CT27. “LAUNCHING” BANNER BARU – LMGS GEN2 DI TAHUN BARU HIJRAH 1432

7 Dec

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Sahabatku pembaca LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2…..

HARI INI 7 DISEMBER 2010 bersamaan 1 MUHARRAM 1432 H, hari yang sungguh bersejarah untukku kongsikan bersama kalian di dunia maya. Tanpa kita rasai bahawa sentuhan masa dengan sayap keaktifannya yang tidak mengenal lelah dan payah telah membawa kita menyelusuri kehidupan yang menyusup pelbagai rona bau kepedihan, kedukaan, kebahagiaan, kegembiraan, kejayaan, kegagalan dan sebagainya.

Bermula dengan jarum detikan saat, detakan minit, deruman jam, seruan minggu, giliran bulan dan gantian tahun, tarikh 7 DISEMBER 2008 yang lalu menyatu dirinya di WORDPRESS.COM membelah tahun meninggalkan nastolgia indah dan payah buat blog LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI VERSI LAMA yang telah hilang berkubur tanpa nisan di maya pada. Hari ini sepatutnya aku meraikan ULANG TAHUN KE DUA blog tersebut, yang telah banyak memberi khidmat dan jasa dengan menabur benih ilmu dan menunaskan pengetahuan untuk perkongsian bijak bersama.

SELAMAT TINGGAL BUAT SELAMANYA

webSITIfatimah. wordpress.com.


Rentetan hadirnya 1 MUHARRAM 1432 H sebagai tahun permulaan hijrah yang tentunya menuangkan sejarah hebat di dunia ini, turut aku rasai dengan kehadiran blog baru LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI GENERASI DUA (G2) atau disebut Gi Two yang dirasmikan pelancarannya pada 15 Ogos 2010 yang lalu. Memulakan langkah kedua  menuju pentas dunia maya memberi satu kelainan untukku menulis bagi membenah diri dengan acara penulisan di blog.


Kembali mengisi ruang minda dan jiwa dengan azam baru, pengharapan penuh makna buat jejak kedua di tahun baru hijriyyah yang mulia…

TIKA ITU IA BERMULA DI SINI..PADA HARI INI.

webCTfatimah.wordpress.com

Setelah memikirkan masa yang sesuai, maka sempena menyambut tahun awal kalendar Islam, hari ini dalam sejarah apabila kalam dan salam bertaut kembali, aku DENGAN NAMA TUHANKU YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG berhasrat untuk melancarkan BANNER BARU bagi blog LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2.

Banner ini merupakan AWARD PERSAHABATAN kiriman sahabat guru,  Bchree

Foto dari http://bchree.wordpress.com

“bunda, jika ini dipandang layak untuk di pasang di header blog bunda, saya akan senang sekali namun jika tidak berkenan juga tidak apa2. Semoga hadiah ini mempererat tali silaturahmi kita. Amiin“.

Demikian tulisan di email yang saya terima pada 17 November 2010- Rabu. Cikgu Bchree merupakan guru di SDN Jambekumbu 01 di Desa Jambekumbu Kecamatan Pasrujambe Kabupaten Lumajang (maaf, Lumajang ini berada di provinsi mana ya dalam Indonesia, Cikgu Bchree ?) Maklum saja maklumat ini diambil melalui blog beliau kerana kami tidak pernah berkomunikasi terus kecuali mendapat satu email di atas sahaja.

TERIMA KASIH CIKGU BHCREE

Sebagai penghargaan, diharap Cikgu Bchree sudi pula menerima Award Terima Kasih dari saya di atas.

Terima kasih kerana ada BUNGA MATAHARI di banner tersebut. BUNGA MATAHARI adalah pancaran hati saya  yang selalu ingin menyinar dan menghangat sesiapa yang berada di dunia ilmu saya. Saya gembira dan senang menerima award di atas. Semoga Allah memberkati dan merahmati Bchree atas kebaikan untuk jalinan silaturahmi di maya pada bagi kesejahteraan antara dua benua yang bersaudara. Ini adalah AWARD PERTAMA berbentuk BANNER yang saya terima.

*

SalamFatima3SalamFatima  6 Disember 2010 (Isnin)/ 2043 malam – SARIKEI, SARAWAK

Kegagalan adalah satu hal yang sangat menarik untuk dibicarakan. Tanpa kegagalan kita tidak dapat meraih kejayaan dengan cemerlang. Hargailah setiap kegagalan dengan membina peluang yang lebih banyak dari setiap ruang kehidupan. Jangan tangisi kegagalan yang hadir tetapi senyumlah bahawa kegagalan itu adalah hadiah paling berharga dari Tuhan untuk merubah diri dan membangkit jiwa yang kental. Sedarilah… hidup ini dipenuhi dengan PERJUANGAN.

– SITI FATIMAH AHMAD –


96 Responses to “CT27. “LAUNCHING” BANNER BARU – LMGS GEN2 DI TAHUN BARU HIJRAH 1432”

  1. Arif R. December 7, 2010 at 12:51 am #

    evolusi…😀

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 10:05 am #

      Hai Arif… seperti pernah melihat wajah yang lucu ini. Di mana ya ?. hehehe.

      Satu evolusi baru dalam dunia blog. heh.😀
      terima kasih ya Arif kerana sudi mampir kemari.
      senang dapat berkenalan di tahun baru.

      Salam mesra dari saya.

