CT313. MISI KEMANUSIAAN (4): SUMBANGAN BANJIR PANTAI TIMUR (MALAYSIA)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BanjirFatima1PantaiTimurMalaysia

*

UJIAN KEHIDUPAN

Saya cukup tersentuh apabila membaca atau mendengar musibah yang menimpa sesiapa yang diuji Allah SWT. Pasti perit dan tertekan apabila musibah itu melibatkan kehilangan nyawa, harta benda dan kehidupan yang selama ini sudah memberi keselesaan.

Tidak ada siapa yang mampu menghalang apabila Allah SWT sudah merencana setiap kejadian untuk menguji sejauh mana hamba-NYA redha, sabar dan bertawakal dengan kehidupannya di dunia. Ujian itu datang tidak mengira tempat, masa, bentuk dan keadaannya.

Tanpa disedari, kita menjadi pilihan Allah SWT untuk melalui ujian getir tersebut. Sejauh mana kita mampu berhadapan dengan kesusahan hidup. Allahu Akbar. DIA lebih mengetahui siapakah hamba yang bersabar dan siapa hamba yang engkar dan berburuk sangka.

MALAYSIA sedang dilanda musibah sekali lagi. Jika dulu, kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui. Kemudian lebih menyedihkan apabila satu lagi pesawat milik MAS MH17 ditembak jatuh sehingga mengorban semua penumpang dan anak kapal.

Kini musibah yang tidak disangka berlaku lebih dahsyat dari biasa. Malah dari tahun-tahun sebelumnya. BANJIR pasti mengubah dan memberi tanda kepada negeri-negeri Pantai Timur Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) setiap tahun. Ia fenomena alamiah yang biasa tetapi tetap menghantui penduduk yang mengalaminya.

Disember 2014, mengubah wajah negeri-negeri di Pantai Timur terutama Kelantan yang dikatakan mengalami banjir paling dahsyat dalam tempoh 67 tahun. Beberapa kawasan seumpama di landa TSUNAMI. Allahu Akbar. Apakah hikmah disebalik kejadian yang meruntun hati. Ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan hidup sehelai pinggang.

*

BanjirKelantanNov2014

Gambar Google – Banjir di Kelantan 2014

*

SEBAK

Saya terpanggil untuk mencurahkan bakti tetapi tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Yang pasti saya tidak akan berdiam diri melihat saudara di negeri lain hidup bagai dalam buangan tanpa identiti dan sedang meratap nasib yang bergulir saban hari. Jiwa saya turut sebak dan tersentap melihat berita di tv, membaca di dada akhbar tentang kesukaran yang sedang mereka hadapi.

Masih jelas terbayang, wajah-wajah sendu mengalir air mata menceritakan penderitaan hidup yang sehelai sepinggang. Rumah dan harta tidak mampu diselamatkan apabila air deras mulai menggila datang tanpa diundang. Kejutan demi kejutan dalam gelombang hujan yang bertimpa-timpa. Namun mereka berusaha untuk redha dan bersabar. Allahu, Allahu Ya Allah.

Kata mereka, mata hanya mampu memandang air bah deras menggoncang. Badan hanya mampu mendepang bersama gementar tubuh yang kian lesu bertandang. Tidur kini tidak lena dan selalu diamuk bimbang. Bagaimanakah kehidupan akan datang yang bakal ditatang dengan hati walang. Masya Allah. mereka sedang diduga Allah dengan kegetiran hidup.

Tetapi saya di sini (Sarikei), bagaimana ? gumam hati buat renungan diri. Saya juga demikian sama. Sungguh. Saya yang jauh di seberang, masih hidup dalam zon selesa tanpa kehilangan walau sesen pun harta benda dan simpanan. Kami diuji Allah dengan segala harta milik yang ada, sanggupkah untuk menderma dengan memberi sumbangan buat mereka yang memerlukan.

Saya menginsafi diri apabila terkenang kisah hidup Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Di Zaman Umar al-Khattab menjadi khalifah, telah berlaku musim kemarau berbulan-bulan di Madinah.

Para sahabat yang menjadi gabenor di Yemen, Mesir, Syria, Iraq, Syam, Parsi dan lainnya datang membantu setelah mendapat khabar dari Khalifah. Penduduk Madinah sedang kebuluran, tanahnya kering kontang kerana tidak ada hujan. Mereka hidup dalam kepayahan.

