Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
PENGALAMAN
Mungkin anda pernah mengalami kejadian “TIDUR” ketika sedang berlangsungnya mesyuarat (meeting). Tidak kira apa pun jenis mesyuarat sama ada di peringkat rumah tangga, sekolah, pejabat (ofis), organisasi, institusi, kementerian dan sebagainya. Sama ada SENGAJA TIDUR atau TERTIDUR. Apa pun alasan, semuanya memberi makna TIDUR. 😀
Ini cerita saya yang TERTIDUR ketika berlangsung mesyuarat di peringkat Jabatan. Jam menunjukkan pukul 11.15 pagi. Saya baru selesai kudapan (minum pagi) bersama Ketua Jabatan (KJ). Setelah kudapan, kami kembali ke pejabat untuk menyambung tugasan masing-masing.
Jabatan kami hanya ada dua orang ahli iaitu saya dan Ketua Jabatan. Belum ada pensyarah baru yang mengisi kekosongan. Sebelum ini, jabatan kami ada 4 orang ahli. Apabila dua orang berpindah, tinggal kami berdua sahaja. Kerja sangat banyak dan perlu ditanggung sepenuhnya.
*
MENGANTUK
Hari ini, saya rasa sangat mengantuk kerana semalam saya tidur lewat sehingga jam 12.35 pagi untuk menghabiskan buku CERITA CINTA AHMAD AMMAR. (Satu posting khas Ahmad Ammar akan saya tulis nanti)
Biasanya, kalau kandungan buku itu berjaya memaut hati saya untuk terus membaca dan membaca, saya akan tidur lewat. Mungkin ini satu dari faktor kenapa saya mengantuk.
*
*
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada rasa mengantuk, apabila saya makan mee goreng ketika minum pagi (sekitar 10 pagi). Tanpa diajak-ajak, mata saya mulai rasa berat dan mengantuk yang amat sangat. Namun saya lawan dengan menyibukkan diri membuat tugasan yang melibatkan banyak pergerakan.
Saya berusaha melawan rasa mengantuk. Kerja masih banyak yang perlu dibereskan. Saya sudah merancang untuk tidur beberapa minit pada jam 1.00 petang nanti (waktu rehat), apabila sudah selesai beberapa tugasan yang perlu didahulukan. Tiba-tiba, tidak dijangka…
*
MESYUARAT
*
KJ: “Ustazah, tidak ada kuliah lagikan. Saya fikir elok kita adakan mesyuarat jabatan hari ini. Saya pun tidak ada kuliah juga.”
Saya: (gelisah dalam hati…. alamak mesyuarat pula, aku ni rasa sangat mengantuk, kalau mesyuarat nanti tertidur. Aku kena cari alasan). Tidak ada kuliah Tuan KJ. Tapi saya sedang sibuk sekarang. Kalau mesyuarat esok, boleh tak.” jelas saya untuk dipertimbangkan.
KJ: “Tidak payah tunggu esok, esok lain pula sibuknya. Tinggal dulu kerja itu, kita buat mesyuarat. Lagi pun semua agenda mesyuarat M3P sudah saya catat dalam buku ini. Ustazah tidak perlu lagi menulis apa-apa, hanya dengar dan bincang sahaja.” tegas KJ tanpa menghiraukan permintaan saya
Saya: (dalam hati…. alhamdulillah, kalau Tuan KJ sudah tulis sendiri, tidak payahlah aku penat tulis.)” Maksud Tuan KJ, saya hanya betulkan ayat dan susun bahasa sahajakah.” tanya saya ingin kepastian.
KJ: Iya… Ustazah hanya taip dan sempurnakan ayat yang mungkin tertinggal. Pandai-pandailah Ustazah menyusun bahasanya. Ok kita mulakan sekarang.
