CT356. KISAH DI MASJIDIL HARAM (1): HARI PERTAMA SOLAT BERJEMAAH DI MASJIDIL HARAM

22 Oct

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PertamaFatima1SolatBerjemaahDiMasjidilHaram2011

*

SINOPSIS

KISAH DI MASJIDIL HARAM merupakan siri pengalaman saya dan SPH sepanjang kami berada di dalam  dan di luar sekitar bangunan Masjidil Haram. Banyak cerita yang akan saya kongsikan dengan pelbagai ragam cerita yang mengundang bermacam emosi saat menghadirkan diri sebagai Tetamu Istimewa di Rumah Allah.

Mudahan sedikit pengalaman yang dilalui dapat dijadikan teladan dan sempadan kepada teman pembaca yang belum lagi berkesempatan ke sana.

Harus difahamkan, semua tulisan yang dipaparkan di sini bertujuan untuk demi mencari keredhaan Allah dan membesarkan kekuasaan-NYA yang seringkali disalah anggap oleh sesetengah pihak dalam sangkaan yang kurang menyenangkan.

Jika rajin memgikuti tulisan saya, siri KISAH DI MASJIDIL HARAM adalah berbentuk perkembangan kisah sehari-hari yang dicoret begitu rupa secara bersambung dalam sehari atau sebaliknya.

Mudahan bermanfaat, begitulah harapan dan doa saya setiap kali berhadapan dengan Baitullah al-Musyarafah. Redha Allah menjadi keutamaan dalam tulisan ini. Aamiin.

*

HARI PERTAMA SETELAH HARI PERTAMA

Mata saya menangkap penuh syahdu pandangan di hadapan sana. Masjidil Haram yang saya tinggalkan jejak dalam bangunannya pada 8 hari yang lalu kini semakin dekat dan menggamit hati. Rindu melihat Kaabah di hadapan mata tidak tertahan. Debaran tidak terkata. 

Ini kali kedua saya memasuki Masjidil Haram. Saya sangat teruja dan bersyukur. 8 hari tidak memasuki Masjidil Haram terasa hilang separuh nyawa. Jasad sangat dekat tapi jauh di luar sana. Rumah Allah yang dicintai kerap menggamit hati.

Ada genang air mata yang ditahan atas nikmat yang diperolehi menjadi Tetamu Allah. Saya berjanji dalam setiap detik kehidupan di bumi Makkah selama 38 hari akan saya penuhi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Masa amat berharga kerana saya tidak tahu bila akan kembali lagi. Mungkin ini jemputan Allah yang terakhir atau ada lagi waktu berbaki yang diizinkan di kemudian hari.

Hari terakhir saya memasukinya merupakan HARI PERTAMA saya dan SPH menunaikan UMRAH WAJIB – bertawaf, bersaie dan bertahallul. Tetapi saya belum berkesempatan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah bersama jutaan bakal haji di Masjidil Haram. 

Setelah semua urusan ibadah UMRAH WAJIB pada hari pertama di Masjidil Haram ditunaikan, saya didatangi haid pertama pada waktu malamnya. HARI PERTAMA itu amat memenatkan kerana urusan ibadahnya tidak semudah yang kita sangka.

Selama 8 hari uzur syar’ie itu, saya tidak memasuki Masjidil Haram. Sudah tentu saya sangat rindu untuk menunaikan ibadah solat, melihat kaabah, bertawaf, membaca al-Quran dan berzikir di dalamnya.

Catatan tersebut telah saya tulis dalam 7 Episod bermula CT254. UMRAH WAJIB (1): RINDU KIAN MENGGAMIT hingga CT281. UMRAH WAJIB (7): HAMPIR PENGSAN.

Membaca kembali apa yang ditulis, memberi getaran untuk mengimbas perjalanan seterusnya di Rumah Allah dan segala peristiwa yang berlaku di dalamnya, masih jelas di layar ingatan. Alhamdulillah.

*

KHATAM TAFSIR AL-QURAN

HARI INI, bermula segala episod kejadian dan peristiwa yang saya dan SPH lalui selama berada di dalam bangunanan Masjidil Haram sehingga saya mengalami kedatangan haid untuk kali kedua sebaik selesai menunaikan Tawaf Ifadhah (haji), bersaie dan bertahallul.

HARI INI, saya dengan sepenuh hati akan menunaikan hajat untuk mengkhatamkan bacaan Kitab Al-Quran dan Terjemahannya yang saya baca sepanjang uzur syar’ie selama 8 hari di dalam BILIK NO.927, TINGKAT 9, HOTEL SEVILLA BARAKAT.