*

INISIATIF

Saya bukan orang berada, tetapi saya ingin membantu sedaya mampu melalui pelbagai cara untuk bersama dalam meringankan beban. Ia memang tugas yang berat namun disabarkan hati. Saya pernah mengendalikan tiga program mencari sumbangan berbentuk dana kewangan bagi MISI KEMANUSIAAN ANTARABANGSA iaitu:

(1) : Mangsa Gempa Bumi di Bandung bagi pembinaan Masjid Nurul Hidayah, KP. Sidakmukti RT.05  RW.04 Desa Pangalengan, Kecamatan Pangalengan, Kabupaten Bandung, Indonesia (2009).

(2) : Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia (2009), dan

(3) : Mangsa Bencana Alam (banjir) di Pakistan (2010)

*

Alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan. Namun, sumbangan amal untuk mangsa banjir di Pantai Timur tahun 2015 ini sangat berbeza berbanding tiga program yang pernah saya kendalikan.

Sumbangan kali ini lebih bersifat peribadi dan hanya berlaku dalam keluarga kecil saya sahaja tanpa melibatkan orang luar. Inisiatif kali ini bukan berbentuk wang ringgit tetapi PAKAIAN TERPAKAI milik kami sekeluarga yang masih baik dan nampak baru.

Saya memohon doa dengan hati yang penuh harapan tinggi agar Allah membuka jalan, menyatukan hati saya, SPH dan anak-anak agar tidak rasa berat untuk menyumbang dan memudahkan semua urusan untuk sumbangan yang diusahakan ini akan dapat sampai ke lokasi yang diharapkan.

MASALAHNYA saya dan SPH tidak tahu ke mana hendak kami kirim semua kotak yang bakal dihantar. Alhamdulillah, ketika mengunjungi ruang posting di blog sahabat Malaysia, Abu Ikhwan di Kembara Mencari Hamba, saya telah menemui arah tujuan untuk menghantar sumbangan pakaian yang telah lama disimpan dan masih lagi dalam proses pembungkusan. Allahu Akbar.

*

BanjirFatima3BungkusanPakaian1

Pakaian terpakai kami sekeluarga telah lama saya bungkus mengikut kategori umur dan saiz. Hanya menunggu untuk didermakan. Ada pakaian yang kami telah dermakan kepada pihak NGO (non-Muslim) yang kami tidak kenal pasti latar belakang mereka sehingga timbul pertanyaan, di manakah pakaian itu akan disalurkan.

Akhirnya banyak pakaian terpakai saya simpan kembali dengan harapan dapat didermakan kepada mereka yang diketahui dan amat memerlukannya.

*

SEMUA DIMUDAHKAN ALLAH

Allahu Akbar, Subhanallah walhamdulillah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap harapan hamba-NYA yang ingin berbakti. Allah tidak pernah menghampa sesiapa yang hendak berbakti kepada sesama manusia. Saya dapat merasai segala doa saya dimakbulkan dan semua urusan tersebut berjalan lancar tanpa ada halangan.

Saya sentiasa melafazkan doa kepada Allah agar semua pihak yang berurusan dengan saya dan SPH seperti pihak pejabat Pos Laju, pihak kedai untuk meminta kotak dan pihak Abu Ikhwan di Pahang akan dimudahkan Allah SWT.

Alhamdulillah kami hanya mengambil masa 2 hari (8 hingga 9 Januari 2015) untuk mengurus semua proses dari membungkus pakaian, mengemas kotak dan menghantar ke pejabat Pos Laju pada jam 2.30 petang.

Tanpa di sangka kotak-kotak kiriman kami sampai ke alamat yang dituju pada keesokan tengah hari (10 Januari 2015). Awal 7 hari dari tarikh yang dijangka seperti yang dimaklumkan oleh Abu Ikhwan untuk dihantar ke Kelantan atau Pahang. Kedua tempat ini paling teruk dilanda banjir.

*

KRONOLOGI PUSAT OPERASI BANJIR

Saya menamakan misi kemanusiaan ini Misi Keluarga Domestik di mana semua ahli keluarga mengambil bahagian untuk memastikan operasi ini berjalan lancar. Saya, selaku pengerusi pengelola dan pelaksana. SPH sebagai penasihat dan anak-anak merupakan petugas yang membantu dalam apa juga kerja yang diperlukan.

