Archives

CT493. SOLAT SUBUH (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Peredaran masa berlalu sangat cepat, tidak terasa waktu memintas kita dengan begitu pantas. Ambang tahun baru 2019, menunjuk dengan jelas waktu Subuh di Kota Samarahan semakin lewat iaitu 5.28 pagi berbanding akhir tahun 2018 iaitu 5.08 pagi.

Continue reading

CT489. BAHASA ARAB DAN PERTOLONGAN ALLAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

 

RAKAN SEKERJA

Minggu pertama dan kedua menjalankan tugas di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching memberi ruang yang banyak untuk saya mengikut Dr. Sharifah Fatimah binti Wan Jamel (baca: Dr. Maimon) menyelia praktikum. Tidak ada jadual kuliah buat saya kerana berpindah kerja di akhir tahun.

Continue reading

CT472. 16 MEI 2018 : SELAMAT HARI GURU – “KOMEN PELAJAR”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA

HARI INI, 16 MEI 2018 (RABU). Hampir sebulan saya tidak menulis di LMGS G2. Membiarkan blog ini terlalu lama tanpa pengisian bukan amalan biasa saya. Namun disebabkan kesibukan kuliah, menyemak kerja kursus dan kertas peperiksaan serta mengosong ruang pejabat kerana akan berpindah ke tempat kerja lain, sedikit sebanyak menyekat aktiviti menulis episod Perjalanan Haji yang seterusnya. Inilah buktinya… dari pagi menulis, malam ini baru dapat dilunaskan.

Continue reading

CT434. 16 MEI 2017 – SELAMAT HARI GURU, 22 TAHUN KHIDMAT BAKTI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

DUNIA PENDIDIK

“HARI INI HARI GURU. Terlebih dahulu ku ucapkan SELAMAT HARI GURU buat diriku dan SPH. Jua semua guru yang telah berjasa, di mana sahaja berada. Guru, engkau selalu di hatiku.”

*

Continue reading

CT388. TEKANAN KERJA “LAST MINUTE”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TekananFatima1KerjaLastMinute

HARI INI (23 Mei 2016) dan esok, IPGK Rajang menerima lawatan dari Pemeriksa Luar (EE) untuk pemeriksaan Skrip Kerja Kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Bahasa Iban bagi semester 2015 dan 2016.

*

SEMINGGU YANG LALU

Saya tidak terlibat dengan Jawatankuasa Pengelola Lawatan Pemeriksa Luar tersebut telah dimohon oleh Dr. Ling Pick Khuong selaku JK Urusetia dan Penyelaras Kerja Kursus untuk membantu beliau dalam urusan jamuan. Sebagai rakan setugas saya memahami apa yang perlu dilakukan. Continue reading

CT350. HARI HUJAN, CIKGU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

HujanFatima1HariHujanCikgu*

BERLENGGANG

Setiap hari persekolahan, aku berjalan kaki bersama ratusan anak-anak Kampung Hilir meredah pagi yang dingin untuk ke sekolah.  Jam 6.15 pagi kami (aku dan dua abangku Shaidi dan Bol) mula berangkat dari rumah. Tapi kami berjalan berasingan. Ikut kawan masing-masing.
Continue reading

CT344. WAKIL SEMINAR KEBANGSAAN KAEDAH KAJIAN DALAM PENDIDIKAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SeminarFatima1KajianKaedah29Julai2015

*

SIBUK

Tahun 2015 mempunyai cabaran tersendiri sepanjang kerjaya saya sebagai pensyarah selama 19 tahun. Sangat sibuk dan melelahkan. Namun harus ditempuh kerana tanggungjawab dan amanah yang diberi bagi memastikan setiap pelaksanaan sistem yang bersangkut dengan Misi dan Visi IPG dapat tercapai. Continue reading

CT288. APABILA SYAITAN BERUSAHA MENGUASAIKU

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

KuasaSyaitan1MenguasaiFatima

*

BIBIT KEMARAHAN

Astaghfirullah al’azdhim. Aku beristighfar berkali-kali apabila mengingatkan kemarahanku di awal pagi tadi kepada seorang pelajar yang melawan kata-kataku. Aku namakan sahaja pelajar itu sebagai Ibrahim.

Allah mengujiku dengan Ibrahim dan syaitan berusaha menguasaiku dengan segala ruang yang ada di tubuhku untuk menghasilkan api kemarahan yang tidak ku duga akan berlaku. Continue reading