CT191. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (4): MAKKAH 2013

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Haramain4Fatima1Makkah2013

Alhamdulillah, setelah posting CT190. MAKKAH 2011 (2): KEMUDAHAN HAJI 2011 dibaca, saya yakin anda memahami kenapa saya ingin membuat perbandingan tentangnya.

Tentu sekali, bukan sahaja di Malaysia yang mengalami anjakan paradigma dalam memberi kemudahan haji kepada para hujjaj tetapi di kebanyakan negara luar juga berbuat yang sama. Tetapi berbeza cara pengurusan dan pentadbirannya.

Apa yang penting, pemerintah sesebuah negara terutama negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam agar memberi prioriti kepada umat Islam dalam memudahkan urusan perjalanan haji mereka. Salah satu dari tugas para pemerintah adalah memastikan rakyat sentiasa dijaga kebajikanya.

*

KUOTA HAJI 2013 DIKURANGKAN 20 %

Berdasarkan pemerhatian ringkas secara audio visual ini, saya secara holistiknya melihat bahawa apa yang sedang berlaku di Makkah masa kini dan masa akan datang adalah merupakan tanggungjawab Kerajaan Arab Saudi sebagai Penjaga Dua Tanah Haram untuk memastikan segala kemudahan dan pelaksanaan ibadah haji dan umrah umat Islam sedunia diberi keutamaan.

Oleh itu, untuk memastikan keselamatan jemaah haji, Kementerian Haji Kerajaan Arab Saudi telah mengirim surat rasmi berhubung pengurangan kuota jamaah haji pada musim haji 2013 sebanyak 20 peratus dari kuota asal yang disepakati. Peraturan ini melibatkan semua negara di dunia.

Pengurangan kuota disebabkan projek  pembangunan Masjidil Haram yang sedang berlangsung. Bagaimanapun, keadaan ini sementara sahaja dan dijangka kembali pulih setelah selesainya projek pembesaran dan penambahbaikan prasarana di Masjidil Haram, Makkah menjelang tahun 2020.

Oleh itu, bagi jemaah haji yang tidak disenarai namanya di dalam kuota haji 2013, harap bersabar dan redha kerana semua yang berlaku dalam penyenaraian nama tersebut sudah ditentukan Allah SWT. Apabila Allah SWT sudah menjemput kita menjadi TETAMU-NYA, pasti tidak ada sesiapa yang mampu menghalang-NYA. Atas sebab dan cara apapun yang membawa kita ke sana – menunaikan haji – maka semua itu adalah kudrah dan iradah Allah SWT.

*

INILAH BUKTI KENAPA KUOTA DIKURANGKAN

Paparan berikut menunjukkan bukti kepada banyak persoalan yang berlaku di minda umat Islam seluruh dunia, kenapa kuota haji bermula tahun 2013 hingga 2020 dikurangkan.

Mari kita sama-sama meneliti pembinaan lantai tawaf dan pembesaran yang semakin rancak dijalankan di Masjidl Haram dan kawasan sekitarnya yang mulai dilaksanakan “pengecilan” tempat tawaf sehingga mengurangkan jumlah jemaah haji untuk melakukannya dalam satu-satu masa.

Mudahan ketidakselesaan ini akan menjadi sebab untuk melatih jiwa dan kecekalan hati dalam meningkatkan kesabaran untuk beribadah. Bukanlah menjadi alasan untuk kita merasa susah payah dan berkeluh kesah.

*

PEMBINAAN LANTAI TAWAF MASJIDIL HARAM 2013

*

PEMBESARAN MASJIDIL HARAM DARI ATAS MENARA KREN 2013

*

EKSKLUSIF – PEMBESARAN MAKKAH AL-HARAM 2013

*

LANTAI MATAF HAMPIR SIAP

*

Haramain4Fatima2Mataf2013

Semoga dengan sedikit kongsian dari keadaan yang berlaku di Kota Makkah dan Masjidil Haram masa kini, dapat memantapkan lagi persediaan para jemaah haji untuk mengharungi segala cabaran yang bakal ditempuh sepanjang menjalani ibadah di Tanah Suci. Insya Allah, bersandar dan bermohonlah kepada Allah SWT, semoga akan dipermudahkan semua urusan ibadah haji dan kehidupan yang dilalui. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

*

PesanFatimaku

KEPADA BAKAL HAJI

Musim haji sudah tiba. Tanggal 8 September 2013 (Ahad), rombongan haji pertama dari Malaysia telah berangkat menuju ke Kota Madinah. Hati saya turut terbang bersama ke Tanah Suci. Tidak terasa sudah 2 tahun, bumi tercinta penuh nikmat keimanan itu ditinggalkan. Walau jauh dari pandangan mata, namun di hati tidak pernah melupa.

