CT430. PERKARA PENTING YANG HARUS DIBUAT APABILA BLOG ANDA HILANG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Kepada anda yang pernah kehilangan blog atau laman web, saya ingin kongsikan bagaimana saya mendapat kembali blog saya yang hilang dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

*

HILANG “SEPARUH NYAWA”

(HARI PERTAMA: 20 Mac 2017 -Isnin)

Tidak sampai lima minit saya selesai meluncurkan posting terbaru,  CT426. Cabaran Haji (28): CERITA SERIBU SATU KISAH DI TANDAS MINA, blog LMGS G2 tidak dapat lagi diakses. Semua pautan ke dashboard sudah ditutup. BLOG SAYA HILANG BEGITU SAHAJA.

Saya tidak dapat lagi menggunakannya. Kecewa bukan kepalang. Saya rasa HILANG SEPARUH dari NYAWA dalam badan saya. Tidak tahu apa yang perlu saya buat.  Mahu menangis ? TIDAK ! Saya menahan kepedihan hati dan kesedihan rasa. Mesti ada jalan untuk mendapatkannya kembali, guman saya tidak putus asa.

Apabila saya menulis kembali nama LMGS G2. Terbata-bata melihat perkataan ini muncul. Saya tidak percaya. Saya tulis semula. Perkataan ini muncul lagi, lagi dan lagi.

*

*

TETAP KECEWA

Ahhhh….. Saya hilang punca. Fikir saya, Blog LMGS G2 sudah di gantung oleh pihak admin WordPress. Com dan entah apa kesilapannya. Ini kali kedua saya kehilangan blog LMGS.

Kali ini saya tidak mahu kehilangannya lagi. Saya mesti berusaha mendapatkannya semula walau dengan apa cara. TAPI DENGAN CARA APA ? Saya jadi buntu, kelu, kaku dan hampir putus asa. Saya menangis dalam hati. Tidak mahu mengeluarkan air mata. Keraskan hati. 

Saya cuba berfikiran positif dan dengan penuh harapan berdoa kepada Allah kerana yakin Allah pasti memberikan jalan keluar bagi masalah ini.

SEJARAH Blog LMGS G2 dibina pada 15 Ogos 2010. Ia sudah berusia hampir 7 tahun dan saya telah menghasilkan karya sebanyak 425 ketika berlakunya kejadian hilang tersebut. Alhamdulillah, hanya 21 posting terakhir tidak sempat di’backup’. Namun saya tetap kecewa.

Saya yakin, jika ada rezeki yang masih ditentukan buat saya, barang yang hilang pastikan bertemu kembali. Tetapi perlu ada USAHA untuk mendapatkannya.

 Jika ada blogger yang pernah mengalaminya, saya amat memahami.

*

MISI MENYELAMAT LMGS G2

(HARI KEDUA: 21 Mac 2017 – Petang Hari Selasa)

Allah, Allah, Allah….. hari pertama menjadi HARI MENGENANG TAKDIR.  Tidak ada apa yang dapat saya lakukan. Otak saya berusaha mencari jalan untuk MISI MENYELAMATKAN LMGS G2. Saya mesti mula bertindak. SEORANG DIRI. Macam The Transporter pulak saya ni. 😀

Hari ini, saya kembali menulis laman blog LMGS G2 dan perkataan “webctfatimah. wordpress.com is no longer available” masih melekat kukuh tanpa sebarang perubahan.

Saya mula meneliti DUA BARIS ayat di bawahnya. Saya faham, inilah jalan yang saya perlu lalui untuk mendapat kembali blog saya.

*

Langkah 1: Klik SUPPORT DOCUMENT

*

Misi menyelamat dimulai dengan debaran hati yang tidak kunjung padam. Semua maklumat ditulis di dalam bahasa Inggeris sedangkan bahasa Inggeris saya “cukup makan” sahaja. 😀

*

LANGKAH BERIKUTNYA

Setelah saya melakukan Langkah 1 di atas, langkah-langkah berikutnya adalah seperti di bawah. Sila anda teliti dan fahami betul-betul agar tidak salah faham dan keliru. Jika anda tidak faham bahasa Inggeris, jangan malu untuk meminta bantuan dari rakan yang lain. Tidak ada ruginya.

*

Langkah 2: Akan muncul paparan ini. Teruskan membaca di bawah

*

Langkah 3: Anda perlu mengisi semua maklumat di atas dan tulis pada “COMMENT” tentang masalah yang anda hadapi dengan blog anda. Contoh komen saya di bawah ini.

*

Ini komen yang saya tulis. Jika anda ingin menirunya…silakan. Mudahan dapat membantu. Setelah itu Klik SUBMIT.

*

LEGA

Setelah saya SUBMIT mesej di atas. Sungguh….. saya rasa sangat lega. Seluruh tubuh saya jadi ringan dan bahagia. Walau pun tidak tahu apa yang bakal saya terima selepas itu, saya hanya berdoa, bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT.

Saya sudah berusaha. Saya yakin Allah akan membuka jalan kepada orang yang telah berusaha. Aamiin Allahumma Aamiin.

Setelah mengirim mesej tersebut, saya tidak mahu lagi memikirkannya. Biarlah esok memberi jawabannya. 

*

ADA HARAPAN

(HARI KETIGA: 22 Mac 2017 – Pagi Hari Rabu)

Hari ini, sebaik mengemas meja dan rutin harian di awal pagi di ofis, saya terus membuka laptop dan membuka email, kalau-kalau ada balasan dari pihak pengurusan Worpress.Com.

ALHAMDULILLAH. Mesej yang saya kirim semalam sudah dibalas. Saya terus membaca dan cuba memahami apa yang menjadi “misteri” kepada kehilangan blog saya dalam tempoh dua hari yang lalu.Dengan harapan yang tinggi, inilah jawabannya.

*

Langkah 4: KLIK SUPPORT BROWSER ISSUES untuk membawa pulang LMGS G2 ke dunia maya.

*

Berdasarkan maklum balas email dari pihak pengawal WordPress.com di atas, blog LMGS G2 telah TERSILAP ditandai oleh KAWALAN ANTI-SPAM AUTOMATIK. Mereka sudah menyemak laman web saya dan telah mengeluarkan notis penggantungan tersebut.

Saya dinasihatkan apabila melihat mesej amaran, saya dikehendaki mengosongkan “cache penyemak imbas” dan jika perlu mulakan semula penyemak imbas.

*

APA MAKSUD CACHE ? Cache dalam sains komputer, adalah pengumpulan salinan data kepada nilai asal yang disimpan di tempat lain atau dikira terdahulu.

Apabila data tersimpan di cache, ia boleh digunakan di masa hadapan dengan menggunakan salinan cache dan bukannya dengan menggunakan atau mengira semula data asal, dengan itu mengurangkan masa capaian. Ini membantu mempercepatkan pengiraan.

*

LANGKAH SETERUSNYA

Setelah memahami maksud mesej yang disampaikan, saya memulai Langkah 4 di atas dengan KLIK SUPPORT, BROWSER ISSUES.

*

Langkah 5: Anda akan lihat paparan ini keluar, teruskan di bawah

*

Langkah 6: Klik pada browser yang anda gunakan. Saya mengguna Firefox.

*

Langkah 7:  Lihat Table of Contents. Ada dua perkara anda perlu lakukan. Buat satu persatu ikut urutan dan arahan.

*

Langkah 8: Ikut arahan 1 hingga 5. Selesai, buat yang kedua pula.

*

Langkah 9: Buat yang kedua pula.

*

Langkah 10: Sila ikut arahan 1 hingga 5, dan teruskan di bawah

*

Langkah 11 (terakhir): Ikut arahan 6 hingga 8.

*

Jika betul cara anda memahami arahan, maka blog anda yang hilang telah dapat dikembali dan anda boleh menulis semula.

*

SELAMAT KEMBALI LMGS G2

ALHAMDULILLAH wa SYUKRULILLAH….  akhirnya blog saya, LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 sudah kembali beroperasi sehingga tulisan ini dipaparkan kepada anda untuk kongsian bersama.

*

Sesudah melalui usaha misi menyelamat blog LMGS G2, saya sangat bersyukur, bahagia dan gembira apabila melihat blog saya kembali dan saya dapat menulis semula. Terima kasih Wahai Yang Maha Mengasihani. 🙂

NIKMAT TUHANKU YANG MANA LAGI HENDAK KU DUSTAKAN. ALLAHU AKBAR

*

KEPADA YANG BLOGNYA MASIH HILANG

Bolehlah mencuba dan berusaha seperti yang saya lakukan ini. Mana tahu, blog anda yang dulu dianggap telah digodam atau sebagainya, rupa-rupa mempunyai masalah yang tidak disengajakan.

SEMOGA ANDA MENEMUI BLOG ANDA SEMULA

 *

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima 22 April 2017 (Sabtu)/25 Rejab 1438H/ 11.54 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengerti bahawa hidup ini mempunyai pilihan untuk kita belajar membuat penilaian. Jika yang dinilai berdasarkan nafsu duniawi semata-mata, hidup pasti kecundang. Tetapi jika yang dinilai itu berdasarkan iman dan taqwa, pasti kebahagiaan dunia akhirat menjadi milik kita. Maka, pilihlah yang bernilai dalam hidupmu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Senyumlah seindah mentari pagi. Jika keceriaan menjadi sebahagian rutin ragamu, pasti dunia menjadi bunga mekar yang mewangi indah. Ku selip sekuntum hatiku untuk wangian rasamu. Selamat dalam rahmat Ilahi. Aamiin.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

17 thoughts on “CT430. PERKARA PENTING YANG HARUS DIBUAT APABILA BLOG ANDA HILANG

  1. Assalamualaikum wr.wb bu Hajjah Fatimah. Ternyata begitu kronologi kejadiannya. Menjadi catatan penting dan tentunya menjadi rekomendasi solusi bila ada yang mengalami hal serupa. Terima kasih sudah berbagi. Salam penghujung pekan dari Jakarta Pusat.

  2. Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany…

    Pengalaman adalah guru yang mengajar kita untuk terus meredah kehidupan. Adanya pengalaman dari orang lain akan memudahkan kita untuk memahami kondisi yang sedang kita eluti. Mudahan ada manfaat kepada yang sedang melalui masalah serupa ini.

    Terima kasih sudah berkunjung mbak dan salam penghujung pekan yang damai. 🙂

  3. Alhamdulillah blog Bu Fatimah sudah kembali. winterwing dulu juga begitu. 2008 disuspend. 2009 akhir balik lagi. lalu tahun berikutnya beberapa kali terjadi lagi. mungkin 6 sampai 8 kali. yang penting blog Bu Fatimah sudah bisa dipakai lagi dan update lagi.

    • Alhamdulillah. Mudahan tidak berulang lagi. Apabila saya mengingati masalah Wahyu yang kehilangan blog dahulu, saya dapat memahami situasi yang berlaku. Memang rasa kehilangan itu amat mendukacitakan. Harap pengalaman seperti ini dapat membantu para blogger yang menghadapi masalah yang sama.

      Terima kasih Wahyu dan salam sejahtera.

  4. assalamu alaikum wr wb,
    alhamdulillah masalahnya selesai,
    tentulah bersusah hati bila keilangan blog, terasa blog sudah jadi bagian dari hdup kita ya kak,
    thank you for sharing

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…

      Alhamdulillah… memang sangat susah hati mbak. Bayangkan banyak sudah karya yang kita catat di dalamnya. Tiba-tiba hilang begitu sahaja. Memang nyerinya di hati tambah lagi ada 21 artikel yang belum sempat di backup. Pengalaman ini membuat saya tidak berlengah untuk backup semua artikel yang ditulis untuk masa akan datang.

      Terima kasih kembali mbak dan salam mesra. 🙂

  5. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Alhamdulillah, akhirnya blog yang disuspend krn kesalahan robot bisa kembali.
    Saya juga pernah punya pengalaman ini, tp krn sy agak ‘bandel’ waktu itu 😀
    Sharing pengalaman yg sangat bermanfaat bagi yg lain ini Bund.

  6. Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

    Alhamdulillah, jika mbak masih menyimpan segala maklumat blog mbak dulu, mungkin pengalaman saya dapat membantu. Cubalah, mana tahu sukses akhirnya.

    Terima kasih kembali kerana sudah berkunjung dan salam mesra. 🙂

  7. Assalamu’alaikum wr.wb, mba Fatimah…

    Akhirnya blog yang hilang bisa kembali, syukur alhamdulillah hati yang sedih bisa terobati dengan kembalinya blog kesayangan mba Fatimah. Tapi tentunya ini bisa terjadi setelah berusaha maksimal melalui prosedur wordpress yang cukup membutuhkan kesabaran dan ketelitian seperti yang terungkap dalam tulisan mba Fatimah di atas. Saya juga pernah kehilangan blog seperti ini kurang lebih dua tahun yang lalu dan sempat merasakan seperti yang dirasakan mba Fatimah ini. Tapi pada waktu itu saya tidak tahu bagaimana harus berbuat, akhirnya saya ikhlaskan saja. Saya ucapkan selamat atas kembalinya blog LMGS G2 semoga tidak terulang kembali peristiwa seperti ini. Terima kasih atas sharingnya mba Fatimah.

    Salam takzim dari Dompu-NTB

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….

      Alhamdulillah, semuanya kembali seperti biasa dan saya sangat bersyukur kerana mendapat kembali blog saya. Benar ! Usaha mesti dilakukan sebelum cepat mengalah kerana lebih baik mencuba daripada tiada, kan. Semua ini menjadi pengajaran agar kita selalu berwaspada dan berhati-hati terutama melakukan “backup” kepada semua bahan yang sudah diterbitkan agar hasilnya masih disimpan dan tidak hilang begitu sahaja.

      Seperti yang mas AR Syamsuddin jelaskan, bukan mudah menerima kenyataan apabila blog kita hilang. Saya dapat merasainya dan turut merasa empati atas apa yang berlaku kepada blog mas dahulu. Mudahan dengan sikap redha itu mampu menenangkan hati.

      Terima kasih atas perkongsian dari pengalaman yang lalu dan salam takzim.

  8. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah,

    wah panjang juga langkah langkahnya ya …
    terimakasih sudah sharing .. step by steps-nya .. hal ini bisa terjadi sama siapa saja.
    gara gara si robot mendeteksi ternyata .. haha

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…..

      Memang perlu difahami juga agar mudah mengikuti langkahnya. Semuanya berpunca dari terlalu banyak komentar dalam “spam” yang dikeluarkan. Sedangkan kita faham, fungsi “spam” adalah untuk menapis komentar yang tidak dikenalinya bagi menjaga kebaikan blog kita dari di”serang” oleh maklumat yang “tidak berguna”.

      Harap tidak berlaku lagi untuk kesekian kalinya.
      Terima kasih dan salam sejahtera.

  9. Pingback: CT461. MENYOROT PENULISANKU DI TAHUN 2017 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.