      • Arif R December 8, 2010 at 8:13 pm #

        wajah saya lucu? aiihh jadi malu saya…😀

  2. Eyangkung December 7, 2010 at 5:46 am #

    Selamat atas peluncuran SITUS MENULIS GAYA SENDIRI GENERASI DUA (G2)semoga semakin membahana dan lebih berberdaya guna serta berhasil guna untuk masyarakat luas.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 10:12 am #

      Yang dihormati, Eyangkung.

      Terima kasih Eyang sudi hadir di awal pagi untuk menyaksikan peluncuran baru untuk banner blog saya… hehehe, lucu ya eyang, buat majlis segala… suka-suka aja Eyang. Blog sendiri kan.😀

      Amiin… Ya Rahman, mudahan doa Eyang dimakbuli Allah untuk keberhasilan ilmu kita bersama melalui janaan dan cernaannya.

      Mengenali Eyang dalam beberapa detik ini sangat memberi tuah kepada saya kerana banyak menimba ilmu sastra yang bermanfaat. Juga pengalaman eyang tang tentunya membuka ruang kepada generasi baru berfikir bahawa sebesar mana umur kita, jangan pelit dengan ilmu. Betul tak eyang ?😀

      Salam takzim dan didoakan Eyang sehat dan bahagia bersama keluarga di bulan yang mulia ini.

  3. Ifan Jayadi December 7, 2010 at 6:55 am #

    Wah, sampai ada launcing segala bu ya. Saya saja tidak pernah terpikirkan seperti itu untuk blog saya. Hmmm…jadi tidak hanya album musik atau film saja ya yang diluncurkan, blog pun ternyata ada launching nya. Sungguh luar biasa karena peluncurannya bertepatan dengan Tahun Baru Hijriah. Semoga bisa menjadi blog yang bermanfaat bagi semua orang.

    Dan tak lupa juga diucapkan selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah 1 Muharram 1432 H kepada ibu dan keluarga di Sarawak. Semoga pada tahun yang baru ini, langkah kita untuk berbuat kebaikan semakin dimudahkan oleh Allah SWT. Amin

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 10:24 am #

      Hahahaha… iya Ifan, terima kasih membuat saya tersenyum dan ketawa senang di pagi ini. Peluncuran ini hanya untuk menyukakan hati dan meraikan teman, Ifan. Kalau selebriti susah2 panggil sidang akhbar untuk peluncuran filem dan albumnya, maka kita di blog buat sendiri dan santai aja. Senangkan. Kita raikan bersama dengan memberi semangat dan komentar yang bernas. Saya suka cara itu.

      Memang tidak perlu buat sih peluncurannya… hehehe, lucu ya. Saya awalnya juga berfikir demikian, bimbang orang bilang apa-apa. Nah… kan Ifan sudah menanyakannya.😀 Apa yang saya fikir sudah berlaku.

      Ahh… teruskan aja untuk menghargai sahabat yang memberi award banner. Bagi saya setiap hadiah yang saya terima, ia seumpama HADIAH DARI LANGIT sebagai pemberian Allah. Bukan senang mahu membuat orang ingatkan kita walau dalam hal yang kecil jika tidak disiramkan Allah ke hatinya ingatan yang baik untuk berbuat baik.

      Semoga Allah selalu memberi kebaikan kepada mereka yang sukakan kebaikan. Amiin

      Terima kasih Ifan kerana hadir di majlis peluncuran banner baru blog saya. Sangat senang dengan kehadiran Ifan walau jauh di Samarinda. Salam ceria.😀

  4. Muhd Suhaily December 7, 2010 at 8:35 am #

    Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1432, 7 Dis 2010. Semoga kita mendapat pengajarannya istilah Maal Hijrah ini kerana Hijrah dahulu dan sekarang jauh bezanya. Menyatukan 2 puak bukan mudah kerana perbezaan idealogi tetapi kita disaran supaya tidak menghina satu sama lain dan boleh menerima apa juga bentuk teguran.

    Adakah penghijrahan zaman ini lebih kepada hiburan yg sanggup menongeng berdiri berjam-jam utk melihatnya? ataupun melihat anak-anak muda terjebak dgn gejala sosial, berhijrah ke penjara dan org tua berhijrah ke rumah org2x tua..

    Hanya suara hati..

    Salam sahabat dari saya.. KL

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 1:47 pm #

      Salam Maal Hijrah juga buat Muhd. Suhaily.
      Benar tu, saya setuju..Mudahan erti hijrah tidak diputar belitkan oleh golongan yang mahu mengambil kesempatan bagi berbuat sekehendak mereka.

      Hijrah bukan setakat hijrah berpindah tempat sebagaimana definisi terdahulu tetapi maknanya sangat luas dan membawa kepada suatu hal yang baik untuk perubahan yang lebih bermakna.

      Namun yang menyedihkan kita apabila tibanya tahun baru, pasti ada sahaja kelibat manusia yang menyasarkan makna hijrah dalam sambutannya terutama muda mudi yang leka dengan dunia dan nafsu.

      Terima kasih sahabat atas suara hati yang dicurahkan dan senang menerima kunjungan sahabat motivator yang mengkagumkan. Pencerahan ilmu yang dikongsikan di atas sangat berbobot sekali dan membuka minda kita untuk sama-sama memikirkannya.

      Salam mesra selalu dari saya.😀

  5. info[dot]com December 7, 2010 at 9:47 am #

    selamat tahun baru, semoga akan lebih menuai keberkahan dari Allah, amin…
    salam kenal, visit my new blog and leave a comment. thanx..

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 2:03 pm #

      Hai Info[dot]com…

      Salam kenal kembali dan semoga sukses dengan blog barunya.
      Terima kasih kerana sudah hadir berkunjung. senang mendapat sahabat baru. Selamat tahun baru hijrah dari saya.

