CT279. FROM PARIS (EASTER & ISMEL) WITH LOVE

3 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ParisFatima1WithLove

*

MELAWAT KOTA PARIS

Allahu Akbar, tidak sangka aku dapat juga menjejakkan kaki ke Kota Paris, ibu negara Perancis. Kota Paris terkenal sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen. Entah dari mana agaknya kota itu dapat gelaran Kota Cinta. Sedangkan kalau hendak rasa cinta yang membuak-buak itu ada di mana-mana. Mungkin sekadar gimik agar pasangan yang hendak berbulan madu akan memilih untuk ke sana.

Kota Paris merupakan destinasi pelancongan utama di dunia. Keunikan Kota Paris ialah setiap malam selalu bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang. Kerana itu, ia mendapat gelaran La Ville Lumière  (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya). Salah satu tempat menarik di sana adalah Menara Eiffel (Eiffel Tower).

Aku masih tidak percaya bahawa di depan mataku kini, berdiri megahnya MENARA EIFFEL yang terkenal itu. Ia sangat tinggi. Ketinggiannya 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m. Keempat-empat kakinya teguh mencacak bumi. Terasa sakit kepala memandang ke atas. 

Menara ini dibina dari  besi,  di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine. Menara ini sangat cantik di waktu siang dan lebih menarik di waktu malam dengan limpahan cahaya yang memukau mata. Ia menjadi simbol negara Perancis. Menara Eiffel mendapat nama sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel. Menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia.

*

ParisFatima2MESiang

*

ParisFatima3MEMalam

*

Sedang aku asyik memerhati kesibukan para pelancung yang mengunjungi Menara Eiffel yang hebat ini, aku terdengar satu muzik yang indah seakan MUZIK AKKORDEON. Aku rasa terpukau dan berjalan dengan langkah cepat untuk mencari arah datangnya muzik tersebut. Tidak sengaja kakiku tersadung batu kecil atas jalan sehingga membuat aku mengaduh.

*

*

Masya Allah, rupa-rupanya saya sedang berkhayal sambil duduk mengadap komputer dengan tangan bertongkat dagu. 😀 Mata saya tidak berkerdip memandang skrin seakan dipukau menuju ke Kota Paris. Spontan saya teringat sebuah filem aksi lakonan aktor John Travolta -FROM PARIS WITH LOVE.

Sebenarnya, saya sedang mencari maklumat tentang Menara Eiffel, Paris setelah menerima HADIAH DARI LANGIT yang sangat mengharukan hati.

*

HADIAH DARI LANGIT

Alhamdulillah, tidak semena-mena hari ini (seawal jam 8.05 pagi), saya mendapat HADIAH DARI LANGIT. Hadiah ini sangat istimewa. Ia bukan hadiah hari lahir, bukan juga hadiah hari guru atau hadiah hari-hari yang lain.

“Ini HADIAH SAJA-SAJA, puan”, jelas Easter Demit dan Ismelredda apabila saya bertanyakan hadiah yang disimpan di dalam beg cantik berwarna biru muda. Saya ketawa mendengar sandaran nama yang dititipkan kepada hadiah tersebut. Ada-ada sahaja.

Hati siapa yang tidak terharu apabila medapat hadiah. Bukan senang untuk orang lain mengingati kita, mengenang kita atau menyukai kita sehingga nama kita, bayangan kita dan apa yang mungkin pernah kita buat dari kebaikan yang kita ada sehingga diberi penghargaan oleh mereka, tanpa kita ketahui.

Allahu Akbar, semua ini kerja Allah Rabbul Jalil. Sebuah HADIAH DARI LANGIT yang diturunkan melalui manusia pilihan untuk disampaikan kepada manusia pilihan (kita). Jika kita yang dipilih, maka kita semestinya mensyukuri kurnia ini.

Entah, atas amalan apa yang telah kita lakukan sehingga tersentuh hati mereka yang berkenaan. Mereka pula adalah orang yang tidak pernah kita fikir akan memberi hadiah atau penghargaan kepada kita. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui amalan kita yang mana satukah yang diredhai-NYA sehingga kita mendapat ganjaran dunia seperti ini. 

Begitulah yang sering berlaku dalam hidup kita. Tidak kira siapakah orang yang dipilih, bangsa atau agama, warna kulit atau pangkat, muda atau tua, miskin atau kaya.

