CT151. ZIARAH MADINAH (7): LADANG KURMA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

KurmaFatima1LadangKurmaMadinah

Setelah berada di Masjid Quba selama 1 jam seperti yang saya catatkan dalam CT138. ZIARAH MADINAH (6): MASJID QUBA, MASJID PERTAMA DALAM ISLAM, kami meneruskan perjalanan sekitar 15 minit menuju ke Ladang Kurma sebagai destinasi kedua dalam Ziarah Madinah. Hati saya terasa sayu memandang sayup-sayup Masjid Quba yang semakin mengecil dari penglihatan. Jauh di sudut hati, saya berdoa agar suatu hari nanti akan kembali semula melabuh diri untuk ibadah yang lebih panjang ke masjid pertama dalam Islam ini sambil tangan meraup seluruh wajah. Aamiin.

QubaFatima7MasjidQuba

Masjid Quba dari arah belakang

*

SEPANJANG PERJALANAN

Bas bergerak perlahan meredah pinggir Kota Madinah yang mulai sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Sepanjang perjalanan tersebut, kami dihidangkan dengan pemandangan yang berbeza dari reka bentuk bangunan di bandar Madinah. Bangunan-bangunan rumah persendirian atau komersial, kelihatan berbentuk kotak. Tidak tinggi dan disirami dengan warna-warna suram tetapi menyejuk mata. Jarang kelihatan rumah dan bangunan yang di cat dengan warna warni seperti di Malaysia. Rata-rata rumah dan bangunan di sini, di cat warna putih, krim atau coklat.

Selain itu, tiada bunga-bunga indah seperti pokok ati-ati, pokok puding (seperti Snow White, Keladi Siam, Siam Aurora, Maroon, Sweet Green, Purple Green, Pink Green dan banyak lagi), bunga Marigold (Tahi Ayam), bunga kertas (Bougainvillea), bunga ixora, bunga sepit udang dan pelbagai lagi yang biasa di tanam sebagai pokok bunga hiasan di kebanyakan bandar di Malaysia. 

Mata saya cuba mencari-cari pokok bunga segar di kiri kanan jalan sepanjang laluan bas. Satupun tidak kelihatan. Yang ada hanya pokok-pokok renek yang tumbuh menghijau atau pohon-pohon kurma tetapi jarang-jarang. Keadaan ini menunjukkan ketidaksuburannya bumi Madinah. Tepi jalan dipenuhi dengan tanah batu dan pasir-pasir yang sekali-sekala terbang menyerbu udara apabila kenderaan melintas dengan laju. Suasana yang sungguh menyentuh perasaan. Semu dan sepi.

Lebuhrayanya sangat luas dengan laluan 2 lorong di kiri kanan jalan. Bersih dan sangat lurus terutama perjalanan jauh antara Madinah dan Makkah, Tidak ditemui jalan berlubang atau tidak rata di jalan lebuh raya. Mengkagumkan saya sehingga hari ini. Jarang sekali ditemui selekoh-selekoh tajam. Mungkin bentuk muka buminya yang rata (sudah diratakan kerana asalnya berbukit bukau) dan luas, memudahkan pembinaan lebuh raya yang besar dengan banyak lorong dan lurus memanjang.  Sangat sesuai untuk pemanduan laju seperti di Litar Formula One. 😀

MadinahFatima1KotaMadinah

Rumah-rumah kediaman mewah seperti taman perumahan. Lebuh rayanya bersih dan lurus memanjang.  Pokok-pokok kurma kelihatan di sana sini dalam jarak tertentu. Susah mencari bunga hiasan jalanan. Mungkin ada di tempat yang tidak dilalui oleh bas kami.

MadinahFatima2KotaMadinah2

Ketika melintasi kawasan perumahan seperti kampung. Tiada bunga-bunga berwarna warni yang menjadi penghias jalan.

*

MISTERI

Ada yang menjadi tanya di hati saya tentang Ladang Kurma yang bakal kami singgahi. Saya tidak tahu, apakah nama sebenar kepada Ladang Kurma tersebut. Mutawwif tidak pernah menyebut nama ladang itu. Hanya nama umum iaitu Ladang Kurma. Jemaah haji Malaysia yang lain pun hanya mengenali nama Ladang Kurma sahaja tanpa ada nama komersialnya.

