CT478. PERJALANAN HAJI (2): MEMAHAMI IHRAM HAJI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

PROSES IHRAM HAJI

Alhamdulillah, bertemu kembali untuk perbincangan seterusnya. Tulisan saya kali ini sangat panjang. Anda perlu sabar untuk membaca, meneliti dan memahami. Ini memudahkan anda faham proses yang sedang berlaku. Ingat ibadah haji adalah IBADAH PROFESIONAL dan memerlukan ilmu untuk faham falsafah dan amalannya. 

Setelah memahami pengetahuan tentang RUKUN HAJI DAN WAJIB HAJI yang boleh dirujuk melalui posting CT471. PERJALANAN HAJI (1): MEMAHAMI RUKUN HAJI DAN WAJIB HAJI, saya ingin berkongsi dengan anda apa yang perlu dilakukan untuk melaksanakan IHRAM HAJI. Mudahan anda beroleh manfaat. Jika ada kesilapan, sila maklumkan agar dapat diperbetulkan.

 

Tulisan ini berfokus kepada cara melaksanakan proses IHRAM HAJI SAHAJA. Mudahan apabila kita belajar dari setiap peringkat yang kecil, kita akan lebih meneliti dan memahami perjalanan kerja haji ini. Dengan itu, rasa was-was dapat disingkir dan hati menjadi tenang. Lakukan dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah.

 

(Jadual di bawah adalah panduan untuk anda tahu cara mengerjakan haji Tamattuk dan akan selalu dilampirkan dalam setiap penjelasan bagi tulisan akan datang.)

*

Sila teliti perkara SUNAT, RUKUN DAN WAJIB HAJI BAGI PROSES IHRAM di atas.

*

RUKUN, WAJIB DAN SUNAT IHRAM

Untuk proses IHRAM HAJI kita perlu melakukan 3 perkara:

# 1 RUKUN HAJI : NIAT IHRAM HAJI

# 2 WAJIB HAJI : NIAT IHRAM DI MIQAT dan MENINGGALKAN PERKARA LARANGAN DALAM IHRAM

# 3. AMALAN SUNAT : Sebelum, semasa dan selepas BERNIAT IHRAM.

*

MANFAAT ZIARAH MAKKAH

Tiga hari sebelum tibanya HARI TARWIYYAH (8 hb Zulhijjah), saya mengajak SPH pergi ke lorong-lorong kedai jualan murah di hadapan Hotel Sevilla Barakat bagi membeli sehelai pakaian putih baru untuk dijadikan PAKAIAN IHRAM.

Saya ingin memakai pakaian terbaik dan terbaru semasa melakukan ibadah pada hari wukuf. Hati saya dipenuhi rasa cinta dan rindu kepada Allah SWT. Sungguh, keterujaan untuk berwukuf telah menerbitkan kembang bunga yang mekar di hati.

Sebenarnya kami sudah menjalani siri ZIARAH MAKKAH yang dilakukan  2 minggu sebelum tiba hari wukuf. Catatan saya pada CT306. ZIARAH MAKKAH (2): PADANG ARAFAH DAN JABAL RAHMAH boleh dijadikan panduan.

Saya cadangkan kepada anda untuk melakukan Ziarah Makkah. Jangan lokek untuk mengeluarkan duit poket sendiri kerana banyak manfaat yang akan anda perolehi terutama kepada yang pertama kali menjejak bumi Makkah.

Ziarah Makkah bertujuan untuk memberi gambaran serba sedikit tentang lokasi kawasan bersejarah dan masya’ir haji sebagai persediaan awal sebelum melakukan pekerjaan haji nanti. Ini akan memudahkan kita memahami situasi yang bakal berlaku.

Walaupun kami sudah berziarah ke Padang Arafah, kunjungan ziarah tidak sama dengan keadaan kita ketika tinggal di sana selama sehari. Banyak  pengalaman baru dan menguji kita sepanjang beribadah di Padang Arafah. Kehidupan sehari ini menguji kekuatan hati dan ketabahan jiwa kerana bukan hal yang mudah apabila begitu ramai manusia menghuninya.