*
MIMPI
Saya pun duduk di meja saya sambil melunjurkan kaki di bawah meja untuk mencari keselesaan. Maklumlah hari ini Setiausaha Jabatan (iaitu saya) hanya duduk goyang kaki tanpa mencatat satu apa pun dari butiran mesyuarat. Hanya pasang telinga, angguk dan berbincang yang patut dimaklumkan.
Dalam asyik mendengar suara Tuan KJ yang bersemangat menjelaskan perkara-perkara berbangkit dalam minit mesyuarat, saya menahan rasa mengantuk yang amat sangat lantaran hanya duduk selesa tanpa sebarang pergerakan.
Suara Tuan KJ mulanya jelas kedengaran dan saya sekali sekala mengiakan sehinggalah tanpa disedari suara Tuan KJ jadi sayup-sayup dan hilang terus. SAYA TERTIDUR lena dengan kepala tersandar di kerusi. Dalam lena itu (mimpi) saya terdengar seakan ada suara memanggil berkali-kali – “Ustazah Siti Fatimah Ahmad, bangun-bangun. Hello, hello”.
Dalam mimpi itu saya berkata, “siapa pula yang terhello-hello ni. Kacau betullah. Terganggu tidur aku”. Saya langsung tidak mempedulikan suara itu sehinggalah saya terkejut apabila suara itu datang lagi. Kali ini sangat kuat membuat saya membuka mata. Terlihat oleh saya Tuan KJ sedang memandang sambil ketawa dan berkata:
*
KJ: “Assalaamu’alaikum, hello – hello Ustazah Siti Fatimah. Bangun, bangun. Tidur pula Ustazah ni. Rupa-rupanya dari tadi saya bercakap seorang diri.”
Saya: (dengan rasa malu…) “Saya tidur ke tadi Tuan KJ ?” Maaflah, tidak sedar pula. Letih dan mengantuk sangat sebab tidur lewat dan kenyang makan tadi.” jelas saya memberi alasan sambil ketawa geli hati. (“Ya Allah, malunya”.)
KJ: “Baguslah tu, sudahlah tidak mencatat apa-apa, duduk dengar sahaja. Itu pun sempat tidur dalam mesyuarat. KJ ini juga yang kena bangunkan.” sindir Tuan KJ sambil menyambung ketawa.
Saya: “Lama ke Tuan KJ bangunkan saya. Semasa tidur tadi saya terdengar orang memanggil nama saya. Rupanya Tuan KJ-lah yang panggil itu, ya ? tanya saya untuk kepastian.
KJ: “Siapa lagi, sayalah yang panggil Ustazah tu, sampai masuk dalam mimpi pulak.” Sudah…. kita sambung kembali mesyuarat. Jangan tidur lagi.”
*
SEGAR
AKIBAT TERTIDUR TADI…. rasa mengantuk saya terus hilang. Jadi segar dan aktif kembali. Mesyuarat disambung dengan lebih bersemangat sehingga selesai. Kejadian ini benar-benar lucu bercampur malu. Syukurlah Tuan KJ saya sangat baik dan sporting.
*
Bagaimana dengan anda ! Pernahkah mengalami kejadian seperti di atas ?
*
*
***************
28 Ogos 2014 (Khamis)/ 2 Zulkaedah 1435H/ 1.30 petang. Bintangor, Sarikei, Sarawak
AKU….. mengerti dalam setiap bicara seharusnya kita berbahasa santun agar menyerlah budi yang luhur. Aku masih belajar untuk tidak sekali-kali mengucapkan kata-kata yang menyebabkan aku perlu meminta maaf. Kata-kata itu seperti panahan sinar mentari, semakin dipadatkan isinya semakin ia hangat membakar. Namun kata maaf perlu diucapkan sebagai tanda hati kita bersifat hamba.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
Dedikasiku Untukmu… Setiap detik waktu, selalu ada doa untuk kebahagiaanmu. Tidak pernah melupa kerana kasih telah sebati di jiwa. Wassalaam. 🙂
*
KU KUTIP SERPIHAN RINDU DI GARIS PELANGI
*
Waduh….kalau tertidur pas meeting jadi bahan tertawaan teman-teman ya mbak. Tapi jadi pengalaman seru itu…:)
Salam dari Yogyakarta
😀 … begitulah keadaannya, mbak Yuni. Malah diri sendiri juga ketawa sama sambil menahan rasa malu. Kalau mengantuk memang jarang kita dapat menahannya dari tertidur kecuali kita bergerak ke sana-sini.
