Archive | October 4, 2010

CT14. MUNSYI DEWAN YANG MENDEBARKAN (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


“Pihak urusetia telah mencalonkan pegawai tuan iaitu SITI FATIMAH BINTI AHMAD sebagai MUNSYI DEWAN (JAWI). Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama tuan memberikan pelepasan kepada pegawai tuan untuk menghadiri KURSUS INDUKSI MUNSYI DEWAN (JAWI) pada 1-3 Oktober 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.”

(Demikianlah bunyi surat yang ditujukan kepada Pengarah IPG Kampus Rajang dan ditandatangani oleh Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Apa lagi yang mahu ku ucapkan ke hadrat Ilahi Rabul Jalil selain ucapan “ALHAMDULILLAH”. Kalimat hebat penuh keajaiban yang berbentuk mengangkat segala puji dan puja hanya untuk Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bakal dilakukan-Nya kepada masa depan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Continue reading