Berapakah  keluasan ladang dan bagaimanakah keadaan ladang ? Semuanya menjadi misteri. Tidak ada jawaban. Yang lebih aneh, hanya jemaah haji Malaysia yang dibawa ke Ladang Kurma tersebut. Sedangkan kalau pergi ke mana-mana tempat singgahan untuk ziarah, pasti akan terlihat ramai jemaah haji dari luar negara yang lain. Di sini, keluar masuk ke ladang, hanya bas-bas catar dari Malaysia sahaja. Ke mana yang lain agaknya ? Apakah jemaah haji negara lain mengunjungi ladang kurma juga, di tempat lain ?

KurmaFatima2MasukLadang

5 buah bas dari rombongan kami, KT 33, Sarawak tiba ke Ladang Kurma. Kelihatan beberapa jemaah dari rombongan kami memasuki “Pintu Masuk” yang tidak berpintu gerbang.  Perjalanan dari “Pintu Masuk” hingga ke kedai menjual buah kurma dan manisan-manisan adalah lebih kurang 100 meter.

Jarak tersebut tidak terasa apabila kita sibuk berfoto dan menikmati suasana pemandangan di dalam ladang. Tiada papan tanda dan nama ladang terpampang di luar kawasan ladang tersebut seperti yang biasa kita lihat sebagai memaklumi pemilik ladang. Saya mencari-cari tetapi tidak bertemu. Ingin juga tahu, nama sebenar pemilik syarikat Ladang Kurma ini. 

KurmaFatima3DalamLadang

Beginilah keadaan dalam Ladang Kurma apabila sudah memasuki “Pintu Masuk” tadi. Jalannya rata, ditaburi batu-batu halus sehingga ke pintu kedai. Sebelum ini, apabila mendengar adanya ziarah ke Ladang Kurma, hati saya sangat teruja hendak melihat ladang kurma. Terbayang buah-buah kurma yang bergantungan banyak di atas pokok. Berangkai-rangkai dengan pelbagai jenis bentuk dan rasa. Keinginan memakan kurma masak di atas pokok benar-benar mengusik hati saya. Apakah ia dapat direalisasikan ?

Ternyata hasrat itu tidak kesampaian. Hati meruntun sedih. Sampai sahaja di kawasan tengah laluan jalan, saya mendongak ke atas memerhati pohon-pohon kurma yang tinggi dengan dedaunan yang lebat melambai-lambai seakan menyambut kedatangan rombongan kami sambil mengucapkan “ahlan wa sahlan wa marhaban bikom”. Namun yang dilihat hanya pohon-pohon kurma tanpa buah. Ternyata sekarang bukan musim kurma berbuah. Hampa. Lalu, apakah yang membawa kami ke mari. Tentulah harapan ingin membeli buah kurma…

“YANG TERBAIK DARI LADANG”

Kurmafatima5MasukLadang

Ketika rombongan kami sampai, rombongan haji dari Malaysia yang sudah datang sebelum kami, mulai menapak keluar untuk sesi ziarah seterusnya.

KurmaFatima10KedaiDalamLadang

Inilah satu-satunya kedai yang ada di dalam Ladang Kurma. Ruangan dalamnya tidak besar, sangat sempit untuk memuatkan ratusan jemaah haji Malaysia yang datang dalam satu-satu masa. Keadaan kami di dalamnya seperti “ikan sardin dalam tin” apabila ramai yang menyerbu masuk dan berebut-rebut untuk membeli buah kurma, kekacang, gula-gula, manisan dan pelbagai makanan yang lain. Bimbang kehabisan stok. Masya Allah.

Di sebelah kiri (bahagian luar) pintu masuk kedai, disediakan ruang “coffee corner” untuk para pengunjung menyediakan minuman sendiri (self service) sebelum masuk ke dalam kedai. Hendak minum atau tidak, itu atas pilihan sendiri. Sesiapa boleh minum secara percuma. Saya dan SPH mengambil keputusan untuk minum dahulu. Rasa haus tidak dapat dibendung akibat keletihan bangun awal sebelum ke Masjid Nabawi. Sarapan pula diambil secara ringkas bimbang ketinggalan bas.