Saya yakin Allah memberi kita sesuatu yang tidak kita sangka sebagai tanda cinta dan kasih-NYA kepada kita. Alhamdulillah.

*

HADIAH SAJA-SAJA

Pemberian HADIAH SAJA-SAJA dari Easter dan Ismelredda, mengembalikan saya kepada kenangan bersama Joanna melalui catatan saya dalam CT25. “LA TAHZAN – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVE, pada 2010.

Nikmat Tuhan yang mana lagi hendak saya dustakan, Subhanallah walhamdulillah.

*

Easter dan Ismel merupakan dua pelajar perempuan berbangsa Iban dan beragama Kristian. Saya baru mengenali mereka dalam 2 bulan, apabila saya pertama kali memasuki kelas Pengajian Bahasa Iban untuk mengajar mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

Kelas Pengajian Bahasa Iban terdiri daripada 20 orang pelajar. Semuanya berbangsa Iban dan beragama Kristian. Alhamdulillah, mudahan penghargaan ini menjadi pemangkin untuk saya menjadi guru sebenar guru: ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu.

*

JANGAN LUPA KE PARIS

“Bukalah beg itu, puan. Kami harap puan suka dengan hadiah kami.” kata Ismel dengan tidak sabar-sabar apabila melihat saya masih membelek-belek beg hadiah tersebut.

ParisFatima5BegHadiahEasterIsmel2014

*

Saya pun segera membuka beg dan mengeluarkan isinya. Saya sangat terkejut apabila melihat kotak segitiga yang terpampang foto Menara Eiffel, Paris.

Saya kenal Menara Eiffel kerana sudah biasa melihatnya dalam media massa. Tetapi tidak menyangka bahawa suatu hari nanti akan menerima hadiah Replika Menara Eiffel.

ParisFatima6KotakHadiahEasterIsmel2014

*

Saya tersenyum memandang Easter dan Ismel. Ada rasa halus yang sayu menyelinap di ruang hati saya. Inilah HADIAH SAJA-SAJA pemberian Easter dan Ismelredda kepada saya, sebuah REPLIKA MENARA EIFFEL, PARIS.

ParisFatima4ReplikaHadiahEasterElme

Terima kasih untuk ingatan ini. Semoga sukses selalu.🙂

*

CT: “Boleh saya tahu kenapa kamu saja-saja beri hadiah Menara Eiffel, Paris ini kepada saya ?”

Easter: “Kami hadiahkan kerana kami tahu puan suka melancung mengelilingi dunia seperti yang puan cakap di dalam kelas. nanti puan letaklah atas meja puan dan boleh lihat setiap hari.”

CT: “Allahu Akbar. Iya, memang saya mempunyai impian untuk mengelilingi dunia dan salah satunya adalah Kota Paris. Hadiah ini sangat mengharukan saya. Saya sangat harga ingatan kamu berdua kepada saya. Buat susah-susah sahaja.”

Ismel: “Puan janji dengan kami akan pergi ke Paris suatu hari nanti ya. Janji, puan.”

CT: “Insya Allah, saya akan ke sana nanti. Terima kasih untuk hadiah ini. Saya benar-benar terharu.”

Easter: “Sama-sama. Terima kasih juga kerana puan sudi menerimanya. Kami berdua sangat gembira.”

Easter & Ismel: “Kami balik ke kelas dulu, puan. Sudah waktu kuliah. Bye puan.”

CT: “Baiklah, sama-sama kembali, semoga sukses dan  belajar rajin-rajin. bye.”

**

ASAL BERANI BERMIMPI

Saya menarik nafas panjang dan dalam-dalam sambil memegang Replika Menara Eiffel. Kemudian segera mencari maklumat tentang Kota Paris dan Menara Eiffel sehingga larut dalam khayalan ke Kota tersebut seperti yang saya tuliskan di awal tadi.

Semoga perjalanan mengelilingi dunia nanti akan membawa saya singgah ke Kota Paris dan seterusnya menjelajah negara-negara Eropah yang lain.

Tujuannya untuk berjalan di bumi Allah, memerhati bukti kebesaran-NYA dan melihat tamadun yang pernah wujud dan mengambil pengajaran serta mengenal budaya setempat yang tentunya berbeza dengan kampung kita. Aamiin Allahuma Aamiin.

