CT369. KEMBARA MIRI (1): BANDAR PERANGINAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MiriFatima1BandarayaPeranginan

*

PERCUTIAN HUJUNG TAHUN

Melancung bersama keluarga sangat menyeronokkan. Tambah lagi apabila perjalanan itu menggunakan kenderaan sendiri. Sudah tentu lebih menjimatkan minyak, perbelanjaan dan mengeratkan hubungan keluarga.

Selain itu, kita bebas hendak ke mana-mana tanpa ikatan jadual. Jika terfikir untuk ke destinasi yang diingini, kita akan terus menuju ke sana. Bila-bila masa kita boleh mengubah haluan jika mendapati lokasi yang dituju tidak menarik hati.

Cuti kali ini, saya dan SPH membawa anak-anak melancung ke Bandaraya Miri. Miri terletak di kawasan pesisir pantai di utara Sarawak dan bersempadan dengan negara Brunei Darusalaam. Miri menjadi laluan perjalanan darat ke negara Brunei, Limbang, Lawas dan Sabah.

Ini bukan pertama kali kami ke Miri. Percutian 4 hari 3 malam, kami nikmati sepenuhnya dengan melawat lokasi-lokasi pelancungan yang menarik.  Anak-anak sangat teruja dengan kembara yang mengambil masa hampir 8 jam perjalanan darat.

Kenapa 8 jam ? Sedang masa yang dijangka untuk sampai ke Miri dari Sarikei adalah 6 jam. Kerana SPH adalah pemandu yang berhemah di jalanraya. Lebih mementingkan keselamatan kami sekeluarga. Selain itu kami juga berhenti untuk makan tengah hari di Pekan Tatau dan mendirikan solat jamak takdim.

Apabila kita melakukan perjalanan dengan kenderaan sendiri, kenapa perlu tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi ? Alangkah baiknya perjalanan dilakukan secara santai dan berhemah. 

Tidak dinafikan perjalanan jauh seperti itu membuat saya dan anak-anak selalu tidur nyenyak, tetapi amat meletihkan kerana terlalu lama duduk dan tidak banyak melakukan pergerakan.

*

MiriFatima7ToyotaInnova

Perjalanan kami menggunakan kereta sendiri iaitu MPV Toyota Innova yang mempunyai 7 tempat duduk, sangat selesa untuk kami sekeluarga yang berjumlah 6 orang.

*

MiriFatima5PetaSarawak

Peta perjalanan KEMBARA MIRI dari Sarikei ke Miri. Perjalanan yang panjang ini melalui banyak tempat. Bermula dari Sarikei – Sibu – Pekan Selangau – Pekan Tatau – Bandar Bintulu (dari sini kami mengambil jalan pesisir pantai) menuju ke Samalaju – Pekan Niah – Bekenu – Sibuti dan sampai ke Miri.

*

MENUJU DESTINASI

Sebelum kita memulai sebuah perjalanan pastikan kenderaan dalam keadaan selamat dan maklumat tentang lokasi yang dituju mesti dikaji terlebih dahulu untuk memudahkan persediaan dan memantapkan pengetahuan kita selama berada di sana.

Internet sudah menjadi keperluan untuk mendapat maklumat, saya sarankan anda mengguna khidmat Distance Calculator untuk mengetahui jarak tempat yang ingin dituju.

Anda akan diberi maklumat tentang jarak, masa dan arah perjalanan. Sangat memudahkan jika kita tidak mempunyai GPS.

Oleh kerana SPH memandu menggunakan GPS maka keperluan ini sekadar satu pengetahuan yang menjadi bekal jika berlaku kesesatan. GPS pun bukan boleh dipercayai sangat. Selalu sahaja kami tersasar arah dan tersesat jalan.

Setelah semua pengetahuan yang dikehendaki sudah diperolehi, perjalanan dapat dilakukan dengan hati yang tenang dan selamat.

*

MiriFatima2DistanceCalculator

Sarawak Distance Calculator

*

MiriFatima3RoutsNMap

Petunjuk arah perjalanan dari Sarikei ke Miri sejauh 456 km mengambil masa 6 jam 25 minit. Dari Bintulu kami mengguna jalan pesisir laut. Sepanjang jalan itu kita akan melalui ladang-ladang pokok kelapa sawit yang luas.

*

MiriFatima4Welcome

Kami memulai perjalanan dari bandar Sarikei pada jam 7.30. Alhamdulillah, kami sampai di Bandaraya Miri pada jam 3.20 petang.

*

MiriFatima16BandarayaMiri

Foto ini saya rakam dari bilik penginapan di Hotel Mega, Miri

*

miri-aerial

Bandaraya Miri merupakan Bahagian Keempat dari 12 Bahagian di negeri Sarawak Bumi Kenyalang.  Miri merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf BANDARAYA pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran “BANDAR PERANGINAN”.

