CT336. BATALKAH PUASA DENGAN CIUMAN DAN PELUKAN ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BatalFatima1CiumPeluk*

JANGAN SALAH FAHAM

Tajuk di atas diharap tidak disalah anggap sebagai sesuatu yang “lucah” atau kurang sopan untuk dibicarakan di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ia tajuk yang signifikan dengan apa yang mungkin berlaku, sedang berlaku dan telah berlaku tanpa kita ketahui siapakah muslim yang sanggup berbuat demikian di bulan yang mulia ini.

Kita kata…….. “hisyyyy, sedang berpuasa pun nak bercium (bercumbu) dan berpelukan juga. Tak menyempat-nyempat menunggu malam tiba .” Itu kata kita.

TAPI KATA DIA yang tidak mampu menahan gelora jiwanya ? Tentu sudah tidak terkata dan tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana fikirannya sudah tidak dapat dikawal lagi.

*

KHAS UNTUK YANG BERKAHWIN

Posting ini bertumpu kepada mereka yang sudah berkahwin dan masih “mesra” hubungannya. Yang “mesra paksa” pun tergolong sama kerana ia melibatkan nafsu berahi yang berpotensi untuk tidak dapat dikawal.

Kepada yang belum berkahwin, boleh dijadikan panduan untuk belajar sesuatu yang baru sebagai persiapan di kemudian hari.

Sesiapa yang terlibat dengan insiden bercumbuan dan berpelukan di bulan Ramadhan, sudah pasti tidak peduli dengan risiko yang bakal diterima dan mungkin membawa mudarat jika tidak disedarkan.

Perkongsian ilmu ini menjelaskan pandangan mazhab terhadap hukum bagi kedua-dua masalah tersebut agar kita tidak sekadar tahu halal atau haramnya.

*

SUMBER RUJUKAN

Kitab IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM – SUBULUS SALAM (Jilid 2), karya tulisan Alawi Abbas al-Maliki dan Hassan Sulaiman al-Nuri, terbitan Al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur (2010) dijadikan rujukan dalam membicarakan tajuk di atas.

Perbahasan tajuk ini berdasarkan dua hadis yang dapat ditemui pada halaman 390 hingga 392. Walaupun ringkas namun ia sangat penting untuk membuang keraguan dan menghilangkan kemusykilan kepada sesiapa yang pernah terlibat secara langsung dengan perlakuan seperti ini.

BATAL ATAU TIDAK PUASA DISEBABKAN BERCUMBU (MELEBIHI TAHAP CIUM) DAN SALING BERPELUKAN dapat kita pelajari dan fahami secara ilmiah berdasarkan hadis daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dan perbahasan ulamak mazhab yang menjelaskan kepada kita dengan lebih berkesan.

*

HADIS PERTAMA

Berikut adalah hadis yang saya maksudkan. Jika diteliti ia lebih berfokus kepada keinginan lelaki kepada isterinya berbanding keinginan isteri kepada suaminya.

Daripada Aisyah r.ha, beliau berkata: “Dahulu sering kali Rasulullah SAW mencium(ku), pada hal Baginda sedang berpuasa dan seringkali memeluk(ku), padahal ketika itu Baginda sedang berpuasa. tetapi Baginda adalah orang yang paling kuat menahan berahinya di antara kamu.”

(Muttafaq’alaih. lafaz hadis ini, menurut riwayat Muslim)

Di dalam riwayat yang lain, ditambah “ketika dalam bulan Ramadhan.”

*

PENJELASAN HADIS

Orang yang sedang berpuasa hendaklah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasanya agar dia tidak terjerumus ke dalam perbuatan yang diharamkan. Semua perbuatan yang menyebabkan seseorang keluar air mani dan bergelora nafsu berahinya sehingga membawa kepada persetubuhan hendaklah dijauhi. 

Saya tidak akan membincangkan perkara membatalkan puasa dalam tulisan ini. Anda boleh membuat RUJUKAN DI SINI untuk mendapat penjelasan lebih lanjut.