Saya yakin semua jemaah haji sangat teruja menunggu ketibaan HARI TARWIYYAH kerana kami akan berangkat ke Padang Arafah untuk berWUKUF. Terdapat beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda berangkat ke Padang Arafah iaitu berNIAT IHRAM HAJI  dan berNIAT DI MIQAT.

*

AMALAN SUNAT IHRAM

Namun begitu, sebelum melakukan NIAT IHRAM, kita perlu meneliti dan memahami amalan sunat yang baik untuk dilakukan agar dapat menambah pahala.

Amalan Sunat Ihram melibatkan amalan SEBELUM berniat ihram, SEMASA berniat ihram dan SELEPAS berniat ihram. Apakah amalan-amalan sunat tersebut. Silat lihat di bawah.

*

sumber : Bahan Kursus Haji dari Tabung Haji Malaysia

*

Untuk maklumat teman pembaca LMGS G2, keterangan lanjut mengenai kesemua amalan di atas, saya sarankan anda menelaah buku atau bahan bacaan lain agar lebih mendalam kerana saya tidak akan membincangkan dengan lebih lanjut.

*

Berikut saya berkongsi pengalaman tentang apa yang saya lakukan semasa hendak berihram.  Ingin saya jelaskan bahawa setiap hujaj mempunyai pengalaman masing-masing yang tentunya berbeza antara lelaki dan wanita. Perkongsian saya hanya sekadar satu gambaran kecil yang diharap dapat membantu kepada yang belum mengalaminya.

*

PENGALAMAN SAYA

(1) AMALAN SUNAT SEBELUM NIAT IHRAM

*

*

Saya sudah bercadang untuk mandi sekali lagi (8hb Zulhijjah) iaitu selepas selesai menunaikan solat zohor.  Kumpulan kami dijangka berangkat ke Padang Arafah pada jam 4.00 petang -selepas solat Asar (waktu Makkah). Saya ingin mengambil pahala melakukan amalan sunat sebelum berniat ihram iaitu:

(1) MENGERAT KUKU – walaupun kuku anda pendek, keratlah sikit untuk dapat pahala sunat tu. Maka, jangan lupa bawa pengerat kuku dari tanah air kerana di Makkah susah nak cari.

(2) MENANGGALKAN BULU KETIAK @ BULU ARI-ARI (KEMALUAN) DAN SEGALA JENIS BULU YANG TERSEMBUNYI- Hehehehehe….. yang ini sulit dan rahsia. Tidak perlu diceritakan untuk pengetahuan umum. Terserah mahu ditanggal atau dibuang atau dicukur atau dibiarkan sahaja. Tujuannya agar tidak menimbul bau yang tidak enak untuk dihidu oleh diri sendiri atau orang lain kerana semasa berihram selama beberapa hari tersebut kita akan banyak berpeluh.

(3) MANDI SUNAT IHRAM –  hasil pengakuan teman sekhemah di Padang Arafah, mereka menyesal sebab tak mandi “sungguh-sungguh” semasa di hotel. Maksudnya – jangan mandi sekadar membasah badan sahaja, tetapi elok terus bersabun dan bersyampoo. Pastikan rambut anda kering betul (terutama yang berambut panjang) kerana semasa berihram, elok sentiasa memakai skop kepala untuk menggelak rambut gugur atau “tertanggal” dengan sengaja supaya anda tidak dikenakan dam.

Sebenarnya, jika berambut pendek, lebih mudah untuk menguruskan rambut dan mengeringnya.  Jangan takut menggunting pendek rambut anda sebelum ke Tanah Suci kerana rambut pasti akan tumbuh lagi, tentu akan lebih cantik dan lebat selepas pulang ke tanah air. 😀

Sebab lain juga ? …..kerana perjalanan anda untuk sampai ke Padang Arafah boleh mengambil masa berjam-jam atau sehingga  lewat malam walaupun jarak antara Kota Makkah dan Arafah hanya sekitar 2.1 km. Kita rasa letih dan ingin segera untuk tidur, merehatkan badan yang penat kerana berlama-lama duduk di dalam bas. Maka, kita tidak perlu mandi lagi.

Selain itu keadaan di tandas pasti ramai orang untuk mandi dan terpaksa beratur panjang dan menunggu lama. Rupanya gambaran saya tentang keadaan di tandas Arafah sebelum ini, meleset sama sekali. Melihat tidak ramai hujjaj wanita di tandas , saya mengambil kesempatan untuk mandi dengan membersihkan diri seadanya sebaik sampai di khemah.

Sebelum mandi tu, jangan lupa berniat mandi sunat ihram, baharulah dapat pahala.

*

* *

(4) MENGAMBIL WUDUK – setelah mandi jangan lupa ambil wuduk kerana SEMASA berniat ihram adalah sunat dalam keadaan berwuduk.

(5) MEMAKAI WANGIAN PADA BADAN BUKAN PADA KAIN IHRAM – bagi saya cukup memakai bedak badan sahaja dan tidak perlu berwangi-wangian bagi wanita kerana akan menimbulkan “fitnah” bagi lelaki yang mencium baunya. Elok guna bedak yang ‘dingin’ agar sentiasa rasa berangin (segar) badan kita. Saya dan SPH menggunakan bedak Dettol Menthol – Anti Bacterial. Kandungannya membantu melindungi kita melawan kuman yang menyebabkan bau badan….hmmm dah macam iklan pula ni. 😀

Sekiranya mahu memakai wangian juga, maka tidak perlu berlebih-lebihan kerana jika bertujuan sengaja untuk menerbitkan bauan agar dicium orang lain, perbuatan itu dikira berdosa serta perlu membayar Dam (Takhyir dan Taqdir). Begitu juga di rambut atau di janggut (bagi lelaki). Ingat tu ! Jangan buat-buat tidak tahu pula.

(6) MEMAKAI MINYAK RAMBUT – setelah memastikan rambut kering, elok memakai minyak rambut yang tidak berbau wangi agar rambut kelihatan kemas dan tidak kering berserabai seperti mayang mengurai. Tujuannya untuk menjaga kesihatan kulit kepala agar tidak gatal. Sekiranya gatal, kita akan tergaru-garu dengan sengaja hingga menyebabkan rambut gugur dan dikenakan Dam.

(7) MEMAKAI PAKAIAN IHRAM – Dengan hati teruja dan penuh kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan dapat menunai haji, saya memakai pakaian separuh jubah berwarna putih dan berseluar yang telah dibeli di bandar Sarikei untuk perjalanan menuju Padang Arafah. Dengan berseluar, pergerakan akan lebih mudah. Manakala untuk berwukuf, saya telah membeli baju jubah putih baru di kedai pakaian berdekatan Hotel Sevilla Barakat. Semangat dalaman bagai disuntik saat memakai pakaian ihram baru tersebut.

*

*

*

*

(8) SOLAT SUNAT IHRAM –  Setelah semua amalan sunat dilakukan, saya bersedia untuk menunaikan solat sunat ihram. Sungguh, saya rasa gementar saat  menghadirkan diri di tikar sejadah untuk memulakan niat solat sunat ihram. Saya menenangkan diri sebentar sambil beristighfar.

Entah kenapa rasa itu tiba-tiba menerpa hati dan menerbitkan rasa terharu sedangkan semasa melakukan solat sunat ihram (umrah) di Masjid Bir Ali, Zulhulaifah, Madinah, rasa tersebut tidak muncul. Mungkin kerana ketika itu dilakukan dalam keadaan ramai jemaah.

Berlainan kali ini, ia dilakukan di dalam bilik dan tentu rasa hening menerbitkan gelombang jiwa yang hebat kerana diri yang bakal mengerjakan haji. Sungguh tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi saat berdoa seusai solat sunat dan mengharap dimudahkan segala perjalanan dan urusan di semua masya’ir haji.

*

*

Saya megingatkan teman-teman sebilik iaitu Kak Senah, Kak Halimah dan Nek Daerah untuk melakukan hal yang sama agar mereka tidak terlupa dan faham apa yang perlu dilakukan sebelum berniat ihram. Melaksanakan sunat sebelum berihram ini terutama mandi kerana perjalanan untuk sampai ke Padang Arafah belum tentu lagi cepat atau lambat. Apa yang pasti, kita dimaklumkan aliran perjalanan akan perlahan walaupun jarak hanya lebih kurang 2.1 km.

*

(2) AMALAN SUNAT SEMASA NIAT IHRAM

*

*

Hanya terdapat 2 amalan sunat yang perlu dilakukan  semasa hendak berniat ihram iaitu:

(1) menghadap kiblat dan

(2) berada dalam keadaan berwuduk.

Hal ini mudah dilakukan kerana jika anda sudah mengerjakan solat sunat Ihram, tidak perlu bergerak ke mana-mana. Selepas berdoa teruslah berada dalam keadaan tersebut dan berniat ihram (haji).

*

*

SILA FAHAMI BETUL-BETUL MAKLUMAT INI.

(1) NIAT IHRAM HAJI

Kini tiba masanya untuk mengerjakan HAJI. Ingat ya… NIAT IHRAM HAJI merupakan RUKUN HAJI PERTAMA. Jangan sekali-kali terlupa atau sengaja TIDAK BERNIAT IHRAM kerana menyebabkan haji anda tidak sah serta tidak dapat diganti dengan dam atau lainnya. Begitu juga dengan RUKUN-RUKUN HAJI YANG LAIN. Jika tidak ditunaikan haji seseorang tidak sempurna, anda masih berada dalam keadaan larangan ihram dan hajinya tergantung.

NIAT IHRAM HAJI mempunyai kaitan dengan JENIS HAJI yang kita pilih. Seperti saya, SPH dan jemaah haji Malaysia yang datang awal ke Madinah, maka jenis haji kami adalah HAJI TAMATTUK (niat ihram hajinya seperti grafik di atas).

*

(2) NIAT DI MIQAT

…. iaitu KETENTUAN TEMPAT atau MASA  untuk BERNIAT IHRAM HAJI atau umrah. Setelah kita faham tentang NIAT IHRAM HAJI, maka di manakah TEMPAT kita hendak MELAFAZKAN NIAT tersebut. NIAT DI MIQAT pula adalah merupakan WAJIB HAJI PERTAMA.

*

*

Perlu ingat….jika kita meninggalkan salah satu dari WAJIB-WAJIB HAJI atau umrah hingga terlambat melakukan perbuatan yang diharamkan dalam ihram, haji atau umrahnya SAH, TETAPI kita wajib membayar DAM. Sama ada meninggalkannya kerana uzur seperti lupa. Sedangkan berdosa jika meninggalkannya tanpa uzur seperti sengaja.

Oleh kerana saya telah menginap di Hotel Sevilla Barakat, Makkah, sudah pastinya TEMPAT saya berNIAT IHRAM HAJI adalah di hotel tersebut atau di mana sahaja penginapan di dalam Kota Makkah. NIAT ini hendaklah dibuat sebelum berangkat ke Padang Arafah iaitu pada HARI TARWIYYAH (8hb Zulhijjah).

*

(2) AMALAN SUNAT SELEPAS NIAT IHRAM

Sebelum kita menjelaskan tentang amalan sunat selepas niat ihram haji, kita perlu fahami WAJIB HAJI KE-DUA iaitu LARANGAN IHRAM. 

Sebaik lafaz dan NIAT IHRAM dilakukan, secara otomatik 13 LARANGAN DALAM IHRAM terpikul atas setiap jemaah haji untuk WAJIB dipatuhi. Larangan dalam ihram secara umumnya dibahagikan kepada LIMA kategori seperti berikut:

*

*

Alhamdulillah, kini saya sudah berniat ihram dan selalu mengingatkan diri juga SPH tentang 13 LARANGAN IHRAM. Mengekalkan diri dari melakukan perkara LARANGAN IHRAM in bukan perkara yang mudah. Jila melanggarnya, anda dikenakan DAM.

