****************

12 November 2012 (Isnin)/ 27 Zulhijjah 1433H/ 4.15 petang – Sarikei,  Sarawak

AKU….. memastikan bahawa apa sahaja yang dapat membuat aku sedih, tidak akan mempengaruhi kebahagiaanku. Apa sahaja yang menjadikan aku gagal, tidak akan mempengaruhi usaha kejayaanku. Kehidupan ini mesti ditempuh. Jika takut meredah arus, jangan cuba bermain air. Jika takut membelah badai, jangan cuba membelai angin. Aku berserah diri kepada Allah untuk kemenjadianku sebagai manusia yang selalu ingin mencapai impian hidup. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

RINDU… MAKA KU BENAM RESAH INI DI DADA EMBUN AGAR TIDAK ENGKAU KETAHUI

61 thoughts on “CT135. NASI AYAM MADU BUAT EMAK

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    NUMBER ONE FOR ME by Maher Zain, untukmu EMAK. Terima kasih atas semua kebaikan dari dulu hingga kini dan setiap ciuman dan doa yang dilampirkan sepanjang hidupmu. I love You, Emak.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… Setiap kenangan yang dicipta dalam keindahan yang diazalikan Allah SWT dalam hidup ini adalah kesyukuran yang tidak akan pernah aku kesali wujudnya. Malah aku bahagia pernah melaluinya walau mungkin hadirnya hanya seketika. Keistimewaan itu adalah bersamamu, yang selalu menyentuh hatiku. Terima kasih kerana selalu ada pengertian.

    Wassalaam. 😀

  2. Assalamu alaikum wr. wb…
    neni jadi lapar ummi, minta dong…………………. lapaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
    lezat bener masakan umi nich, disini neni dah ngilernya liat ayam buatan ummi, kapan yach aku dibuatin jg 🙂

    jika ummi postingan tentang ayam, neni kemarin posting sayuran, weellleehhh its complits dech rasa laparnya ;),

    pengen coba ah resep ini, simpel dan lezat..hihih…

    ummi makan mentimun dengan kulitnya yach, kalau neni sich, kulitnya dibuang, …hehe

    kerang, udang dan kepiting, kalau neni makan mereka, tunggu beberapa saat, pusing kepala ini dibuatnya, kenapa yach ? apa tekanan neni naik..mmmhhh….

    ummi kirimlah ayamnya kesini, … :((

    salam sayang buat ummi
    miss u
    alhamdulillah,
    kiranya neni the first, ummi tuh yang pertama :))

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni….

      Masya Allah… kasihan anak Umi sudah kelaparan di sana.
      Tidak apa, Neni ambil aja foto ayam madu Umi itu dan makan fotonya… 😉
      Umi fikir boleh kenyang untuk hidangan Neni siang ini.

      Silakan menuba resipi nasi ayam Umi, Neni tentu memerlukannya bagi “projek” yang sedang dijalankan. Umi doakan sukses dan harus bersemangat jika mahu menjadi “kaya”. Mudahan resipi Umi dapat membantu. 😀

      Wah… Umi yakin bahawa Neni arlegi dengan makanan laut ini. Oleh itu, tidak usah makan kerana makanan laut mengandungi kadar kolestrol tinggi sehingga mengakibatkan simtom yang Neni alami itu. Jika teringin, boleh makan sedikit bagi melepaskan rasa sahaja.

      Terima kasih Neni masih menyapa Umi di sela-sela kesibukan. Umi senang dan gembira sekali.

      Iya… Umi yang pertama dan Neni yang kedua … bukan the first. 😀

      Miss you too.

      • iya umi, neni baru mahu coba resep baru ini, moga sj jadi menu andalan pada projek neni, amin ya Allah, Alhamdulillah kamis besok neni ada orderan lagi (orderan yang ke-3 ) setelah neni mencoba menjadi pedagang bersama teman-teman kampus :), mengisi waktu luang dan memperkuat kreatifitas untuk menunjang kebutuhan mendatangnya, :))

        do’akan kesuksesan usaha neni ya ummiku sayng

        neni sayang ummi,
        mhhh meski bukan yang the first tp neni tetap the first dihati ummi 😉

        miss ummi

        • Alhamdulillah, Umi senang mengetahui perkembangan bisnis Neni dan teman2. Umi selalu mendoakan semuanya berjalan lancar. 😀

          Jika tidak faham bagaimana harus memasak resepi tersebut, maklumi Umi segera biar Umi ajar satu persatu.

          Insya Allah, jika hendak berjaya, setiap yang dilakukan hendaklah dengan sungguh-sungguh. Asal berani bermimpi segalanya mungkin. 😀

          Iya… Neni selalu di hati Umi, Neni anak Umi yang baik.
          Yang utama, lakukan semuanya kerana Allah swt.

