CT289. EMEL IEESYAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

EmelIeesyah1EmelFatima1

*

BIMBANG

Suatu hari Khamis DUA MINGGU yang lalu, saya mengambil Ieesyah dari sekolahnya pukul 2.00 petang. Hari tersebut Ieesyah  menghadiri kelas e-Pustaka seperti dijadualkan oleh pihak sekolah.

Kelas ini di bawah kendalian pihak Perpustakaan Sarikei dengan modul pembelajarannya lebih kepada mengenali ICT untuk anak-anak terpilih dari kelas masing-masing.

Alhamdulillah, Ieesyah (9 tahun) terpilih bersama 9 orang teman dari kelasnya untuk mengikuti kelas e-Pustaka. Ieesyah sangat gembira kerana dapat belajar mengenali asas-asas komputer dan penggunaan ICT .

Sebaik masuk ke dalam kereta, Ieesyah memaklumkan tentang pesan guru bahawa setiap pelajar e-Pustaka mesti membuat email Yahoo masing-masing untuk pembelajaran minggu berikutnya.

Saya mendengar penuh perhatian setiap butir bicara Ieesyah sambil mata fokus dengan pemanduan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.  Tiba-tiba …..

*

Ieesyah: “Mama, susah tak membuat email Yahoo.”

Mama: “Tidak susah, senang sahaja. Kenapa ?”

Ieesyah: “Cikgu pesan supaya semua murid e-Pustaka membuat sendiri email Yahoo. Mama boleh tolong Ieesyah tak.”

Mama: (berfikir…. malas nak tolong, mahu cari alasan…hehehe). Ieesyah minta tolong Abah ya. Mama tidak tahu hendak membuat email ni.”

Ieesyah: (kerut dahi…seperti tidak percaya) “Email Yahoo Mama itu siapa yang buat, bukan Mama sendiri yang buatkah ?

Mama: (geram di hati… hehehe). :Memanglah Mama yang buat, tetapi sudah lama tahun 2010 yang lalu. Manalah Mama nak ingat lagi. Ieesyah minta tolong dengan Abah , okay.  Abah pandai buat dan cepat.

Ieesyah: “Tapi Ieesyah takut, Abah mahukah buat email Yahoo Ieesyah. Nanti Abah marah.”

Mama: “Allahu Akbar, janganlah anggap Abah seperti itu. Abah kan sayang Ieesyah. Tanya dahulu. Mama yakin Abah akan bantu Ieesyah. Beritahulah yang benar dengan Abah bahawa cikgu menyuruh Ieesyah membuat email ni, okey.”

Ieesyah: “Okey, nanti Ieesyah tanya Abah.”

************

4 Oktober 2014 (Sabtu), jam 9.18 malam

Sedang saya sibuk menyemak tugasan projek pelajar di bilik bacaan saya, terlihat sebuah email masuk. Saya tersenyum kerana itu email pemberitahuan Ieesyah bahawa dia sudah memiliki email. Ieesyah berada di ruang tamu, hanya bersebelahan dengan bilik bacaan saya. BERITA BAIK. 🙂

*

EmelIeesyah2EmelFatima2

Emel PERTAMA Ieesyah masuk ke emel saya sebagai pemakluman sudah ada emel. Gembiranya dia. Saya sebagai penasihatnya lagilah gembira…hehehe.

*

EmelIeesyah3EmelFatima3

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula…hehehe. tentulah yang tolong buatkan emel Ieesyah itu adalah Abahnya, SPH. Sengaja bertanya kerana hendak melihat balasan Ieesyah lagi. 😀

*

MISS4

Ieesyah melonjak-lonjak kesukaan apabila saya mengirimkan foto anak kucing ini.

Ieesyah sangat suka dengan semua haiwan dan bercita-cita menjadi Doktor Veterinar (Doktor Haiwan) apabila besar nanti. Aamiin, semoga berjaya anakku.

*

EmelIeesyah4EmelFatima4

Bukankah betul tekaan saya.  Alhamdulillah, lega kerana SPH sudah menolong Ieesyah. Misi saya berjaya. 😀

*

EmelIeesyah5EmelFatima5

Berkerut kening saya membaca mesej terima kasih dari Ieesyah. Untuk apa ?

*

EmelIeesyah6EmelFatima6

Awalnya saya keliru, kenapa Ieesyah mengucapkan terima kasih ? Kerana hari ini tidak ada apa-apa yang istimewa yang saya berikan kepada Ieesyah. Puas memikirkannya tetapi tidak berjaya. Setelah ditanya, rupanya ucapan itu untuk “nasihat DUA MINGGU lalu – LIHAT dialog di atas”. Apa balasan Ieesyah…. seperti merajuk nampaknya. 😀

*

EmelIeesyah7EmelFatima7

5 hari kemudian menerima jawaban Ieesyah: SALAHKAH KAMIK (SAYA) TERIMA KASIH DENGAN MAMA. (merajuklah tu). Sebab tadi dimarahi kerana kenakalannya. Sampai terbawa-bawa dalam emel.

*

EmelIeesyah8EmelFatima8

Merajuk pula… kena pujuklah ni. Saya terkenal sebagai pakar pemujuk kepada anak-anak di rumah. Malah anak-anak selalu menyuruh saya memujuk mereka kembali setelah dimarahi saya.  Hmm… bertambah lagi kerja saya. Sabar sahajalah.

*

cat1

Lagi-lagilah Ieesyah suka melihat aksi anak kucing berdiri ini. “Terima kasih Mama, Ieesyah suka gambar kucing ini. Kirm banyak-banyak lagi Mama ya. “, jerit Ieesyah dari ruang tamu. Saya ketawa mendengarnya. “Ok, lain kali sayang. Mama banyak kerja ni.”, jerit saya kembali dari bilik bacaan.