Hadis di atas menjelaskan bahawa Rasulullah SAW merupakan orang paling kuat beribadah dan mampu menahan keinginan nafsunya berbanding umatnya walaupun Baginda sedang berpuasa.

*

SUNNAH YANG SUKAR DITIRU

Oleh itu, sukar untuk lelaki muslim meniru (dengan alasan mengikut sunnah) seperti yang Baginda lakukan dalam masalah mencium dan memeluk (dengan menahan nafsu berahi) di dalam bulan Ramadhan atau sedang berpuasa.

Lafaz al-mubasyarah (memegang dengan tangan sehingga kedua kulit bersentuhan) lebih umum daripada hanya sekadar berciuman., selagi TIDAK SAMPAI BERSETUBUH.  Maksud dalam hadis ini bukanlah BERSETUBUH.

Di dalam hadis Aisyah r.ha ini disebutkan berciuman. Ini bukan ciuman biasa tetapi BERCUMBUAN (BERKUCUPAN) dan SALING BERPELUKAN. Jika tidak mampu mengawal diri akan membawa kepada keluar air mani atau bersetubuh.

Walau bagaimanapun, Baginda SAW belum pernah melakukan hal itu (bersetubuh) apabila sedang berpuasa. Baginda SAW merupakan orang yang paling kuat di antara umatnya dalam urusan menahan nafsu berahinya untuk dapat menghindari perbuatan yang tidak patut dilakukan oleh orang yang sedang berpuasa.

*

HADIS KEDUA

Di dalam riwayat yang lain ditambahkan: “KETIKA DALAM BULAN RAMADHAN.” Muslim di dalam riwayat yang kedua melalui Amr ibn Maimun daripada Aisyah r.ha menambahkan bahawa Aisyah r.ha berkata:

“Rasulullah SAW sering kali mencium (isterinya) dalam bulan Ramadhan sedangkan Baginda dalam keadaan berpuasa.”

*

PERBAHASAN PERTAMA – TIDAK KELUAR AIR MANI

Kita telah memahami dua konteks hadis yang dibincangkan di atas. Mari kita meneliti pula pendapat-pendapat yang diutarakan oleh para imam mazhab berhubung perlakuan ini supaya lebih jelas dan mendapat suntikan ilmu yang bermanfaat.

Di samping itu, kita dapat mengambil pengajaran dan BERFIKIR SEBELUM MELAKUKANNYA jika kemampuan menahan nafsu berahi kita hanya sebatas kulit bawang.

1. IMAM AHMAD – Puasa TIDAK BATAL apabila orang yang berpuasa MAMPU menahan dirinya untuk melakukan ciuman.

2. IMAM MALIK (dalam pendapat yang masyhur) -MAKRUH dilakukan secara mutlak apabila diyakini TIDAK TERJADI  sesuatu yang tidak diingini. Tetapi apabila SEBALIKNYA, maka hukumNya adalah HARAM.

3. IMAM ABU HANIFAH – MAKRUH bagi orang yang berpuasa melakukan ciuman dan pelukan selagi TIDAK KETERLALUAN dan TIDAK DAPAT MENJAMINKAN dirinya daripada mengeluarkan air mani.  Tetapi apabila ia MAMPU MENAHAN dirinya daripada mengeluarkan air mani, maka hukumnya TIDAK MAKRUH.

4. IMAM SYAFIE dan murid-muridnya – TIDAK HARAM melakukan ciuman ketika sedang berpuasa selagi tidak timbul rasa berahi. tetapi LEBIH AFDAL tidak melakukannya. Perbuatan bercium TIDAK MAKRUH kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya dan tidak melampaui batasan ciuman (iaitu sehingga bersetubuh). Namun dikhuatiri kepada umatnya akan melakukan sesuatu yang melampaui batas berciuman. HARAM (pendapat paling shahih) berciuman ke atas orang yang mudah bergelora nafsu berahinya

PERBEZAAN PENDAPAT di atas adalah berhubung dengan ORANG YANG SEDANG BERPUASA SELAGI TIDAK MENGELUARKAN AIR MANI.