KurmaFatima6MinumTeh

Inilah ruangan “coffee corner” yang disediakan kepada tetamu yang berkunjung.

*

Saya sempat mengambil beberapa foto tali air yang mengalir terus ke pokok-pokok kurma di ladang tersebut. Menurut Abdul Salam, mutawwif kami, kesegaran pokok kurma adalah bergantung kepada banyaknya air yang dialirkan ke arah pokok-pokok tersebut. Beliau menunjukkan kepada saya sumber air paip dan tali air (parit) yang terus menuju ke pokok-pokok kurma. Dalam hati, saya memuji Allah atas keajaiban ciptaannya ke atas pohon kurma ini.

KurmaFatima13TalirairPohonKurma2

Ini dia sumber air yang dikeluarkan dari paip besar terus ke parit yang mengalir ke arah ladang kurma. Paip ini hanya bersebelahan dengan “coffee corner” tadi. Bunyi airnya sangat kuat dan deras.

KurmaFatima12TaliairPohonKurma

Air yang dialir dari sumber air paip meluncur laju melalui parit menuju ke Ladang Kurma bagi menyirami akar-akar pokok kurma yang memerlukan banyak air untuk hidup segar dan subur. Airnya sangat jernih dan bersih. Serasa sangat sejuk apabila saya menyentuhnya.

*

POHON KURMA MENANGIS

Sambil memandang ke arah pokok-pokok kurma yang memenuhi kawasan sekeliling, saya menarik nafas dalam-dalam sambil mengenang kisah sepohon kurma menangis pada zaman Rasulullah SAW. Mengapa pohon kurma itu menangis ? Begini kisahnya.

Setelah mendirikan Masjid Quba, Rasulullah SAW menuju ke Madinah dan unta tunggangannya berhenti di sebuah kebun kurma yang dimiliki oleh dua orang anak yatim. Rasulullah SAW berkenan dan membeli kebun kurma tersebut, lalu mendirikan sebuah lagi masjid yang agung, dikenali dengan Masjid Nabawi. Binaannya sangat sederhana, segi empat, berdinding batu dan tanah, beratapkan timbunan daun kurma. Manakala di persekitaran masjid terdapat banyak pokok-pokok kurma yang menghiasinya.

Di salah satu pokok kurma inilah Rasulullah SAW berdiri dan bersandar sambil memberi khutbah pada umat Islam. Pada tahun ke 7H, Rasulullah mula menggunakan mimbar. Satu peristiwa aneh berlaku ketika Rasulullah SAW berjalan melepasi pohon kurma tersebut untuk menuju ke mimbar bagi tujuan memberi khutbah. Tiba-tiba pohon kurma itu menangis dan merintih dengan kuat sehingga masjid serasa bergoyang dan bergoncang.

Pohon kurma tidak dapat menahan perasaannya. Ia merindui Rasulullah SAW yang selama ini bersandar padanya semasa berkhutbah. Mendengar tangisan pohon kurma, Rasulullah SAW turun dari mimbar dan memeluk erat batang pohon kurma sambil perlahan berbisik dan memujuknya sehingga ia berhenti menangis. Peristiwa ini diceritakan oleh dua sahabat Rasulullah SAW:

Jabir bin Abdillah r.a berkata:” Adalah dahulu Rasulullah SAW berdiri untuk berkhutbah di sebatang  pohon kurma, maka apabila diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah SAW turun kemudian baginda meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut “. – HR Bukhari
 
Ibnu Umar r.a berkata: “Dahulu Nabi SAW berkhuthbah pada sebatang kurma. Apabila baginda telah membuat mimbar, maka baginda berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi SAW mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) “.  – HR Bukhari dan Tirmizi.

Rasulullah  SAW pun bertanya kepada pohon kurma sama ada ia mahu menjadi pokok di dalam syurga dan berdamping dengan baginda SAW atau kekal di dunia untuk memberi makan buahnya pada orang beriman. Pokok kurma memilih untuk berdamping dengan Rasulullah SAW di syurga. Baginya jika memilih dunia, ia akan berpisah dengan Rasulullah SAW sesudah ia mati. Tetapi di syurga, ia tidak mati selama-lamanya dan tidak akan berpisah dari Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda.
“Demi Tuhan yang memegang nyawaku di dalam tangan-Nya. Jika aku tidak memeluk dan memujuknya,  pasti ia akan berterusan seperti ini hingga hari kiamat.”