*

*

ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN. bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 September 2014 (Rabu)/  8 Zulkaedah 1435H/ 10.20 pagi. Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU….. ingin meraih segala mimpi yang dicipta dalam perjalanan yang belum beraksi jaya. Aku tidak akan mengingkari janji hatiku untuk menempa jejak dalam setiap liku perjalanan yang masih berupa bayang dan khayalan. Jika bulan di pagar bintang, kan ku anyam awan gemawan untuk menjadi selimut malam. Bermimpilah… kerana Tuhan sedang menggenggam mimpi-mimpimu. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu… apa pun kesulitan yang melanda, cekalkan hatimu untuk sabar dan tabah menghadapinya. Untuk menjadi manusia cemerlang dunia dan akhirat, kita harus menempuh gelora badai yang menguji iman dan takwa kita kepada-NYA. Senyum untukmu yang selalu indah di hatiku Wassalaam.🙂

*

senyumfatimaku

I LOVE THINGS THAT MAKE YOU SMILE

*

37 Responses to “CT279. FROM PARIS (EASTER & ISMEL) WITH LOVE”

  1. Yuni andriyani September 3, 2014 at 11:44 am #

    Setuju sekali mbak, asal kita berani bermimpi segala bisa terjadi. Mimpi-mimpi itu akan mengarakan hidup kita kearahnya. Sukses Selalu buat mbak Fatimah…

    • SITI FATIMAH AHMAD September 3, 2014 at 2:58 pm #

      Mimpi selalu mengajak kita untuk hadir dalam kenyataannya. Mudahan semuanya akan tercapai apabila kita sudah menyediakan bekalan untuk memasuki mimpi tersebut. Terima kasih mbak Yuni. Semoga impian mbak juga tercapai. Salam manis selalu.🙂

  2. ma optimisma September 3, 2014 at 1:10 pm #

    Wah,senangnya Kak Fatimah dapat hadiah.Alhamdulillah.hadiah memang membuat orang senang ya,Kak.Sampai-sampai Kakak seolah-olah sudah berada di Paris.Semoga impian Kakak mengunjungi Paris suatu hari akan kesampaian.🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD September 3, 2014 at 3:23 pm #

      😀 Alhamdulillah, mendapat hadiah membuat hati kita senang. semua itu kurnia Allah SWT dan kita hendaklah mensyukurinya.

      Aamiin Ya Rabb. Terima kasih Sophie untuk doanya.
      Salam ceria.🙂

  3. duniaely September 3, 2014 at 1:18 pm #

    replika menara Eiffelnya cantik ya mbak

    • SITI FATIMAH AHMAD September 3, 2014 at 4:02 pm #

      Sangat cantik, mbak seperti melihat yang real aja walaupun kecil.
      Thanks mbak Ely, didoakan sudah sihat ya.🙂

  4. jhuanita tryaz September 3, 2014 at 1:53 pm #

    kirain akak beneran diparis, gatau nya cuman mimpi (kena dech)🙂
    semoga mimpinya jadi nyata kak dan jangan lupa oleh-olehnya dari paris🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD September 3, 2014 at 4:07 pm #

      hehe… khayalan dan mimpi di siang hari, jhuanita.
      Aamiin, mudahan akan terlaksana di kemudian hari.
      Terima kasih dan salam ceria.🙂

      • jhuanita tryaz September 3, 2014 at 4:29 pm #

        awalnya jhuanita percaya kalau akak keparis liburan bareng kak rose dan dua adiknya (upin ipin) soalnya beberapa hari ga ngeposting.

        • SITI FATIMAH AHMAD September 4, 2014 at 7:46 am #

          Kalau kakak lama tidak posting itu bermaksud kakak sibuk, dik. Ternyata jhuanita sangat gemar menonton kisah Upin dan Ipin ya. Apa sudah melihat movienya Geng Pengembaraan Bermula. Sangat lucu dan mengasyikkan.

          Jika belum melihatnya lagi, silakan menontonya. Khusus buat jhuanita.