“Ya, Allah mudahan ada kesempatan yang diberi oleh-MU untuk bacaan khatam al-Quran di mana-mana bahagian Masjidil Haram yang akan aku tempati.” Begitu azam saya di dalam hati.

*

khatamterjemahanfatima1

Inilah Al-Quran dan terjemahan (dalam bahasa Indonesia) yang dibeli di kedai berhampiran Masjid Nabawi, Madinah dengan harga SR60.00

*

PINTU NO. 76 – KING FAHD GATE

PertamaFatima2Pintu76KingFahd

Arah dari Hotel Sevilla Barakat ke Masjidil Haram

*

Sungguh saya rasa bahagia apabila langkah kami semakin mendekati arah pintu no. 76. Jemaah solat zohor sudah memenuhi ruang luar Dataran Masjidil Haram. Saya memerhati dengan hati yang tertanya, mengapa memilih solat di luar masjid sedangkan masih banyak tempat di dalam Masjidil Haram ?

Pintu 76, King Fahd Gate, masih asing saat saya memasukinya pada kali kedua. SPH mengajak naik ke tingkat 2 tetapi saya memilih untuk bersolat di tingkat 1. Kami berjanji akan bertemu di ruang tangga selepas solat Zohor.

Setelah kami berpisah arah, saya melanjutkan langkah memasuki pintu Masjidil Haram untuk mencari saf sebelum azan Zohor berkumandang. Dengan nama Allah, hati menyebut Basmallah bersama surah al-Hijr, ayat 46 yang sudah saya amalkan saat melihat ayat tersebut di pintu masuk Masjid Nabawi.

*

PintuMasjidNabawiFatima2a

Semua pintu-pintu di Masjid Nabawi tertera nama MUHAMMAD di bahagian tengah pintu. Dan di bahagian atas pintu di tulis “udhuluhaa bisalaami aaminin” – (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman” ) – surah al-Hijr: 46.

Ini adalah seruan Allah kepada ahli syurga. Ayat ini menjadi doa kepada saya setiap kali masuk ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Semoga Allah menjadikan kita sebahagian dari ahli syurga. Aamiin.

*

PintuMasjidNabawifatima1

Beginilah bentuk semua pintu-pintu masuk ke dalam ruang Masjid Nabawi

*

DoaFatima1UntukAhliSyurga

*

MENCARI SAF

Sungguh saya rasa gementar kerana berseorangan dicelah ribuan jemaah wanita yang sudah memenuhi ruang di dalam masjid. Saya tidak berani bergerak jauh ke dalam kerana bimbang tersesat. Ini pertama kali solat berjemaah. Saya mengambil keputusan untuk memilih saf belakang yang berjarak 10 meter dari pintu masuk tadi.

Saya berjalan perlahan untuk mencari saf. Mata saya mencari kelibat jemaah Malaysia yang mungkin duduk berdekatan agar terasa tidak terasing. Namun tidak berjumpa. Saf sudah kelihatan penuh. Tidak ada ruang yang boleh diduduki selain bergerak jauh ke hadapan.

Entah berapa lama saya berdiri di laluan keluar masuk tersebut. Saya jadi bingung kerana belum mendapat saf solat. Dengan hati penuh harap, saya berdoa kepada Allah agar ada jemaah yang memberi ruang saf untuk saya.

Saya memberanikan diri bertanya dan meminta izin seorang jemaah Indonesia untuk duduk di sebelahnya. Beliau dengan baik hati memberi sedikit ruang kepada saya di tepi laluan jalan sedangkan ruangnya sangat sempit sekali.

Alhamdulillah, masih ada insan yang berhati mulia. Saya mendoakan kebaikannya. Kami saling berbalas senyum dan bersapa alar kadarnya. Terima kasih ya Allah, ucap saya penuh syukur di dalam hati dan terus sujud syukur pada-Nya.

*

Terimakasih

Buat hajjah saudara Islamku yang baik hati dan kini tidak pernah bertemu lagi. Semoga mendapat haji mabrur dan dimuliakan Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Aamiin.