      ********

      Maaf ya, saya sudah ke blog saudara tetapi tidak meninggalkan pesan kerana saya tidak dapat masuk ke ruang komen posting blogspot.com. Blog saudara sarat dengan infor kesihatan yang bermanfaat. saya telah membaca postingnya. sangat menarik untuk kesihatan kita. semoga anda diredhai Allah.😀

  6. budies December 7, 2010 at 9:50 am #

    bahasa bunda selalu indah dalam setiap postingan, saya kagum dengan bunda
    selamat tahun baru 1432 H, semoga tahun ini semua menjadi lebih baik

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 2:11 pm #

      Sahabat guru yang dihormati, mas Budies…

      Alhamdulillah, terima kasih atas penghargaannya. Semoga mas Budies juga bisa menulis dengan indah.

      Amiin… mudahan kebaikan selalu bersama kita dalam meneruskan kebajikan dan kebaktian dalam bidang pendidikan.

      Selamat tahun baru hijrah juga. terima kasih.
      Salam mesra selalu.😀

  7. Teras Info December 7, 2010 at 10:08 am #

    selamat tahun baru Islam 1432 Hijriah….

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 2:36 pm #

      Teras Info…

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung. saya mengalukan kedatangan di hari lain.

      Selamat tahun baru hijrah dari saya.

      **********

      Saya sudah ke blog saudara, maaf jua dipohon kerana tidak dapat meninggalkan komentar di sana kerana saya tidak tahu cara memasuki komen blogspot.com, selalu kena tendang komen saya. Saya sudah membaca beberapa posting di sana. Sungguh menarik sekali, tapi sayang tidak dapat menyertai komentator lain. Informasi yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Salut dan sukses selalu. Semoga saudara tetap betah kemari.😀

  8. akubiomed December 7, 2010 at 12:03 pm #

    Selamat meyambut awal Muharram.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 6:29 pm #

      Akubiomed…
      Salam kenal.
      Selamat menyambut maal hijrah yang penuh makna.
      Terima kasih sudah sudi bertandang.

      Salam mesra dari saya.

  9. fitr4y December 7, 2010 at 12:49 pm #

    Bund ,, aku juga hadir nih, pake gunting pita gak bund, semoga tambah bersinar ya bund ..

    salam dari jakarta🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 9:23 pm #

      Alhamdulillah Fitray… Bunda bimbang kalau Fit belum hadir kerana tali pitanya dan gunting Fitray yang simpan. hehehehe… Thanks ya kerana sudi mampir, bunda senang kok.

      inda ada guntig dan pitanya kalau launch di internet, Fit. hanya ketik aja, terus luncur tenang.

      Salam sayang dari bunda.😀

  10. bundadontworry December 7, 2010 at 1:33 pm #

    Ibu Fatimah Sayang……..
    Bunda ingin mengucapkan :
    Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1432 H.
    semoga Allah swt selalu memberikan Ibu Fatimah dan keluarga kesehatan,segala kebajikan ,dan kemudahan untuk selalu bertakwa kepadaNYA aemata.
    Semoga di tahun baru ini, kita semua selalu dlm siraman kasih dan sayangNYA.
    Bunda juga mohon dimaafkan lahir dan bathin utk segala kekhilafan selama bersahabat dgn Ibu Fatimah tersayang

    salam rindu selalu dr Tangerang utk Ibu Fatimah dan keluarga🙂
    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD December 8, 2010 at 6:03 pm #

      Hai bundaku sayang…
      Bahagia di hati menerima kunjungan dari bunda. Selamat menyambut maal hijrah 1432 yang bermakna.

      Amiin… Ya Rabb atas kiriman doa yang baik dari bunda dan mendoakan bunda dan keluarga juga mendapat kebaikan yang sama dari Allah SWT.

      Sama-sama kita bermaafan atas apa yang telah kita jalani selama ini jika ada yang tersalah bunda. Insya Allah, semuanya baik dan indah sekali dapat bersahabat dengan bunda.

      Salam rindu dan hangat selalu untuk bunda di Tangerang.😀

  11. M Mursyid PW December 7, 2010 at 2:17 pm #

    Lama tak berkunjung ke sini. Semoga sahabat Siti dan keluarga senantiasa dikarunia kesehatan.
    Selamat tahun baru 1432 H.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 8, 2010 at 6:08 pm #

      Alhamdulillah, kunjungan sahabat guru yang menyenangkan. Terima kasih Pak Mursyid.
      Amiin… Ya Rahman. Didoakan Pak Mursyid dan keluarga juga sehat dan bahagia.
      Salam maal hijrah dari saya.😀

  12. bchree December 7, 2010 at 2:19 pm #

    terima kasih sekali bunda sudah memasang image headernya. merupakan penghargaan dan penhormatan yang basar dari bunda kepada sy. blog se keren dan tenar seperti milik bunda sudi dipasang image header yg editanya amatiran ini. semoga Allah membalas kebaikan bunda.

    SELAMAT MEMASUKI tahun 1432 H, mari HIJRYAH ke yang lebih baik seperti yang sudah dicontohkah rosul.
    salam buat semua anngoka keluarga yang lain di malaysia ….

    • SITI FATIMAH AHMAD December 8, 2010 at 9:41 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih mas Bchree kerana sudah hadir di hari launching banner ini. Amiin…. semoga ada kebaikan untuk semua kebaikan yang dilakukan. Tahniah atas kreativiti dan aspresiasi yang punya nilai estetika yang tersendiri.