          Rindu juga dari Umi.
          Salam Maal Hijrah 1434H 😀

  3. Assalamualikum, Mbak Sti Fatimah. Sungguh beruntung emak punya anak selain piawai merangkai kata juga pandai memasak. Dan..sangat enak lagi. Maaf…saya lama tak menyapa dan kini baru menulis di blog saya, setelah lama “pingsan” berbulan-bulan kini hadir lagi dengan tulisan baru sebagai pertanda bahwa blog saya telah kembali memiliki tuan. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Wajidi…

      Alhamdulillah, mudahan saya juga punya anak yang seperti anak emak saya apabila mereka besar nanti. Aamiin. 😀

      Terima kasih sudi berkunjung lagi kemari dan memaklumi keaktifan blog mas Wajidi. Mudahan akan terus berbagi untuk sesiapa yang mencari informasi sejarah setempat di Banjarmasin.

      Salam hormat selalu.

  4. Assalamualaikum Wr.Wb

    Hem bunda nich aku pas kunjungan malem gini malah ada ayam bakar..
    hemm sedapnyee…
    jadi LAPAR…
    heheh….

    Buatku mana bund?

    Salam dari Indonesia=Jawa Tengah=Banjarnegara

  5. waaaaaaahhh kereeeennn
    percaya nggak percaya, aku lagi dengerin lagu ini sekarang.
    “Mom, I’m all grown up now.. i’d like to put a smile in your face everyday…”
    :”)

    • Hai Sri Wijayanti…
      Terima kasih sudah berkunjung kemari.

      Iya… saya percaya. Silakan dengar sehingga puas. 😀
      Silakan penuhi hati dengan irama yang menggugah hati buat seorang anak untuk ibunya. Semoga Sri akan menjadi anak yang baik buat Ibu Sri di sana.

      Salam kenal. 😀

  6. Assalamualaikum wr wb, Fatimah

    Saya tak sempat baca artikel awak tapi melihat nasi ayam tu, air liur meleler…hehe.

    Saya nak ucapkan selamat tahun baru Ma’al Hijrah 1434.
    Semoga hidup kita sentiasa di dalam keredhaanNYA.

    Salam dari seberang.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Zohra…

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin. Ya Hayyu Ya Qaiyyum.

      Senang menerima kunjungan dari Singapura yang kini jarang kemari. Didoakan Zohra dan keluarga dalam kondisi yang sihat. Anak-anak semuanya sukses dengan ujian yang baru ditempuh. Aamiin.

      Alhamdulillah, tapi rasa bersalah juga kerana menjadikan banyak orang terliur melihat hidangan yang dipaparkan. Mudahan jika ada kesempatan Zohra dapat memasak resepi yang saya kongsikan. Mungkin tidak sesedap Nasi Ayam Singapore yang sangat popular di Sarawak.

      Salam Maal Hijrah 1434 dan salam manis selalu buat Zohra. 😀
      Mudahan banyak kejayaan dalam kehidupan kita di masa depan.

      • Assalamualaikum Fatimah,

        Kemari lagi untuk membaca artikle yang tak sempat kelmarin.
        Nampaknya cara nasi ayam Serawak sama seperti S’pura. Cuma sosnya aje yang berlainan sedikit.

        Di sini jika mau sos lada hitam ia di panggil – chicken rice black papper tetapi ayamnya digoreng biasa tanpa madu. Ada juga dijual nasi ayam madu tapi saya belum pernah rasa. Nampaknya boleh cuba resepi ini kerana saya biasanya hanya masak nasi ayam biasa dan nasi ayam lemon …tu pun suami yang ajar he he he 🙂

        Semoga ceria di hujung minggu bersama keluarga.
        Salam dari S’pura.

        • Wa’alaikum salaam wr. wr. Bintang Zohra…

          Iya benar sekali. Nasi Ayam di Malaysia dengan Nasi Ayam di Singapura sangat serupa baik yang dihidang dengan ayam panggang atau ayam kukus. Perbezaan sos bergantung kepada tempat dan pembuatnya. Lain tukang masaknya lain perasa sosnya. 😀

          Silakan mencuba resipi nasi ayam (goreng) madu saya di atas. Mudahan memberin kelainan dalam menu makan tengah hari Zohra dan keluarga.

          Cuti baru-baru ini, saya menikmati hidangan Chicken Rice Black Pepper di Singapore Chicken Rice Restaurant di Spring Mega Mall, Kuching. Sungguh menyelerakan. Sudah dua kali saya makan menu yang sama di restoran SCR tetapi di tempat lain.

