CT451. ENAKNYA TAKOYAKI DI A’KUANSO SNACK AND DESSERT, SARIKEI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

TAK RASA MAKA TAK SUKA

….. begitulah ibaratnya antara saya dan makanan snek asal Jepun, TAKOYAKI. Tako bermaksud SOTONG dan Yaki adalah BAKAR.

Saya pernah melihat snek bebola ini di Farley Supermarket, Star Mall dan Delta Mall di Sibu, tetapi tidak pernah membeli dan untuk merasa. Mungkin tidak sesuai dengan selera saya.Β 

Snek Jepun yang pernah saya beli dan rasa hanya Mochi-Mochi, Kaya Ball dan penkek Jepun (Okonomiyaki). Itupun sebab anak-anak yang suka. Sebelum saya mengenali Takoyaki di kedai A’kuanso ini, hanya Mochi-Mochi yang pernah saya lihat dijual di Sarikei iaitu di Honey Bee Bakery (satu bangunan dengan Sugar Bun).

*

A’KUANSO SARIKEI

Inilah satu-satunya kedai Snack n Dessert yang menjual TAKOYAKI di Sarikei. Anak-anak sudah lama mengenali kedai ini dan selalu berkunjung bersama teman-teman mereka apabila “outing” di hujung minggu, jika ada kelapangan dan diizinkan.

Kedai ini terletak jauh dari kesibukan bandar Sarikei, berdekatan dengan Sungai Rejang, berjiran dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Bahagian Sarikei.

Lokasinya yang tersorok memungkinkan ramai yang tidak tahu kedai ini kecuali pelanggan tetap sahaja. Malah luaran kedainya tidak menarik. Saya selalu lalu di kedai ini tetapi tidak tahu wujudnya kedai A’kuanso sehingga Ieesyah, anak bongsu (12 tahun) menceritakannya.

*

MENU YANG LAZAT

Izzah (anak kedua) paling suka makan Takoyaki. Snek kegemarannya. Jangan ada sesiapa yang meminta lebih, pasti dijeling termasuk saya….hehehe.Β 

Beberapa hari yang lepas, saya mengajak Izzah dan Ieesyah untuk makan-makan santai di A’kuanso dengan tujuan ingin mengetahui kenapa anak-anak suka makan di kedai ini. Apa tarikannya ?

Apabila kami masuk ke dalam kedai, ternyata sudah ramai pelanggan di dalamnya. Kebanyakannya anak -anak muda. Pengajaran 1. Jangan lihat dari luaran kedai yang tidak menarik, masuk ke dalam dahulu baru boleh komen. πŸ˜€

Dalaman kedainya kurang luas, sempit, namun hiasan dekorasinya dengan sangat menarik, simple dan bersih. Ada satu ruang yang tinggi disediakan sofa dengan juntaian tali putih yang menimbulkan nuasa ruang tamu di rumah. Saya ingin duduk di situ tetapi sudah dipenuhi anak-anak remaja.

Kami berdiri di kaunter untuk memesan menu. Saya melihat pelbagai jenis snek dan minuman yang LAZAT-LAZAT disediakan. Antaranya:

*

  • TAKOYAKI (RM4.80),

  • French Fries biasa (Rm4.50) dan saiz XXL (RM6.90),

  • Wedges (RM4.90)

  • Nugget 6s (RM5.50) dan Nugget 12s (RM10.00)

  • Aiskrim (RM3.00),

  • Gyeren Bbang (RM4.20),

  • Original Waffle (RM3.50),

  • Savoury Waffle (RM6.20),

  • Soda (RM4.50),

  • Milk Shake (RM4.50),

  • Pudding Milk Shake (RM5.50),

  • Frappe (RM6.90),

  • Sundae (RM5.50) dan;

  • Floats (RM5.50).

*

*

ENAKNYA TAKOYAKI

Harganya sangat berpatutan dari RM3.00 hingga RM10.00. Saya jadi tergoda dan terliur untuk mencubanya terutama TAKOYAKI.

Setelah meneliti menu, saya dan Izzah memesan TAKOYAKI SPICY sedangkan Ieesyah hanya ingin makan French Fries Cheese (hmmm…. anak sorang ni memang hantu kentang goreng.) Untuk minuman, kami memesan Milk Shake iaitu Yam (saya), Cappucino (Izzah) dan Summer Melon (Ieesyah).

*

*

Kami memilih lokasi bersebelahan “cashier” bersetentang dengan TV.Β  Suasana bising membingitkan ruang kedai yang sempit dengan suara video klip lagu barat yang “menyakit” kan telinga.

Suara manusia terkawal dan penuh adab. Tidak terdengar suara pelanggan yang ketawa kuat atau bercakap dengan nada tinggi. Saya kagum walau ada anak-anak remaja yang bergurau senda sesama mereka.

*

Harganya menurut saya SANGAT MAHAL iaitu RM4.80 dengan 4 biji bebola Takoyaki, Bentuknya tidaklah besar sangat. Memang tidak berbaloi dengan harga tersebut. Tapi kerana lazat, saya “terpaksa” membelinya.

*

Foto di atas menunjukkan rupa bentuk Takoyaki yang sedang dimasak di atas acuannya.

*

Oleh kerana banyaknya taburan bonito flake/ katsuobush @ kepingan ikan tuna yang menutupi Takoyaki, maka tidaklah kita melihat bentuk bebolanya. Kepingan ikan tuna ini sangat sedap. Tambah lagi kicap khas Takoyaki yang membuatkan rasa Takoyaki di A’kuanso sangat lazat.

*

Ini Takoyaki Spicy pilihan saya dan Izzah. Anda boleh melihat kepingan kecil sotong di dalam belahan Takoyaki tersebut. Selain sotong anda boleh juga menggunakan inti yang lain seperti daging ayam, cheese, sayuran dan sebagainya mengikut selera dan citarasa. Eloklah jika intinya dimasak dahulu terutama daging yang mentah.

*

Minuman Milk Shake A’kuanso yang enak dan sempurna rasanya. Saya suka.

*

Kentang goreng Cheese pilihan Ieesyah. Kandungan kentang yang sangat banyak dengan rasa rangup dan lazat bersama taburan serbuk Cheese. Tidak rugi memesannya. Patutlah Ieesyah suka.

*

Cuma yang mengecewakan, taburan bonito flake dan kicap Takoyaki tidak banyak apabila anda membeli untuk dibawa pulang berbanding dengan anda makan di dalam kedai tersebut.

*

SUDAH RASA MAKA JATUH CINTA

…..hehehehe,Β  begitulah ibaratnya antara saya dan makanan snek asal Jepun, TAKOYAKI.

Melihat kesukaan anak-anak kepada snek Takoyaki ini dan saya juga (kecuali SPH), saya mula memasang angan – angan untuk mencari acuan (pan) membuat Takoyaki agar lebih banyak dapat dimakan. Harganya yang mahal membuat saya fikir tidak berbaloi membelinya. Saya boleh memasak sendiri.

Sayangnya, acuan tersebut tidak dijual di Sarikei setelah puas sayang dan SPH mencarinya. Akhirnya, datang idea untuk membeli secara online di Lazada.com. Pertama kali saya membeli secara online.

Saya meminta SPH untuk membeli acuan Takoyaki sebagai hadiah untuk ulang tahun kelahiran saya pada 22 September akan datang.

Insya Allah acuan tersebut akan sampai pada tarikh kelahiran atau lebih sedikit. Tidak apalah. yang penting saya mendapat hadiah tersebut. Terima kasih sayang. I Love You So Much.

*

Hadiah Hari Lahir ke 50 tahun dengan Iwatani Takoyaki Grill Pan Cooking Plate yang bakal diterima. Tak sabar menanti kedatangan pan ini agar boleh merasa Takoyaki buatan sendiri. Cuma masalahnya tidak tahu hendak beli di mana kepingan ikan Tuna yang saya suka itu.

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima14 September 2017 (Khamis)/ 23 Zulhijjah 1438H/ 2.20 petang,Β  Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan kehidupan yang dilalui ini tidak akan pernah terputus segala kenangan yang pernah dilalui di seluruh jalur nyawa yang berada di antara bumi yang dipijak. Segala pengalaman itu kita pernah bertemu dalam jarak yang berbeza dengan cerita yang tidak sama. Terima kasih kerana pernah hadir menyeri sejarah hidup ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….Β  Selalu ada doa yang tidak pernah terlupa dalam benak dan hadir suaraku di sejadah cinta. Semoga selamanya engkau sejahtera dalam rahmat Ilahi. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

20 thoughts on “CT451. ENAKNYA TAKOYAKI DI A’KUANSO SNACK AND DESSERT, SARIKEI

  1. Alhamdulillah ya bund. Hari kelahirannya masih beberapa hari ke depannya, tapi kadonya sudah terpesan sesuai keinginan dan dipesan dalam doa cinta pula.
    Benar kata petuah makanan itu harus dirasa dulu barulah dapat disimpulkan rasanya.
    Salam untuk semua ya, bund.

    • Alhamdulillah, mudahan hadiahnya nanti akan sampai tepat waktu. Sudah tentu hadiah itu mengisi keindahan pada hari lahir sendiri kerana pilihan sendiri. πŸ˜€

      Terima kasih mbak Ysalma atas kunjungan dan salam manis selalu di hari Jumaat. πŸ™‚

  2. Assalamualaikum wr. wb bu Hajjah Fatimah. Senang bila bisa menikmati waktu senggang bersama buah hati. Saya pun suka takoyaki, namun berusaha menghindari sotong sebab saya ada kolesterol.
    Semoga setelah datang pesanan dari lazada, bisa segera eksekusi buat takoyaki hasil karya sendiri.
    Salam hangat dari Jakarta Pusat 😊

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Kerana sudah popular dengan nama Takoyaki makan inti sotong asalnya boleh ditukar kepada inti yang lain seperti daging, sayur, udang atau sebagainya. Saya doakan mbak akan dapat mengurangkan kolestrolnya.

      Minum oat mbak, ia bagus untuk mengurangkan kolestrol. Minum tanpa gula. Untuk menggantikan gula masukkan kismis untuk manisannya. Insya Allah, kadar kolestrol akan cepat turun.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis selalu. πŸ™‚

  3. Assalamualaikum Kak Siti… Masih ingat Dyah kah Kak? Blog terdahulu dihapus dan ini baru lagi
    Takoyaki belum pernah mencoba. Padahal setiap di masjid Raya ada bazar kedai Takoyaki selalu ada. Memang mahal 15 ribu rupiah isi enam bola takoyaki. Tapi wanginya bikin penasaran.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Dyah….

      Alhamdulillah, saya masih ingat cuma keliru nama Maraza tersebut. Rupanya itu nama gabungan Dyah dan anak-anak. Satu gabungan yang menggambarkan kasih sayang yang erat.

      Betul, jika diteliti bahan membuat takoyakimemang murah tetapi kenapa harganya sangat mahal sekali. Kerana itu saya ingin membuat sendiri dan sanggup membeli grill pan-nya agar dapat makan takoyaki dengan sepuasnya.

      Boleh dicuba Dyah. Jika betul resepi dan sesuai dengan bahan, memang enak dan lazat.
      Terima kasih sudah berkunjung dan salam mesra. πŸ™‚

  4. assalamu alaikum kak Fatimah,
    takoyaki ini cepat popular .., anak2 di rumah pun suka sekali, hanya saya yang kurang merasa cocok di lidah.., beda selera he.. he..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…

      Benar, saya juga demikian sama apabila melihat Izzah, anak kedua suka membelinya, selera saya tidak tergoda untuk memakannya sehingga saya pergi ke kedai A’kuanso itu barulah saya dapat menaikmati keenakan dan kelazatan Takoyaki sebenar. Ini mungkin juga kerana sos yang diguna adalah sos khas Takoyaki, bukan sos tempatan. Cuba juga mbak agar tahu makanan Jepun ini.

      Salam manis selalu dan terima kasih sudah berkunjung. πŸ™‚

    • iya Wahyu, kuahnya adalah sos takoyaki sendiri dan mayonis.
      Saya fikir, di sana juga pasti ada kerana takoyaki sudah terkenal seantero dunia.
      Terima kasih Wahyu sudah berkunjung.
      Salam sejahtera dan selamat menyambut Maal Hijrah 1439.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.