Bilik tidur anak lelaki saya, Akram dijadikan Pusat Operasi untuk mengurus segala pakaian yang akan dilipat dan dibungkus kemas. Mana kala bilik ‘Iffah (anak sulung) dan ‘Izzah (anak kedua) dijadikan pusat untuk menjahit segala pakaian yang putus benang dan tertanggal butang. Sedangkan si kecil yang rajin, Ieesyah sibuk menyediakan minuman dan makanan.

Kami anak beranak melakukan semuanya dengan penuh rasa bahagia dan simpati dengan tujuan untuk menggembirakan setiap mangsa yang bakal menerima sumbangan pakaian terpakai yang terbaik dari keluarga kami. Hanya amal ini sahaja yang mampu kami sumbangkan untuk meringankan penderitaan saudara kami yang terkena musibah.

*

BanjirFatima4PusatOperasi

Pakaian-pakaian tambahan yang masih baru seperti baju kurung saya yang tidak digunakan lagi, saya lipat dan bungkus mengikut saiz. Kini, saya lebih senang dan selesa memakai jubah labuh sejak pulang dari Tanah Suci pada akhir tahun 2011.

*

BanjirFatima5PusatOperasi2

Alhamdulillah, 6 kotak besar yang diberi secara percuma oleh sebuah pasaraya setelah saya memaklumkan tujuan kami meminta kotak-kotak tersebut. Biasanya kotak-kotak ini dijual dengan harga 20 sen hingga 50 sen satu kotak mengikut saiz. Dunia akhir zaman ini, kotak terpakai pun perlu dibeli juga. Pada hal kotal-kotak tersebut sudah dibuang kerana tidak dikehendaki lagi oleh pihak pasaraya.

*

BanjirFatima6sumbanganpakaian

Pakaian tambahan yang sudah dibungkus kemas, siap untuk dinomborkan mengikut kotak yang bakal di”huni”.

*

BanjirFatima8IkutSaiz

Pakaian yang dibungkus mengikut saiz dan kategori. Saya lebih suka menyusun kemas pakaian ini mengikut saiz dan kategorinya. Tujuan saya agar memudahkan pihak petugas untuk mengagihkan pakaian tersebut tanpa perlu membuka untuk melihat saiznya. Kemudian nanti, semua penjelasan setiap kandungan pakaian tersebut saya catat di atas kertas untuk ditampal di luar kotak.

*

*BanjirFatima7Rehat

Saya berusaha menghabiskan semua urusan pembungkusan di waktu malam (8 Januari) namun tidak mampu kerana keletihan dan mengantuk. Keadaan ini menyebabkan saya terlupa untuk minum.

Buah hati pengarang jantung (Ieesyah – 9 tahun) datang menghulurkan layanan istimewa dengan berbakti untuk membancuh sendiri air yang saya inginkan. Saya berasa bahagia dan memesan minuman milo ais. Ieesyah datang bersama Milo Ais dan sosej goreng garing. Alhamdulillah. Segar sedikit badan dapat rehat sekejap. Terima kasih sayang. 🙂

*

*

BanjirFatima9Bernombor

Bungkusan pakaian, saya nomborkan mengikut nombor kotak

*

BanjirFatima10KandunganKotak

Setiap kotak yang berisi pakaian saya catatkan kandungannya dengan memberi nombor yang sama dengan kandungan pakaian yang disimpan di dalam kotak. Perkara ini saya lakukan untuk memudah pihak petugas mengetahui pakaian yang terdapat di dalam kotak-kotak tersebut.

Memang lelah dan penat dirasai di seluruh badan, namun saya bahagia dan gembira dapat melaksanakan kerja yang memudahkan orang lain sehingga dapat mengelakkan mereka dari membongkar dan membelek pakaian tersebut semula.

*

BanjirFatima11siappacking

Inilah 6 kotak yang berisi pakaian terpakai kami sekeluarga. Dua hari masa diperuntukkan untuk menyiap kandungan kotak-kotak ini.

**

BanjirFatima12Penghantaran PosLaju

6 kotak sumbangan pakaian terpakai, siap untuk dihantar ke Pejabat Pos Laju, Sarikei. Berat keseluruhan kotak lebih kurang 90 kg.

*

TERIMA KASIH KEPADA PIHAK POS LAJU

Saya dan SPH membuat anggaran jika kami menggunakan khidmat penghantaran Pos Laju yang memakan masa satu hari untuk sampai ke lokasi, kami harus membayar sebanyak RM1300.00. Saya tidak memikirkan sangat hal wang kerana saya sudah menyiapkan jumlah yang lebih.