          Selamat berjaya.🙂

          • jhuanita tryaz September 4, 2014 at 6:14 pm #

            jhuanita memang gemar menonton upin ipin, kak.
            nanti saya coba cari di youtube deh kak.

            salam dari Indonesia🙂

            • SITI FATIMAH AHMAD September 5, 2014 at 10:16 pm #

              iya jhuanita, silakan. Sangat banyak sekali di You tube.
              Selamat melayari dunia Upin dan Ipin.🙂

  5. Evi September 3, 2014 at 2:18 pm #

    Amin. Semoga suatu hari kita ketemu di bawah menara Eiffel, Mbak Fatimah🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD September 3, 2014 at 4:09 pm #

      Aamiin. Mudahan ya mbak Evi. Tidak ada yang mustahil apabila Allah menghendakinya. Lama sekali tidak mendengar khabar mbak Evi. Saya juga sama. Maaf, mudahan kita kembali bersilaturahmi, mbak. Terima kasih atas kunjungan dan salam semanis gula aren.🙂

  6. awan putih September 3, 2014 at 3:08 pm #

    Assalamu ‘alaikum umiku yang di Rahmati Alloh, insya Alloh…

    salam rindu salam kangen

    apa kabar umi yng sedang bermimpi…
    semoga mimpi ummi segera terwujud, dan lebih indah lagi sekiranya ananda bertemu ummi disana, masya Alloh (pengen pengen pengen biinnngggiiiiitttsss )

    lama tak cakap sama ummi, rindu nian hati ni, rindu nasehat ummi, ummi ada pin bb atau whatsapp ngk, yahoo ngk mau terinstall di tab neni.. hehe

    semoga ummi sihat selalu, serta dalam lindunga Alloh, aamiin

    • SITI FATIMAH AHMAD September 3, 2014 at 4:17 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni yang dirindui…

      Semoga dirahmati Allah SWT juga. Alhamdulillah, Umi kini sudah sihat selepas dua bulan diserang batuk. Batuknya seperti yang Umi alami ketika di Tanah Haram dahulu bermula dari makan buah durian beberapa ulas dalam bulan puasa. Memang sangat megujikan kesabaran.

      Aamiin Allahuma Aamiin. Mudahan doa Neni akan dikabulkan Allah SWT buat Neni dan Umi. Bila agaknya masa itu ya.

      Maaf, umi tidak menggunakan kedua-dua makhluk tersebut (BBM dan Whatsapp). Umi senang dengan keadaan yang tenang dan tidak disibukkan oleh keduannya.. Opps sori… umi ini tradisonal sedikit ya. Tidak apa kalau YMnya tidak berfungsi, emailkan ada. itu sudah cukup buat Umi.

      Salam semanis madu dan kurma, salam sayang dan rindu dari Umi.🙂

  7. Kang Pakies September 3, 2014 at 5:36 pm #

    Assalamu’alaikum Bu Fatimah yang dirahmati Alloh Ta’ala.
    entah kenapa saya tersenyum sendiri membaca tulisan Bu Fatimah kali ini. Di satu sisi mampu menyeret saya pada pemikiran awal bahwa benar Bu Fatimah sedang menjejakkan kaki di Paris. Ternyata eh ternyata.
    Tapi begitulah, banyak sudah kita mendfengar kisah-kisah indah yang berawal dari sebuah mimpi yang tentu saja semua itu harus dibangun setapak demi setapak untuk mendapatkannya. Insya ALloh dengan ikhtiar dan perpaduan do’a, mimpi apapun bisa menjadi kenyataan.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 4, 2014 at 7:35 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Pakies…
      😀 … menulis ini biar ada kreativiti bercampur imajinasin untuk melahirkan satu fantasi yang diharap menjadi realiti. Walau hanya sebuah khayalan, sekurangnya dapat juga dinikmati dengan satu impian yang diharap menjadi kenyataan.

      Iya Kang Pakies, setiap kejayaan yang kita raih hari ini, berawal dengan impian dan khayalan. Semoga apa yang diimpikan dengan usaha yang bersungguh-sungguh akan dapat kita capai walau banyak liku-liku yang harus ditempuh sebelum sampai ke destinasinya.

      Terima kasih atas kongsian dan kunjungan dari Kang Pakies.
      Salam hormat sejahtera.🙂

  8. Kisah Foto September 3, 2014 at 10:28 pm #

    Assalamualaikum WrWb

    Menara Eiffel-nya lebih cangtik di malam hari ya, bercahaya indah… Betul juga, berani bermimpi dan segalanya mungkin terjadi…🙂 Replika menara Eiffelnya juga cantik😀

    • SITI FATIMAH AHMAD September 4, 2014 at 7:54 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya….