SUBHANALLAH, POHON KURMA PUN MERINDUI RASULULLAH SAW. BAGAIMANA PULA DENGAN KITA ?

RinduFatima2Hanyadirimu

*

YANG TERBAIK DARI LADANG ?

Setelah beberapa minit istirehat sambil menghirup air teh susu (lipton) panas, di bawah teduhan pokok-pokok kurma yang mula disinari matahari melalui celah-celah dedaun rimbunnya,  saya dan SPH memasuki kedai untuk meninjau dan membeli apa yang patut. Kami tidak bercadang membeli banyak buah kurma.

Semasa di dalam bas, Abdul Salam (Mutawwif) memaklumkan tawaran harga kurma Ajwa (kurma Nabi) darinya adalah semurah RS85.00 sekilo berbanding harga di kedai ladang RS95.00 – RS100.00. Apa lagi, hampir semua penghuni bas memesan kurma Ajwa melalui beliau. Kami memesan 2 kilo sahaja dan dijanjikan esok akan sampai kepada kami. Rupa-rupanya Kak Kasma memaklumkan mutawwif mereka menawarkan RS80.00 sekilo. Redha sahajalah.

KurmaFatima7JualanladangKurma

Sebahagian dari rak-rak yang menyimpan barang jualan, siap bungkus. Hanya pilih sahaja. Saya memilih beberapa bungkusan buah zaitun dan buah tin yang sudah dikeringkan, 2 kilo kacang kuda rangup dan; 2 kilo buah kurma kecil yang kurus bentuknya, berwarna coklat muda. Sedikit keras tetapi manis. Tidak tahu nama kurma tersebut lalu saya menggelarnya sebagai “kurma Fatima”. 😀

KurmaFatima8belibelah

Beginilah pemandangan sesak di dalam kedai.  Semua jemaah mahu membeli dan keadaan menjadi kelam kabut sambil berasak-asak ke ruang tengah yang dipenuhi dengan kekacang, gula-gula dan manis-manisan. Rasa malu menggasak diri, apabila melihat jemaah haji lelaki dan wanita tidak menjaga batas dan kurang mengawal diri sehingga bersentuhan sesama mereka. Alangkah baiknya, jika dibuat pengasingan ruang bagi lelaki dan wanita. 😦

KurmaFatima9BeliBelah2

Inilah tempat yang menjadi tumpuan semua jemaah tadi. Pelbagai buah kurma, kekacang, gula-gula dan manisan ada di sini. Dengan hanya tiga tenaga pekerja yang berasal dari Indonesia ini, tentu sahaja tidak mampu mengurus hampir ratusan pengunjung yang berebut-rebut untuk didahulukan kehendak mereka.

Saya lihat mereka sangat letih tetapi sabar dengan karenah pelanggan yang mengelilingi mereka untuk menimbang setiap belian. Setelah timbangan disukat, pembayaran dilakukan di kaunter di bahagian depan pintu. Kaunter dijaga oleh dua lelaki berbangsa Arab yang berpakaian jubah, memakai “ghutra” dan “iqal” di kepalanya. Mungkin mereka pengurus kedai ini.

Saya terfikir, kenapa mereka tidak membesarkan kedai dan menambah pekerja. Peliknya, tidak terlihat buah kurma yang banyak di ruang-ruang pameran, sedangkan ini Ladang Kurma. Rupanya kurma-kurma itu diambil dari kotak-kotak di bawah meja di mana tiga pekerja sedang sibuk melayan pelanggan.

Yang lucunya, kurma-kurma itu bukan hasilan dari Ladang Kurma, tetapi di import dari luar Madinah. Tahun ini, kurma Madinah kurang menjadi kerana musim kemarau yang berlanjutan. 