          Saya fikir selera saya sudah menyenangi apa-apa masakan yang bersatu dengan black pepper. Rasa yang pedas dan membangkit selera saat mengunyahnya. 😀

          Sungguh mengkagumkan apabila dapat belajar memasak dari suami. Saya juga menyukai resipi ayam lemon. rasa masam manisnya sangat menggugah. Hmmm… habislah rencana diet saya ni. 😀

          Terima kasih Zohra kerana masih berkesempatan mengunjungi blog saya di penghujung minggu yang tentunya disibukkan oleh aktiviti bersama keluarga.

          Salam manis selalu buat Zohra. 😀

  7. Saya contek resepnya ya, Bunda… Ternyata mudah saja ya membuat ayam goreng madu… 🙂
    Keluarga saya juga suka makan kerang rebus. Hanya saja, biasanya saya malas membersihkan kulitnya 😀

    • Silakan mbak Akin. Mudhan bertambah resepi dari Sarawak @ Malaysia buat mbak Akin. Masakan Tomyam dahulu, apa sudah dicuba ?

      Tidak susah membersihkan kulit kerang yang berpasir mbak.
      Basuh dalam “pengayak” @ tempat tapisan berlubang jarang dan kayak dalam air penuh sehingga pasirnya terlerai dari kulit kerang.

      Biasalah mbak, yang enak atau menarik hati, memang sukar untuk diperolehi. kerana itu ia mahal harga dan kualitasnya tinggi. 😀

      Selamat mencuba mbak. 😀

  8. Salam alaikum, Mbak Fatimah bintangnya di keluarga..
    waduh.. jadi kangen alm. ibunda,, :_O

    *resepnya saya catet.. mau minta istri buatkan juga..:D

    btw, Selamat Tahun Baru Hijriyyah..
    setelah yang lalu, kita hadapi yang baru
    dengan iman ini yang tetap satu

    Salam takzim selalu 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Muxlimo yang dihormati…

      Selamat Tahun Hijrah dan mudahan kebaikan selalu menaungi kita sebagai umat Islam yang tetap tegih pada jalan-NYA yang lurus.

      AlFatihah buat bundanya mas Muxlimo. Mudahan beliau selalu dalam kasih sayang Allah di sana. Aamiin.

      Alhamdulillah, silakan catat dan rasai menu yang saya kongsikan di sini. Mudahan isteri mas Muxlimo sudi memasaknya untuk dapat merasai kelazatan menu masakan saya. 😀

      Terima kasih sudah berkunjung ke sini, mas Muxlimo dalam kesibukan yang melanda.

      Salam takzim dan mesra selalu. 😀

  9. assalamu’alaikum Bunda.

    kelihatannya masakan Bunda nikmat sekali, aku berasa sangat lapar liat foto2 diatas .. hehehe

    nanti aku akan coba resep bunda, walaupun tak seenak masakan bunda, setidaknya udah mirip sedikit .. jadi udah berasa makan masakan Bunda .. hehehehe

    salam sukses dan Rindu selalu dari Jakarta buat Bunda..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Alhamdulillah, Nasi Ayam (goreng) Madu itu memang enak Fit. Seluruh keluarga Bunda menyukainya.

      Silakan cuba dan rasai masakan Bunda dengan mengikuti cara di atas. Insya Allah, pasti sukses. Mudahan memberi nikmat buat Fitray yang jauh di Jakarta. 😀

      Salam hangat selalu dari Bunda.

  10. neni coment di atas tdk mahu, jd neni ke bawa aja dech….
    hhuuu….tadi neni sudah comen, yaahh.. kenapa jadi hilang, lari kemana yah dia, pusing dech carinya, apa karena dibawah lari pesawat yang barusan lewat di atas rumah.. ting.ting.dong.dong.. (bingung sambil garuk-garuk kepala )

    iya ummi, tapi neni jd bingung dngn sifat neni yng suka bosan dan tidak betah lama2 pd suatu hal dan pengennya ada hal baru, 😉 .
    pada proyek ini, neni berada pd titik jenuh lagi, pengennya beralih kekonsep baru lg 🙂 …

    salam rindu selalu buat umi yng cantik tp nanda lebih cantik, manis lagi 😉

    salam Maal hijrah 1434H 🙂

    • Kasihan anak Umi… hilang komen ya. Sudah Umi cari di taman larangan Umi, tidak ada di sana. itu bererti komen Neni sudah lemas di kolam Gajah Umi. (bingung sambil garuk-garuk kaki. ) 😉

      Untuk berJaya, mesti fokus Neni. Jangan terlalu banyak perhatian kepada banyak perkara, nanti tidak kesampaian semuanya. Sukses dulu untuk yang sedang dilakukan sekarang. Nikmati dulu susah payahnya, pasti akan memberi pengalaman yang menarik untuk dikenang di kemudian hari.