Yang jelas, musim haji tahun ini memberi kesan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Merujuk kepada pembesaran dan perluasan Masjidil Haram yang sedang berlaku sehingga memasuki daerah Dataran Kaabah, debu-debu halus yang tidak kelihatan akan menerawang bebas di ruang udara tanpa disedari menjamah kulit dan tubuh jemaah.

Oleh itu, jemaah haji perlu mengambil berat akan kesihatan diri supaya tidak dijangkiti apa-apa penyakit yang boleh menular di kalangan para hujjaj seluruh dunia. Dimaklumi, sekarang ini ada penyakit yang sedang merebak melalui penyebaran virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS). 

Masalah cuaca panas kering yang sering berubah suhu selalu menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti batuk, lelah, influenza dan sebagainya. Oleh itu, disarankan para hujaj membawa banyak topeng muka (face mask). Ubatan secukupnya dan menjaga kebersihan diri. Selain itu, sentiasa meminum air zam-zam untuk menjaga kulit dari mengalami dehidrasi (kurang bahan cair ringan dalam badan),  kekeringan dan mengelupas.

Bagi penerangan lanjut berhubung perkara di atas , sila lihat posting CT109. CABARAN HAJI (1): BATUK dan  CT110. CABARAN HAJI (2): CUACA. Mungkin pengalaman saya selama 49 hari di Bumi Hijaz dapat membantu para bakal jemaah yang inginkan maklumat tentang persediaan yang diperlukan sebelum  berangkat ke Tanah Suci dalam masa terdekat ini.

SEMOGA BEROLEH HAJI MABRUR

*

 **************

9 September 2013 (Isnin)/ 3 Zulkaedah 1434H/ 9.17 malam- Sarikei, Sarawak

AKU…. mengkagumi setiap keindahan yang diciptakan Allah SWT kepada hamba-NYA. Memperhatikan keindahan alam dapat menambah harga diri. Malah menjadikan kita sentiasa berasa muda kerana keindahan selalu memberi hati kita hidup segar, berwarna hijau dan tidak pernah tua. Sesuatu yang indah itu baik dan sesiapa yang baik selalu dipandang indah. Indah pada hati, indah pada lidah dan indah pada tingkah. Ingatlah, Allah itu indah dan suka kepada yang indah-indah. Oleh itu, jadilah orang yang indah pada hati bukan indah pada mata.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

barheart2

DEDIKASIKU UNTUKMU…..

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….. Ada tiga hal yang penting dalam kehidupan kita. Pertama adalah BERBUAT BAIK. Kedua adalah BAIK HATI dan Ketiga adalah HATI BAIK. Semua ini menjadikan kita sentiasa bersangka baik kepada orang lain. Kebaikan tidak akan bernilai selama ia diucapkan kecuali setelah ia dikerjakan. Kebaikanmu selalu merintis jalan keindahan dalam warna warni hidupku. Terima kasih untuk semua yang baik dalam benak fikirmu yang indah. Wassalam. 😀

*

barheart2

*

40 thoughts on “CT191. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (4): MAKKAH 2013

    • Alhamdulillah, bunda baik dan sihat selalu. Didoakan nanda Blue juga dalam kondisi yang sama dalam rahmat Ilahi. Aamiin.

      Silakan membaca apa yang dapat bermanfaat buat nanda Blue. Mudahan akan bertambah baik kehidupan dan iman semakin mantap.

      Terima kasih atas kunjungan dan doa yang baik dari nanda Blue. Semoga sukses dan dimudahkan segala urusan.

      Salam hangat kembali. 😀

    • Insya Allah, dimaklumkan apabila selesai pembangunan di sekitar Masjidil Haram dalam beberapa tahun ini, kuota asal yang diperuntukkan bagi semua negara di dunia ini akan diberi semula dan mungkin akan ditambah. Mudah-mudahan.

      Terima kasih Aura Ide.
      Salam hormat. 😀

  1. hati ini selalu bergetar setiap kali menyaksikan secara langsung video thawaf.

    Pengurangan quota haji yang diberlakukan untuk seluruh calon jamaah haji membutuhkan kesabaran, karena sebagaian diantara mereka harus menunda keberangkatannya. Ini memang untuk keselamatan calon jamaah haji selama proses pembangungan berlangssung.
    Mudah-mudahan dengan adanya renovasi ini, kelak thawaf akan lebih lancar dan tidak berjubel, juga menjalankan ibadah di seluruh areal masjidil haram semakin nyaman

    • Hanya kerinduan sahaja yang mampu dirasai kini apabila berjauhan dari Tanah Suci. Benar, dengan melihat video Tawaf, ia mendekatkan kita yang pernah ke sana untuk hadir lagi di kemudian hari. Insya Allah.

      Pengurangan kouta hanya sementara bagi memelihara keselamatan dan kebajikan para hujjaj. Kelihatan tempat tawafnya semakin kecil kerana perobohan sebahagian bangunan masjidil Haram. semoga tidak ada kesan buruk yang bisa menggugah kesihatan dan kehidupan para hujaj di sana.

      Iya, harapan kita begitulah, dengan pembesaran Masjidil Haram akan memudahkan perjalanan ke Masjidil Haram kerana di maklumkan di terowong nanti ada eskalator. Jadi tidak perlu berjalan.

      terima kasih Pakies untuk kunjungan dan kongsiannya.
      Salam hormat. 😀

    • Alhamdulillah, Elfarizi.
      Bunda sihat. Didoakan El juga sihat dan sukses. 😀

      Terima kasih atas kunjungan dan senang dengan ingatan dari EL. Mudahan akan aktif kembali menulis untuk berkongsi ide dan ilmu.

      Salam ceria. 😀

  2. Assalaamu’alaikum Wr Wb…..

    Terkadang apa yang kita sudah persiapkan tidak semua berjalan dengan lancar, namun bila hal ini terjadi untuk suatu nilai ibadah, maka hendaknya terpulang kepada Alloh semata ya bun.

    Semoga semua bisa diterima dengan hati yang lapang dan ikhlas, karen haji merupakan panggilan Alloh, dan hanya Alloh lah yang maha tahu dan pembuka jalan untuk kelancaran bila masanya sudah tiba.

    Salam wisata

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Sesungguhnya, kita hanya merancang tetapi Allah SWT menentukan kejayaan perancangan itu atau tidak. maka kita hendaklah bersabar atas setiap ujian yang ditampilkan Allah buat kita.

      Insya Allah, jika kita memahami konsep Qadak dan Qadar Allah SWT, pasti setiap yang berlaku dalam kehidupan kita dapat dilalui dengan hati yang lapang dan redha.

      Tanah Suci Makkah adalah tanah kecintaan Allah SWT. Di sana ada Rumah Allah. Pasti para tetamu-NYA akan diutamakan. Cuma kita perlu bersabar atas setiap ujian yang didatangkan kepada dua Tanah Haram tersebut.

      Terima kasih mas Indra atas kongsian yang mencerahkan.
      Salam hormat selalu. 😀

  3. Assalamualaikum,
    Pengurangan kuota dalam rangka memberi pelayanan kepada seluruh jamaan dari seluruh dunia ya Mbak. Mudah-mudahan Masjidil Haram cepat selesai dan kuota kembali dinaikan..Agar masyarakat Islam dunia kembali bisa beribadah dengan tenang. Amin
    Salam manis dari Tangerang Mbak 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Iya, tujuan pengurangan kuota adalah sebagai langkah keselamatan ke atas para hujjaj. Pembesaran dan perobohan sudah memasuki kawasn Dataran Kaabah. Kerana itulah, Dataran itu semakin mengecil dan harus dibuat MATAF (lantai tawaf bertingkat) yang boleh menampung sejumlah hujaj yang bertawaf.

      Kita doakan agar pembinaannya cepat siap sebelum tahun 2020. Mudahan akan bertambah selesa dan mudah perjalanan ibadah di Makkah nanti. Aamiin.

      Terima kasih, mbak Evi.
      Salam manis selalu. 😀

  4. Pingback: CT192. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (5): MAKKAH 2020 & 2050 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  5. Assalamualaikum Puan,

    Para jemaah Haji pada tahun ini memerlukan kesabaran serta keikhlasan dalam menghadapi dugaan di tanah suci Mekah yang kini dalam kerja-kerja pengubahsuaian….terutamanya ketika hendak melakukan TAWAF……… amat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini……

    • Wa’aaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Abdu Aziz…

      Saya setuju Tuan Haji. Kesabaran dan keikhlasan dalam apa juga keadaan yang dihadapi oleh jemaah haji di bumi Haramain akan membuat mereka redha atas setiap masalah dan cabaran yang bakal ditempuh.

      Mudahan semuanya akan dapat dihadapi dengan lapang hati dan mohonlah pertolongan Allah SWT untuk setiap urusan manasik haji di semua masya’irnya.

      Terima kasih atas kunjungan Tuan Haji ke blog MGS G2 ini..
      Salam hormat dan didoakan sihat dalam berkah Ilahi. Aamiin. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.