CT442. 2017 (1): SALAM KEINDAHAN SYAWAL

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

KEMAAFAN DI HARI MULIA

UNTUKMU dan SEMUA TEMAN PEMBACA LMGS G2…

Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di Aidil Fitri. Seikhlas hati saya menyusun sepuluh jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, jika selama bersilaturahmi di medan penulisan ini:

terdapat kesilapan kata dalam menukil aksara, menguris rasa saat bicara tanpa bersemuka dan meninggalkan cela yang tidak disengaja, saya dengan penuh takzim memohon kemaafan di hari mulia.

Terima kasih kerana teman pembaca LMGS G2 sudi berkunjung selama ini untuk bersama meraikan ilmu yang dikongsi demi manfaat dunia dan akhirat kita. Semoga Allah redha dan mengampuni kita semua. Aamiin.

*

SALAM KEINDAHAN SYAWAL

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

*

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…

*

*

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima22 Jun 2017 (Khamis)/ 27 Ramadhan 1438H/ 1.02 petang/Β  Sarikei, Sarawak

*

AKU…. bersyukur atas kegembiraan yang dihadirkan dalam kehidupan ini walau ada rintangan yang ditakdirkan. Kisah hidup kita pasti menjadi kenangan setelah dibaca segalanya di hari kemudian nanti. Semoga banyak kebaikan yang kita baktikan selama menghuni di bumi ini.

*

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Salam keindahan Syawal diucapkan dari hati terdalam. Maaf zahir dan bathin. Kegembiraanmu selalu ku doakan tanpa lelah agar kebahagiaan di hari mulia menjernihkan hati dan wajah. Senyumlah, walau di mana kau berada, senyummu selalu di sini…. DI HATIKU. Aamiin.Β  Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

18 thoughts on “CT442. 2017 (1): SALAM KEINDAHAN SYAWAL

  1. Assalamualaikum wr.wb, bunda Fatimah,,
    Selamat bersuka cita menyambut Syawal, mohon ma’af untuk semua khilaf dan semoga kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan.

    • Wa’alaikum salaam wr.ab, mbak Ysalma….

      Aamiin Allahumma Aamiin.
      Mudahan diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk bertemu raamdhan tahun hadapan.
      Selamat gembira juga menyambut ketibaan 1 Syawal esok, mbak. Yang lebih bahagia apabila bersama keluarga di kampung.

      Salam Syawal yang indah dan terima kasih atas kunjungannya.. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Rainhaniffa….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Saya juga demikian sama. Mudahan kebaikan selalu melingkungi kehidupan kita di dunia dan akhirat.

      Terima kasih sudah berkunjung.
      Salam Syawal yang indah. πŸ™‚

  2. Assalamu alaikum wr, wb
    akak Siti Fatimah dan keluarga selamat Hari Raya, semoga puasa kita dan amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT, aamiin
    Mohon maaf lahir dan batin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga semuanya diredhai Allah SWT dan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.

      Terima kasih mbak atas kunjungan.
      Salam semanis Syawal yang mulia. πŸ™‚

  3. Assalamu’alaikum wr wb

    selamat merayakan hari raya Idul Fitri

    mohon maaf lahir bathin

    semiga kita semua selalu mendapatkan keberkahan dan hidayah Allah swt… aamiin

    salam buat puan Fatimah sekeluarga

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….

      Aamiin Allahumma Aamiin.
      Mudahan banyak kebaikan yang diperolehi sepanjang hidup ini akan mendapat rahmat dari Ilahi.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim di Syawal yang indah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak dikasihi….

      Aamiin Ya Rabb… alhamdulillah, bila bersama keluarga besar dan berkumpul hampir semuanya, itulah kegembiraan yang tidak terhingga di pagi Syawal yang mulia. Sangat seronok kak, walau dua tahun sekali bertemu.

      Terima kasih kak atas kunjugan dan salamsihat dan manis selalu. πŸ™‚

  4. Wa’alaikumussala warrakhmatullahi wabarakatuh… Minal aidzin wal faidzin aidzon mba.. Mohon maaf lahir batin mba 😊 dan mohon maaf juga baru buka pesan emailnya 😊

    2017-06-22 12:40 GMT+07.00, LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.