CT375. KEMBARA MIRI (7): THE GRAND OLD LADY

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

GOLadyFatima1theGrandOldLadyMiri

*

MASJID AL-TAKWA*

Masih HARI KETIGA…… menyambung aktiviti kami sekeluarga dari TAMAN KIPAS menuju MASJID AL-TAKWA, MASJID BAHAGIAN, BAHAGIAN MIRI. Jarak Taman Kipas dengan Masjid hanya lebih kurang 5 minit perjalanan kereta. Sangat dekat.

Setelah memarkirkan kereta Innova di parkir masjid, kami melaksanakan solat jamak dan qasar. Kami berehat selama 30 minit untuk mengembalikan tenaga yang banyak digunakan semasa berjalan-jalan di Taman Kipas yang luas.

*

GOLadyFatima2MasjidAlTakwaMiri1

*

GOLadyFatima3MasjidAlTakwaMiri2*

Kami meninggalkan perkarangan Masjid Al-Takwa pada jam 2.05 petang menuju destinasi ke BUKIT KANADA. Awalnya hendak makan dahulu, tetapi dibatalkan kerana rencana kami ke Bukit Kanada dipersetujui oleh anak-anak yang sangat ghairah untuk ke Muzium Petroleum.

Ini yang best anak-anak saya, mereka sangat “sporting” (bersukan) πŸ˜€ tidak banyak kerenah dan bertolak ansur. Sebenarnya kunjungan kami kali ini ke Bukit Kanada merupakan kunjungan ke-2.

Ketika kunjungan pertama setahun yang lalu, kami tidak sempat memasuki Muzium Petroleum Sarawak kerana sudah tutup. Oleh itu, harapan kami Muzium Petroleum akan dibuka untuk memenuhi impian kami yang belum kesampaian.

*

BUKIT KANADA*

SPH memberitahu saya bahawa orang berkata jika tidak berkunjung ke The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum Sarawak yang terletak di Bukit Kanada di Miri, kunjungannya tidak sah dan tidak sempurna.Β 

Apakah BUKIT KANADA ? Pertama kali saya mendengar namanya, seakan nama sebuah negeri di negara Amerika Syarikat. Aneh pada awal pengetahuan saya kenapa ia dinamakan Bukit Kanada ?

*

Maklumat dari Wikipedia, ensiklopedia bebas…… mengikut cerita orang tua, suatu ketika dahulu, terdapat seorang kulit putih warga Kanada yang pernah tinggal di sana ditugaskan untuk mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit tersebut. Hehehe…. itu sahaja maklumatnya. πŸ˜€

*

Bukit Kanada terletak di Bandaraya Miri. Ia mempunyai nilai sejarah tersendiri dan menjadi antara mercu tanda Bandaraya Miri. MUZIUM PETROLEUM pertama dibina di Sarawak terletak di Bukit Kanada. Miri pernah diberi gelaran sebagai Bandar Minyak seabad yang lalu.

Sehubungan itu, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk melihat apakah yang menarik kepada monumen The Grand Old Lady ini sehingga dianggap sangat penting dalam kalendar pelancungan negeri Sarawak umumnya dan dan Bandaraya Miri, khususnya.

Untuk sampai ke Bukit Kanada, kita harus mendaki di atas jalan bertar di lereng bukit secara dua hala. Jalannya nampak sempit dan bengkang bengkok.

Saya kurang senang dan bimbang ketika melalui jalan ini. Selekohnya banyak yang tajam. Pemanduan harus berhati-hati dan perlahan kerana kita tidak tahu apa yang datang di sebalik selekoh tersebut.

Ketika sampai satu kawasan lapang yang mendatar, kita akan dapat melihat papan tanda nama Kampung Haji Wahid. Satu lagi nama Kampung Lereng Bukit (saya tidak pasti tanda namanya). Kedua-dua kampung ini terletak di kaki Bukit Kanada yang sayup kelihatan di bawah sana.

BUKIT KANADA TIDAK SELAMAT ? Begitulah tajuk akhbar yang pernah di siarkan di dalam akhbar tempatan dan nasional akibat dari tragedi tanah runtuh yang pernah berlaku pada tahun 2009 yang lalu.

Walaupun tragedi itu telah berlaku beberapa tahun yang lalu, saya dapati rumah-rumah di bawah lereng Bukit Kanada masih wujud. Mungkin juga masih berpenghuni atau sudah dikosongkan. Hanya tinggal kerangka rumah yang tidak berpenghuni. Entahlah. Tidak pula saya menyelidikinya. πŸ˜€

Kami meneruskan perjalanan mendaki hingga sampai ke puncak Bukit Kanada. Yang pertama kita lihat sebaik menghampiri jalan datar adalah bangunan Muzium Petroleum Sarawak, barulah Menara The Grand Old Lady. Kawasan parkirnya luas. Petang itu tidak ramai pengunjung.

Jika kita datang di waktu petang sekitar jam 5.00, kita dapat melihat ramai orang berkunjung untuk aktiviti riadah yang kemudiannya berakhir dengan menonton keindahan alam yang indah apabila matahari mulai terbenam di Laut China Selatan.

*

GOLadyFatima4MuziumPetronasSarawak

*

Kami sampai pada jam 2.18 petang di atas Bukit Kanada dan memarkirkan kereta berhampiran The Grand Old Lady. Anak-anak sudah tidak sabar hendak keluar dari kereta untuk menuju monumen atau mercu tanda The Grand Old Lady. Saya juga demikian sama.

*

GOLadyFatima5TheOldGrandLadyMiri*

Maklumat sejarah berkaitan dengan The Grand Old Lady ini saya petik dari blog OFFICIAL WEBSITE OF TOURISME MALAYSIA. Oleh kerana ini fakta penting, saya hanya meminjam fakta ini untuk dikongsikan bersama sebagai pengetahuan yang bermanfaat.

*

SEJARAH TERPAHAT 116 TAHUN

TheGrandOldLady1910

Foto di atas, salah satu monumen bersejarah yang paling penting di Sarawak. Telaga Minyak Miri No.1 (Miri Oil Well No.1):- THE GRAND OLD LADY – mengeluarkan minyak pertamanya pada 22 Disember 1910.

*

Grand Old Lady bukan monumen wanita tua tetapi telaga minyak nombor 1 di Miri. telaga minyak pertama yang menggunakan peralatan kabel di dalam negara seolah-olah seorang ‘ibu’ yang mengeluarkan hasil yang bernilai kepada rakyat negaranya.

Mercu tanda ini kira-kira 30 meter tinggi, terletak di atas Bukit Canada menghadap bandar Miri, dan berjaya menarik penduduk tempatan untuk menikmati pemandangan atau berjoging di atas laluan yang dibina khas.

Penemuan minyak pada tahun 1910 di Bukit Canada adalah sejarah penting bagi Miri yang moden. Bukit Canada adalah tempat di mana industri minyak di Sarawak bermula, dengan kejayaan menggali telaga minyak Miri pada 1 Disember 1910.

Perkembangan industri minyak telah membantu mengubah Miri dari sebuah perkampungan kecil nelayan pada abad ke-20 menjadi sebuah bandar moden dan maju pada abad ke-21.

Pelantar pertama yang dibina dipanggil ‘Tha Grand Old Lady’ dan telah menghasilkan minyak selama 62 tahun. Bersebelahan The Grand Old Lady adalah Muzium Petronas yang mempamerkan gambar dan maklumat mengenai industri petroleum.

Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya telaga ini ditutup pada tahun 1972. Seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan bagi negeri Sarawak.

*

MONUMEN BERSEJARAH

Sebaik menjejak kaki di bumi datar Bukit Kanada, saya terus memandang monumen The Grand Old Lady yang setinggi 30 meter. Monumen itu adalah tiang penggali minyak.

*

GOLadyFatima7OldLady2

*

GOLadyFatima11GrandOldLady7

*

GOLadyFatima10OldGrandLady6*

Di bawah monumen itu saya melihat replika 4 orang pekerja sedang menolak ke hadapan sebatang tiang yang melintang seakan kemudi untuk mengerudi minyak di bawah tanah.

*

GOLadyFatima8OldGrandLady4*

Replika menunjukkan cara bagaimana menggali minyak. Dengan tenaga empat kerat tersebut, kita dapat membayangkan susah payah orang dahulu mengeluarkan minyak mentah dari perut bumi. Tentulah mengambil masa yang panjang.

Berbeza dengan sekarang, cukup menggunakan peralatan gerudi, minyak akan terpancar keluar dengan segera melalui tenaga manusia yang hanya menekan punat butang “on atau off”.

*

GOLadyFatima12GrandOldLady8

Di sinilah sejarah bermula 116 tahun yang lalu.