*

PERBAHASAN KEDUA – KELUAR AIR MANI, AIR MADZI DAN BERKHAYAL

(HUKUM QADA PUASA DAN BAYAR KIFARAT)

*

Diingatkan para suami agar berhati-hati saat mencium isterinya agar tidak melampau batas untuk menggelakkan hukum yang lain akan menimpa dirinya. Jika tidak mampu, elok JANGAN BUAT. Pandang sahaja isteri anda sambil BERISTIGHFAR….  Sabar-sabar ya. 12 jam sahaja. 😀

Perbahasan kedua yang lebih TRAGIS dan DAHSYAT andainya anda (para suami) tidak berfikir lebih panjang dan menurut hawa nafsu yang tidak terbilang kencang. Anda kena menangung segala risiko yang anda sendiri ambil kerana melanggar perintah Tuhan, Allah Yang Maha Adil.

*

(1) HUKUM KELUAR AIR MANI

Apabila melakukan ciuman (cumbuan atau kucupan) sehingga MENGELUARKAN AIR MANI, maka puasanya BATAL dan DIWAJIBKAN QADA PUASA menurut KESEPAKATAN ULAMAK. Imam Malik menambah KIFARAT selain kewajiban QADA.

*

BatalFatima2KifaratBersetubuh

*

(2) HUKUM KELUAR AIR MADZI

1. IMAM MALIK dan IMAM HANAFI – Jika seseorang itu HANYA mengeluarkan AIR MADZI, maka dia HANYA DIWAJIBKAN QADA PUASA.

2. IMAM HANAFI dan IMAM SYAFIE – Jika diketahui bahawa AIR MADZI keluar SEBELUM melakukan ciuman dan pelukan, hukumnya HARAM dan TIDAK WAJIB QADA PUASA.

*

(3) HUKUM KHAYALAN DAN PANDANGAN

1. MAZHAB HANAFI dan MAZHAB SYAFIE – Seseorang yang mengeluarkan AIR MANI kerana BERKHAYAL meskipun dalam waktu yang lama atau kerana melihat kemaluan, maka PUASANYA TIDAK BATAL. Sebaliknya, jika seseorang MEMBIASAKAN perbuatan tersebut, maka PUASANYA BATAL.

2. MAZHAB MALIKI – jika seseorang mengeluarkan AIR MADZI kerana BERKHAYAL atau PANDANGAN, maka WAJIB QADA PUASA. Jika mengeluarkan AIR MANI kerana TERLAMPAU LAMA BERKHAYAL dan MEMANDANG serta menjadi KEBIASAAN kepadanya, maka dia WAJIB BAYAR KIFARAT apabila kebiasaannya itu menyebabkannya keluar AIR MANI sekalipun hanya sesaat.

Menurut pendapat yang dipilih oleh Ibn Abdul Salam – Jika kebiasaan itu TIDAK MENYEBABKAN AIR MANInya keluar meskipun dia LAMA MEMANDANG atau BERKHAYAL dan ternyata dia tidak seperti biasanya lalu mengeluarkan AIR MANI maka TIDAK WAJIB BAYAR KIFARAT.

Pendapat Ibn al-Qasim pula – Jika seseorang mengeluarkan AIR MANI, HANYA kerana MEMANDANG ATAU BERKHAYAL, maka dia TIDAK WAJIB BAYAR KIFARAT.

 3. MAZHAB HANBALI – Jika PANDANGAN DILAKUKAN BERULANG KALI, lalu seseorang itu mengeluarkan AIR MANI, maka puasanya BATAL dan WAJIB QADA. Jika keluar AIR MANI kerana PANDANGANNYA TIDAK BERULANG atau kerana BERKHAYAL, maka puasanya TIDAK BATAL kerana kedua-dua situasi itu sukar untuk dielakkan, berbeza dengan pandangan yang berulang-ulang.

*

Yang baik itu datang dari Allah dan sebaliknya adalah kekurangan saya dalam memahami maksud dari perbahasan yang diperolehi. Semoga Allah mengampuni saya dan memberi barakah kepada sesiapa yang mendapat manfaat darinya. Aamiin.

*

SEMOGA PERKONGSIAN INI MENAMBAH IMAN DAN TAKWA KITA DI BULAN RAMADHAN

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima27 Jun 2015 (Sabtu)/ 10 Ramadhan 1436H/ 8.48 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….  telah melangkah jauh dalam ranjau duri kehidupan. tanpa iman dan takwa dan petunjuk dari Tuhanku, pasti aku ranap dipukul ribut yang kencang. Tentu aku lemas ditenggelam gelombang yang lantang dan pasti ku rebah dalam hujan yang membajir alam. Saat itu, segala doa ku panjat agar selamat dalam menempuh ujian dan dugaan yang tidak terbilang rancang untuk menjadi hamba-MU yang beriman.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Usah kau ragui, ku tak kan pernah melupakan walau ada ketikanya jarak kita terlalu jauh terpisah, namun percayalah di hati ini sentiasa ada ruang untukmu betapa. Semoga bahagia dan dirahmati Allah.  Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima4hanyaengkau

*

KU SEBUT NAMAMU…. NAMUN ADA RINDU YANG LEBIH DARI ITU

*

18 thoughts on “CT336. BATALKAH PUASA DENGAN CIUMAN DAN PELUKAN ?

  1. Assalamu’alaikum wr wb kak fatimah

    sekiranya dengan penjelasan diatas dapat menjadikan kita lebih memahami dengan hal-hal yang dapat membatalkan puasa ya kak.
    Salam dari Kangjum di Indonesia buat kak fatimah beserta keluarga besar di sarikei serawak 🙂

  2. Assalamualaikum Wr Wb.
    Terlepas dari haram atau makruh, secara pribadi memandang untuk tidak melakukannya karena dengan berciuman bisa saja menimbulkan birahi berlebih sehingga bisa berlanjut kepada hal yang sudah mutlak membatalkan puasa.

    Salam hangat selalu!

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Kips….

      Iya, jika tidak mampu menahan sebaiknya dijauhi agar selamat sepanjang berpuasa. Semua itu terserah kepada keinginan kita semata-mata. Bulan Ramadhan ini penuh dengan ujian yang mungkin menyebabkan puasa kita kurang pahalanya.

      Salam sejahtera dan terima kasih Kips sudah berbagi. 🙂

  3. Assalamu`alaikum Wr. Wb

    dari membaca artikel diatas, banyak sekali ilmu yang dapat saya petik yang sebelumnya belum sempat untuk saya pelajari.
    terima kasih banyak mbak, sangat bermanfaat dan salam kenal

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Wiki Pebrianto…

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat dan membantu dalam pencarian ilmu yang menumbuhkaan iman di jiwa.

      Terima kasih kembali dan salam kenal. 🙂

  4. Assalamualaikum kak

    Alhamdulillah dapat pencerahan jadinya, setelah membaca posting kak Fatimah, terima kasih ya kak. Moga ibadah puasa kita berjalan lancar dan lebih baik lagi dari hari hari sebelumnya
    Amin 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi….

      Alhamdulillah, Semoga bermanfaat untuk pengetahuan sesama kita.
      Aamiin… mudahan kita diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini, ya mbak.

      Salam manis dan terima kasih mbak Sussi sudah berkunjung. 🙂

  5. Assalamu Alaikum memang berciuman tidak membatalkan puasa namun bagi manusia biasa seperti kita mungkin adalah lebih baik untuk tidak melakukannya di siang hari waktu berpuasa

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Akhi Abdullah….

      Itulah sebaiknya jika tahu setakat mana kemampuan kita tidak mampu menahan gelora nafsu. bahkah tujuan berpuasa itu juga adalah untuk memenjarakan nafsu.

      Terima kasih dan salam takzim. 🙂

  6. Assalamualaikum Wr Wb.
    Seyogyanya kita bisa menghindari hal-hal tersebut karena dari hal berciuman dapat menjerumuskan kita dalam nafsu yang lebih dalam yang bisa membatalkan puasa,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Isrofi Achmad…..

      Sebaiknya dijauhi perbuatan itu seperti yang dijelaskan oleh Imam Syafiee untuk menggelak mudharat yang lebih besar.

      Terima kasih sudah berkunjung perdana dan salam Ramadhan. 🙂

  7. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, penjelasan yang lengkap ini, Mbak Fatimah, terkait dengan mencium dan memeluk istri di saat sedang berpuasa. Intinya adalah bagaimana seseorang bisa mendalikan nafsunya. Bila dengan memeluk dan mencium justru menimbulkan gairah, maka harap bersabar untuk melakukan saja di malam hari. Bukankah sangat jelas dalam hadits di atas disampaikan bahwa Rasulullah Saw. adalah yang paling kuat menahan birahi. Dengan demikian kita bisa lebih berhati-hati.

    Terima kasih banyak ya, Mbak. Salam hormat dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Menyakini tidak mampu haruslah berusaha menjauhi agar tidak terjebak dalam kifarat yang sangat berat.

      Kerana itu saya jelaskan di atas, inilah satu-satunya sunnnah Nabi Muhammad SAW yang tidak dapat ditiru oleh umatnya terutama kaum lelaki..hehe. Sabar sahajalah ya.

      Terima kasih kembali mas Amazzet dan salam takzim. 🙂

  8. Assalamualaikum Wr Wb … bu SFA …

    Setelah membaca postinganmu yg bernas dan ditutup dgn pesan :”SEMOGA PERKONGSIAN INI MENAMBAH IMAN DAN TAKWA KITA DI BULAN RAMADHAN…”
    Kata2 mu ini sungguh membekas dalam dilubuk hati. InsyaAllah …

    Selamat melaksanakan ibadah shaum … semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT. Amin Allahumma Amin …

    Salam sejahtera dari pinggir Jakarta bagian timur … 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Alhamdulillah, senang menerima kembali kunjungan Soeman ke sini. Sudah lama menghilang dari BW ya. Semoga sihat dan aktif semula.

      Alhamdulillah, semoga banyak manfaat yang dapat Soeman kutip dari perkongsian di atas agar dapat menambah pengetahuan dan menguatkan iman.

      Terima kasih dan salam sejahtera. 🙂

  9. Assalamu ‘alaikum, Kak Fathimah, perkongsian yang sangat bermanfaat..

    saya tersenyum baca “mesra paksa”, ada ya suami istri mesra paksa? tapi mungkin..

    intinya ciuman dan pelukan yang mengundang birahi, ya Kak? lalu bagaimana jika sudah kebiasaan sehari-hari,, misalnya saat berangkat kerja, atau ekspresi lagi bahagia, berlepas apakah nantinya akan menimbulkan birahi,, tapi kadang itu respon spontans..

    • Wa’alaikum salaam mbal El-Nurien…

      Iya memang ada yang mesra paksa ini terutama mereka yang dipaksa kahwin.

      Kalau sudah kebiasaan hari-hari memeluk dan mencium pipi suami atau isteri itu, tidak apa-apa mbak. Malah itu juga rutin harian saya bersama suami sebelum ke ofis atau ke mana-mana apabila hendak keluar dari rumah. Rasanya tidak sampai menimbulkan berahi, mbak.

      Hmmm… yang pentingnya jangan peluk atau cium terlalu lama… bahaya lain yang muncul pula. steri tidak apa-apa, mungkin suaminya berperasaan lain. Maka harus hati-hati menjaga iman suami.

      Terima kasih Ummu atas kunjungan dan salam manis selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.