Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
Sebelum pergi haji, saya sudah tahu adanya bangunan yang dibina untuk melindungi Bukit Safa dan Bukit Marwah. Tetapi saya tidak dapat membayangkan keadaan dalam bangunan tersebut secara terperinci sehinggalah saya menyaksinya sendiri secara alamiah apabila pertama kali mengerjakan UMRAH WAJIB.
Saya telah menulis posting CT275. UMRAH WAJIB (5) SAIE – BUKIT DALAM BANGUNAN yang lebih banyak menyajikan foto-foto luaran bangunan Saie sebagai berkongsi sedikit pemandangan untuk manfaat bagi yang belum menjejak kaki di sana.
*
SEJARAH MAS’AA (TEMPAT SAIE)
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 158, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah. Barang siapa beribadah haji ke Baitullah atau melaksanakan umrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan saie antara keduanya…”
*
Apabila kita membicarakan tentang peristiwa yang dikaitkan dengan Bukit Safa dan Bukit Marwah seperti yang dikandungkan di dalam firman Allah SWT di atas, kita akan menyorot secara langsung peristiwa yang terjadi kepada Bonda Siti Hajar aha. s dan anaknya Nabi Ismail a.s semasa pendudukan awal di bumi gersang Makkah setelah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Saya tidak akan menceritakan secara spesifik peristiwa tersebut, sekadar memberi imbasan dari apa yang berlaku secara kronologi dari pengalaman saya dan SPH dalam melaksanakan SYARAT- SYARAT SAH Saie. Jika SYARAT- SYARAT tersebut tidak dilakukan, maka ibadah Saie dianggap TIDAK SAH
Maklumat tentang Sejarah Nabi Ibrahim, Siti Hajar, Nabi Ismail dan Air Zam-zam boleh anda baca sendiri di banyak laman penulisan yang berkenaan.
*
PENGERTIAN SAIE
SAIE bermaksud BERULANG ALIK di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan SYARAT-SYARAT SAHnya. Terdapat juga SUNAT-SUNAT Saie yang digalakkan kita untuk melakukannya agar memperolehi pahala.
Pengertian Saie sangat ringkas dan mudah difahami. Kita sedia maklum ibadah Saie merupakan RUKUN yang terkandung di dalam ibadah HAJI dan UMRAH. Jika tidak melakukannya, maka pelaksanaan kedua-dua ibadah tersebut TIDAK SAH.
Saya berharap melalui pengalaman yang saya kongsikan dan cuba digarap dengan bahasa yang mudah agar senang difahami, akan dapat dipraktikkan oleh sesiapa sahaja untuk membantu memberi gambaran tentang pelaksanaan ibadah Saie dengan baik.
*
*
BAGAIMANA CARA SAIE ?
Seperti juga pelaksanaan rukun dan sunat yang lain baik dalam Haji mahu pun Umrah, ilmu dan pengetahuan untuk melaksanakan cara sesuatu ibadah itu SANGAT PENTING untuk difahami agar kita tidak BERTAKLID (ikut-ikutan) semata-mata.
Pembelajaran teori sebelum praktik akan memberi gambaran 70 peratus sebelum pelaksanaan 100 peratus.
Untuk memahami gambarajah di bawah, sila rujuk kepada SYARAT-SYARAH SAH dan SUNAT-SUNAT Saie. Selain itu perkara yang menjadi PERHATIAN (di akhir tulisan) agar anda dapat mengetahui apa yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan dalam bersaie.
*
*
Sebaiknya dalam setiap perjalanan pusingan Saie, jemaah hendaklah membaca doa, zikir dan ayat al-Quran. Rujuklah kepada Buku Panduan Haji dan Umrah yang diberikan kepada anda agar memudahkan anda. Sedikitkan berbicara agar kesempurnaan Saie dapat dilaksanakan dengan yakin.
*
MELALUI JEJAK SUCI SANG BONDA
Setelah semua ahli jemaah kumpulan berkumpul, kami dibawa oleh seorang Mutawwif yang lain, lebih muda dari Mutawwif pertama. Kami keluar dari Masjidil Haram memasuki bangunan Saie melalui Bab Safa (Pintu Safa). Keluar ke Pintu Safa merupakan sunat Saie kerana di sana akan bermulanya langkah Saie pertama.
Saya dapati sudah ramai jemaah yang melaksanakan Saie. Suasana dalam bangunan ini bising meriah dengan alunan ayat al-Quran dan doa-doa dari beberapa kumpulan jemaah haji negara lain dan Malaysia yang sudah mendahului kami.
Saya dan SPH berdiri berhampiran cermin kaca (di atas Bukit Safa yang sudah disimen marmar). Kemudian kami menghadap kiblat (sebelah kiri kami) sehingga dapat melihat Kaabah sambil membaca doa. Kemudian melambai kedua tangan serta bertakbir di Bukit Safa. Begitu juga di Bukit Marwah.
*
Berdiri di sini. Hadapkan diri dahulu ke arah kiblat (Terdapat papan tanda yang menunjukkan arah Kaabah). Baca doa apa sahaja yang anda inginkan. Kemudian lampai kedua tangan dan bertakbir. Setelah itu berselawat atas Nabis SAW ketika menuruni bukit. Barulah berniat.
*
BUKIT SAFA yang dikepung cermin kaca. Anda boleh berdiri di kawasan ini untuk bersedia memulakan langkah perjalanan Saie. Niat Saie adalah sunat. Namun mengekalkan niat merupakan Syarat Sah Saie.
*
Saya perhatikan terdapat papan tanda pada kedua-dua tiang awal yang di dalamnya menjadi laluan kerusi roda. Tiang-tiang tersebut merupakan KAKI BUKIT SAFA atau KAKI BUKIT MARWAH. Oleh itu, apabila sampai di kawasan TIANG ini sudah memadai untuk mencukupi SATU PUSINGAN Saie.
*
Foto ini diambil pada kemuncak musim haji selepas Tawaf Ifadhah Laluan kereta roda kelihatan sesak oleh jemaah yang kurang sihat untuk berjalan kaki. Tetapi ada juga yang sihat menggunakannya. Hal ini menimbulkan kesesakan. Jemaah yang sihat perlu SEDAR DIRI dan mengasihani orang yang lebih berhak menggunakan laluan itu.
Kerusi roda boleh disewa kerana ada perkhidmatan tersebut. Usahakan membuat penawaran kerana ada penyewa (individu) mengambil peluang menaikkan harga.
*
Suasana pertama kali melakukan Saie pada Umrah Wajib, jemaah tidak terlalu ramai. Maka boleh berjalan dengan selesa tetapi saya kurang senang dengan Mutawwif yang mengetuai kumpulan kami. Beliau berjalan terlalu laju sehingga kami terpaksa mengejar mengikut langkah mudanya. Jemaah yang uzur tertinggal di belakang.
Tanpa disedari pengawal pintu Babus Salam (kami bersaie di tingkat bawah tanah) telah menegur dengan “marah” kepada Mutawwif tersebut kerana berjalan terlalu laju. Selain itu, Mutawwif itu ditegur kerana membaca doa dan zikir dengan suara yang SANGAT KUAT.
Kesannya beberapa pusingan terakhir perjalanan kami menjadi perlahan dan tidak terkejar-kejar. Mutawwif juga menurunkan nada volumenya. Keadaan ini memberi kelegaan kepada saya dan SPH. Begitu juga dengan yang jemaah kami yang lain. Jika tidak termengah-mengah dengan nafas yang tidak teratur.
*
Kebanyakan jemaah tidak beridtiba’ (bahu kanan dikeluarkan dari kain ihram bagi lelaki) kerana ia hanya sunat sahaja.
Apabila perjalanan pertama dari Kaki Bukit Safa sampai ke Kaki Bukit Marwah, maka SATU PUSINGAN telah tamat dilaksanakan.
*
Jemaah digalakkan naik atas Bukit Marwah atau atas Bukit Safa (terutama lelaki) kerana ia sunat dilakukan. Tidak ada masalah bagi jemaah wanita untuk naik bersama kerana bukit itu sudah tidak tinggi dan kelihatan rata terutama Bukit Marwah (seperti foto di atas.) untuk solat sunat, berdoa atau berzikir.
*
Sebelum memulakan langkah, Hadapkan diri dahulu ke arah kiblat (Terdapat papan tanda yang menunjukkan arah Kaabah). Baca doa apa sahaja yang anda inginkan. Kemudian lampai kedua tangan dan bertakbir. Setelah itu berselawat atas Nabis SAW ketika menuruni bukit.
*
Baru memulakan perjalanan ke Bukit Safa. Begitulah seterusnya sehingga ke pusingan ke 7 yang berakhir di Bukit Marwah.
*
Sunat melakukan ramal (berlari-lari anak) bagi lelaki, manakala wanita berjalan cepat apabila sampai kepada tanda LAMPU HIJAU antara Bukit Safa dan Marwah.
Setiap kali sampai di kawasan ini, saya terbayang jejak Sang Bonda yang ada ketikanya berjalan cepat dan ada ketikanya berlari-lari anak ketika mencari air untuk anaknya dan rasa bimbang akan keselamatan anak yang ditinggalkan.
Tanpa sedar saya menitis air mata apabila membuat perbandingan dari jejak langkah saya di bawah lindungan bangunan yang sangat selesa sedangkan Bonda Siti Hajar berjalan di bawah terik mentari yang menyiksakan di gurun pasir yang gersang. Ketakutan tanpa teman sedangkan saya dikelilingi ribuan manusia. Allahu Akbar.
Nikmat Tuhan yang mana lagi hendak kita dustakan ?
Kini kita sudah berada di akhir zaman di mana semua kemudahan amat menyenangkan. Itu pun masih ramai yang tidak bersyukur.
*
TAMAT 7 PUSINGAN
Alhamdulillah, seetlah tamat 7 pusingan yang berakhir di Bukit Marwah, kami dipimpin ke bahagian tepi bangunan yang jauh dari laluan Saie untuk bercukur atau bergunting. Tujuannya untuk bertahallul Umrah Iaitu melepaskan diri daripada semua LARANGAN DALAM IHRAM.
Maklumat di atas merupakan peringatan untuk para jemaah agar berhati-hati dalam setiap perkara yang boleh membantu daripada berlakunya sesuatu yang melanggar syarat atau menimbulkan masalah.
*
KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI ATAU UMRAH
…. JUGA KEPADA para pembaca, jangan mengambil mudah segala urusan persediaan Saie. Walaupun terlihat senang untuk dilaksanakan, ia tetap memerlukan ilmu untuk mepraktikannya.
Setiap yang menjadi SYIAR dalam MANASIK HAJI mempunyai makna tersendiri yang hendak dihadirkan Allah SWT ke dalam jiwa kita yang gersang agar memahami apa yang telah berlaku pada masa lampau sehingga membawa PENGAJARAN untuk kita, manusia yang hidup di kemudian hari.
Semoga sedikit kongsian pengalaman dan gambar di atas dapat membuka ruang untuk memahami konteks pelaksanaan Saie. Insya Allah, akan disambung hingga ke akhir pelaksanaan RUKUN UMRAH selepas ini.
*
KU SUSULI JEJAKMU DENGAN RINDU YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI
*
***************
23 Ogos 2014 (Selasa)/ 27 Syawal 1435H/ 2.30 petang, Sarikei, Sarawak
AKU….. dan HARI INI, mempunyai kenangan indah yang menukil sejarah hidup. Suatu waktu buat menulis namamu semacam ada kerinduan yang tertinggal. Engkaukah yang mencuri waktu sehingga terhenti degup jantungku ? Aku termanggu, biarpun kenangan sepucat mimpi mengembara dalam kesendiriannya. Di sini, aku berlutut memeluk angin yang basah, barangkali kan ku temui bayangmu dalam tidur yang lelah.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
*
Dedikasiku Untukmu… HARI INI, redup alam mewarnai keunguan waktu. Seakan faham hujan rinduku menyanyikan warna jiwa yang jingga. Selamat untukmu, untuk kita juga, bersama doa dalam setulus hati, engkau sentiasa dalam rahmat-NYA. Wassalam. Wassalaam. 🙂
*
*
HIDUP INI SEHARUSNYA BERWARNA MERAH BUKAN BIRU UNGU
*
“HIDUP INI SEHARUSNYA BERWARNA MERAH BUKAN BIRU UNGU”
Hidup ini harus kita manfaatkan sebaik mungkin, sebelum kembali ke akhirat. 😀
Untuk manfaat hidup di dunia, harus berani (warna merah) menghadapi cabaran yang terbentang luas di depan mata. Hidup tidak selamanya berwarna biru dan ungu yang selalu menjerat manusia mencari kedamaian semata-mata dan rasa cinta yang tidak kekal lama.
Mudahan dengan keberanian lalu tumbuh keyakinan dan keercayaan sehingga dunia dicerna cahaya kuning gemilang untuk mencapai akhirat yang terbilang.
Terima kasih Haikal dan salam sejahtera. 🙂
Subhanallah.. Jazakallah ya Mbak atas penjabarannya.. Sangat memberikan inspirasi kepada saya meniatkan diri naik haji dari sekarang.. Semoga keberkahaan selalu menaungi hidup kita Mbak.. Salam kenal ya Mbak, ini kali pertama saya berkunjung ke blog ini.. 🙂
Alhamdulillah wabarakallahulak..
Aamiin Allahuma Aamiin. Semoga kebaikan selalu melingkari kehidupan hamba Allah yang selalu merindui tanah kecintaan Allah dan Rasul-NYA. Semoga bermanfaat buat Ilham agar segera ke sana.
Terima kasih dan salam kenal kembali. 🙂
Assalamualaikum wr wb
Bunda Fatimah
Sungguh pengalaman yang bagus untuk dikongsikan
Seputar pelaksanaan saei ..semoga selalu jd ladang pahala 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah wasyukrulillah.
Semoga beroleh manfaatnya.
Terima kasih dan salam sejahtera. 🙂
betapa kisah nabi Ismail kecil menjadi bagian dari syariat kita saat ini.
bagaimana ibunda beliau berlai-lari dari bukit shafa-marwa mencari air
dan air itu ternyata ada di bawah kaki Nabi Ismail kecil dan
ait itu bernama : ZAM_ZAM
subhanallah
Demikianlah Allah memberi pengajaran kepada kita melalui kisah Nabi Ibrahim, Bonda Siti Hajar dan Nabi Ismail untuk kita mengambil iktibar dari ketaatan dan kesabaran mereka dalam mentaati perintah Allah SWT. Bukan sekadar untuk dikenang tetapi untuk dijiwai agar kita menjadi hamba yang bersyukur.
Terima kasih mas Ilyas untuk kongsiannya dan salam hormat. 🙂
Assalamulaikum wr wb … Bu Siti … Membaca postingan ini saya sungguh terpesona … ibadan antara Bukit Saie dan Marwah sungguh menakjubkan … Subhanallah …
Tentang warna kehidupan yang berani dan suci itulah warna merah putih … sang saka merah putih… bendera Negara Kesatuan Republik Indonesia…. semoga tetap berjaya.. 😀
Salam sejahtera selalu dari pinggir timur Jakarta ..
Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya….
Memang luar biasa peristiwa tersebut sehingga menjadi satu syiar dalam ibadah haji dan umrah sebagai satu dari rukun keduanya.
Iya Soeman, merah putih selalu menggambarkan keberanian dan kesucian yang diharap dapat memberi semangat juang dan sifat patritik yang tinggi kepada bangsa yang mempunyai warna bendera sedemikian. Bendera Sang Saka seperti juga Bendera Jalur Gemilang mmpunyai corak merah putih padanya.
Selamat HUT kepada Indonesia untuk Hari Kemerdekaan ke 69 tahun. semoga negaranya aman makmur dan sejahtera dengan pimpinan baru. Aamiin.
Terima kasih Soeman dan selamat berjaya. 🙂
ceritanya inspiratif mbak
Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan, ya mbak.
Didoakan cepat sembuh dan ceria kembali hidup mbak Ely untuk aktif ngeblog.
Salam manis selalu dan terima kasih mbak Ely kerana berkunjung kemari walau sedang sakit. 🙂
Jadi lebih bersyukur ya Kak Fatimah sekarang. Kita bisa ber-sa’i dibawah bangunan yang lebih sejuk.
Alhamdulillah, begitulah antara nikmat yang kita perolehi di akhir zaman ini. Namun ada juga jemaah yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Terima kasih Sophie dan salam manis. 🙂
Kalau saya belum bisa bilang apa2 soal haji, sebab belum pernah kesana Mbak, keinginan sih ada hehee
Insya Allah, mudahan keinginan itu akan dikabulkan di masa depan.
Terima kasih Jimmy dan salam sejahtera.)
Aduh,,,,membaca tulisan mbak Fatimah tentang Umrah dan Haji…membuat saya semakin rindu menjejakkan kaki ke baitullah…..Semoga Allah memampukan saya dan keluarga….
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga diperkenankan Allah segala kerinduan mbak Yuni dan keluarga ke sana.
Terima kasih mbak dan salam ceria selalu. 🙂
Assalamu’alaikum wr.wb.
Bagi sebagian jamaah, ibadah ini tampak mudah dan menyenangkan, akan tetapi kita tidak boleh memandangnya sepele ya, Mbak. Sebab, segala sesuatu tentu harus ada ilmunya. Oleh karena itu, penting bagi kita untuk mengetahui ilmunya. Hmm…, itu batu bukit sekarang berada di dalam gedung ya, Mbak. Semoga kerinduannya hati ini ke sana segera terkabulkan. Salam dari Jogja ya, Mbak.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….
Masih ramai jemaah haji dan umrah yang belum menguasai rukun-rukun haji dan umrah dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila banyak soalan dan pertanyaan dikemukakan apabila mereka tidak tahu melakukannya atau masih ragu-ragu.
Bukit Safa dan Marwah hanya mempunyai tinggalan-tinggalan batu yang berbaki dari ribuan tahun lalu. Kerana itu bukit-bukit itu (dimaklumkan) telah disembur dengan cat tahan rapuh agar kekal lama dan Bukit Safa terpaksa di cerminkan agar dapat dilihat lagi kewujudannya. Sedangkan Bukit Marwah sudah semakin rata dan landai.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Didoakan kerinduan mas Amazzet dan keluarga akan diterima Allah SWT untuk menjadi tetamu-NYA.
Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat selalu. 🙂
Pingback: CT280. UMRAH WAJIB (6): TAHALLUL UMRAH | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2
Nyimak aja Bund /// 😀