KurmaFatima11pulangdariladang

Apabila rombongan kami keluar dari ladang, datang rombongan dari jemaah haji Malaysia yang baru tiba menggantikan kedatangan kami. Suasana ini seakan silih berganti. Entah bilakah waktu tutup bagi Ladang Kurma ini, tidak pula dimaklumkan oleh para mutawwif. Dan tidak pula pernah didengari dari lisan para jemaah haji sebelum ini.

Setelah berada hampir satu jam di Ladang Kurma, kami dicari oleh mutawwif, Abdul Salam agar segera menaiki bas untuk melanjutkan ziarah ke Bukit Uhud. Jam sudah menunjukkan pukul 9.31 pagi. Kami harus cepat kerana perjalanan ke Bukit Uhud mengambil masa hampir 20 minit. Yang dibimbangi, jika terlewat tidak dapat memasuki Masjid Nabawi untuk solat Zohor berjemaah.

*

PesanFatimaku

KEPADA YANG BERBELANJA

Setelah menyusuri beberapa kedai menjual buah kurma di bandar Madinah (berhampiran Masjid Nabawi) dan pasar Kurma di dalam sebuah pusat komersial berhampiran Masjid Nabawi, rupanya jualan kurma, kekacang, gula-gula dan manisan lagi banyak, pelbagai jenis dan perisa. Kurma-kurmanya kelihatan masih segar dan bersih. Subhanallah, harganya sangat murah berbanding yang dijual di ladang.

Setelah berfikir sejenak mengenangkan hari kedua kami bergegas dibawa ziarah tanpa sempat mengenali kawasan di bandar Madinah, membuatkan diri ini rasa ditipu atas kesempatan yang cuba diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk melariskan jualan mereka. Astaghfirullah, ampuni saya Ya Allah atas prasangka yang kurang baik ini.

Nasihat saya, jangan terlalu banyak berbelanja wang semasa di Madinah (bagi jemaah haji yang datang awal ke Madinah). Simpanan anda jangan disurutkan bagi bekalan kehidupan di Makkah yang sangat panjang. Jika mahu membeli buah kurma, kekacang, gula-gula atau manisan, belilah untuk makanan sendiri dahulu. Bukan untuk disimpan sebagai buah tangan setelah kembali ke Tanah Air. Jangan disimpan selama berada di Makkah. Dibimbangi akan rosak tekstur dan rasa buahnya. Bagi yang mampu mengirim awal dengan pos, tidak ada masalah.

Di Makkah, masih banyak buah kurma, kekacang, gula-gula dan manisan yang tidak pernah habis stoknya walaupun jutaan jemaah yang berada di sana. Insya Allah, jika memang sudah rezeki kita, pasti akan diberi oleh Allah SWT. Jangan sampai kita kebuluran di sana, tanpa wang sehingga terpaksa berhutang atau meminta-minta disebabkan berlakunya pembaziran dalam perbelanjaan. Berhematlah dalam berbelanja. Jika kita ada wang, hati akan senang dan ibadah menjadi mudah.

KEMENANGAN ITU BERSERTA SABAR, KELAPANGAN BERSERTA KEPAYAHAN DAN SESUNGGUHNYA BERSERTA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN.

**************

2 Febuari 2013 (Sabtu)/ 21 Rabi’ul Awwal 1434H/ 5.25 petang – Sarikei, Sarawak

AKU…. menghargai sebuah cinta yang lewat berdiri. Jauh ku membuang pandang agar tidak menapak segugus rasa yang menyinggah. Bagaimana harus ku tegah saat tiba masa yang menggugah. Aku ingin selalu bermimpi agar kenyataan itu berada dalam dunia realiti. Tuhanku, apakah takdir sedang membuka tirai masa untuk sebuah kebahagiaan menyapa atau sedang menutup ruang waktu sebagai menguji keteguhan hati dan menghargai cinta dengan setulus hati. Abadi di sisi-MU. Redhaku tidak pernah berpaling.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

RinduFatimaku1a

KU BENAM RINDU INI DI SAYAP EMBUN, MENGINTAI KASIH DI JENDELA WAKTU

31 thoughts on “CT151. ZIARAH MADINAH (7): LADANG KURMA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Membina keyakinan demi kekuatan sebuah cinta bukan semudah yang disangkakan. Keabadian cinta yang luhur sukar untuk ditemui andai Allah dan Rasul-NYA tidak bertahta di hati. Sebuah mahligai madu yang penuh dengan keikhlasan tidak akan terbina kukuh, sekiranya iman dan takwa tidak menghuni teguh di jiwa. Buatmu yang ku pilih, keranamu mencintai Kekasihku…. ILAHI RABBI.

    KEPADAMU KEKASIH by JAMAL ABDILLAH

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. dalam setiap doa yang dihimpun dalam sejadah cintaku, selalu ada ingatan yang berkekalan untuk kesejahteraanmu di dunia dan akhirat. Dekatilah Tuhan Yang Maha Penyantun agar hidupmu selalu terisi cinta suci-NYA. Seraut sirih seumbai pinang, selaut kasih sepantai sayang.

    Wasslaam. 😀

    • selamat malam bunda ku tersayang
      semoga baik dan sehat saja ya bunda sekeluarga disana
      blue menepih tetapi pasti merindukan bunda dan sekeluarga
      entah keterbatasan asa atau sapa yang belum memerlukan sebuah hentakan semangat sehingga blue menepih
      seperti menpeih hendak memakan buah kurma di bulam Ramadhan bersama budna dan rekan bloger lainnya
      sennag dapat sajian dari bundaku
      salam hangat dari blue
      selalu ada doa buat bunda sekeluarga disana

      • Selamat malam, nanda Blue yang baik…
        Aamiin walhamdulillah, bunda sekeluarga dalam kondisi yang sihat wal’afiat. Didoakan nanda Blue juga dalam lindungan Allah SWT.

        Tidak mengapa jika belum sempat mengunjungi bunda dalam ruang waktu terbatas yang sedia ada. Hadir sahaja tika waktu sudah bersahabat. Bunda menerima dengan senang hati setiap khabar yang dilampirkan oleh nanda Blue. 😀

        Terima kasih sudah menyapa bunda dan berharap nanda Blue sentiasa sukses dalam setiap tugas yang diamanahkan.

        Salam hangat kembali dari bunda. 😀

  2. waalaikumsalam,
    sekarang sepertinya sudah bergeser cara orang bila hendak pergi beribadah haji atau umroh ke tanah suci, kadang-kadang mereka mendahulukan hasrat nafsu-nya untuk berbelanja apa saja, sehingga mengabaikan tujuan utama-nya ke tanah suci..yaitu sujud beribadah mendekatkan diri pada Sang Khaliq,
    Tempat suci yang lebih mendekatkan diri kita kepada ALLAH,,ternyata tidak juga menyentak kesadaran hati untuk datang merebahkan diri kedalam pangkuan ILAHI, tapi malahan kita hanya tergerak hati untuk memenuhi ambisi hasrat duniawi….bahkan saat menunaikan kewajiban sholat lima waktu, terkadang dalam hati ada bisikan untuk mengingat kemana lagi kita akan berbelanja hari ini…bukannya mengingat dan bersimpuh untuk berkomunikasi dengan ALLAH…….,
    ini adalah sekedar curahan hati saja, karena tidak semua orang bersikap seperti itu…masih ada orang yang pergi beribadah ke tanah suci semata-mata demi mendekatkan diri pada ALLAH.

    salam hangat selalu dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Iya, begitulah keadaan kebanyakan jemaah haji dan umrah apabila berada di sana. Sikap boros berbelanja menjadi satu trend yang tidak dapat dikawal. Malah siapa yang banyak duit akan memperlihatkan status mereka yang tinggi dalam perbelanjaan.

      Menurut pengalaman dan pemerhatian saya, harga barang atau market di sana SANGAT MAHAL berbanding di Tanah Air kita. Kadang kala sampai 2 atau 3 kali ganda mahalnya. Jika tidak tahu mengurus wang dan nafsu, maka banyak wang digunakan untuk membeli barangan yang tidak perlu.

      Insya Allah, jika kita tahu tujuan dan niat kita ke Tanah Suci, pasti ibadah menjadi keutamaan dan kecintaan kita. Setelah banyak wang disimpan dan sabar menunggu giliran untuk panggilan Ilahi ini, janganlah membuang waktu dengan perkara yang melalaikan kita di sana. Usahakan selalu banyak beribadah berbanding perkara lain, sama ada bersolat atau membaca al-Quran.