*

Inilah cerita IEESYAH dan EMEL YAHOO-nya bersama PENASIHAT KHAS (saya) beberapa hari lalu.

i_love_u_55

*

***************

SalamFatima3SalamFatima

11 Oktober 2014 (Sabtu)/  16 Zulhijjah 1435H/ 9. 52 pagi.  Sarikei, Sarawak

AKU….. perlu memahami bahawa setiap kesakitan yang dilalui, ada penawarnya. Maka, tidak sekali-kali  ku biarkan kesakitan itu menjadi racun yang bakal membunuh seluruh jiwaku. Hidup ini perlu dihadapi dengan hati tabah dan kuat kerana pintu harapan masih terbuka luas selagi aku berfikiran positif dan optimis ketika melalui gerbangnya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Hari berlalu memenuhi detik hidup kita dengan rindu yang tidak terlakar di paparan mata. Namun hati kita sentiasa merasanya seperti angin yang tidak kelihatan tetapi sentuhannya amat mengasyikkan. Ingatan padamu tidak pernah jemu. Semoga sihat selalu.  Wassalaam. 🙂

*

senyumfatimaku

*

WALAU HANYA SEBUAH BAYANG, SENYUMMU TETAP KU TERBAYANG

*

13 thoughts on “CT289. EMEL IEESYAH

  1. assalamu’alaikum wr wb

    cerita ieesyah mengingatkan saya pada februari 2012.
    saat itu, saya juga minta dibuatkan email sama teman nak buat pesbuk 🙂

    semoga ieesyah berjaya nak jadi dokternya.
    amiin…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kangjum…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan berjaya dengan banyak doa dan usaha yang dijalankan.

      memang bukan mudah untuk membuat akaun email, saya sendiri harus banyak kali melakukannya baru berjaya dan dapatlah email untuk membuka blog LMGS G2 ini.

      Terima kasih Kangjum dan salam ceria. 🙂

  2. Ieesyah itu siapa ya bu?
    erita WIka diperbarui dari awal beserta nama blognya.
    http://wikanurviana.wordpress.com/
    di sana tulisannya imel ya? di tempat saya namanya email. gak masalah sih cuma biar tahu aja biar nggak bingung.
    lalu caranya biar bisa memotret kucing senyum itu gimana ya? saya gak pernah liat di lingkungan mana pun ada kucing tersenyum.

    • Ieesyah itu, anak bongsu saya (paling kecil).

      Itu bahasa Inggeris yang di”Melayu” mengikut sebutannya. Asal ada bunyi dan difahami, Saya tidak tahu apakah “email” sudah diaplikasikan ejaan Bahasa Melayunya. Jika belum itu bermaksud seperti merosakkan bahasa.

      Hehehe… kalau mahu kucing itu memberi senyuman ketika kita sedang mengambil fotonya, sebut sahaja… cheeeeeeezzz dengan panjang. Pasti kucing atau sesiapa sahaja akan tersenyum… 😀

      Terima kasih Wahyu atas makluman dan pertanyaannya.
      Salam sejahtera dan semoga sukses selalu. 🙂

  3. Assalamualaikum Wr Wb … bu SFA … saya tertarik sangat membaca dialog Ieesyah dan mamanya waktu minta tolong dibuatkan email … si mama kok tega ya menolak permintaan anaknya – kayak Ieesyah minta uang ratusan ribu aja … Itulah pemikiran saya waktu tahu si mama menolak … rupanya ada maksud lain yg lebih bijak … hehehehe

    Salam taqzim dari Pekanbaru …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Hehehe… kalau urusan dengan ICT dan internet, saya tidak mempunyai kemahiran untuk melakukannya walaupun pernah membuat emeil sendiri, sekali. Setelah itu lupa dan selalu salah. Saya terus malas melakukannya lagi.

      Sebab itu saya menolak untuk menolong Ieesyah. lagipun abahnya ada dan lebih baik diberikan tugas “berat” ini kepada abahnya. Biasanya lelaki akan lebih suka membuat urusan dengan internet berbanding wanita.

      Terima kasih Soeman atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  4. masyaallah
    anak-anak memang menggemaskan

    apabila melihat anak-anak semakin besar dan bertumbuh

    Salam Hangat dari Indonesia

    • Anak-anak semakin membesar membuat kita semakin rasa tua dan memerlukan kesabaran saat berhadapan dengan olahtingkah mereka. Namun, mereka adalah permata hati yang membuat dunia kita ceria.

      Terima kasih mas Ilyas.
      Salam hormat. 🙂

  5. Assalamualaikum wr wb
    Kak Fatimah 🙂

    Kejadian dan peristiwanya hampir mirip beberapa waktu lalu dengan anak saya, namun awalnya ia meminta dibuatkan pada ayahnya, namun karena ayahnya sibuk dengan tugas pekerjaan, akhirnya sy yg membuatkannya 🙂

    Melihat anak ceria dan sehat merupakan satu anugerah, dan semoga cita2 ananda terkabul ya kak
    Amin 🙂
    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussy…

      Tentu rasa gembira dan bahagia kerana dapat membantu anak-anak, ya mbak. Melihat merka ceria membuat hati dan hidup kita juga bahagia. Mudahan anak-anak kta yang aktif dan bersemangat belajr di waktu kecil akan menjadi lebih optimis dan aktif di alam dewasa mereka.

      Terima kasih mbak atas kinjungan dan kongsiannya.
      Salam manis selalu. 🙂

    • Pengalaman awal memang selalu melucukan apabila pertama kali mengalaminya. Sekarang, sudah pasti banyak email yang dikirim dan diterima kerana sudah tahu kepada siapa hendak dikirimkan. alhamdulillah. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.