Untuk mengetahui informasi tentang BANDARAYA MIRI: BANDAR PERANGINAN, anda boleh melakukan capaian di WIKIPEDIA ini.

*

THE VIEW OF MIRI CITY

*

HOTEL MEGA

Kami menginap di Hotel Mega yang terletak di tengah Bandaraya Miri selama 4 hari 3 malam. Hotel bertaraf 3 Bintang ini sangat sesuai menjadi tempat penginapan kerana kedudukan yang strategik dan kemudahan yang selesa.

*

MiriFatima6HotelMega

Hotel Mega, Miri

*

MiriFatima8LobiHotelMegaMiri

Lobi hotel yang dihiasi pokok krismas dan gemerlapan lampunya. Kebetulan sambutan hari krimas bakal menjelang.

*

MiriFatima9DaftarMasulHotelMegaMiri

SPH sedang mendaftar masuk di kaunter pendaftaran

*

MiriFatima10AnakAnakku

Anak-anak mengambil kesempatan berfoto di lobi hotel sebagai kenangan. Ieesyah kelihatan sangat letih dan perlu dipujuk selalu.

*

MiriFatima11TetamuDariSarikeiSarawak

Inilah 6 ahli Kembara Miri dari Sarikei, Sarawak

*

MiriFatima12DeluxeRoomHotelMegaMiri

Biliknya sangat selesa dan luas. Selesa untuk kami enam beranak. Biasanya Ieesyah dan Akram memilih tidur di atas kerusi atau lantai dengan beralaskan selimut tebal sebagai tilam. Jimatkan !  Alhamdulillah, anak – anak tidak pernah cerewet.

*

MiriFatima14KemudahanBilikHotelMegaMiri

Kemudahan sedia ada di Hotel Mega, Miri. Yang paling penting pilihan hotel kami, mesti ada tab mandi untuk ieesyah dan akram berendam dan mesti ada kolam renang untuk kami sekeluarga mandi manda.

Selalunya SPH menjaga keselamatan di darat (pemerhati) dan saya menjaga keselamatan di air (berenang juga) bersama anak-anak.

*

MiriFatima15SouevinirMandianHotelMegaMiri

Saya juga suka menyimpan set mandian seperti ini sebagai tanda kenangan setiap kali menginap di hotel. 😀

*

REHAT

Untuk makan malam, kami tidak perlu mencari jauh kerana di bahagian belakang hotel terdapat sederetan gerai makan yang dibuka waktu malam. Banyak menu menjadi pilihan. Harganya juga berpatutan.

Namun, tidak ada menu istimewa menggambarkan makanan khas masyarakat Miri. Malam itu kami makan dalam suasana hujan renyai sedang membasahi bumi. Perut lapar dan makanan habis tanpa sisa. Alhamdulillah.

**

MiriFatima13KenanganBilikHotelMegaMiri

Kami berehat semalaman di hotel untuk mengumpul tenaga bagi aktiviti esok. Anak-anak sangat letih dan kami tidur dengan nyenyak sekali.

*

LOKASI KEMBARA MIRI

Insya Allah, tulisan SIRI KEMBARA MIRI ini akan membawa anda untuk mengikuti jadual lawatan kami sekeluarga ke beberapa tempat menarik di Miri iaitu:

  1. Miri Crocodile Farm
  2. Taman Awam Miri
  3. Miri City Fan
  4. Masjid Bahagian Miri
  5. The Grand Old Lady
  6. Muzium Petroleum Sarawak
  7. Luak Bay
  8. Gua Niah

Mengapa Miri digelar BANDARAYA PERANGINAN ? Sudah tentu gelaran itu sesuai untuknya kerana lokasi pelancungan yang sangat banyak di bandar ini sehingga ia terkenal di dalam negeri dan luar negara. Antara tempat menarik menjadi pilihan saya dan SPH adalah seperti tertera di atas.

Alhamdulillah, KEMBARA MIRI untuk kesekian kalinya ini memang sangat meriah dengan liputan pengetahuan yang mengasyikkan. Walaupun penat namun banyak kenangan yang kami simpan bersama.

Ia bukan kembara kosong sekadar untuk berhibur tetapi lebih berbentuk LAWATAN SAMBIL BELAJAR untuk anak-anak mengisi minda mereka dengan sesuatu yang bermanfaat.

Jika anda berminat untuk melancung ke Sarawak, Bandaraya Miri antara lokasi paling menarik untuk dikunjungi selain Bandaraya Kuching (ibu negeri) di negeri Sarawak. Percayalah anda tidak akan menyesal.

*

BERJALANLAH DI BELAHAN BUMI INI DAN CARILAH KEBESARAN ALLAH YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 Januari 2016 (Ahad)/ 7 Rabiulakhir 1437H/ 10.48 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menyelusuri denai yang diredah dengan rasa syukur yang bernada indah. Kepadamu Ya Allah, pemberi nikmat yang pemurah aku memanjat rasa pasrah dalam setiap kurnia yang dipersembahkan untukku menunduk diri berserah pada-MU dalam seluruh hidupku. Terima kasih Ya Allah. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Capailah segala impian yang diingini selagi kita mampu melakukannya sebelum bumi menutupi jasad. Berkelanalah membongkar misteri alam dan kandungannya agar kita bertambah bijaksana. Doaku selalu untuk kesejahteraanmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

IngatanFatima1Padamu

*

SEMUANYA INDAH…. NAMUN ENGKAU  YANG  TERINDAH DI HATIKU

*

*

*

14 thoughts on “CT369. KEMBARA MIRI (1): BANDAR PERANGINAN

    • Di Miri terdapat ladang kelapa sawit yang luas. Mungkin ramai pekerja Indonesia bekerja di sana. Jika datang ke Miri, Hotel Mega memang sesuai diduduki kerana selesa dan strategik.

      Terima kasih mas Alris dan salam sejahtera.

  1. Assalamu’alaikum wr.wb. mba Fatimah…
    Membaca kisah perjalanan rekreasi mba Fatimah bersama semua anggota keluarga ke kota Miri, membuat saya seakan turut merasakan bagaimana bahagianya hati semuanya pada saat itu. Apalagi perjalanan itu sangatlah bebas sifatnya karena menggunakan kendaraan sendiri. Dengan jarak yang cukup jauh 456 km dari Sarikei ke Miri City tentu tak akan terasa jauhnya klo hati diliputi suasana bahagia. Semoga perjalanan ini bisa melepaskan semua kepenatan dan kejenuhan yang diakibatkan oleh banyak kesibukan tugas dan pekerjaan sehari-hari mba Fatimah sekeluarga,aamiin.
    Salam dari saya di Dompu-NTB

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin…

      Aamiin wal Alhamdulillah, memang benar apa yang dinyatakan oleh mas AR di atas. Perjalanan jauh seperti itu lebih mengeratkan hubungan keluarga kerana pelbagai ragam masing-masing sehingga rasa penat dan lelah dapat dilupakan apabila suasananya diseri dengan cerita, nyanyian dan nasihat.

      Apabila anak-anak besar jarang kita dapat bersama seperti itu lagi. Maka, selagi anak-anak masih kecil dan remaja peluang itu perlu diambil sebagai kenangan indah di masa hadapan.

      Terima kasih sudah berbagi dan salam hormat.

  2. benar juga…kenapa harus terburu-buru dalam perjalanan, bila membawa kendaraan sendiri. Bukan kah lebih bagus kalau perjalanannya berhati-hati dan santai, sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan….karena yang utama adalah keselamatan sekeluarga.
    selamat menikmati liburan bersama keluarga yaa.
    keep happy blogging always…salam dari Makassar – Banjarbaru 🙂

    • Kemana-mana kita berkenderaan, keselamatan amat penting. Biasanya SPH memandu dengan kelajuan 90 km/j seperti saranan yang tertera pada tanda jalan.

      Di Malaysia juga ketat dengan undang-undang jalanrayanya. Selalu ada rondaan polis menggunakan “speedtrap” di jalanraya pada hari biasa dan di musim perayaan. Dendaan yang dikenakan bagi yang memandu melebihi kelajuan adalah RM300.

      Selain itu pihak polis juga mengadakan operasi keselamatan di musim perayaan yang dinamakan Ops Sikap. Semua operasi ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya untuk sampai ke destinasi masing-masing.

      Terima kasih mas Hariyanto kerana berbagi pandangan yang mencerahkan dan salam takzim.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, rasanya ikut senang membaca perjalanan Mbak Fatimah bersama keluarga. Sebuah perjalanan yang menyenangkan, meski letih dalam perjalanan, namun kebersamaan dalam menikmati tentu bisa membuat pikiran dan hati segar kembali. Semoga suatu saat saya bisa jalan-jalan ke sana 🙂

    Salam hormat dari Jogja,
    muhaiminazzet

  4. Assalamu’alaikum wr.wb. mba Fatimah…
    Setelah dilihat lihat … Miri itu kota kecil yang indah ya … bersih teratur …
    ingin juga berwisata kesana … kalau bersepeda disana pasti nyaman ya …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb,…

      Apa yang dipaparkan hanya sebahagian kecil bandaraya Miri. Sebenarnya bandaraya Miri ini luas dan bercapah. Silakan bersepeda di sini. Banyak tempat menarik boleh dikunjungi.

      Terima kasih sudah berkunjungan perdana dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.