      Salam keindahan bulan hijrah yang bermakna buat semua ummah😀

  13. bchree December 7, 2010 at 2:31 pm #

    bunda terima kasih juga buat awardnya yang menarik, lucu, kebetulan sy dan keluarga suka warna kuning heeeeee … kok bisa pas banget yach????
    lumajang itu termasuk di pulau jawa, propinsi jawa timur, kabupaten lumajang, kota kecil yang terkenal dengan pisang agung.(kalau ingin lebih jauh coba ke http://www.lumajang.go.id_situs Pemerintah kab. Lumajang) rumah sy dekat alun-alun kota, tapi ngajarnya 26 km dari rumah bun, di desa, kaki gunung semeru bagian timur laut.
    tambah binggun yach …..?
    kalau pergi ke Jawa Timur bilang aja, nanti sy jemput heeeeeee …..

    • SITI FATIMAH AHMAD December 8, 2010 at 10:00 pm #

      Hmmm… kebetulan ya, saya juga meminati warna kuning yang mewakili warna bunga matahari. Warna yang selalu menyegarkan pemandangn dan memberi suntikan kecergasan kepada yang memandangnya. Terima kasih sudi menerima award dari saya.

      Jadinya, Lumajang di Jawa Timur. Kini saya faham. Beruntung juga kerana sekolahnya masih dekat dengan rumah sendiri, tentu senang dapat menumpah bakti di kampung halaman.

      Saya sudah link ke url Lumajang tetapi tidak dapat buka sehingga kini, apakah masalahnya ya ? Ingin juga tahu tentang Lumajang dan yang lain2 di sana. Bingung juga kalau sekedar baca tanpa meliat informasi tentangnya.

      Hehehe.. insya Allah, pasti saya akan maklumi Bchree kalau saya berkesempatan ke Jawa Timur. Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah untuk wisata ke sana nanti. Terima kasih ya.

      Salam mesra selalu.😀

      • bchree December 9, 2010 at 5:14 pm #

        coba http://www.lumajang.go.id/
        maaf bun sy ikut ngomentari beberapa comen, nggak pa2 kan?

        • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 7:42 pm #

          Silakan mas Bchree, dengan senang dialu-alukan mengomentari semuanya juga.😀

          Alhamdulillah, link ke Lumajang sudah bisa di akses. Terima kasih. Tidak menyangka Lamajang adalah sebuah negara tersendiri suatu ketika dulu. Sejarahnya sangat hebat.

          Terima kasih mas Bchree atas informasi yang disertakan.

  14. Sugeng December 7, 2010 at 3:16 pm #

    salam takzim bunda semoga selalu sehat wal afiat😆
    bannernya bagus juga bunda jadi ramai dan penuh makna. Selamat tahun baru Muharam 1432H bunda, semoga di tahun baru ini lita bisa mengapai semua asa dan harapan yang tergantung di langit.
    salam hangat serta jabat erat selalu dari Tabanan

    • SITI FATIMAH AHMAD December 8, 2010 at 10:47 pm #

      Mas Sugeng…

      Alhamdulillah, saya sehat selalu. Iya… bannernya memang enak dipandang dan menyegarkan.

      Wah… saya suka sekali ayat ini :

      “bisa mengapai semua asa dan harapan yang tergantung di langit.”

      Ayatnya benar2 hebat dan berkuasa. Salut atas semangat tahun barunya mas.

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam maal hijrah dari saya.😀

  15. mamah Aline December 7, 2010 at 3:55 pm #

    selamat tahun baru hijriyah Ummi Siti, semoga tahun ini memberi semangat baru untuk hidup yang lebih baik dan bermanfaat dunia akhirat.
    iya tuh, saya lihat pertama kali header tampilan blognya kok beda, ternyata hadiah dari mas Bchree… lebih semarak penuh warna di awal permulaan muharram ini. salam hangat selalu

    • SITI FATIMAH AHMAD December 8, 2010 at 10:54 pm #

      Mamah Aline…

      Selamat tahun baru hiijriyyah juga mbak.
      Amiin… mudahan kita mendapat yang terbaik dari kehidupan ini dan diberkati Allah SWT.

      Iya mbak… bannernya sesuai dengan pertukaran tahun hijrah untuk menuang semangat ke arah kebaikan.

      Salam hangat kembali mbak.😀

    • bchree December 9, 2010 at 5:12 pm #

      terima kasih semangatnya mamah aline

  16. sawali tuhusetya December 7, 2010 at 4:05 pm #

    assalamu ‘alaikum wr. wb.
    ikut mengucapkan selamat tahun baru 1432 H, bunda, semoga bunda sekeluarga senantiasa mendapatkan limpahan rahmat, taufiq, dan hidayah-Nya. salam sukses dari kendal, indonesia.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 12:28 am #

      Wa’alaikum salaam Wa Wb sahabat guru, Pak Suwali…

      Selamat Tahun Hijrah juga buat Pak Suwali dan keluarga di sana.
      Amiin… Ya Rahiim atas kiriman doa yang baik untuk lesejahteraan hidup.

      Terima kasih Pak Suwali atas kunjungan yang dialu-alukan.
      Salam takzim dari saya.😀

  17. Eyangkung December 7, 2010 at 4:41 pm #

    Mengucapkan selamat tahun baru Hijriah vuntuk mbak Siti.

    Setiap tahun baru apapun: Masehi, Hijriah, Jawa/Sura maknanya sama. Mengajak kita manusia yang baru saja menjalani kehidupan di dunia nyata ini setahun persis. Untuk diam lepas dari ramainya kehidupan dunia. kemudian merenung: Apakah setahun ini yang telah kulakukan.? cukupkah aku berbuat baik untuk sesama? Cukupkah aku berbagi? Cukupkah aku melakukan perintah agamaku? Untuk kedepan, bila masih banyak keinginan yang belum tercapai setahun berlalu ini mampukah aku tetap bersyukur atas karunia lain yang ternyata sudah jauh lebih banyak yang saya nikmati. Dan mampukah saya tidak berbuat kesalahan yang sama seperti yang sudah saya lakukan sebelumnya. Ampunilah hamba, Tuhan. Maafkanlah saya sahabat

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 5:53 pm #

      Eyangkung yang dihormati…

      Terima kasih atas ucap selamat tahun baru. Kebersamaan tahun baru walau dari apa juga jenis bulannya, tetap memberi inspirasi untuk berubah kepada manusia yang memahami erti sebenar penggantian tahun tersebut.

      Wow…. persoalan2 Eyang sungguh mengujakan dan harus difikirkan oleh semua orang sebagai muhasabah diri bagi membuat mengorak langkah ke arah yang lebih baik dari hari semalam dan menjadi lebih baik untuk esok harinya.

      Amiin… mudahan segala dosa dan kesalahan kita diampuni Allah Eyang. Kemaafan juga dipohon sama andai ada yang tersalah bahasa dan khilaf kata-kata sepanjang mengenali Eyang di dunia maya.

      Semoga usaha tahun baru dengan azam baru bisa digapai dengan lebih mantap sehingga tercapai. Mudahan selalu sukses Eyang.

      Salam takzim dari saya selalu.😀

  18. monda December 7, 2010 at 7:43 pm #

    Selamat tahun baru 1432 H buat Akak Siti dan keluarga. Seharusnya hari ini ultah blog lama ya, tapi tak apalah ya kak, sudah ikhlas kan. Semoga blog generasi 2 ini akan bertahan selamanya.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 5:56 pm #

      Terima kasih mbak Monda atas ucap selamatnya.
      Iya… ultah kedua blog lama saya. Alhamdulillah, walau hati masih terharu dan sedih dengan kehilangannya. Sungguh dunia blog di maya ada risiko sedemikian ya.

      Amiin.. mudahan mbak. semoga doanya dimakbuli Allah SWT.
      Salam mesra selalu.😀

  19. dikma December 7, 2010 at 7:52 pm #

    Wah bagus sekali Bunda

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:03 pm #

      Terima kasih Dikma.
      Kok foto Dikma itu keliatannya menyeremkan ya.😀

  20. Danu Akbar December 7, 2010 at 8:20 pm #

    Meskipun ini kunjungan pertama saya di blog ini. tapi saya bisa melihat bahwa banner header yang baru jauh lebih hidup dan berwarna.

    Hm… sedikit penilaian untuk pemilik blog ini. Saya rasa pemiliki blog ini adalah orang yang kreatif terbukti dengan adanya launching banned ini. Sebelumnya saya tidak pernah melihat adanya launching banner blog. hehehe

    Salam, Danu Akbar.

    • bchree December 9, 2010 at 5:11 pm #

      terima kasih mas

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:09 pm #

      Danu Akbar…

      Alhamdulillah atas kunjungan perdana yang menyegarkan. Senang dapat berkenalan.

      Iya… binaan grafiknya sangat nyaman dilihat dan tenang memandang berbanding yang lama. kelihatan banyak bedanya, lebih feminin kok. Ternyata mas Bchree tahu cita rasa kaum wanita.😀

      Hmm… terima kasih ya atas penilaian yang baik dan saya senang mengetahuinya. Hehehe… satu evolusi baru dalam dunia blog barangkali… Apa betul mas, inda pernah orang buat launching banner ini ? Wah… kok saya bisa jadi pelopornya. Bagus tu. Harapan blogger lain juga ikut sama memeriahkan launching banner di blog masing2 nanti.

      Harap sudi mampir lagi.
      Salam mesra dari saya.😀

  21. baburinix! December 7, 2010 at 8:45 pm #

    selamat tahun baru hijriah 1432…
    semoga menjadi awal yang baik tahun ini.
    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:24 pm #

      Hai Baburinix…

      amiin… Ya Rabb. Mudahan tahun ini bisa memberi banyak kejayaan untuk diraih.

      Terima kasih sudi hadir ke blog ini.
      Salam kenal dari saya.😀
      Selamat maal hijrah 1432.

      *****

      Sudah ke blog anda, blognya mantap dan penuh inspirasi untuk dimanfaatkan. Maaf ya kerana tidak dapat menulis di komen posting hanya menitip pesan di shoutmix sahaja kerana blogspot.com tidak pernah mahu menerima pesan saya di sana. Terima kasih.

  22. dedekusn December 7, 2010 at 10:33 pm #

    Assalamu’alaikum Wr. Wb.
    Sukses dengan launchingnya bunda Siti🙂
    Salam hangat & selamat tahun baru Hijriyah juga dari sy. Semoga kesuksesan selalu menyertai kita ditahun ini dan ditahun-tahun mendatang. Amin…
    Salam hangat dari Ciamis Selatan – Jabar – Indonesia.
    Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:32 pm #

      Wa’alaikum salaam nanda Dedekusn…

      Alhamdulillah. Tahun baru dengan banner yang baru. satu evolusi baru telah bermula.😀

      Amiin… mudahan akan sukses semuanya. Terima kasih ya atas doanya. Turut mendoakan Dede juga sukses sama pada tahun hijrah ini.