      Sabarlah, kehidupan ini penuh dengan ujian dan dugaan Allah. Semua manusia tidak terkecuali melaluinya. Cuma bedanya bagaimana Allah swt ingin memberi pengajaran pada kita, sama ada pahit atau manis, gagal atau berjaya, masam atau manis dan sebagainya. Maka, hargai setiap takdir Allah sengan tenang, redha dan qanaah.

      Hmmm…. denger sini ya Neni sayang… anak tidak akan jadi cantik kalau ibunya tidak cantik atau dengan kata lain, kalau ibunya cantik, maka anaknya mewarisi kecantikan ibunya. macam Umi. (sampai merona merah pipi ini):D

      Terima kasih, menyapa Umi di awal Maal Hijrah 1434.
      Salam sayang dan rindu selalu dari Umi. 😀

  11. Assalamu’alaikum Bunda…

    Semoga kesehatan dan kebahagiaan selalu menyertai Bunda di Sarawak sana. Saya tertarik dengan resep Nasi Ayam Madu buatan Bunda, meski belum pernah mencicipinya. Seandainya saya bisa seperti Bunda membuat ibu saya senang dan bahagia dengan masakan saya, betapa bahagianya hati ini.

    Terimakasih Bunda….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, MawarKuningku…

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah dan terima kasih atas doa mbak yang dilampirkan. Didoakan juga mbak dalam kondisi sihat wal’afiat. 😀

      Insya Allah, resepi ini mudah untuk dibuat oleh sesiapa sahaja. Saya berkongsi untuk dapat merasai bersama keenakannya saat makan panas-panas.

      Semoga nanti ibu mbak dapat menikmati hidangan dari saya. Saya pasti hati beliau akan bahagia dan ceria. Silakan mencuba. 😀

      Salam kenal dan senang menerima kunjungan mbak Mawar.

  12. assalamu ‘alaykum wr wb

    wah asik ada resep nasi ayam madu, mau dong saya dibuatkan.. jujur saya terharu membaca tulisannya. membahagiakan ibu adalah hak setiap anak.. btw cuti semesternya lama juga yah? sampai januari tahun 2013

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Andi…

      Alhamdulillah. Untuk membahagiakan ibu kita, boleh dilakukan pelbagai cara berdasarkan kemampuan kita.

      Cuti akhir tahun bagi sekolah-sekolah di Malaysia memang panjang, iaitu hampir dua bulan sehingga masuk tahun baru berikutnya. Cuti ini merupakan takwim tahunan yang sudah diselaraskan. Pasti amat bermanfaat untuk merencana cuti yang panjang.

      Cuti akhir tahun bagi sekolah di Indonesia adakah begitu juga. ?

      Terima kasih Andi atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

  13. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    NASI AYAM MADU yang menggugah selera, menerbitkan air liur, menggeliatkan cacing-cacing di perut saya agar segera diisi. Sayangnya tak ada NASI AYAM MADU di sini. Tak apalah, makan seadanya sambil mengamati foto di atas… Waow… serasa menikmati NASI AYAM MADU racikan Mbak Fatimah.

    Sesekali kadang saya memasak pula untuk ibu saya, semacam nasi goreng, mie rebus, ataupun sekedar membikin sambal terasi. Kadang-kadang ibu saya (alhamdulillah sudah 81 tahun usianya) ingin pula merasakan masakan anaknya meski anak yang bersamanya laki-laki. Ingin sesekali pula saya memasak seperti masakan di atas, pasti nikmat sekali dan ibu saya akan lebih senang lagi. Mohon izin lho Mbak, bila suatu saat saya sedang berhasrat memasak, resep di atas saya gunakan.

    Terima kasih atas postingan yang berhasil menerbitkan selera makan, he..he..he…
    Salam selalu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Sungguh beruntung ibu mas Raden mempunyai anak seperti ini. Memberi kebahagiaan kepada orang tua tidak mudah bagi anak-anak yang tiada belas ihsan di hati mereka. Banyak anak punya perasaan “balas dendam” kepada orang tuanya yang terhasil dari sejarah masa kecil mereka.

      Namun, tidak banyak anak yang mengambil pengajaran dari “perbuatan” orang tua yang menghukum mereka semasa kecil untuk menjadikan mereka manusia setelah dewasa. Semoga mas Raden dapat melakukan yang terbaik sementelah ibunya masih bernafas dan berkehendak layanan dari anaknya.

      Silakan mencuba resepi saya di atas. Kalau sukses, bererti mas Raden dapat mewujudkan NASI AYAM MADU di Indonesia pula. Aamiin. Mudahan. 😀

      Terima kasih untuk atas kunjungan kongsian yang mencerahkan.
      Salam hormat selalu.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.