*

Saya terfikir, bagaimana minyak boleh ada di atas bukit ini 116 tahun yang lalu ? Atau tanah ini memang asalnya rata ketika itu dan kemudiannya di tarah sehingga tinggal puncak bukit yang dikekalkan untuk menjadi kenangan oleh anak cucu di kemudian hari.

Dan kitalah generasi yang dimaksudkan untuk melihat bahan sejarah yang tidak terfikir pernah wujud di bumi Miri ini. Saya bersyukur dan berbangga kerana pernah menjejak kaki di kawasan bersejarah ini bersama keluarga saya.

*

KAPSUL MASA 2105

Setelah puas menikmati tinggalan sejarah penemuan minyak pertama itu, anak-anak berlarian ke satu kawasan lapang yang bersih dan luas di sebelah kanan monumen tersebut.Β 

Selain The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum Sarawak, di puncak Bukit Kanada juga di bina beberapa skaptur yang menggambarkan masa depan. Salah satunya dinamakan KAPSUL MASA.

*

GOLadyFatima17BukitKanadaMiri

Kelihatan Iffah dan Akram sedang berada di sekitar kawasan skaptur Kapsul Masa

 

GOLadyFatima13KapsulMasaMiri

*

Foto di atas, Kapsul Masa yang menjadi mercu tanda baru yang akan dirasmikan semula pada 100 tahun akan datang. Ini merujuk kepada perasmiannya tahun 2005 dan dirasmi pembukaan isi Kapsulnya pada tahun 2105.

Saya fikir, saya turut menjadi sejarah juga kerana sudah tidak ada di muka bumi ini ketika tahun 2105. Kembali ke pangkuan kekasihku. Amin. πŸ˜€

ANEHnya, apa yang dicatat pada papan pemberitahuan bahawa di dalam Kapsul Masa itu mengandungi Buku Cenderamata Pengisytiharan Bandaraya Miri, suratkhabar tempatan dan pelbagai dokumen bercetak tetapi semua itu TIDAK ADA di dalam Kapsul Masa tersebut.

Di dalam KOSONG, pecah dan berlubang. Ke mana “menghilangnya” kandungan Kapsul Masa itu ?

*

GOLadyFatima14AnakAnakKapsulMasa

Foto setahun sebelum ini, anak-anak duduk di atas Kapsul Masa sambil menunggu matahari terbenam di atas Bukit Kanada.

*

GOLadyFatima15MIRIMatahariTerbenam

Bandaraya Miri dilihat ketika matahari sedang terbenam

*

MEMASUKI MUZIUM PETROLEUM SARAWAK

Alhamdulillah, sesudah melawat Taman Kipas, Masjid Bahagian Miri dan The Grand Old Lady, kami beralih ke Muzium Petroleum Miri. Sudah tentu bahan-bahan yang dihidangkan di dalam muzium ini sangat bermanfaat untuk pengetahuan saya, SPH dan anak-anak.

Apa yang menarik di dalam Muzium Petroleum ?. Insya Allah ikuti seterusnya destinasi percutian kami sekeluarga agar anda memperolehi pengalaman ilmu yang dipaparkan melalui catatan dan foto ketikan saya ini. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang suka berfikir. Aamiin.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima25 Febuari 2016 (Khamis)/ 16 Jamadilawal 1437H/ 1.22 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. bersyukur kepada Allah SWT kerana kemurahan dan ehsan-NYA yang besar sehingga aku diizinkan untuk menjelajah sebahagian kecil bumi ini untuk melihat kebesaran dan keagungan-NYA. Seorang hamba wajar memuji Tuhannya yang telah melimpah nikmat untuk kesejahteraan hidup-NYA. Ya Allah, kepada-MU aku selalu bertawakal. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Percayalah, rindu itu selalu ada untukmu di sini…. DI HATIKU. Tidak akan pernah padam walau kita berjauhan jarak.Β  Ingatlah, kita selalu menjejak bumi yang sama, menatap mentari yang satu, menghidu udara yang serupa. Kita sentiasa dekat di mana sahaja berada. Kau selalu indah. Doaku mengiringi perjalananmu. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

23 thoughts on “CT375. KEMBARA MIRI (7): THE GRAND OLD LADY

    • Alhamdulillah…. anak-anak yang sudah kita ajar dan biasakan dengan masjid pasti sentiasa senang untuk ke masjid. Mereka akan resah kalau masuk waktusolat tetapi masih belum jumpa masjid.