      Terima kasih mas Hariyanto untuk perkongsian yang berbobot dan tentunya mengesankan agar kita berfikir yang lebih utama. Semoga akan segera menjejak kaki ke sana bersama isteri. Aamiin.

      Salam hormat dan hangat kembali. 😀

      • aamiinn, Allahumma aamiinn, terimakasih banyak atas doanya ya,
        dan semoga ALLAH memberikan jalan terang bagi orang yang hatinya tertutupi nafsu akan benda duniawi, dan kembali ke cahaya di atas cahaya untuk merebahkan diri ke pelukan ILAHI …

        salam hangat ukhuwah Islamiah dari saya dan istri di Indonesia 🙂
        .

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin…
          Semoga dunia tidak melingkari hati kita sehingga melupakan akhirat yang menjadi tujuan akhir hidup.

          Mudahan kebaikan selalu mengiring kehidupan kita dalam mencari keredhaan Allah SWT.

          Terima kasih kembali mas Hariyanto atas pesan yang mencerahkan.

          Salam ukhuwwah berpanjangan buat mas Hariyanto juga mbak Wieke. 😀

    • memang sangat berbeza. Zaman bertukar dan tentunya Madinah sekarang lebih moden, tersusun dan indah. Sebahagian dari tanda-tanda kiamat ada di Madinah.

      Semoga ada rezeki, mudahan Wahyu dapat melihat sendiri perkembangan kota Madinah dan melakukan ziarah di kotanya. Aamiin.

      Salam sejahtera. 😀

  3. assalamu’alaikum wr.wb..

    rindu sekali membaca tulisan bunda, hehehe asik ya bunda jalan-jalan terus,

    lucu juga suasana di ladang kurma ya bunda, padahal itu ladang, tapi ramainya seperti pasar, kalo di kampung saya, ladang itu sunyi, yang ada hanya petani yang datang untuk menggarap ladangnya, tapi difoto itu, ladangnya justru sangat ramai.

    berarti ladang berubah fungsi menjadi tempat rekreasi ya bund,

    salam rindu dan hangat selalu buat bunda,, dari jakarta.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan dari Fitray yang sekian lama ditunggu khabar beritanya. Bunda juga rindu. 😀

      Bunda doakan Fitray selalu sukses dengan kerjaya yang disandang sekarang. Kesibukan selalu membuat kita tidak saling bersilaturahmi kini. Maafi bunda juga. 😦

      Memang begitulah keadaan di Ladang Kurma, tidak pernah lekang oleh kunjungan dari jemaah haji dan umrah dari Malaysia setiap ada ziarah Madinah.

      Suasana di ladang sangat meriah dan ramai. Seperti satu majlis keraian pula. Malah sudah berfungsi sebagai pusat rekreasi yang “wajib” dikunjungi oleh jemaah Malaysia. Ini satu dari punca rezeki Ladang Kurma tersebut dengan pihak Tabung Haji Malaysia.

      Terima kasih Fitray, masih ingat dengan Bunda yang jauh.
      Salam rindu dan hangat kembali dari bunda buat Fitray yang baik. 😀

  4. Pingback: CT154. ZIARAH MADINAH (8): PERJALANAN KE BUKIT UHUD « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

    • Alhamdulillah wa syurulillah.
      Senang menerima kembali, kunjungan dari mas Rahman.
      Semoga akan aktif semula menulis.

      Terima kasih. Diharap betah lagi berkongsi hikmah di sini.
      Salam hormat takzim selalu. 😀

    • Alhamdulillah wa Syukrulillah, terima kasih memaklumkan blog saudara.
      Saya kagum dengan usaha yang dilakukan untuk menanam pokok kurma di Malaysia.

      Mudahan saya akan dapat merasai buah kurma tanaman saudara jika ia berjaya dipasarkan dan mudahan dapat menanamnya juga di rumah sendiri suatu hari nanti.

      Semoga segala usaha saudara dilimpahi keberkatan dari Allah SWT.
      Salam hormat dan selamat berpuasa. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.