Terima kasih mbak dan salam manis. 🙂
Pasti malu sekali. Saya juga pernah tidur sewaktu diajar, Kak. Mana kursinya paling depan yang dekat dosen. Tapi namanya ngantuk memang nggak bisa ditahan. Meskipun sudah disiasati dengan mencoret-coret kertas kosong, tetap saja mata terpejam. Hehe!
😀 rupanya Sophie lagi hebat pengalamannya ya. Tentu ramai yang melihatnya. Memang malu jika kejadian itu disedari orang lain. Tetapi harus disembunyikan dengan ketawa bersama.
Saat mengantuk tidak ada apa yang mampu kita buat walau sudah diusahakan perlbagai cara agar mengantuk hilang. Hanya tidur sahaja ubat yang paling mujarab.
Terima kasih Sophie atas kongsian dan salam mesra. 🙂
semalam saya juga gitu. rapat jam 8 malam. ngantuk. saya tertidur dengan posisi duduk. pas gitu dibangunkan teman saya. jadi harus buka mata jam sampai 10 malam. setelah itu harus dilanjutkan perjalanan pulang sekitar 30 menit karena beda kota. Alhamdulillah masih kuat buka mata sampai rumah. sampai rumah baru tidur lagi yang nyenyak sampai pagi.
Alhamdulillah. Bahaya kalau tertidur ketika memandu kenderaan. Kerana itu, biasanya saya akan tidur dulu di ofis jika rasa mengantuk tidak dapat ditahan lagi. Setelah segar, baru saya pulang.
Tugas, cuaca dan pemakanan selalu serangkai dalam membuat kita mengantuk dan tertidur.
Terima kasih Wahyu atas ceritanya dan salam sejahtera. 🙂
Hehehe… Hanya mampu tertawa kecil.. 😀
Salam kenal… 🙂 Ijin follo, dan bila berkenan, follo back yaa 😀
Iya, saya selalu ketawa saat mengingat pengalaman ini.
Terima kasih berkunjung perdana kemari.
Salam kenal juga Djie. 🙂
Enggeh, sama-sama. Boleh kan follow? 😀
Baik, silakan Djie.
Terima kasih. 🙂
Alhamdulillah,,,
Biar silaturrahimnya terjalin, followback yaa 😀
Iya, baik. mudah-mudahan.
pernah juga, tapi tidak pada mesyuarat. tapi, saya masih ingat diketawain teman-teman, bahkan dikerjain. waktu saya tutup wajah, pakai bertongkat tangan, tau-tau tangan saya dikibas, robohlah pertahanan saya. hehe, tapi buru-bur untuk malu, saya malah ikut tergelak..
salam manis, Kak, 🙂
Hehehe…Gaya pertahanan “ngantuk” mbak itu memang hebat. Tetapi jarang saya lakukan namun pernah saya alami. Dengan menutup wajah dan bertongkat dagu. Teknik mantap tu, mbak. 😀 Hal ini biasanya berlaku apabila sudah bosan dan tidak tahu hendak buat apa-apa.
Salam manis mbak dan senang menerima kunjungan lagi. 🙂
rasaya belum pernah mbak
Wah… bagusnya mbak Ely.
Pasti staminanya mantap dan selalu cergas.
Ini tentu impak dari berkebun, ya mbak. 🙂
Rizky Ferdiansyah ijin share ya mbak
Silakan Rizky, terima kasih.
assallamualaikum Bund 😀