      Jika tidak ada masjid, kami akan mencari stesen minyak Petronas. Di Malasyia, semua stesen minyak Petronas ada (wajib) menyediakan surau kecil untuk lelaki dan wanita bagi kemudahan musafir.

      Terima kasih Abah Shofi atas kunjungan dan salam sejahtera.

    • Insya Allah Amri Evianti, melawat negara orang memberi pengalaman yang luas kerana kita dapat melihat budaya, ragam bahasa dan kehidupan penduduknya.

      Terima kasih sudah berkunjung kemari lagi.
      Salam manis selalu dan didoakan Amri sihat sejahtera. Aamiin. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Winnaz….

      Alhamdulillah, rumah Allah memang selalu menedeuhkan hati penghuninya. Memang menarik sejarah The Grand Old Lady ini. Kami bertuah dapat melihatnya dari dekat.

      Terima kasih Winnaz atas kunjungan dan salam mesra. πŸ™‚

  1. Bagaikan kakak ikut sama berjalan dari masjid At-Taqwa, ke Muzium Petronas, bukit kanada (alahai kenapalah tak letak aje bukit Miri kan CT) sampailah ke grand old lady (bunyi boleh buat org membayangkan nenek tua hihi…). tapi semuanya lawatan yg menyeronokkan. Cuma itulah macam CT kata capsule masa tu sayang begitu pula jadinya.

    • Melancung bersama keluarga memang seronok kak. Tambah lagi ragam anak-anak yang pelbagai. Melihat mereka gembira, kita turut merasainya juga. Iya betul tu kak. terfikir juga, kenapa tidak ditukar sahaja nama bukit itu biar namanya ada bunyi kemelayuan. Mungkin nilai sejarahnya yang lebih kuat menjadikan namanya kekal begitu.

      Tentang Kapsul Masa tu, kalau kandungannya dijelaskan disimpan dan dipamerkan dulu dalam Muzium Petroleum sehingga tiba tahun 2105 baru diletak semula, tidak apa juga. Tetapi tidak ada maklumat tentangnya seakan ia “dicuri” dari kapsul tersebut. wallau’alaam.

      Sepatutnya pihak berkuasa tempatan mengambil berat tentang hal ini.

      Terima kasih kak Zakie sudah berkunjung dan didoakan bapa akak cepat sembuh. Aamiin.

      Salam manis selalu.

  2. Assalamu’alaikum wr.wb.mba Fatimah…
    Senang melihat pemandangan yang ada di foto-foto itu ya mba, indah sekali…. Anak-anak kelihatan gembira sekali menikmati perjalanannya di The Grand Old Lady ini. Pengalaman ini tentu menjadi kenangan indah bagi mereka untuk masa-masa tua mereka nanti ya mba.
    Salam persahabatan dari Dompu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin…

      Alhamdulillah, melancung bersama anak-anak memberi suasana yang mengasyikkan apabila melihat mereka gembira. Selain itu, mereka dapat menambah pengetahuan tentang sesuatu yang berkaitan dengan lokasi lawatan. Sudah pasti pengalaman ia menjadi kenangan buat mereka.

      Terima kasih dan salam takzim.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, betapa perlu bersyukur dapat melakukan perjalanan ke tempat yang bersejarah begitu ya, Mbak. Bersama anak-anak dapat mengambil pelajaran darinya. Di samping sejarangnya yang panjang, saya juga suka desain dan hiasan kaligrafinya.

    Salam hormat dari Jogja ya, Mbak πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah… apabila ada rezeki yang dikurniakan untuk kita mampu melancung ke mana-mana pun bersama keluarga memang patut kita mengambil kesempatan itu. Mudahan kita semua mendapat manfaat dari perjalanan yang jauh dan pengalaman yang luas.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam hormat kembali.

    • Benar kak… saya turut musykil apabila membaca kandungan yang sepatutnya ada di dalam Kapsul Masa. Sayang jika tidak ada perapian dalam penjagaannya.

      Bagi saya Kapsul Masa itu satu tarikan yang unik kerana perasmian pembukaannya dilakukan 100 tahun akan datang. Kita pun tak ada lagi masa itu. Mungkin cucu kita yang sempat menyaksikan acara gemilang tersebut.

      Terima kasih Kak Paridah atas kunjungan dan salam manis.

  4. Pingback: CT377. KEMBARA MIRI (9): SINGAPORE CHICKEN RICE | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.