      Kedua-dua menara Eiffel baik yang asli atau replika mempunyai nilai estetika tersendiri. Hanya yang menghayatinya tahu menghargainya, betul tak Ditya.😀

      Salam sejahtera dan terima kasih sudah berkunjung.🙂

  9. Vinda Filazara September 3, 2014 at 11:56 pm #

    Subhanallah.
    Betapa sayangnya Allah pada Mbak🙂 Memang benar, ketika mimpi 5cm berada di depan kening, tak ada hal yang dapat kita lakukan selain menggapainya.
    Dan itu butuh dua hal, ikhtiar serta doa🙂

    Semoga diberi kesempatan untuk menjelajah negara lain mbak ^^

    • SITI FATIMAH AHMAD September 4, 2014 at 7:58 am #

      Alhamdulillah wa syukrulillah. Semoga nikmat yang dikurniakan menjadikan kita lebih “bersahabat” dengan Allah SWT.

      Tidak ada sesiapa yang mampu menghalang apabila Allah sudah menghendaki apa yang dimahu-NYA untuk berlaku kepada kita sama ada yang baik atau yang buruk. Maka, kita perlu redha dan sabar menghadapinya.

      Terima kasih Vinda dan salam manis.🙂

  10. Akhmad Muhaimin Azzet September 4, 2014 at 10:04 am #

    Assalamu’alaikum wr.wb.

    Hehe… kapan waktu gitu saya juga pernah terlintas dalam benak untuk ke kota yang sering disebut sebagai kota yang romantis ini. Kota yang dekat dengan aroma cinta dan kasih sayang. Maka, parfum pun sering identik dengan dari Kota Paris. Semoga suatu saat terkabul ya, Mbak.

    Salam dari Kota Budaya, Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • SITI FATIMAH AHMAD September 4, 2014 at 3:35 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Silakan bermimpi sampai ke hujung dunia agar jiwa kita bebas merdeka menguasai alam Allah dengan imaginasi yang menyemarak semangat untuk melakukannya. Maka bermimpilah dengan berani agar teraih segala mimpi yang pasti.

      Semoga akan dikabulkan. maka untukmerealisasikannya haruslah kita mengumpul dana dengan usaha dan wang.

      Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan dan salam hormat takzim.🙂

  11. purnomo September 4, 2014 at 6:15 pm #

    Assalamualaikum wr wb
    Bunda Fatimah

    Seperti banyak orang yang bilang.. kalo ke paris belum melihat dari dekat menara eifel ini…di rasa belum afdol ke parisnya🙂

    Salam..

    • SITI FATIMAH AHMAD September 5, 2014 at 10:20 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Iya betul. kebanyakan orang berkata demikian kerana Menara Eiffel merupakan monumen yang menarik untuk dilawati di Paris dan terkenal di dunia. Mudahan akan sampai ke sana jua.

      Terima kasih Purnomo dan salam ceria.🙂

  12. dina September 5, 2014 at 9:58 am #

    udah baca dari atas ampe akhir, eh ternyata mimpi hehe, tapi alhamdulillah sedikit hal tentang paris sudah ada ditangan, mudah-mudahan nanti beneran bisa menginjakkan kaki ke paris.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 5, 2014 at 10:25 pm #

      😀 sepertinya sudah berada di sana apabila bunda meneroka Paris dari layar internet. Dunia sudah tidak ada sempadan lagi untuk kita cepat sampai ke mana-mana belahan bumi ini tanpa menaiki pesawat.

      Aamiin Ya Rabb. Mudahan apa yang kita impikan dapat menjadi kenyataan di kemudian hari.

      Terima kasih Dina, semoga sudah selesa dengan rumah barunya.
      Salam manis.🙂

  13. Blogs Of Hariyanto September 5, 2014 at 9:13 pm #

    assalamualaikum ukhti Fatimah, apa kabarnya, smoga selalu sehat dan bahagia,
    semula saya mengira ini adalah perjalanan nyata ke kota paris, namun ternyata hanyalah impian….apalagi setelah mendapat gift dari easter dan ismel berupa replika menara eiffel,…..tapi saya setuju..bahwa memang benar ..adakalanya kita harus berani untuk bermimpi untuk mendapatkan segala sesuatu di dunia ini…bisa jadi impian itu akan terwujud..,,karena ALLAH SWT senantiasa memberikan rezeki dari arah yang kita tidak pernah duga sebelumnya…….,
    keep happy blogging always….salam dari Makassar🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD September 5, 2014 at 10:32 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Alhamdulillah, sihat dan baik. Didoakan mas Hariyanto dan mbak Wieka juga demkian sama. Kadang kala, hadiah yang kita terima selalu mengajak minda dan hati kita untuk membayangkan suasana indah yang mungkin berlaku di kemudian hari walau tidak semuanya menjadi kenyataan kerana lebih sekadar sebuah impian.

      Namun jika kita bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan mozaik kehidupan yang sudah ditakdirkan dalam hidup kita, tidak salah jika kita mencuba dan melihat hasilnya. Jika tidak berjaya, maka sabar dan redha menjadi penawar kepada segala cabaran dan hambatan tersebut.

      Insya Allah, jika benar-benar berusaha dan berani merealisasikan impian, pasti akan tercapai jua akhirnya.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kongsian yang bermanfaat.
      Salam hormat takzim.🙂

  14. soeman jaya September 6, 2014 at 11:00 am #

    Assalamualaikum wr wb ….

    bu Siti … awalnya saya kira bu siti dan suami tercinta adalah pasangan yang hendak berbulan madu keParis🙂
    Memang benar adanya bahwa ‘mimpi itu sama dengan do’a-do’a kita … InsyaAllah, cepat tercapai.😉
    Salam dari kota bertuah Pekanbaru…

    • SITI FATIMAH AHMAD September 6, 2014 at 11:56 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…
      😀 Kalau saya, sebaiknya bulan madu itu setiap hari bukan masa tertentu sahaja dan pergi ke mana-mana, Soeman.

      Mudahan dengan berani bermimpi kita akan sampai kepada apa yang kita impikan. aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan Soeman. Oh begitu rupanya gelaran kepada Pekan Baru, Riau – “Kota Bertuah”. Dari mana dapat nama “bertuah” itu ?

      Salam sejahtera di penghujung pekan.🙂

  15. Zian September 9, 2014 at 2:10 am #

    Assalamualaikum wr wb. bu Fatimah..
    suka sekali dg kalimat “asal berani bermimpi semuanya mungkin”.
    semoga impiannya terwujud ya bu…
    kalau ke indonesia mampirlah ke banjarmasin. hehe
    dan jangan lupa ajak-ajak saya kalau ke paris.. hehe..

    salam..

    • SITI FATIMAH AHMAD September 9, 2014 at 1:43 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Zian…

      Setiap kejayaan yang wujud semuanya berawal dari mimpi-mimpi kita yang kemudiannya dengan berani dan bersungguh-sungguh kita mengapainya sehingga menjadi kenyataan.

      Aamiin Allahuma Aamiin. Mudahan impian akan terwujud dengan adanya usaha dan wang yang dapat melepasi segala halangan untuk memungkinkan impian itu tercapai.

      Insya Allah, 1001 tempat yang “wajib” dilawati di dunia sebelum badan dikandung tanah masih dalam perancangan dan akan dilakukan.

      Terima kasih Zian atas kunjungan yang seperti biskut chipmore ini. Salam sejahtera dan sukses selalu.🙂

  16. Titik Asa September 12, 2014 at 12:13 am #

    Assalamu’alaikum wr.wb, mbak Fatimah. Apa kabar mbak?
    Paris…ah indah sekali. Entah apakah saya bisa berkunjung kesana suatu waktu nanti…

    Salam persahabatan selalu,

    • SITI FATIMAH AHMAD September 12, 2014 at 4:02 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan mas Titik serta keluarga di sana dalam kondisi sihat dan dirahmati Allah SWT.

      Tidak apa, kalau mungkin tidak samapi ke Paris. Yang pentngnya sekarang sudah berani bermimpi. Pasti mimpi itu akan membuat kita tersenyum dan bahagia.

      Terima kasih kembali berkunjung dan salam sejahtera.🙂

  17. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 4:44 pm #

    Mentok Nonton di Tipi Bund😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: