CT443. CARA MEMBUAT ROTI PIZZA CTFATIMA YANG MUDAH DAN LAZAT

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

AIR TANGAN IBU

Semuanya kerana anak-anak. Apabila mempunyai anak-anak yang suka makan seperti anak-anak saya, sang Ibu pasti berusaha mencari idea untuk menambah selera makan mereka. Mencari kreativiti dalam rasa, warna dan bentuk makanan yang pelbagai walaupun ringkas.

Bukan makanan sebarangan, sudah tentu makanan yang berkhasiat dan memenuhi menu sihat dan cita rasa yang tepat. Begitulah kondisi saya setiap kali ada luang masa yang jauh dari kesibukan kerja pejabat. Ini dinamakan masa berkualiti untuk keluarga.

Tambah lagi yang memintanya adalah anak-anak yang tercinta. Saya dan suami akan menumpang rasa kegembiraan mereka apabila melihat mereka makan dengan penuh selera dan bahagia.

Lebih seronok apabila makanan yang dimasak habis dimakan dan tidak mencukupi. Alhamdulillah. Itulah dinamakan BERKAT AIR TANGAN IBU. 😀

*

IDEA KREATIF

Resepi ROTI PIZZA AYAM ini adalah hasil kerja keras memerah otak untuk mencari idea dan kreativiti agar kami dapat merasai makanan yang serupa dengan Pizza.

Allah, Allah, Allah….. anak-anak saya sangat suka makan Pizza terutama di Pizza Hut. Kami biasa ke restoran makanan segera tersebut untuk menyambut hari kelahiran tetapi tidak kerap. Harganya sangat mahal untuk jumlah kami yang ramai.

*

*

Untuk membuat sendiri doh Pizza, saya masih belum berjaya. Saya pernah mencubanya tetapi tidak menjadi. Mungkin resepi tersebut tidak cukup bahan atau teknik pengolahannya belum saya kuasai. Akhirnya, sampai sekarang saya tidak mencuba lagi.

Maka, saya berusaha memikirkan cara paling mudah dan murah untuk membuat Pizza sendiri atau serupa dengannya. Maka, foto-foto di bawah ini telah membuktikan idea kreativiti saya sangat berhasil. Anak-anak sangat menyukai rasanya. Malah memuji-muji kelazatannya. Lebih mengharukan….

“Mama, abang rasa Roti Pizza Ayam yang Mama buat ini lebih sedap daripada Pizza Hut,” kata putera tunggal saya, Muhammad.

“Betul Ma. Kak Ijah /Kak Ipah setuju.Tapi kalau Cheese Mozarella banyak lagi, lagi sedap” sambut Izzah dan Iffah serentak dengan menunjukkan ibu jarinya. Ieesyah senyap sambil menggangguk kepala. Khusyuk. Mesti sedap.

SPH pula, semua masakan saya sedap, tanpa komplen.

“Hehehe… Alhamdulillah, Mama pun rasa begitu, lepas ni tak payah lagi kita beli Pizza.” sokong saya sendiri. 😀

*

LANGKAH MEMBUAT ROTI PIZZA AYAM CTFATIMA

*

Tidak perlu untuk saya mengulas panjang, foto-foto di bawah ini saya kongsikan kepada anda bagaimana saya menyediakan semua bahan untuk Roti Pizza ini. Insya Allah, semua bahannya mudah didapati dan mampu dibeli.

SILAKAN…. jika berminat untuk mencuba sendiri agar anda (ibu atau ayah) semakin disayangi oleh anak-anak dan pasangan. 

….dengan Bismillah dan senyuman.

*

*

Sediakan bahan inti terlebih dahulu. Anda boleh membuat bahan inti mengikut selera anda sendiri. Bahan inti di atas adalah yang paling ringkas saya masak.

*

Satu bungkus Roti Kebab (6 biji) berharga RM3.50

*

*

*

*

*

*

Cheese Mozarella memang sedap. Jika tidak ada Cheese Mozarella, anda boleh menggunakan cheese yang lain. Mungkin kelazatannya berbeza. Percayalah, ia tetap sedap. 🙂

*

*

CATATAN:

1. Suhu 170 adalah suhu yang saya gunakan. Saiz oven saya (Oven elektrik jenama Cornell) adalah 88 L dan besar.  Suhu cadangan untuk masakan Pizza pada oven tersebut adalah 200. Bagi saya, ia terlalu panas.

2. Anda boleh memilih untuk mengguna api atas bawah atau salah satu sahaja. Saya menggunakan kedua-dua api ini kerana mahu ia cepat masak dan rotinya ranggup keseluruhanya.

3. Masa memasak boleh dikawal sendiri bagi memastikan Roti Pizza tidak hangus. Biasanya anggaran saya adalah antara 10-15 minit sahaja.

*

*

*

Jangan tunggu sejuk, makan ketika panas-panas kerana Cheese Mozarella akan nampak lebih menarik dan lazat dimakan. Yummy. Alhamdulillah wa syukrulillah atas nikmat-MU. Aamiin.

*

SELAMAT MENCUBA.  ANAK-ANAK PASTI SUKA, BEGITU JUGA ANDA. PERCAYALAH. 🙂

*

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 Julai 2017 (Isnin)/ 9 Syawal 1438H/ 8.20 malam/  Sarikei, Sarawak

*

AKU…. dan dirimu selalu bersatu dalam hati. Tanpa mengenal payah dan lelah. Tanpa mengenal resah dan gundah. Tanpa mahu menyerah kalah. Aku tidak akan pernah berpaling tadah dan arah. Kau selalu ada di sini… DI HATIKU. Yakinlah.

*

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Ketahuilah…. aku selalu menghargai setiap detik bersama sejak dulu, kini dan selamanya. Hadirmu sentiasa mewangi dunia hatiku. Semuanya indah. Yang terindah dalam dirimu adalah PENDIRIAN DAN SENYUMMU. Doa untukmu dalam Rahmat-NYA. Aamiin.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

Advertisements

16 thoughts on “CT443. CARA MEMBUAT ROTI PIZZA CTFATIMA YANG MUDAH DAN LAZAT

    • Memang sangat mudah, tinggal mahu membuat atau tidak sahaja.
      Benar, membuat sendiri lebih terjamin dari aspek kebersihan dan bahannya yang segar.

      Terima kasih RainHanifa, silakan mencubanya juga.
      Salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wrwb, Kak Paridah dikasihi….

      Alhamdulillah, kami semua sihat wal’afiat. Didoakan akak sekeluarga juga demikian sama. Aamiin. Jika kita buat sendiri, boleh makan puas-puas kak. Malah lagi sedap sebab banyak inti dan cheese yang kita letak ikut suka. Pizza ni sedap jika dimakan panas-panas.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  1. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah

    keluarga kami juga suka makan pizza hut … tapi jarang karena mahal bagi kami.
    mesti nyobain resep ini … sepertinya tidak terlalu sulit untuk di praktekkan

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Silakan, lebih jimat dan murah belanjanya serta menguntungkan. Tidak menyesal untuk mencubanya dahulu. Pasti keluarga mas menyukainya.

      Salam takzim dan terima kasih sudah bertandang.

  2. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Mbak Fatimah, mohon maaf lahir dan batin ya. Taqabbalallahu minna wa minkum.

    Waaah, boleh juga nih roti pizzanya. Saya belum pernah membuat. Melihat postingan ini saya jadinya ingin coba juga membuatnya. Terima kasih banyak ya, Mbak, tentunya keluarga juga senang menikmatinya.

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Sama-sama kembali kita saling bermaafan di hari mulia di bulan Syawal ini.
      Silakan mencuba dan pembuatannya sangat mudah. Ikut sahaja setiap langkahnya dan resepi inti yang disediakan. Insya Allah, pasti mas Amazzet dan keluarga sangat menyukai rasa dan keenakannya. Selamat menikmati Rpti Pizza masakan sendiri.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s