      Salam hangat kembali buat Dede dari saya di Sarikei, Sarawak.😀

  23. Kelabang's Blog December 7, 2010 at 10:59 pm #

    Selamat Tahun Baru Hijriyah Mak Cik, semoga kedepannya makin sukses dan makin bermanfaat.
    Salam hangat dari Meranti.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:34 pm #

      Amiin… Ya Rahman. Terima kasih mas Zulfa atas doa dan ucap selamatnya. Semoga mas Zulfa juga mencapai kejayaan di tahun baru hijrah ini.

      Salam hangat kembali dari saya.😀

  24. andinoeg December 8, 2010 at 12:06 am #

    Selamat Tahun Baru Hijriah, semoga kita bisa hijrah menjadi orang yang lebih baik

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:37 pm #

      Amiin… Ya Muhaimin.
      mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang baik.

      Salam maal hijrah buat Andi.😀

  25. alamendah December 8, 2010 at 12:10 am #

    Selamat tahun baru 1432 Hijriyah dan selamat atas banner barunya. Oke banget, Mbak.

    • bchree December 9, 2010 at 5:10 pm #

      terima kasih mas alamenda

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:40 pm #

      Terima kasih mas Alam atas kunjungan dan ucap selamatnya.
      Mas Bchree memang bagus dalam hal ini.😀
      Moga silaturahmi tetap terjalin baik.

      Salam keindahan awal Muharram dari saya.😀

  26. Aldy December 8, 2010 at 5:41 am #

    Assalamualaikum Bunda,

    Tahniah Bunda Siti, berganti lagi header blog ini, kelihatannya tetap tidak meninggalkan ciri khas bunda, bungan matahari dan wanita cantik berkerudung.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 6:44 pm #

      Wa’alaikum salaam nanda Aldy…
      Hehehe… kenapa ya… pipi bunda ni rasa hangat dan pink aja nih. kok ada yang memuji ya.😀

      Terima kasih nanda kerana hadir di hari peluncuran banner baru blog bunda. Semoga sukses selalu.

      Salam hangat dari bunda😀

  27. Fir'aun NgebLoG December 8, 2010 at 10:39 am #

    Selama Tahun Baru Hijriyah 1432 Bunda…
    semoga di tahun ini kehidupan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya,
    terima kasih,

    salam ngeblog dari bandung😉

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 7:34 pm #

      Selamat tahun baru juga mas Argun…
      Amiin.. Ya Rabb. Mudah2an dimakbuli segala doa kita.

      Terima kasih kembali.
      Salam mesra dari saya.😀

  28. Mbah Jiwo December 8, 2010 at 10:50 am #

    apa yg kita dapatkan dari pergantian Tahun??

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 8:03 pm #

      hai mbahjiwo…
      biasa aja kok, hanya bertukar angka. kerana untuk pembaharuan hidup seharusnya bermula dari gantian hari ke hari, tidak perlu bertukar tahun. lama sangat menunggunya.

      Terima kasih mbah, persoalan yang cerdas.
      Salam ceria.

  29. tuyi December 8, 2010 at 11:48 am #

    mantaplah pokoknya…..
    Salam penuh cinta damai ya Bunda…..

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 9:29 pm #

      Senang dikunjungi Kang Tuyi.
      maaf kang, sudah lama tidak menyapa. Segan kerana kang Tuyi hadir duluan ke blog saya. Terima kasih ya.

      Salam mesra dan hangat selalu.😀

  30. Red December 8, 2010 at 12:37 pm #

    halo bunda yg cantik, selamat tahub baru hijriah. semoga makin sukses dan mantap ibadahnya, kerjanya dan blognya!

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 9:32 pm #

      Hai Red…
      Amiin… Ya Karim.
      Terima kasih atas doa yang baik dari Red. Semoga dikabulkan Allah.

      Salam mesra dari saya.😀

  31. masyhury December 8, 2010 at 1:28 pm #

    Selamat Tahun Baru Hijriyah 1432H bunda,
    Oya, Header blog yang baru ini bagus sekali. Sepertinya cocok dengan nuansa Tahun baru ini. Mas Bchree memang jago soal desain, saya musti banyak belajar darinya,😀

    Salam dari Medan,🙂

    • bchree December 9, 2010 at 5:08 pm #

      mas masyhury berlebihan yach …. sy masih amatiran mas dalam fotocop….
      maaf bun numpang coret2 …

      • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 5:16 pm #

        Inda apa mas Bchree… silakan aja coret2nya.
        ini kan juga posting special untuk Bchree.

        Mungkin bisa juga tolong balas komentar yang lain deh…hehehe. Bisa nggak ?😀

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 10:02 pm #

      Hai Masyhury…

      Bagus tu, dua2 tokoh grafik disainer bersatu menghasilkan karya yang pastinya bermutu tinggi. Semoga berjaya.

      Salam harmoni dari saya.😀

      • masyhury December 11, 2010 at 4:02 pm #

        hahaha,,
        ada-ada saja,😀

        (*maaf bunda!

  32. abifasya December 8, 2010 at 6:05 pm #

    Sennag telah dikunjungi, namun maaf baru bisa berkunjung balas.
    Selamat Tahun Baru 1432 H
    Smoga qt semua mdpt Ridla Allah
    Aminnnnnnnnnnnnn

    • bluethunderheart December 8, 2010 at 10:43 pm #

      sama sama y bunda
      semoga banyak berkah Alloh tuk kesehatan serta kesuksesan bunda sekeluarga disana
      salam hangat dari blue

      • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 10:38 pm #

        Terima kasih nanda Blue, senang dengan kunjungan Blue dan bunda mendoakan Blue juga sehat dan sukses selalu.