Namun, terdapat juga segelintir jemaah haji yang pura-pura tidak tahu bahawa mereka sudah melanggar LARANGAN INI. Hendak kata tidak tahu, semua jemaah haji Malaysia sudah mengikuti kursus haji bersiri di Tanah Air. Jawablah dengan Allah nanti.

*

AMALAN SUNAT SELEPAS NIAT IHRAM

Setelah menunaikan solat sunat Ihram dan berniat ihram di Miqat sebagaimana telah dijelaskan di atas, maka amalan sunat SELEPAS NIAT IHRAM eloklah dilakukan seperti berikut:

*

*

Amalan-amalan sunat ini hendaklah sentiasa menjadi amalan dalam hidup kita bukan hanya selepas berniat ihram sahaja untuk menambah ganjaran dan mendidik hati kita ingat selalu kepada Allah kecuali TALBIAH kerana ia dilaungkan pada masa tertentu iaitu bermula selepas kita berniat ihram hingga hari ke 13 Zulhijjah (dalam haji) atau sehingga kita bergunting atau bercukur (dalam umrah).

Lafaz Talbiah adalah seperti berikut:

*

*

*

*

CABARAN BERIHRAM DAN HIKMAHNYA

Sebenarnya, terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap jemaah haji dalam melaksanakan Rukun Haji. Antara cabarannya tentu sekali melaksanakan sunat-sunat Ihram, larangan ihram, menanggalkan semua pakaian lain yang biasa, selama memakai pakaian ihram dan terlupa niat.

Ia melibatkan kesungguhan jiwa, keikhlasan hati dan kemahuan diri hingga wujud sifat rajin dan keinginan yang tinggi untuk mendapat pahala dalam beribadah. ia bukan perkara yang mudah kerana kita sudah terbiasa dengan gaya hidup ditanah air.

Jika diamati, hikmah dan roh yang diwujudkan dalam pemakaian ihram ialah melaksanakannya kerana Allah, tanpa berbelah bahagi. Tidak ada kompromi untuk berdolak dalih. Semua itu untuk menimbulkan rasa rendah diri kepada Allah SWT sebagai hamba yang menurut perintah.

Kita adalah manusia yang sama, tidak ada lagi pangkat, harta menimbun, rupa paras yang memegun hati apabila sudah berpakaian ihram. Ia melambangkan bersih dan suci tanpa calitan titik noda yang membezakan antara manusia. selain itu dengan berpakaian putih tersebut mengingatkan kita tentang kematian dan hari Akhirat.

*

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI kepada 30,200 bakal haji Malaysia. Semoga beroleh haji mabrur dan makbul. Selamat menjadi DUYUF AR RAHMAN.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima14 Julai 2018 (Ahad)/ 2 Zulkaedah 1439H/ 4.47 petang/ Sarikei, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

YA ALLAH, AKU MENUNGGU PANGGILANMU

*

*

Advertisements

4 thoughts on “CT478. PERJALANAN HAJI (2): MEMAHAMI IHRAM HAJI

  1. Assalamualaikum Bu Hajjah Fatimah.
    Semoga selalu dalam lindungan Allah swt. Post tentang haji Bu Hajjah akan selalu saya simak, agar menjadi penyemangat dan motivasi. Mengingat kuota haji di Indonesia baik yang 40 hari atau haji plus 20 hari padat antrian. Maka muncul haji non kuota yang harganya luar biasa tinggi.

    Insya Allah bila Allah berkehendak, saya bisa turut menjalankan ibadah haji. Aamiin. Semoga Allah mudahkan dan lapangkan jalannya.
    Salam hangat dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Didoakan mbak sekeluarga juga demikian sama dalam lindungan Allah SWT.

      Mudahan mbak juga akan menunaikan haji pada masa mendatang dan dilapangkan segala urusan untuk proses mengerjakan haji.

      Iya, di sini juga sama mbak, perlu menunggu masa yang lama kerana ramai yang sudah mempunyai kesedaran untuk menabung dan segera menunaikan haji. Pakej haji swasta pula semakin mahal di musim haji sehingga ada yang mencecah ratusan ribu ringgit.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s