**

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima21 Oktober 2015 (Rabu)/ 8 Muharram 1437H/ 11.15 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mencintaimu Ya Allah dalam seluruh jiwa dan ragaku. Mencintaimu di dunia dan akhirat. Mencintaimu selamanya. Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia asal masih adanya diri-MU. Barulah terasa aku bernyawa dan tidak peduli segala pancaroba yang melanda. Engkau Kekasihku Abadi selamanya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. kita mempunyai pilihan dalam hidup ini. Untuk menjadi apa yang kita mahukan. Oleh itu, apabila Allah sudah memberi peluang untuk hidup bagi kesekian kalinya, gunakan peluang sedetik cuma itu untuk mencapai kejayaan dunia dan akhiratmu. Percayalah… mencintaimu sampai habis nyawa. Doaku selalu ada buatmu. Aamiin. Wassalaam.🙂

*

RinduFatimaku1RindukuBerlabuh

*

KAU SELALU INDAH DI SINI…. DIHATIKU

*

*

 

18 Responses to “CT356. KISAH DI MASJIDIL HARAM (1): HARI PERTAMA SOLAT BERJEMAAH DI MASJIDIL HARAM”

  1. Hypnotherapy Semarang 089610659643 October 22, 2015 at 12:38 pm #

    alhamdullilah, wah! pengen kesana juga. Semoga bisa terkabul doa saya untuk ke sana

    • SITI FATIMAH AHMAD October 23, 2015 at 10:52 am #

      Aamiin Allahumma Aamiin. saya doakan mudahan niat yang baik dari mas Ilyas akan dikabulkan Allah SWT.

      Salam sukses dan terima kasih.

  2. Alris October 22, 2015 at 1:45 pm #

    Semoga jadi haji mabrur.
    Mimpi setiap muslim untuk bisa berhaji.

    • SITI FATIMAH AHMAD October 23, 2015 at 10:59 am #

      Aamiin Ya Rabb… iya, itulah harapan dan niat kita dalam berhaji, mendapat haji mabrur dan berumrah mendapat umrah makbul, mas Alris.

      Salam takzim dan terima kasih.

  3. Lidya October 22, 2015 at 10:51 pm #

    Assalamualaikum bun, Selamat tahun baru Islam ya.

    • SITI FATIMAH AHMAD October 23, 2015 at 11:00 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…
      Selamat maal Hijrah 1437. semoga sukses selalu.

      Terima kasih dan salam manis di bulan Muharram.

  4. Akhmad Muhaimin Azzet October 23, 2015 at 7:27 am #

    Assalamu’alaikum wr.wb.

    Setiap memasuki pintu masjid Nabawi dan masjidil Haram terasa kuat di dalam hati untuk berdoa agar kelak di akhirat dapat memasuki pintu surga ya, Mbak Fatimah. Allaahumma aamiin…

    • SITI FATIMAH AHMAD October 23, 2015 at 11:58 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Semoga dengan rahmat Allah kita dimasukkan ke dalam syurga-NYA. Dunia tenpat kita berusaha, akhirat nanti akan dilihatkan hasilnya. Ibarat kata pepatah : bersusah-susah dahulu di dunia, maka akan bersenang-senang di akhirat kelak.”

      Terima kasih mas Amazzet dan salam takzim.

  5. 3lalat October 23, 2015 at 8:27 am #

    salam jumaat., ;p

  6. paridahishak October 23, 2015 at 11:06 am #

    salam jumaat siti fatimah..indahnya pengalaman dapat bersolat di masjidilharam..

    • SITI FATIMAH AHMAD October 23, 2015 at 12:01 pm #

      Alhamdulillah, apabila jemputan Allah sudah sampai kepada giliran kita pasti ia sesuatu yang indah untuk dikenang dan diingat kembali sebagai kongsian bersama, kak.

      Terima kasih Kak Paridah Ishak dan salam Jumaat yang indah.🙂

  7. Pelatihan Public Speaking 0821.4150.2649 October 27, 2015 at 3:30 pm #

    Di Update Bund Artikelnya , Pengen Baca Lagi buat Ngisi waktu luang

    • SITI FATIMAH AHMAD October 28, 2015 at 10:49 am #

      Insya Allah, sudah disediakan cuma menunggu masa sesuai dengan kesibukan.

      Terima kasih mas Ilyas. dan salam sukses.

  8. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 9:50 am #

    Indahnya Masjidil Haram

    • SITI FATIMAH AHMAD October 28, 2015 at 10:54 am #

      Memang sangat indah. Nanti boleh lihat sendiri. Pasti kagum dengan arkitektur bangunan luar dan dalamnya.Suasananya yang nyaman akan membuat kita berlama-lama di dalamnya dengan membaca al-Quran, berzikir dan solat.

      Semoga mas Ilyas juga akan ke sana nant1. Aamiin.

  9. Jual Madu Online 0821.4150.2649 October 29, 2015 at 10:16 am #

    Jadi pengen sholat berjamaah di sana juga

    • SITI FATIMAH AHMAD October 29, 2015 at 1:15 pm #

      Insya Allah, keinginan itu sudah menjadi niat yang baik. Semoga dikabulkan Allah. Aamiin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: