CT149. NYANYI SUNYI

 Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

NyanyiSunyiFatima1Puisiku

Ada nyanyi sunyi di hatiku padamu, berdendang pilu ingin bertemu, dalam garis mimpi atau lajur sedarku. Termangu sejenak, apakah pertemuan itu bakal berlaku ? Rindu berpadu resah menyatu. Malu sendiri meminta tidak terperi.

Padamu, sentiasa ada bersama dalam senang dan susahku ketika dunia ini menghimpit derita, membunuh bahagia, menjentik ceria dan membanjir tangis yang tidak sudah-sudah mendera. langit putih kelabu bumi hijau membiru.

Padamu, sebuah senyuman mendamai hati, menenang jiwa, menyejuk raga dan menghangat kalbu. Aku tersipu, sedangkan dirimu belum pernah menyentuh rasa tetapi alirannya menyerbu lega. Entah kenapa hadirnya sentiasa, tidak terduga wujud menyapa.

Padamu, sinar mata yang bening berkaca, penuh dengan kelembutan yang menggugah dan kasih sayang melimpah tidak bermuara. Aku terpaku, sedangkan dirimu belum pernah bersua muka tetapi sentuhannya mesra tidak terkata. Aku diam seribu bahasa senang menerima.

Pada hening pagi aku berqasidah, mengalun tasbih cinta yang terindah, menghampar lunak tahmid yang bermadah, melagu sayu takbir yang menggugah. Bunga-bunga zikir mengembang mekar menyebar wangi melata. Apakah sebenarnya misteri hidupmu sehingga aku masih belum melupa ?

Hanya dengan menyebut namamu, mengembang segala rasa. Dalam nyanyi sunyi, ku merakam segala rindu padamu di segenap penjuru nafasku di bumi barakah penuh syahdu. Saksikanlah, ada hati yang mengharap sebuah pertemuan itu berlaku. ITULAH AKU.

 *

– siti fatimah ahmad –
(mimpi itu membuat aku terpaku)
 
B927, tingkat 9,
hotel sevilla barakat,
makkah al-mukarramah
3.05 pagi
 

****************

17 Januari 2013 (Khamis)/ 5 Rabi’ul Awwal 1434H/ 10.34 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. dan dingin malam membelah sepi yang mencengkam. Untuk kesekian kali aku menadah tangan mengharap serangkai kebahagiaan dari hati yang tidak jemu merenjis kasih dilipatan cinta yang segan berbunga. Apakah erti rindu, jika tidak pernah bertamu ? Pada-MU aku bersujud dalam sepi di hujung malam. Memeluk resah di sejadah cinta mengharap doaku diterima jua. Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

RinduFatima1dirimu

NyanyiSunyiFatima2PuisiHatiku

MATAHARI…. SELALU SETIA MEMBERI SENYUMANNYA KEPADAMU, BEGITU JUGA AKU.

37 thoughts on “CT149. NYANYI SUNYI

      • yes…yes…yes… yang pertama mengalahkan Umi. 😀
        Lain kali tentu Umi akan berhati-hati lagi.

        Bagaimana ini boleh berlaku, sedangkan Umi merahsiakan dari Neni. (sambil guling-guling tidak percaya…hehehe).
        😉

      • Alhamdulillah, melepas rindu dengan berlomba pada umi,
        masyaAllah puisi ummi, kiranya tuk aku 😉
        rindu yang selalu tertunag pada Allah, meski tak pernah melihatnya, menatapnya, tapi selalu merindukan kehadirannya.

        begitu pula rindu neni pada umi, meski tak pernah bertemu, tapi selalu rindu dan kangen.

        semoga saja neni dapat pula membuat puisi indah di tanah suci, amin ya Allah………..

        neni sayang ummi
        neni rindu ummi 🙂 😉

        • Terima kasih Neni atas komentar yang selalu menyenangkan Umi. Mudahan setiap kebaikan yang telah dilakukan, mendapat ganjaran dari Allah SWT.

          Walau sejauh manapun jarak kita, kita tetap berada di bumi yang sama, menghidu udara yang sama, beratapkan langit yang sama, merenung bulan yang sama. Banyak sekali sama-samanya. untuk dinikmati kita bersama di tempat yang berbeza dan waktu yang berbeza. 😀

          Aamiin, insya Allah pasti akan berlaku juga di suatu hari di tanah suci sebuah puisi indah dari Neni yang baik.

          Sayang dan rindu dengan Neni juga. 😀

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Dalam diam ku menghayati keindahan lirik dan kesyahduan irama yang mengetar jiwa. Hanya padamu aku merintih segala duka dan suka yang menghuni dalam raga. Hanya padamu aku mengharap segala cinta dan kasih yang berbunga wangi merona nyawa. Hanya padamu…. .

    MUNAJAT by SAMI YUSUF

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dalam setiap sujudku, ada doa yang tidak pernah padam untukmu. Dalam setiap nafasku, ada ingatan yang tidak pernah lekang untukmu. Dalam setiap degup jantungku, ada rindu yang tidak pernah hilang padamu. Percayalah dan yakinlah, kau selalu ada di hatiku, dulu, kini dan selamanya.

    Wassalam. 😀

  2. Neniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…
    Kenapa mengalahkan Umiiiiiiiiiii.

    Umi tidak dapat terima kenyataaaaan ini.
    (sambil hentak2 kaki dan garu kepala…heran, bagaimana Neni tahu Umi baru publishkan posting ini) 😉

    Ngintip Umi ya. 😀

  3. mencintai-Nya tidak akan pernah kecewa ya mbak fat. mengadu dalam suka dan duka, Dia tak kan salah paham atas pengaduan dari kita. semoga kita dimudahkan Allah untuk urusan cinta.

    • Hai mbak Mintarsih….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga ya terutama cinta yang disemai kerana Allah SWT.

      Benar mbak, Allah selalu mahu mendengar rintihan dan pengaduan hamba-NYA di setiap saat dan ketika. Tidak pernah jemu dan lelah kerana Allah suka kepada hamba yang mengingati-NYA.

      Terima kasih mbak Mintarsih atas kunjungannya.
      Salam mesra. 😀

    • Kerana itu, dengan mencintai Allah SWT, kita mampu mencintai sesama manusia dengan seindahnya. Mudahan bumi ini akan makmur dan damai terisi dengan cinta yang disirami dengan cinta Ilahi.

      Terima kasih Abi Sabila.
      Salam penghujung pekan. 😀

    • Subhanallah walhamdulillah… terima kasih nanda Achoey.

      Mudahan Allah mengampunkan bunda dan memberi kebaikan atas bunda, juga nanda Achoey kerana bersangka baik kepada bunda. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Segan rasanya membaca tulisan Achoey di atas.
      Bunda bukan seperti itu. 😉

      Salam mesra buat nanda Achoey di sana. 😀

  4. Assalamualaikum Fatimah,

    Aduhhhh….
    Suara hati yang sayup dapat dibaca di sini dengan iringan Munajat begitu mengasyikan, sehinggakan segala tumpuan tertuju KEPADANYA.
    ALLAHU AKBAR WA LILLAH ILHAM.

    Selamat hujung minggu bersama keluarga.

    Salam ingatan dari jauh,
    bintangzohra

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, BintangZohra…

      Semoga hati kita sentiasa melekat untuk mengingati Allah SWT baik dalam senang mahupun dalam susah. Tidak ada yang mampu memberi kebahagiaan kepada kita kecuali Yang Maha Pengasih dan sentiasa bersama kita ketika dalam keresahan.

      Terima kasih atas ingatan dari jauh. Didoakan Zohra dan keluarga juga sihat dan gembira di penghujung minggu.

      Salam manis selalu. 😀

  5. alhamdulillah. indahnya bunga bahasa dalam nyanyi sunyi. penuh irama metafora.minat berpuisi tinggi langit,tinggi lagi di dada. tapi pena masih tumpul. syabas lirik indah si empunya tinta….kan Amir Hamzah ada karyanya!. bolih menerima tunjukajar daripada penulis Nyanyi Sunyi?..saya yang tahu menabur akhlaq mulia siang dan awal sore cuma di kuliah menara gading….bernafas sekadar Ph.D dari sebuah U…..doa ku,kuatkan iman dan taqwa kerna Syurga Firdaus menanti mu.Amin ya rabbal alamin.

    • Alhamdulillah, semua itu kurnia Ilahi yang singgah sementara sebelum berpulang pada-NYA. Nyanyi Sunyi, sangat indah dinamakan saat hati sedang bersendirian melagukan zikir cinta di hening kelam malam tanpa gangguan sesiapa.

      Nyanyi Sunyi adalah tajuk kumpulan puisi karya Tengku Amir Hamzah bin Pangeran Adil dari Sumatera, Indonesia Saya tidak pernah membaca antologi puisi tersebut tetapi saya mengetahui tentangnya melalui media masa dan tulisan-tulisan sastera yang mengaitkan tentang beliau.

      Alhamdulillah, saya berbesar hati menerima kunjungan saudara Mohammad Hatta yang ternyata lebih berilmu dan berwibawa dari saya. Maaf, tidak pandai menunjuk ajar, ilmu ini dipelajari sendiri atas minat dan kehendak hati.

      Aamiin Ya Rahmaan Ya Rahiim. Semoga doa diterima Allah.
      Terima kasih dan Salam hormat. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.