CT139. SYAIR FATIMA BUAT RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

SyairFatima1BuatmuRasulullahSAW

Dalam syair, aku bermadah seloka membongkar segala rasa yang menguncup sekian lama untuk bertemu dan bersua muka dengan utusan Allah yang tercinta, rahmat bagi sekalian alam. Mengharap semuanya pasti akan berlaku pada suatu waktu yang ditentukan walau pertemuan itu hanya di dalam sebuah mimpi.

BUATMU… MUHAMMAD BIN ABDULLAH

yang aku miliki sekarang… hanyalah SEBUAH RINDU

*

SyairFatima2BuatmuRasulullahSAW

saat resah itu terjadi…. aku tiba-tiba seakan ingin memanggil namamu, Ya Rasulullah.

*

****************

7 Disember 2012 (Jumaat)/ 24 Muharram 1434H/ 10.07 pagi – Sarikei,  Sarawak

AKU…. melihat dunia ini selalu cuba menggodaku untuk mencintainya. Tetapi aku berusaha untuk memerlukannya sekadar keperluan bagi kebahagiaanku di atasnya. . Aku lebih memilih untuk mencintai akhirat yang kekal abadi bagi meraih syurga Tuhanku yang hakiki. Ya Allah, aku merindui syurga Firdaus-MU kerana di dalamnya aku dapat bertemu dengan kekasihku, MUHAMMAD BIN ABDULLAH SAW. Aamiin. Alangkah malangnya aku, jika amalku tidak membawa kepada kerinduanku pada-MU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

RinduFatima2Hanyadirimu

 I NEED YOU MORE THAN JUST A MEMORY

23 thoughts on “CT139. SYAIR FATIMA BUAT RASULULLAH SAW

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    MUHAMMAD BIN ABDULLAH, manusia pilihan Allah untuk membawa rahmat bagi sekalian alam. Bersyukurlah kita kerana dikurniakan nikmat iman dan nikmat Islam untuk menjadi pegangan hidup di muka bumi ini. Hiduplah dengan ajaran Islam yang suci. Cintailah Allah dan Rasul-NYA dengan sebenar-benar cinta. Maka, kita kan diganjari syurga yang bahagia di akhirat sana. Aamiin.

    MUHAMMAD by MAHER ZAIN

    *****

    YOU CAME TO ME by SAMI YUSUF

    DEDIKASIKU UNTUKMU… setiap detik yang berlalu, setiap degupan jantung, aku selalu memikirkanmu. Setiap saat yang pergi, setiap denyutan nadi , aku selalu mengingatimu. Ternyata semua itu menjadikan kerinduanku padamu mekar mewangi.Tidak pernah mati dan terkubur layu. Selama hati ini menumbuhkan namamu, titik hujan menjadi saksi kesuburannya. Selalu ada doa untukmu dan kejayaan hidupmu, selagi nafasku tidak terhenti.

    Wassalaam. 😀

  2. subhanallah, syair yang begitu indah. tergurat jelas cinta yang begitu luar biasa dari seorang hamba yang mendamba bersua dengan Rasulullah SAW. semoga kelak kita dapat duduk berdampingan dengan baginda Rasulullah di surgaNya. Amin. Apa kabar Bunda. lama tidak bersilaturahmi ke laman ini. senang sekali bisa kembali bersua.

    • Alhamdulillah, saya baik dan sihat. Didoakan AhsinMuslim juga dalam kondisi yang dirahmati Allah SWT.

      Terima kasih atas apresiasinya.
      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin. Mudahan apa yang kita hasratkan untuk bertemu dan bersama Rasulullah SAW akan diperkenankan Allah SWT.

      Berusahalah untuk menjadi pengikut setia dan umat yang taat kepada ajaran Islam. Dengan cara patuh dan taat, akan membawa kita kepada rahmat Allah SWT bagi meraih kunci ke syurga-NYA.

      Terima kasih AhsinMuslim atas kunjungan di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga akan betah kemari lagi menoreh kebaikan buat semua.

      Salam, mesra. 😀

  3. Ass……

    Sebuah alunan syair menarik saya untuk hadir dalam sebuah kreasi rindu yang terboreh disetiap relung hati. Dengan kerendahan hati ku tetap hadir untuk selalu menikmati syair Bunda untuk sang pujaan hati.

    Sukse selalu untuk Bunda sekeluarga.
    Salam Wisata

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma…

      Antara keindahan yang dititip Allah SWT untuk dinikmati oleh manusia secara lahiriah adalah keelokan bahasa yang dialunkan secara tersirat bagi membungakan kehidupan.

      Namun tidak semua yang dapat memahami kandungannya kecuali mereka yang lembut hatinya dan penuh dengan cinta murni kepadanya.

      Terima kasih kembali berkunjung menikmati hidangan yang tersaji di laman ini.

      Salam sukses dan semoga ceria di penghujung minggu bersama keluarga di sana. 😀

    • Alhamdulillah, demikianlah semestinya umat Islam untuk selalu mencintai Rasulullah SAW di hati mereka.

      Perjuangan baginda SAW harus diteruskan agar ajaran Islam semerbak serata alam dengan keindahan hidup Islami yang menjadi contoh teladan umat seluruhnya.

      Terima kasih Achoey. Semoga kita sentiasa menjadi pengikut Rasulullah SAW yang setia di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Salam ceria. 😀

  4. Mbak Siti selalu menemukan kata2 indah dlm memuji Rasulullah. Aku yakin ini berangkat dari rasa keimanan yangdalam. Semoga nanti Mbak Siti dipertemukan dengan beliau bersama dng orang mulia lainnnya, Amin. Salam mesra Mbak 🙂

    • Aamiin, Ya Rabbal ‘alamiin.
      Mudahan doa dari mbak Evi diperkenankan Allah dan kita bersama akan berusaha untuk bertemu dengan baginda Rasul SAW.

      Terima kasih mbak Evi dan salam mesra juga.
      Selamat berlibur di penghujung pekan. 😀

  5. Assalamu alaikum wr. wb.
    salam dan shalawat atas Rasulullah SAW,
    ummi, aku datang dengan comentator yang sekian-sekian :), afwan yach, tak jadi the first, sepekan lebih ananda berada dikampung halaman, tak baik sinyal disana,

    kemarin buka laman ummi,, WOOOUUUWWW, banyak sangat tulisan baru, neni jadi bingung mahu coment yang mana dahulu, 😉

    salam sayang dan rindu selalu buat ummi,
    selamat berlibur, jngn lupa bwken ole2 yach, 🙂 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang solehah…

      Alhamdulillah, membaca komentar Neni yang datang menyapa sudah membuat hati Umi berbunga ria. 😀

      Terima kasih selalu ingat dengan Umi walau beberapa waktu ini kurang bersilaturahmi kerana masih berlibur.

      Umi doakan Neni sukses dan sentiasa beroleh rahmat dari Allah SWT.

      Salam sayang dan rindu kembali dari Umi buat neni juga
      Maaf Neni, Umi cuma “makan angin” aja,
      tidak ada beli ole-ole apapun. 😉

      Selamat bahagia dan senyum selalu. 😀 😀

  6. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Subhanallah… syair yang begitu indah dan menyentuh hati siapapun yang membacanya. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan rida-Nya agar kita bisa meneladani isi syair yang merupakan curahan hati Fatima kepada Rassulullah SAW.

    Salam hormat dengan penuh bahagia…

  7. Assalamu’alaikum…
    Salam & Shalawat atas Rasulullah SAW.
    Syair curahan hati kerinduan Fatima yg sangat meneduhkan jiwa
    Alangkah bahagianya jiwa ragaku ini dapat berkumpul bersama,bejumpa & menatap wajah Baginda Rasulullah SAW disyurga Firdausnya Allah SWT. Amin.
    Salam hormat & kangen slalu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Lim…

      Aamiin Ya Rabb. Saya doakan kerinduan saudara kepada Rasulullah SAW di dunia ini akan menjadi syafaat untuk bertemu dengan Rasulullah SAW di syurga Firdaus.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.