Namun, jika kami menggunakan khidmat Borneo Express, kami dapat menjimatkan separuh harga kos Pos Laju. Tetapi penghantaranya mengambil masa tiga hari. Alhamdulillah, dalam urusan ini Allah memudahkan lagi saya semasa berurusan dengan seorang petugas  wanita di pejabat Pos Laju.  

Beliau menyarankan agar saya menggunakan khidmat pembayaran Express Borneo tetapi penghantarannya menggunakan Pos Laju. Ini lebih murah. Pihak Pos Laju sudah dimaklumkan bahawa kiriman ini adalah sumbangan pakaian untuk mangsa banjir di Pantai Timur.

Setelah ditimbang semua 6 kotak pakaian itu beratnya adalah 9o kg dengan bayaran sebanyak RM559.75. Memandangkan hari ini Hari Jumaat, Pihak Pos Laju memaklumkan kemungkinan kotak-kotak ini akan sampai pada hari Isnin. Jam menunjukkan pukul 3.45 petang apabila saya dan SPH keluar dari Pejabat Pos Laju Sarikei.

Alhamdulillah. Kami bersyukur segala urusan dimudahkan Allah. Saya kemudian memaklumkan Abu Ikhwan tentang pengiriman tersebut.

*

RENCANA ALLAH

Begitulah harapan kami kotak-kotak sumbangan pakaian dari keluarga kami akan sampai selamat ke alamat yang dituju. Sudah terbayang kegembiraan wajah-wajah mangsa banjir yang menerima sumbangan kami sekeluarga.

Sesungguhnya rencana Allah itu tidak ada sesiapa yang menjangka. Saya dan SPH sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh Abu Ikhwan melalui SMS bahawa kotak kiriman kami sudah sampai hari ini (10 Januari) pada jam 12 tengah hari.

Ini bermaksud urusan penghantaran kotak sumbangan tersebut mengambil masa kurang dari 24 jam. Allah, Allahu Akbar yang memudahkan segala urusan. Semoga ini menjadi bekal amal kami sekeluarga di akhirat kelak. Begitu juga pihak Abu Ikhwan dan sukarelawan yang bersama memudahkan urusan kami sekeluarga.

Jika begini mudahnya urusan berbuat kebajikan kepada sesama manusia yang dikurniakan Allah, nikmat Tuhan yang mana lagi hendak kami dustakan. Allah memperlihatkan kebenarannya di hadapan kami dalam memakbulkan segala doa-doa kami melalui kebesaran dan kasih sayang-NYA.

*

SEMOGA ALLAH SELALU MEREDHAI AMAL KEBAJIKAN KITA SEMUA. AMIIN.

*

IlmuFatima4Kekasih Allah

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima4 Febuari 2015 (Rabu)/ 14 Rabi’ul  Akhir 1436H/ 10.48 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menginsafi segala kurnia Allah yang sedang dinikmati hanya milik sementara yang bakal ditanya untuk apa ia diperlaku dan diguna. Segalanya akan lenyap menurut aturan waktu yang ditentu tanpa dapat dihalangi. Hanya yang tinggal dalam kenangan adalah perbuatan baik yang bersifat abadi. Mudahan kurnia Allah yang masih digengaman ini menjadi manfaat untuk bekal mati.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… aku bicara dengan rendah hati tentang salah silap ku yang tidak disedari. Jangan membuang rasa hingga tidak mencurah aksara. Walau tidak berperi, doa padamu tetap ku seru di danau hati. Aamiin. Wassalam. 🙂

*
IndahFatima1IndahDirimu
*

26 thoughts on “CT313. MISI KEMANUSIAAN (4): SUMBANGAN BANJIR PANTAI TIMUR (MALAYSIA)

  1. Assalamualaikum … bu SFA … Betulll … bahwa ~Memang benar adanya bahwa segala yang terjadi dalam hidup ini adalah rahasia Tuhan, keberuntungan maupun nasib malang tak disangka tibanya.~
    Itulah yg kami alami sekeluarga dan tetangga … komplek perumahan kami ludes terbakar dan tak satupun barang2 berharga yg dapat diselamatkan, selain baju dibadan dan dompet berisi dokumen penting yg dibawa sehari-hari. 😦

    Dan siapa sangka suatu ketika kitia mengalami – harus menerima bantuan dari orang lain yang merasa simpati … itulah yg disajikan oleh SFA dalam postingannya. Subhanallah …

    Sungguh hati yng mulia …sampai2 pengemasan barang2 bantuan ditata dan disusun sedemikian rapi – ini sangat memudahkan ‘panita dalam pendistribusian selanjut … dan akan ‘tepat waktu dan sasaran. Alhamdulillah – Wasyukurillah …

    Ini link post saya tentang musibah kebakaran yang saya alami :
    http://omman.blogdetik.com/2014/12/15/tiang-itu-tetap-kokoh/

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Demikianlah Allah menguji hamba-NYA yang terpilih dari sekelian banyak manusia. Alhamdulillah, pilihan itu jatuh kepada Soeman dan keluarga dengan musibah kebakaran yang tidak terduga. mudahan semua ini menambah iman, sabar dan redha kerana ternyata Allah SWT juga memberi kehidupan baru.

      Selain itu, musibah yang menimpa juga merupakan ujian buat orang lain untuk mengambil berat tentang saudaranya. Akhirnya banyak iktibar dari setiap kejadian dapat kita ambil untuk lebih berhati-hati di masa depan.

      Diharap amal ibadah kita dalam usaha membantu sesama saudara diberkati Allah SWT.

      Terima kasih Soeman sudah berkongsi pengalaman dan diharap segalanya sudah kembali baik. Salam sejahtera. 🙂

  2. innalillahi wa innalilahirajiun, semoga yg mengalami banjir diberi ketabahan. Salut dengan bunda, begitu teroganisir untuk menyiapkan sumbangan buat korban banjir.

    • Aamiin Allahuma Aamiin.
      Iya Dina, kerana sudah biasa melakukan urusan sedemian atas tujuan untuk memeudahkan diri dan orang lain.

      Kita juga berharap demikian agar mereka semua tabah, sabar dan redha.

      Terima kasih Dina dan salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Iya mbak. Semoga dengan bantuan dari kita yang tidak terlibat dalam musibah itu dapat meringankan beban yang ditanggung dan melegakan perasaan yang pedih.

      Terima kasih mbak dan salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamualaikum warahmatullah ummi,
    Alhamdulillahi bi as-salam. Segala puji buat-Nya yang telah mempermudahkan segala urusan. Saya juga terkesan dengan apa yang berlaku yakni kelancaran proses penghantaran (setelah membaca n3 ini). ia benar-benar pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka.

    Alhamdulillah, di pihak saya juga tiada masalah yang dihadapi kerana kotak-kotak tersebut telah dilabel dengan baik. Sangat memudahkan tanpa perlu kami membuka dan mengasingkan mengikut jenis.

    Apa pun semuanya adalah perancangan Allah SWT, Kita hanyalah ‘pelakon’ yang mengikut skrip yang telah ditetapkan. Semoga Allah SWT redha dengan apa yang telah dilakukan…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Semoga urusan pasca banjir di Pantai Timur sudah semakin baik dan melegakan sesetengah penduduk yang sudah kembali semula ke rumah mereka.

      Banyak pengajaran yang dapat kita jadikan teladan dan sempadan saat Allah menguji insan lain di sekeliling kita untuk dijadikan panduan dan persediaan awal agar tidak terdesak apabila ujian itu melanda.

      Apa yang pasti, dengan cara musibah begini, manusia kembali bersatu dalam memakmurkan bumi Allah SWT.

      Terima kasih banyak dari kami atas bantuan Abua Ikhwan dan sahabat sukarelawan yang memudahkan urusan kami, semuanya dengan izin Allah SWT. Semoga dirahmati Allah dan dimudahkan juga segala urusan. aamiin.

      Salam sejahtera. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.
    Misi Keluarga Domestik. Sunnguh ini penting sekali, Mbak, di samping membangkitkan keasadaran untuk suka menolong, betapa apa yang diberikan itu bermanfaat sekali bagi saudara-saudara kita yang sedang tertimpa musibah. Semoga Allah Swt. memberikan kemudahan kepada semuanya. Aamiin…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin wal Alhamdulillah,
      Kini, masa orang lain susah dan kita sedang senang. Kita tidak pasti bila pula tiba giliran kita yang mungkin menghadapi musibah yang sama di masa depan. Oleh itu, membantu mengikut daya dan mampu sangat digalakkan agar kita dapat melatih diri untuk bersedekah dan berbagi kegembiraan.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam takzim. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.