        Semoga dengan kehadiran tahun hijrah 1432, Blue akan berhasil mencapai apa yang menjadi impian dalam hidup.

        Salam hangat kembali dari bunda buat Blue dan keluarga besar kita di sana.😀

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 10:23 pm #

      Yang dimuliakan, kang Guru Abi Fasya….

      Alhamdulillah, senang juga dikunjungi kembali oleh Kang Guru yang dihormati. Terima kasih ya.

      Amiin… Ya Rahman. Semoga redha Allah selalu bersama kita dan selalu dalam perlindungan-Nya.

      Salam maal hijrah yang ceria dari saya.😀

  33. fitrimelinda December 8, 2010 at 6:41 pm #

    selamat tahun baru hijriyah bunda…
    selamat launching juga..🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 10:41 pm #

      Terima kasih Fitri atas ucap selamatnya. Selamat juga buat Fit. Semoga bahagia selalu.
      Salam manis dari bunda.😀

  34. Marya Sy December 9, 2010 at 10:23 am #

    Assalamu’alaikum, Ibunda…
    banner yang lucu. Ada mataharinya juga, dan wajah Ibunda. Sy sangat sukaa…🙂

    Salam bahagia dari Indonesia tercinta, ^^

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 10:50 pm #

      Wa’alaikum salaam Marya Sy…

      Salam kenal dan terima kasih sudah sudi hadir kemari.
      Bannernya memang menyegarkan berbanding banner yang bunda buat sendiri. Cikgu Bchree memang berbakat dalam bidang desainer ini.

      Mudahan betah berkunjung lagi di masa depan.
      Salam bahagia kembali dari saya.😀

  35. julicavero December 9, 2010 at 10:25 am #

    maaf mba walaupun agak telat ijinkan saya mengucapkan selamat tahun baru 1432 H,semoga mba fatimah sekeluarga senantiasa mendapatkan limpahan rahmat, taufiq, dan hidayah-Nya.amiennnn
    salam saya

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 10:54 pm #

      Mas Julian…

      Tidak mengapa telat mas, yang penting sudah sudi hadir. Selamat kembali ngeblog ya.

      Amiin.. Ya Rahman atas kiriman doa yang baik dari mas Julia. Semoga mas Julian juga memperolehi kebaiakn yang sama.

      Salam ceria selalu.😀

  36. neni December 9, 2010 at 1:07 pm #

    Assalamu alaikum

    maaf bunda, telat mampir lagi..hehe

    selamat tahun baru Hijriah buat bunda yach..

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2010 at 10:56 pm #

      Wa’alaikum salaam Neni…

      Tidak mengapa Neni, yang penting Neni selalu ingatkan bunda di sana.

      Selamat tahun baru juga dari bunda.
      Salam sayang untuk Neni.😀

  37. Yusami December 16, 2010 at 8:55 am #

    Saat ini saya sedang berada di persimpangan, semoga Allah SWT meringankan langkahku untuk berhijrah di tahun baru ini sebagaimana Bunda memberikan cahaya kepada semua orang. Amin…Salam hangat dan sukses selalu

    • SITI FATIMAH AHMAD December 22, 2010 at 12:23 am #

      Mas Yusami….

      Semoga Allah akan selalu memudahkan urusan mas dalam penghijrahan yang memberi makna buat kita memperbaharui azam dan ibadah.

      Amiin… Ya Rabb, mudahan kita semua dirahmati Allah dan sukses selalu ya mas.

      Salam hangat kembali.😀

  38. Azzahra December 22, 2010 at 3:21 pm #

    Tidak ada kata terlambat untuk mengucapkannya di hari ini.
    Selamat Tahun baru hijriyah… 1 Muharram 1432 H.

    Selamat juga atas penggunaan baner baru atas penghargaan dari CIKGU BHCREE, yang telah memberikan sesuatu bagi perubahan blog ini.

    Saya baru tahu kalau banner utamanya telah berubah, karena lama sekali tidak berkunjung / bw ke tempat rekan-rekan saya.

    Selamat… sekali lagi….

    • SITI FATIMAH AHMAD December 22, 2010 at 10:28 pm #

      Lambat hanya kata manusia tetapi setiap hari yang berganti memberi kehidupan baru buat kita. Selamat Maal Hijrah juga buat Azzahra.

      Senang menerima penghargaan atas perluncuran banner baru blog LMGS G2 yang tentunya memberi kelainan dan kesegaran kepada yang melihatnya. Sedangkan saya masih merindui banner lama saya kerana senyuman matahariku yang indah itu sungguh menghangatkan jiwa dan menceriakan. tiada yang sebanding dengannya.

      Terima kasih atas kunjungan yang dialu-alukan dan semua komentar yang dititipkan. Semoga akan selalu bahagia serta sukses mengharungi kehidupan ini.

      salam mesra selalu.😀

  39. Maren Kitatau October 14, 2015 at 12:07 am #

    Selamat Tahun Baru Hijrah 1437

    Salam Damai!

    • SITI FATIMAH AHMAD October 15, 2015 at 12:12 pm #

      Selamat Menyambut Maal Hijrah 1437
      Terima kasih mas Maren dan salam damai kembali.

    • Maren Kitatau October 18, 2015 at 1:22 am #

      Hijrah!

      Membaca sejarah hijrah, berkesan seperti eksodus yang dilakukan oleh bani Israel, hijrah dari Mesir ke Tanah Kanaan di bawah pimpinan Nabi Musa. Mereka “hijrah” dari perbudakan selama 400 tahun di Mesir menapaki padang pasir selama 40 tahun menuju Tanah Kanaan, Tanah Perjanjian. “Hijrah” ini mereka peringati sebagai Paskah.

      Tradisi Yahudi memelihara kenangan nasional dan pribadi akan kisah yang penting ini dalam hidup sehari-hari. Contohnya adalah dengan memakai tefilin (Jewish phylacteries) pada lengan dan dahi, memakai tzitzit (jumbai-jumbai ritual yang diikatkan pada keempat ujung syal sembahyang; knotted ritual fringes attached to the four corners of the prayer shawl), menyantap matzot (roti tidak beragi; unleavened bread) selama hari-hari perayaan Paskah, puasa anak sulung sehari sebelum Paskah, dan penebusan anak-anak sulung manusia maupun hewan.
      [id.wikipedia.org/wiki/Keluar_dari_Mesir]

      Tradisi tahun baru Hijrah di Malaysia bagai mana, Bun!
      Di Indonesia tampak sepi-sepi saja, tak ada kegiatan.
      Mungkin aku tidak fokus melihat aktifitas-nya.

      Salam Damai!

      • Maren Kitatau October 18, 2015 at 2:23 am #

        O, ya! Di Indonesia pada tanggal 14 October 2015
        atau 1 Muharam 1437 H adalah hari libur nasional.
        Apakah di Malaysia libur juga pada tanggal itu?

        Salam Damai!

        • SITI FATIMAH AHMAD October 19, 2015 at 1:30 pm #

          Sambutan maal Hijrah di Malaysia dan Indonesia jatuh pada tarikh yang sama. Kami juga bercuti satu hari bagi meraikan kemeriahan tahun baru Islam pada setiap tahun

          Di Malaysia, sambutannya sangat meriah. Antara acara besar adalah Tokoh Maah Hijra peringkat Negeri dan Kebangsaan. Sambutan berbentuk ceramah, pidato, acara kerohanian berlangsung di peringkat, sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.

          Mudahan kebaikan acara yang islamik dapat mengubah persepsi dalam kehidupan seharian kita.

          Terima kasih saudara Maren dan salam sejahtera.

      • SITI FATIMAH AHMAD October 19, 2015 at 1:25 pm #

        Alhamdulillah, saya mengambil banyak informasi yang ditulis oleh saudara Maren tentang hijrah umat terdahulu. Apa pun semuanya bererti hijrah ke tempat yang telah disaran Allah untuk kejayaan umat tersebut.

        Sayang sekali hijrah Bani Israil itu tidak mencapai apa yang dikehendaki Allah kerana keingkaran mereka terhadap perintah Allah dengan ujian memasuki kota yang bakal didiami mereka. Hingga akhirnya Allah murkai dan menghukum segelintir mereka yang tidak taat dengan perintah Nabi Musa a.s. Hal ini mengurangkan kekuatan dalam pertahanan mereka.

        Berbeza dengan hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat yang penuh dengan perjuangan untuk membela agama dan iman mereka. Akhirnya kejayaan demi kejayaan dalam pertahanan demi membela agama tercapai sehingga terbinalah sebuah negara Islam pertama di dunia.

        Salam sejahtera dan salam maal hijrah.

  40. Maren Kitatau October 20, 2015 at 3:15 pm #

    Ya, sayang sekali hijrah Bani Israil itu tidak mencapai maksimumnya, yaitu utamanya adalah hijrah rohani dari perbuatan dosa ke perbuatan yang mulia. Tapi, istilah hirah itu dulunya adalah islami secara fisik, yaitu berpindah wilayah dari wilayah paganis ke lokasi islami. Bile kita melihat foto berita di bawah ini, yang sekarang sedang terjadi adalah kebalikannya, yaitu hijrah dari negeri Islami ke negeri Eropa (non muslim).

    http://www.konfrontasi.com/sites/default/files/styles/article_big/public/article/2015/09/Screenshot_090315_074839_PM.jpg?itok=dTxit63n

    Hijrah dalam foto di atas adalah korban kegaduhan ISIS di negara-negara Islam yang sedang sibuk dengan urusan perang saudara pula. Entah lah apakah mereka sedang sibuk rebutan menjadi khalifah di muka bumi ini atau hanya nafsu kuasa belaka sehingga begitu banyak korban terjadi.

    Kami turut prihatin menyaksikan kegaduhan dan
    penderitaan manusia itu di jaman modern kini.

    Salam Damai!

    • SITI FATIMAH AHMAD October 20, 2015 at 4:15 pm #

      Sebabnya, negara Islam sendiri tidak mahu menerima pelarian muslim ini kecuali negara Turki yang memberi perhatian. Apa agaknya fungsi dan perana OIC – pertubuhan Islam antarabangsa itu ya. atau hanya sekadar berkata ” OOOOO…. I SEE. (OIC).

      Syukurlah negara barat (non-muslim) masih mempunyai sifat kemanusiaan dan melihat ini sebagai insan. Ternyata barata lebih Islamik dalam urusan kebajikan manusia berbanding negara Islam yang saling tuding menuding mencari kesalahan saudaranya.

      Jika kita lihat United Kingdom (Tanah British) sudah mempunyai hampir 2 juta umat islam menjadi warga negaranya. Hungary sahaja dengan suka rela membenarkan pelarian Syria masuk ke negara mereka. Turki membina bandar khemah pelarian yang lengkap seperti sebuah bandar baru untuk membantu saudaranya.

      Mudahan Allah menyatu padukan umat islam untuk memerangi musuh Islam yang menghancurkan Islam dari dalam.

      Terima kasih mas Maren dan salam sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: