CT175. PENULIS FAVORITKU : SHEIKH DR. AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

AlQarniFatima1PenulisFavoritku

*

Secara ringkasnya, saya ingin memperkenalkan penulis motivasi terkenal di dunia yang sangat saya kagumi karena kehebatan idea-idea dalam tulisan dan kefasihan beliau dalam berbicara. Beliau adalah penulis buku terlaris di dunia LA TAHZAN – JANGAN BERSEDIH. Insan yang memiliki penulisan hebat ini ialah SHEIKH DR. ‘AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI.

AlQarniFatima9LaTahnzan

LA TAHZAN – hadiah dari pelajar Iban beragama Kristian dan ditulis tentangnya di CT25. “LA TAHZAN” – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVE.

*

KOLEKSI FATIMA

Saya memiliki banyak koleksi buku yang  ditulis oleh Dr. Aidh Abdullah al-Qarni. Kenapa buku beliau menjadi pilihan utama saya ? KERANA saya sangat menyukai gaya bahasa yang digunakan. Kata-kata yang lembut tetapi menyentuh rasa. Laras bahasa yang mudah difahami, penuh dengan motivasi dan tulisannya menuju terus kepada peribadi kita tanpa kita dapat menidakkannya.

AlQarniFatima2KoleksiFatima1

Setiap kali berjaya melakukan sesuatu tugasan dalam kuliah, saya akan menghadiahkan diri sendiri dengan membeli buku yang disukai.

*

Sesiapa yang merasa dirinya lemah dan luntur motivasi, saya sarankan membaca buku-buku hebat tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. Mudahan Allah SWT akan membuka ruang bagi mengangkat martabat diri menuju perubahan dalam kehidupan ini. Gali dan serlah potensi diri. Hanya kita yang tahu dan mampu untuk menggerakkan kuasa gergasi yang ada di dalam jiwa kita. Percayalah hidup ini akan lebih bermakna.

Antara buku beliau yang menjadi koleksi peribadi di dalam mini perpustakaan di rumah saya:

 
1. Demi Masa
2. Kasih Sayang
3. Keagungan Allah
4. La Tahzan (Jangan Bersedih)
5. Meniti Sukses Dan Kasih Sayang
6. Bacalah Dengan Nama Tuhanmu
7. Pengalaman Adalah Guru Terbaik
8. Jagalah Allah….  Allah Menjagamu
9. Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia
10. Jadilah Wanita Paling Bahagia Di Dunia
11. Al-Quran Berjalan – Rahmat Bagi Sekelian Alam
 
Yang paling membahagiakan saya, apabila dapat memiliki koleksi Biografi Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, tulisan Ahmad Ibn Fallah. Alhamdulillah.

AlQarniFatima3KoleksiFatima2

Koleksi buku di rumah sewa semasa belajar di peringkat master (S2) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

*

23.09 MINIT UNTUK BEKAL AKHIRAT

Dilampirkan bersama dalam posting ini ceramah Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni bertajuk “BE HAPPY” di dalam Bahasa Arab. Jangan bimbang jika tidak faham bahasa Arab kerana terjemahan Bahasa Inggeris dari setiap  ucapan beliau juga disediakan. Silakan mendengar butir bicara indah yang mampu menyentuh hati.

Hadirkan diri anda selama 23.09 minit sahaja dengan video ini bagi mengambil roh kegembiraan yang beliau sebarkan melalui debunga ilmu yang mekar mewangi untuk kesejahteraan jiwa kita. Mudahan dapat menjadi bekal akhirat untuk kita. Aamiin.

Bersabarlah untuk tidak melakukan apa-apa perkerjaan. Tumpukan kepada bicara beliau yang sangat bernas, bijaksana dan memagut rasa. Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk mendapat hidayah petunjuk-NYA. Aamiin.

SELAMAT MENJAMU ROHANI

Semoga mendapat manfaat dari perbahasan yang beliau bincangkan. Untuk mengetahui sejarah kehidupan penulis hebat saya ini, sila jemput ke SINI, BLOG PROFIL INSAN.   Alhamdulillah dan terima kasih kepada blogger yang menulis panjang lebar tentang Dr. Aidh sehingga ramai pembaca dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Mudahan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

AlQarniFatima6PustakaMiniFatima

Mini perputakaan di rumah. Ini rak buku utama,  berada di ruang tamu. Rak-rak buku lain berada di bilik bacaan.

*

2 TULISAN DR. AIDH YANG MENGESANKAN SAYA

AlQarniFatima7KagumFatima1

*

AlQarniFatima8KagumFatima2*

SIAPAKAH PENULIS FAVORIT ANDA ?

*

**************

29 Jun 2013 (Sabtu)/ 20 Syaaban 1434H/10.39 pagi Sarikei, Sarawak

AKU…. dan buku selalu setia dalam kecintaan. Buku adalah taman bunga yang selalu mewangi kehidupanku dengan harum yang malar segar. Walau tidak mengelilingi dunia, dengan buku seluruh dunia berada dalam kekuasaan mindaku. Alangkah ruginya hidup, jika bunga-bunga ilmu hanya untuk ditatap kelopaknya tanpa mahu menjamah buah ranum yang menyebar manisan ke seluruh jiwa. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

HarikuFatima

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. dan pertemuan itu, bagai mimpi hadirmu. Siapalah aku yang mampu menolak takdir yang membuka sebuah cerita tentang kehidupan kita.  Lalu dikucup setiap goresan bicara yang pernah terukir dan dirangkul setiap bayangan senyum yang pernah terdandan.  Percayalah, keindahan hidupku ada dalam dirimu. Wasalaam. 😀

*

32 thoughts on “CT175. PENULIS FAVORITKU : SHEIKH DR. AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI

  1. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

    Bagaimana kabar, Mbak Fatimah? Semoga sehat selalu dan senantiasa bahagia bersama keluarga. Ohya, saya juga suka membaca karya atau buku Dr. ‘Aid al-Qarni. La Tahzan adalah buku yang pertama saya beli karya beliau. Membacanya memang menumbuhkan semangat dan menemukan banyak inspirasi. Selain beliau, saya juga suka membaca karya-karya Dr. Amr Khaled, salah satu buku beliau adalah Akhlaq al-Mu’min. Bagus sekali kalo menurut saya.

    Salam hangat selalu dari Jogja Istimewa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb waridhwaanuh, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, saya sihat dan baik. Didoakan mas Amazzet di sana juga demikian sama. Aamiin.

      Karya-karya Dr. Aidh memang hebat dan penuh inspirasi. Beberapa tulisan saya di dalam beberapa posting lalu mempunyai gaya tulis beliau setelah saya banyak membaca cara penulisannya yang simple dan bersahaja.

      Saya juga ada buku Akhlak Mukmin, tetapi tidak pasti siapa penulisnya. Nanti saya cari buku tersebut.

      Terima kasih mas Amazzet atas kongsiannya. Semoga sukses menjadi penulis motivasi Islam seperti Dr. Aidh Abdullah Al Qarni. Aamiin.

      Salam hormat selalu. 😀

  2. aku pernah tahu karya besarnya yang berjudul la tahzan, tapi aku belum sepmat baca. habis tebal sih. nanti kalo senggang baru saya baca. di rumah saya menyimpan buu Dr. Aid al-qarni lain berjudul “selagi masih muda.”

    • Wah, sungguh rugi ada buku sehebat itu tidak dibaca, wahyu. Memang tebal, tetapi kandungannya bisa menebalkan iman dan menguatkan cinta kepada Allah SWT.

      Maka, janga terlepas waktu yang terhebat dalam hidup dengan tidak membaca La Tahzan. Jika hati resah dan berduka… bacalah La Tahzan kerana di sana banyak firman Allah dan hadis Rasul terpilih memenuhi tajuk yang sesuai.

      Jika La Tahzan tidak mampu membantu, tentu sekali al-Quran kitab paling hebat dan menenangkan jiwa menjadi pilihan utama.

      Wah… saya teringin sekali memiliki buku SELAGI MASIH MUDA. Akan saya cari buku itu nanti. Terima kasih memaklumi judul buku lain karya Dr. Aidh Al Qarni.

      Selamat membaca dan sukses selalu, Wahyu. 😀

  3. benar sekali..segala bentuk kebaikan dan keluhuran yang terbentuk dan mampu dilakukan oleh seorang muslim tak akan sia-sia..terutama dalam pandangan ALLAH,
    saya juga senang dengan tulisan karya Dr. Aidh Abdullah al-Qarni, namun baru satu yang menjadi koleksi-ku..yaitu buku berjudul La Tahzan
    salam silaturahmi dari Makassar – Indonesia

    • Oleh itu, mari kita sama-sama berebut untuk melakukan kebaikan dan meninggal perkara mungkar agar amalan dan ibadah kita sentiasa mendapat ganjaran dari Allah SWT.

      Salah satu dari perkara baik adalah dengan menulis. menulis di mana-mana pun untuk berpesan dan memberi peringatan merupakan satu amalan baik yang bebuah ganjaran besar. asal sahaja semuanya dilakukan kerana Allah SWT.

      Terima kasih mas Hariyanto kerana sudah berbagi.
      Selamat membaca dan salam hormat. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Bayu….

      Mudahan tokoh yang menginspirasi seperti Dr. Aidh dapat menyemangati kita untuk meningkatkan amalan dan mengubah kehidupan menjadi lebih baik. aamiin.

      Salam hangat kembali. 😀

  4. Waahh koleksi buku Mbak Fatimah membuat saya sangat terkesan, komplit. Diantara karya beliau, saya hanya punya dua yaitu La Tahzan dan Al Qur’an berjalan. Saya sepakat bahwa tulisan Ulama muda ini memang memberikan inspirasi dan banyak membuka wawasan.
    Dan yang membuat saya salut pada sosok Dr yang Hafal Al-Qur’an dan kitab Bulughul Maram, serta telah mengajarkan 5.000-an hadits adalah keberaniannya menyuarakan kebenaran juga sempat membuatnya merasakan jeruji besi pemerintah Al-Saud. Kesalahnnya saat itu, ia dan kawan-kawan ulama mudanya berani berteriak lantang menentang kehadiran pasukan Amerika Serikat di Arab Saudi atas undangan pemerintah Al-Saud. Wallohu Ta’ala ‘alam.

    Kalau ditanya siapa penulis favorit ?, saya rasa semua penulis itu hebat karena ia mampu memberikan kemanfaatan untuk orang lain melalui daya pikir dan daya nalar.

    • Alhamdulillah, mudahan kita juga dapat menyoroti semangat juang yang dilakukan oleh Dr. Aidh dalam usaha dakwahnya kepada manusia sejagat.

      Sifat berani menegur pemimpin dengan jiwa juang yang kental untuk mempertahankan Islam sebagai agama yang dianuti sejati semakin kian nipis di nubari umat Islam akhir zaman. Hanya sedikit yang mampu menapak kukuh untuk mempertahankan syiar Islam yang benar.

      Benar sekali, semua penulis mempunyai wibawa masing-masing dalam menyebarkan ilmu dan pengetahuan kepada ummah sejagat. Mudahan ilmu mereka mampu mengajak kita kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Semoga jasa mereka diganjari Allah SWT. aamiin.

      Terima kasih Pakies atas kongsian yang mencerahkan.
      Salam hormat selalu. 😀

  5. kagum lihat perpustakaan Kakak…

    tidak tau banyak siapa beliau..lihat judul-judul di atas, sepertinya saya memiliki beberapa buku beliau. kadang saya lupa siapa penulisnya. yg diingat cuma judulnya.

    jika ditanya siapa penulis favorit, saya jawab Harun Yahya dan Buya Hamka..bukan berarti menomor sekiankan penulis lain, hanya saja kalau penulis favorit, kita sangat memperhatikan dan menyimak setiapkata-kata mereka..

    • Benar mbak, bukan sengaja mahu menomborkan mana-mana penulis tetapi pilihan itu atas dasar tusukan kata yang benar-benar mengangkat kesedaran kita kepada apa yang disampaikannya.

      Malah, saya sendiri juga banyak penulis favorit yang lain dan antaranya sama seperti Ummu di atas iaitu Buya Hamka dan Harun Yahya. Buku-buku mereka juga ada saya miliki.

      Terima kasih ya, sudah berkongsi penulis yang hebat bersama saya di sini. Semoga kita dapat mengambil aura mereka untuk kita menulis yang baik-baik juga di maya. aamiin.

      Salam manis dan ceria selalu. 😀

    • Terima kasih kerana masih menyempat diri untuk kembali menukil kata maklum yang tentunya dihargai segala kesibukan itu.

      Semoga sukses dan didoakan sihat dalam rahmat Allah SWT.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni yang baik…

      Alhamdulillah, Umi sihat dan baik.
      maaf, sangat sibuk dan tidak sempat menyapa.
      Umi juga rindu dengan Neni.

      Salam rindu dan sayang dari Umi. 😀

  6. Assalamu alaikum Ukhti Fatimah,

    Saya Ayu dari Surabaya, Indonesia.. Saya juga ngefans sekali dengan Dr Aid Al Qarni, saya kagum dengan koleksi Ukhti 🙂 Subhanallah..

    Btw saya sedang mencari buku “Jangan Takut Hadapi Hidup” versi bahasa inggris, kira-kira cari di mana yaa ukhti? 😦

    Barangkali ukhti bisa membantu.. Buku itu akan saya hadiahkan teman saya yang muallaf di Belanda.. Dia tertarik ketika melihat saya membaca buku tersebut versi bahasa indonesia.

    Salam kenal ukhti 🙂
    Walaikumsalam

    Email : sukmayangsari@gmail.com

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ukhti Ayu May…

      Alhamdulillah, semoga usaha Ayu untuk menambah ilmu diri dan teman diredhai Allah SWT. Maaf, saya tidak pernah membaca buku ini. Mungkin Ayu boleh rujuk melalui internet.

      Salam kenal kembali dan semoga dirahmati Allah SWT. Aamiin. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.